Spaghetti oh spaghetti.
Makanan utama selain nasi dan roti.
Jadi pengganti mee kuning.
Mudah dimasak, cepat dimakan.
Kalau makan selalu pun nanti naik pening.
Saya dah kehabisan idea nak masak dan makan. Jenguklah apa yang ada dalam peti ais tu, keluarkan dan jadilah spaghetti goreng “bodo” ni. Walaupun rupanya agak “bodo” tapi rasanya..boleh tahan “pandai”.
Saya tak nak kongsi resepi..cuma nak tayang gambar sahaja.
Bukan apa, resepinya “bodo” sangat.
fried spaghetti with beefresepi spaghettispaghetti cendawanspaghetti goreng dagingspaghetti goreng simplespaghetti tomatospaghetti with tomato








8 Comments
Salam Khairul,
bodo apa pulak, nampak pandai tu. Pasta simple-simple pun sedap, tambah kalau guna minyak zaitun!
Boleh agak rasa spegeti tu, ada tomato, cendawan, daging ke tu, bawang, sayuran kalau ada…ok dah tuh!
Wsalam Kak Yong,
Haha..memamng ada daging dan sayuran. Agak sedap lah bagi tekak saya.
Salam En Khairul,
Saya lihat spaghetti ‘bodo’ ini rupanya sangat ‘cerdik pandai’ dan rasanya tentu lebih ‘bijaksana dan cendekiawan’..hehe..
Kadang-kadang time masak kita campak-campur saja kan tapi yang campak campur itulah menerbitkan rasa yang o la la..tak mau bagi resipi ya..tak pe saya boleh agak apa ingredientsnya..:)
Cik Shasha,
Tidak dinafikan yang rasa spaghetti bodo tu agak bijaksana dan cendiakawan..sebab ada cendawan kot 🙂
Kalau dah terrer tu kan..sekilas spaghetti di pinggan dah tau apa resepinya kan??? tak gitu?
Uik meh coba kongsi2 resepi.. aiyok bodo2 pon nampak sedap.. kalau pandai campur kan bahan2nya pasti sodap!
Beb,
Takde mende pun…saya perap daging dengan sedikit kicap cair dan sos ikan, pastu tumis bawang putih..lagi banyak lagi best…pastu masukkan daging biar sampai masak..then masukkan all the sayuran macam u tgk dalam gambar tu dan 15 saat kemudian masukkan spaghetti..siap. Cuma, spaghetti lepas dah rebus masak..terus rendam dalam ais atau air paling sejuk, so dia teta pejal dan tak melekit bila digoreng.
ooooo…
itu rahsianya!
perap dulu daging itu. tapi sos ikan tu jumpa yg Siam je..
Tips,
Sos ikan tu memang yang siam jer…takder pulak saya pernah guna yg lain. Ada ke yg malaysia punya??