Jom buat spaghetti carbonara yang mudah yakmat. Tak guna krim, tak guna susu tapi guna telur sahaja.
Bahan-bahan nak kena ada:
200gm spaghetti/vermicelli/linguine ikut suka lah.
3 biji telur dipukul sebati
3 keping chicken slices dipotong kecil
5 ulas bawang putih dihiris
50gm butter
Garam dan lada hitam secukup rasa.
Cara nak buat dia:
1. Rebus spaghetti ikut tahap kekenyalan yang disukai. Agak-agak 5 minit sebelum spaghetti ready terus panaskan kuali dn masukan butter. Nak guna minyak zaitun pun boleh tau.
2. Tumiskan bawang putih berserta kepingan ayam tadi sampai sedikit garing. Lepas tu spaghetti dah ready terus guna penyepit ambil dan masukkan ke dalam kuali. Jangan tos tau, kita nak sedikit air yang melekat di spaghetti tu. Nak dia lembap basah sikit. Kacau sebati dan tutup api.
3. Ingat tutup api dulu yer, kacau sekejap dan terus tuangkan telur dan kacau sebati. Lepas tu taburkan lada hitam dan garam secukup rasa.
Siappp dan hidangkan bersama parutan keju kalau ada dan taburan daun parsli dan chilli flakes kalau nak pedas.
Cubalah, mudah yakmat ni. Anak-anak confirm suka.
#superdaddy
#spaghetticarbonara
P/S: Banyak resepi ringkas aku yang lain boleh dilihat di instagram @mynameiskhairul






