Siap masak Sup Ikan Merah tengah hari ni.
Sedap hirup sup gini, anak-anak pun suka. Paling penting cara nak buat dia sangat mudah dan tak renyah. Setengah jam boleh settle semua ni.
Bahan-bahan untuk projek kali ini:
500gm ikan merah atau jenahak pun boleh.
1 pek sup ikan Adabi
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
½ batang karot dihiris
1 biji kentang dipotong dadu
1 biji tomato dibelah 8
1 batang saderi/celery jika ada.
3 tangkai daun sup
3 tangkai daun bawang
Garam dan gula secukup rasa.
Cara nak melaksanakannya:
1. Tumis bahan-bahan dalam pek sup Adabi bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau.
2. Masukkan air bersama karot dan kentang. Ikutlah nak air banyak mana dan biarkan mendidih sehingga kentang empuk.
3. Dah empuk, masukkan ikan, tomato dan saderi atau kalau takde boleh guna batang daun sup tu. Biarkan sampai ikan masak lalu perasakan dengan garam dan gula. Boleh ketuk dan masukkan cili padi kalau nak pedas.
Siappp.
Hidangkan dengan taburan daun sup, daun bawang dan juga bawang goreng.
Kali ini aku masak guna periuk Uaaken Original Black Series. Periuk ni non-stick dan granite coating teknologi Jerman tau. Harga mampu milik, yang 20cm cuma RM79 sahaja.





Tengah ada sale 8.8 ni, bolehlah korang dapatkan satu.
Sedap masak dalam periuk ni sebab dia cepat panas dan ringan. Ada pemegang silikon, so senang nak pegang waktu nak kacau masakan atau waktu nak angkat. Senang nak cuci juga sebab dia tak melekat dan ringan.
Ehhh, terpromo pulak dah.
Jomlah kita hirup sup dulu.
Lapar dah ni.
Leave A Reply