Alhamdulillah semuanya selamat. Tiada sebarang drama bermula dari check-in, security check, boarding dan flying. Saya agak risau dan gementar pada mulanya takut dia menangis.

Apabila masuk saja dalam pesawat pramugari sambut dengan ucapan “hello there our youngest passenger” dan sememangnya Khaleef adalah penumpang paling muda dalam penerbangan ini iaitu 3 bulan 20 hari.

Saya meminta pramugari membuat susu untuknya dan bersedia utk bagi ketika take off. Namun, dia tidur apabila tayar kapal terbang terangkat dan kembali terjaga setelah mendarat.
Tiada tangisan dan tiada drama sepanjang perjalanan dari Frankfurt ke Berlin.
Namun…mula menangis setelah sampai di hotel akibat kelaparan dan begitu juga daddynya yang turut lapar dan terpaksa order room service.




It’s a good trip and a good experience for both of us. And I think Khaleef is ready to board a long haul flight to Malaysia this July for hari raya.







Leave A Reply