Tengahari tadi kami makan di luar. Lama dah tak bawak anak-anak lunch out. Restoran ni dekat rumah lama kami di Bukit Jelutong.
Alang-alang kami singgah ke rumah ambil surat.
Khaleef dok pujuk ajak masuk tengok rumah dia. Katanya dia duduk di rumah tu dengan mak dia waktu dia kecik. Dia kata adik masih dalam perut mommy lagi waktu tu.
Dia nak sangat tengok rumah tu.
Aku cakap tak boleh. Kita dah bagi orang duduk situ, kunci pun dah bagi kat orang. Alah ketuklah pintu nanti orang bukalah. Aku cakap tak boleh. Orang tengah berehat kot, tak boleh kacau.
Dia kata boleh. Ketuk pelan-pelan, tak kacaulah. Aku terus cakap, orang tu balik kampung kot, cuti ni, jadi takde orang kat rumah, ketuk pun orang tak dengar.
Dia senyap.
Begitulah.
Tempat di mana kita bermula biasanya penuh dengan nostalgia.
Apatah lagi tempat yang penuh dengan kenangan semasa kecil bersama orang yang paling kita sayang dan orang yang paling kita rindu.
Indah.
Leave A Reply