• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Tenggiri Masak Cuka

09/05/2020

Sudah siap lauk berbuka hari ini.  Lauk kegemaran arwah isteri dan ini first time aku buat selepas dia takde.

Nah resepi Tenggiri Masak Cuka oleh Superdaddy Khairul Abdullah.  Tak tulis resepi pun nanti korang minta jugak.  Baik aku tulis siap-siap.

Bahan-bahannya:

3 ketul isi ikan Tenggiri.  Ikan lain pun boleh, tak kisah.  Letak garam, kunyit dan goreng setengah masak.
3 ulas bawang merah kecil (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 sudu biji sawi.  Kalau takde guna halba campur.
5 biji cili api
2 sudu cuka, nanti korang tambah kalau tak cukup.
1 sudu kecil garam
1 sudu gula
2 inci potongan timun dan karot kalau suka.  Potong memanjang tau.
5 ulas bawang merah kecil/bawang putih tak perlu hiris.  Cari yang paling kecil okeh.

Cara nak buat dia.

1. Tumis bahan bahan yg dihiris sampai naik bau dan masukkan biji sawi atau halba.

2. Masukkan ¾ cawan air dan masukkan cuka.

3. Dah mendidih, masukkan timun dan carrot serta ikan.  Biar diorang lepak situ dalam seminit dua.

4. Masukkan bawang merah dan putih serta cili.  Biar sekejap dan tutup api.

Siap.

Makan dengan nasi panas.  Jangan ratah, tak feel.  Paling best makan esok.  Rasa tu dah sebati dalam ikan.

Perghhh.

#ResepiSuperDaddy
#TenggiriMasakCuka

Share

Cooks  / Foods  / Recipes

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved