Banyak kes ahli keluarga bergaduh berebut harta pusaka kerana tidak faham ilmu faraid ni. Banyak kes viral yang sering kita baca kan?
Ada juga ahli keluarga teraniaya ditindas terutamanya orang perempuan. Ada juga yang tidak sedar memakan harta batil atau harta anak yatim berpuluh tahun.
Masalah pusaka di Malaysia dah umpama barah yang meruntuhkan institusi kekeluargaan dalam diam. Sentiasa ada pertelingkahan dalam perebutan harta tinggalan si mati.
Bayangkan pada tahun 2020 sebanyak 70 bilion harta pusaka telah terbeku dan 90% darinya adalah milik orang Islam.
9/10 orang kita masih tidak tahu fungsi sebenar wasiat dan tidak tahu apa itu harta pusaka. Akibatnya apabila mati, harta yang dikumpul dengan penat lelah berpuluh tahun, menjadi terbeku atau rebutan oleh waris-waris yang masih hidup.
Kebanyakan kita terlalu fokus pada perancangan hidup di dunia yang mungkin cecah 60-70 tahun. Tapi kita terlupa perancangan harta pusaka yang akan menentukan nasib kita ‘di bawah’ sana yang tidak tahu berapa puluh, ratus tahun lagi.
Semasa kita hidup, kitalah yang buat pilihan.
Kita nak kita mati meninggalkan harta dan harta tersebut memberi manfaat seterusnya melupuskan hutang-hutang kita atau kita nak harta kita menjadi punca perbalahan ahli keluarga bila kita mati kelak.
Jadi, aku sangat galakkan korang untuk follow akaun Instagram @soal_jawab_faraid dan facebook Soal Jawab Faraid untuk lebih banyak jawapan kepada persoalan mengenai harta pusaka dan faraid.
Jika nak buat perancangan wasiat/hibah boleh dapatkan konsultasi percuma dengan klik link berikut:
https://linktr.ee/soaljawabfaraid
Aku dah selesai dah buat urusan perwarisan harta ni tahun lepas. kalau aku mati esok, inshaAllah semua waris aku tak perlu berebut itu ini dah.
Semua dah diberikan mengikut hak masing-masing.
InshaAllah.