• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

“Thank You, For Giving Birth To Me”

23/08/2021

“Daddy, can I give something to mommy?”

“Yes sure.”

Dia pun kutip bunga-bunga rumput disepanjang laluan lalu diletakkan di nisan ibunya. Duduk di atas riba aku, dia pun bacakan Al-Fatihah lalu dia pun mendoakan ibunya. Ayat pendek yang ringkas yang selalu didoakan buat ibunya sepanjang 3 tahun yang lepas.

“Ya Allah, please forgive my mommy and put her into syurga.”

Kali ini dia kuat.

Dia lebih ceria berbanding selalu. Dibersihkan pusara ibunya dari lalang meliar. Usai membersih lalu diangkutnya air dan disiram rumput dan pokok kecil berbunga putih itu.

Dia lebih bahagia berbanding 3 tahun yang lalu dimana dia lebih selesa tunggu di dalam kereta. Tak sanggup keluar untuk berhadapan dengan dua nisan yang dibawahnya bersemadi sekujur jasad yang sangat dia rindu.

“Now I’m okay daddy. I’m not scared to come here anymore. I wont cry like last time.”

Dia peluk aku erat.

Rasa getar di tubuh kecil itu. Menyembunyi rasa.

Aku usap dan aku cium. Aku gembira yang dia sudah terbuka bercakap tentang perasaan, tentang sedih dan tentang rindu. Namun dia takkan pandang wajah aku, setiap kali aku tenung dia akan alihkan pandangan.

Dia cuba sembunyikan raut kesedihan.

“Ok abang, jom balik. Nanti kita datang lagi. Want to say anything before we leave?”

“Goodbye mommy. I miss you.”

Aku pun pegang tangannya dan bangun untuk beredar. Lalu dia sentuh nisan ibunya dan berkata.

“Thank you mommy. Thank you, for giving birth to me.”
😭

#superdaddy

Share

Blog  / Nostalgia  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved