• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Spaghetti Telur Masin by Superdaddy

19/10/2021

Nah, Spaghetti Telur Masin. Kau yang asyik buat Aglio Olio tu wajib cuba buat yang ni. Lain macam betul pergi dia.

Mungkin cinta kau beralih arah lepas ni.

Nak buat pun mudah yakmat. Wajib ada telur masin lah kan. Kalau ada paste telur masin tu pun lagi mudah.
Jom aku share cara nak buat dia.

Bahan-bahan dia pun mudah yakmat. Biasanya dah ada stok kat rumah semuanya.

Bahan-bahan yang kena ada (untuk 4 orang makan):

200gm spaghetti direbus macam biasa.
2 biji telur masin direbus macam biasa.
1 ketul isi ayam dipotong dadu. Ganti udang lagi sedap.
5 ulas bawang putih dipotong.
3-5 ulas cili padi dipotong kecil.
3 tangkai daun kari.
1 cawan susu.
100gm butter/marjerin or whatever.
1 sudu serbuk cili (chilli flakes)

Cara nak buat dia.

Tumis semua biar harum mewangi.

1. Panaskan butter/marjerin lalu tumiskan bawang putih, cili padi serta daun kari sampai wangi dan masukkan ayam atau udang dan goreng sampai masak.

Ni ha rupa telur masin yang telah dihancurkan jadi keping-keping setelah kau pergi. Tinggalkan kasih sayang yang pernah singgah, antara kita. Masihkah ada, sayang itu?

2. Sambil tu lenyekkan telur masin sampai hancur jadi keping-keping setelah kau pergi sambil ternyanyi lalu terus masukkan ke dalam kuali dan kacau sebati. Dia akan jadi berbuih tau, dont worry. Kalau guna pes telur masin ini pun boleh: https://shp.ee/qcq8fxj

Masukkan telur masin yang telh dihancurkan hatinya itu. Gaul sebati biar dia berbuih-buih seperti buih ombak menghempas pantai.

Kau masukan susu ikut kepekatan yang kau suka. Suka basah, masukkan 1 cawan susu atau lebih. Suka kering, kurangkan sikit.

3. Dah kacau sebati masukkan susu. Kalau nak agak berkuah sikit masukkan dalam 1 cawan susu, kalau nak kering sikit masukkan setengah cawan sahaja. kacau sampai didih dan masukkan spaghetti. Aku suka San Remo Vermicelli: https://shp.ee/zhpkxbj

4. Kacau sebati dan rasa dulu. Kadang-kadang ada telur masin yang tak berapa masin, so kena tambah garam yer. Kalau rasa masih ada yang tak kena, kau tambahkan secebis kasih sayang. Pasti terus berbeza rasanya.


Siap dan hidangkan dengan taburan chilli flakes.

Sedap baqhang. Sungguhhhhhhh.

Baik hang cuba lekaih.

Hiaslah ikut suka hati. Aku buat tak berapa pedaslah sebab budak nak makan. So aku tabur chilli flakes. Tak pedas juga aku potong cili kasi tabur.

Budak-budak ni suka yang kering, so aku letak susu setengah cawan jer.

#ResepiSuperDaddy
#spaghettitelurmasin

P/S: Banyak lagi resepi mudah aku di Instagram @mynameiskhairul

Share

Blog  / Cooks  / Foods  / Recipes  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved