• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Siri eBook – Bijak Cukai

24/06/2020

Tarikh akhir Borang BE (pendapatan penggajian dan tiada perniagaan) adalah pada 30 Jun 2020.  Kalau lambat hantar penalti yang dikenakan antara 20%-45% daripada jumlah cukai yang dikenakan.

Korang dah submit ke?

30 Jun bukan sekadar tarikh akhir serahan tapi juga tarikh akhir bayaran untuk Borang BE, jika lewat akan kena penalti 10%.  Tapi harus diingat, hantar borang tak semestinya kena bayar.

Jika berterusan tak hantar borang, risiko akan diaudit dan disiasat oleh LHDN.  Jika tak bayar dalam tempoh ditetapkan, sekatan perjalanan ke luar negara boleh dikenakan.

Risiko penalti LHDN adalah sehingga 300% bagi mereka yang lari dari bayar cukai.

Apa manfaat isytihar pendapatan atau submit borang cukai?

1. Terbaru, ramai yang bermasalah untuk dapatkan Bantuan Prihatin Nasional kerana tak laporkan pendapatan perniagaan ke LHDN.

2. Sukar untuk dapatkan pembiayaan terutamanya pinjaman perumahan daripada institusi kewangan.

3. Kemudahan pinjaman perniagaan dan lain-lain pembiayaan tak dapat dipohon kerana ketiadaan dokumen cukai yang lengkap, akhirnya bisnes akan lambat berkembang.

4. Terselamat dari tindakan undang-undang pihak berkuasa, LHDN.

5. Dapat menyumbang kepada kesejahteraan Negara.  Lihat sahaja Denmark, Jerman, Belgium dan Norway yang mempunyai kadar cukai paling tinggi di dunia tetapi negara-negara ini terdiri dari negara paling happy.

Apa perlunya jadi seorang pembayar cukai yang bijak dan berilmu?

1. Paling penting dapat tahu macam mana nak jimatkan atau kurangkan cukai mengikut lunas perundangan, secara sah tanpa bimbang dikenakan tindakan.

2. Faedah dari sudut permohonan pelbagai lesen dari pihak kerajaan termasuklah permohonan untuk pekerja asing melalui Jabatan Imigresen.

3. Tahu macam mana nak elak dari dikenakan tindakan penalti, saman dan lain-lain lagi.

4. Tidak menjadi mangsa scammer kerana tahu mengendalikan sendiri urusan cukai.

5. Tidak membayar cukai lebih dari yang sepatutnya kerana faham dengan pelepasan dan insentif cukai yang kerajaan berikan.

6. Pendek cerita, jika faham tentang cukai boleh buat perancangan cukai dan dalam masa yang sama merancang kewangan peribadi atau syarikat.

Jadi nak belajar jom kita dapatkan Siri Ebook – Bijak Cukai.

Siapakah yang WAJIB memiliki siri ebook ini?

1. Mereka yang memiliki gaji atau pendapatan sekurang-kurangnya RM 36,000 setahun atau RM 3,000 sebulan.

2. Pemilik perniagaan dan rakan kongsi perkongsian.

3. Pelabur dan pemilik hartanah.

4. Perunding takaful, hibah dan Unit Amanah.

5. Pengarah syarikat Sdn Bhd / Berhad.

6. Ejen jualan langsung.

7. Peniaga Online.

Apa yang akan anda perolehi daripada Siri eBook bijak cukai dan video tips penjimatan cukai?

1. Pelbagai tips penjimatan cukai yang dibenarkan oleh undang-undang melalui pelepasan cukai, insentif cukai, potongan perbelanjaan dibenarkan, rebat zakat dan penstrukturan organisasi perniagaan.

2. Kisah benar sebagai teladan yang boleh anda ambil pengajaran.  Boleh rujuk cerita dalam copywriting e-book 101 dan dalam e-book cukai hartanah.

3. Penjimatan yang diterima mungkin sehingga 100% jika tahu apakah insentif cukai yang sesuai diambil contohnya bagi travel agency yang bawa pelancong dari luar negara minimum seramai 750 orang setahun, semua pendapatan yang diterima hasil aktiviti berkenaan 100% dikecualikan cukai.

4. Kenapa perlu hantar Borang BE sedangkan kerajaan benarkan mereka yang ada caruman Potongan Cukai Bulanan dari majikan boleh memilih untuk tak serahkan Borang BE.  Sebab kebiasaannya akan ada lebihan cukai yang boleh anda terima bila tuntut pelepasan dan sebagainya ketika mengisi dan submit borang tersebut.

5. Kaedah mengira cukai dalam video yang disertakan sebagai bonus untuk membolehkan mereka yang nak kira sendiri cukai mereka.

6. Ada lebih 15 situasi contoh urusniaga hartanah yang ramai tak tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan.  Termasuklah untuk kes usahasama pembangunan dengan pemaju.

7. Urus cukai, hati tenang.  Bila kena audit dengan pihak LHDN, tetap kekal tenang kerana dah tahu apa yang telah dilakukan dan akan dilakukan.  Dokumen tersimpan rapi, semua bukti ada, jadi taklah bimbang sampai tak boleh tidur malam.

8. Tips apakah kesilapan dan kesalahan dan sering dilakukan oleh pembayar cukai sehingga mereka dikenakan tindakan sedangkan mereka tiada ilmu dan info megenainya.

9. Tips penyimpanan dokumen bagi memudahkan urusan penyediaan penyata kewangan, penyata sewaan hartanah dan penyata pengiraan cukai.

10. Tips memilih apakah jenis entiti bisnes yang paling sesuai untuk anda, pemilik tunggal, perkongsian, perkongsian liabiliti terhad, syarikat sdn bhd mahupun koperasi.

Beli terus di sini okeh: https://bit.ly/jombijakcukai

Semoga bermanfaat buat semua.

#SuperDaddy
#BijakCukai

Share

Blog  / Knowledge

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved