Berenang adalah sejenis “survival skill” yang semua orang kena ada.
Aku dulu duduk kampung ada sungai. Memang champion lah, tapi tu pun selepas beberapa kali lemas dan telan air sungai yang warna kekuningan macam teh ais tu.
Anak-anak sekarang semua di bandar. Nak belajar renang dah tak macam di kampung. Dulu member tendang jer aku masuk sungai, lemas seround dua dan terus pandai berenang.
Anak-anak ni kenalah hantar ke kelas. Selepas beberapa bulan, dah tak risau dah nak campak anak dalam kolam.
Satu kelegaan besar bila aku tahu kalau ada insiden berkaitan air, anak-anak aku at least ada mekanisma untuk dia selamatkan diri.
Paling best bila pergi bercuti di hotel. Aku boleh lepak tepi pool sambil minum air dari gelas yang ada payung kecil tu sambil layan Facebook. Dah tak risau sangat dah.
Korang yang belum enroll anak-anak dalam kelas renang cubalah cari kelas yang sesuai. Banyak kelas yang berdekatan, harga pun tak mahal.
Pakaian renang, kickboard, goggle pun murah sangat sekarang ni. Kat MrDiy pun banyak dan kat Decathlon pun banyak juga.
Nak yang kualiti sedap sikit boleh beli di Decathlon: https://shp.ee/4gxxhdd
Anak-anak bila dah tahu teknik ni, confident level dia pun lebih tinggi, dia dah tak seram dengan air.
Serious best bila anak-anak dah tak takut air dan pandai mengapungkan diri.
Bila dia dah pandai buat freestyle tu kita rasa bangga semacam jer.
Gambar: Anak-anak aku dan sepupu diorang dalam kelas pagi ni di MSL Swim School. Pakaian dan alatan semua dari Decathlon Malaysia