Tadi aku call dan sembang dengan mak.
Entah macamana boleh terflashback cerita zaman aku sekolah dulu. Aku ni budak nakal, sekolah selalu call, mak selalu kena datang nak jamin aku sebab abah kalau datang mungkin aku kena cekik kat situ jugak. Hahaha.
Lepas tu mak cerita dulu dia kerap berhutang dan bergadai demi nak sekolahkan aku dan adik-adik. Maklumlah mak dan abah orang motong getah jer kan.
Tapi mak dan abah cakap, depa akan buat apa sahaja asalkan anak-anak berpelajaran. Depa takde duit harta nak bagi namun depa usahakan apa sahaja untuk bagi pelajaran untuk anak-anak.
Sungguh, hanya melalui pendidikan dan ilmu, nasib sesebuah keluarga itu dapat diubah. Dengan ilmu juga, seseorang itu dapat memberi manfaat kepada keluarga dia, masyarakat sekeliling dia, agama dia dan juga bangsa dia.
Pendidikan anak-anak adalah sangat penting.
Tak ada duit nak menyekolahkan anak atau nak hantar anak ke menara gading pun payah jugak. Jadi bagi yang duit cukup makan sahaja, kenalah menyimpan dan menabung demi masa depan pendidikan anak-anak.
Antara simpanan yang wajib kita buat untuk anak-anak adalah dalam tabung SSPN. Aku buka akaun SSPN-iPlus untuk anak-anak aku sejak depa kecik lagi.
Tabung ni ada takaful, so kalau aku mati, ada jugalah duit yang banyak depa dapat untuk pastikan depa dapat sambung pelajaran ke peringkat yang tertinggi.
Kalau hampa ada anak, eloklah buka akaun SSPN-iPlus ni, boleh pilih pakej ikut kemampuan dengan bayaran tabungan serendah RM30 sebulan. InshaAllah, boleh kot kita simpan jumlah tu untuk anak setiap bulan kan?
Benefit dia banyak tau, dividen dia agak tinggi, ada perlindungan takaful, dapat pelepasan cukai dan paling penting simpanan ni dijamin oleh kerajaan.
Paling penting, jika nak dapat pinjaman PTPTN secara automatik bila masuk universiti nanti, anak-anak wajib ada akaun SSPN yer.
Now boleh daftar secara online sahaja di website PTPTN:
https://www.ptptn.gov.my/sspniplusonline/register…
Harta yang paling baik untuk kita tinggalkan untuk anak-anak adalah pendidikan. So carilah jalan macamana pun untuk berikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak.
Leave A Reply