• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Sup Siam Masak Awai Tak Kalut by Superdaddy

20/11/2021

Nahhh Sup Siam Masak Awai Tak Kalut.

Aku kalau bab sup memang suka sup yang masam-masam pedas. Sup siam sahaja yang beri rasa dan aroma begitu. Lalu sekejap tadi aku pun terus sembelih ayam dan masak sup.

Jom aku tunjuk cara nak buat Sup Ayam Siam yang mudah yakmat. Ishh lain bebenor bunyi sup ayam aku ni.

Bahan-bahan untuk projek ini:

½ ekor ayam dipotong ikut saiz kesukaan.
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 inci halia ditumbuk
½ biji bawang besar dimayang halus
1 sudu lemak/kulit ayam
1-2 batang serai diketuk
1-2 helai daun limau purut
½ biji tomato dipotong 4
½ batang carrot dipotong baji
1 sup bunjut
1 ketul kiub pati ayam
3 sudu sos ikan/kicap sotong
1-2 biji limau nipis
Garam secukup rasa

Cara nak buat dia:

1. Panaskan periuk Uaaken beli kat Shopee dengan sedikit minyak dan tumiskan lemak/kulit ayam agak garing dan masukkan bawang putih, halia, bawang besar dan serai. Tumis sampai harum dan layu di tasik madu lalu masukkan air.

2. Dah menggelegak, masukkan ayam dan kentang serta sup bunjut dan juga kiub ayam dan kacau sebati. Bila ayam dah masak elok lalu masukkan sos ikan, tomato dan daun limau purut serta cili padi.

3. Perahkan limau nipis ikut kadar kemasama yang disukai. Kendian perasakan dengan garam dan aji jika suka. Kalau tak suka tak apa, aku tak marah. Seterusnya taburkan hirisan daun ketumbar.

Siap dan hidangkanlah dengan nasi, ayam goreng kunyit, ulam timun serta sambal belacan serta senyuman yang menawan.

Hidang terus dalam periuk Uakeen yang beli kat Shopee tu yer, sebab dia lawa dan helok kalau duduk kat meja pun.
https://shopee.com.my/product/11437389/10307255164/…
Lazat oihhh.

Slurpp slurpp bunyi dia bila hirup tu diikuti dengan peluh yang mula memercik di dahi.

Fuhhh, what else do you want?
Terus cakap Siam.

#ResepiSuperDaddy

#supsiam
Share

Blog  / Cooks  / Foods  / Recipes  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved