• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Tips Pengembara: Pilihan Penginapan Alternatif Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

21/12/2015

Booking.com, Airbnb, Hostelbookers, Expedia, Trivago dan sebagainya adalah nama-nama yang sering anda dengar ketika mencari hotel atau penginapan ketika mengembara. Namun bagaimana dengan nama-nama seperti Couchsurfing? Nightswapping? Housesitting? Homecamp? Warmshowers? Wwoofing? University Rooms? Pernah tak anda mendengar perkataan-perkataan tersebut? Bunyinya agak pelik bukan? Namun itulah terma-terma yang digunakan untuk menggambarkan jenis penginapan alternatif yang ditawarkan untuk pengembara atau pelancong berbanding penginapan biasa seperti hotel dan juga hostel.

Ingin tahu lebih lanjut? Jom kita baca satu persatu.

 

1. Couchsurfing

couchsurfing

Penginapan jenis ini mula diperkenalkan pada tahun 2003. Konsepnya adalah sangat mudah. Ianya seperti anda pergi melawat kawan anda dan tinggal di dalam rumahnya secara percuma. Ya, percuma tanpa sebarang bayaran (tertakluk kepada terma dan syarat). Syaratnya mudah, anda daftarkan diri anda dalam laman web komuniti Couchsurfing dan anda tawarkan bilik ataupun sofa di rumah anda untuk sesiapa sahaja yang datang ke KL contohnya untuk menumpang bermalam.

Sebagai balasan anda juga dapat pergi ke mana-mana di seluruh dunia dan tumpang bermalam di atas sofa atau di dalam bilik di rumah sesiapa sahaja yang menawarkannya. Contohnya jika anda hendak ke Paris, maka anda carilah sofa atau bilik yang available di Paris pada tarikh yang anda ingin pergi. Kemudian hubungilah pemilik sofa atau bilik tersebut dan aturkan kedatangan anda.

Jadi lain kali anda harus membalas budi tersebut dengan memberikan penginapan di rumah anda kepada orang lain pula.

www.couchsurfing.com

2. Nightswapping

Nightswapping

“Malam” adalah matawang terbaru di Nightswapping. Konsepnya lebih kurang sama dengan Couchsurfing dan bila anda menjadi hos yakni memberikan penginapan kepada orang lain, setiap malam yang anda berikan atau hoskan tersebut akan bernilai satu malam juga jika anda ingin menginap di rumah orang lain nanti. Maknanya jika anda dah pernah hos 3 tetamu selam 7 malam maka anda juga boleh bermalam selama 7 malam di mana-mana ceruk dunia.

Namun jika anda tidak boleh menjadi hos yakni tidak dapat memberikan penginapan anda kepada orang lain maka anda boleh beli “malam” yang anda inginkan.

Harga satu malam adalah di antara RM30 hingga RM200 bergantung kepada jenis penginapandan ia tidak tertakluk kepada berapa orang. Kalau anda sekeluarga dalam 5 orang pun anda hanya bayar harga 1  malam tersebut sahaja. Tidak seperti laman homestay seperti Airbnb atau Wimdu, setiap tambahan ada caj per kepala.

www.nightswapping.com

 

3. Housesitting

housesitting

Ini pula adalah penginapan bagi penggemar haiwan peliharaan. Anda boleh tinggal di sesebuah rumah dengan percuma di seluruh dunia dengan syarat anda perlu menjaga haiwan peliharaan tuan rumah tersebut. Konsepnya mudah, tuan rumah hendak pergi bercuti dan mereka perlukan seseorang untuk menjaga haiwan peliharaan mereka. Jadi anda boleh daftar sebagai penjaga haiwan dan ketika anda hendak pergi bercuti maka carilah mana-mana tuan rumah yang memerlukan penjaga untuk tempoh tersebut. Anda bolehh tinggal di dalam rumah tersebut dengan percuma dan menjaga haiwan peliharaan mereka.

Caranya mudah dimana anda perlu daftar dan buat pembayaran minimum samada bulanan atau tahunan. Selepas itu anda boleh tinggal di mana-mana rumah di seluruh dunia selama mana yang anda mahukan.

www.trustedhousesitters.com

 

4. Homecamp / Camp in my Garden

homecamp

Ini pula adalah bagi penggemar camping. Anda boleh bawa khemah dan pacak di mana-mana halaman rumah yang membenarkan anda berbuat demikian di seluruh dunia. Konsepnya adalah sama seperti homestay Airbnb namun tiada bilik ditawarkan kepada anda cuma tapak perkhemahan samada di halaman rumah, belakang rumah ataupun di kawasan ladang dan sebagainya dengan bayaran yang memang murah.

www.home-camp.com  / www.campinmygarden.com

5. Wwoofing

Screen Shot 2015-12-21 at 05.25.51

Ini pula bagi mereka yang berminat dalam bidang pertanian organik. Anda boleh mengembara ke seluruh dunia dan tinggal dengan peladang organik. Anda akan diberikan penginapan dan makanan secara percuma dengan syarat anda perlu membantu mereka bekerja sekitar 4-6 jam sebagai bayaran untuk sehari penginapan dan makan minum. Anda boleh tinggal hanya sehari atau seminggu atau sebulan atau setahun bersama mereka.

www.wwooff.net

6. Warmshowers

Screen Shot 2015-12-21 at 05.50.05

Ini adalah komuniti bagi mereka yang mengembara secara berbasikal. Konsepnya adalah sama seperti Couchsurfing dan ianya adalah 100% percuma. Anda hanya perlu bersetuju dengan syarat utamanya iaitu anda bersedia untuk menjadi hos kepada pengembara berbasikal lain yang datang ke tempat anda.

www.warmshowers.org

7. Universiti Rooms

Screen Shot 2015-12-21 at 05.26.24

Teringin untuk tinggal di hostel di universiti terkemuka seperti Cambridge atau Oxford? Ini peluang anda. Banyak universiti membuka peluang untuk anda menginap di hostel atau penginapan mereka ketika cuti semester di mana para pelajar sudah meninggalkan kediaman masing-masing. Harga yang ditawarkan adalah bermula dari RM60 semalam.

Bolehlah anda merasa tinggal di universiti terkemuka tanpa perlu mengambil exam!

www.universityrooms.com

———————————————————————————

Terdapat banyak lagi terma-terma penginapan baru yang diperkenalkan akhir-akhir ini seperti Bamping, Glamping, Champing dan sebagainya namun saya merasakan kurang sesuai bagi mereka yang inginkan penginapan yang murah.

Anda teringin mencuba yang mana?

Entahlah, I Dont Know. 

Saya teringin nak masuk universiti 🙂

khairul signature

© 2016 KHAIRUL ABDULLAH. Hakcipta Terpelihara

abdullahaccomodationamericabajetbudgeteuropehomestayhostelhotelkhairulpenginapantipstravelus
Share

Accomodation  / Adventure  / Blog  / Experience  / Hotels  / Knowledge  / Places  / Tips  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Tips Error Fares – Tiket Penerbangan KL Ke London Dan Balik Melalui Barcelona Hanya RM1582
14/10/2017
Pantang Larang Jika Anda Ke Jerman
20/03/2017
Perangai Hodoh Orang Kita Di Kolam Renang
25/10/2016

9 Comments


dorsett pink
21/12/2015 at 11:52 am
Login to Reply

good sharing.. saya pernah ada pengalaman tak ada tempat tinggal. masa tu travel sorang2.. nak sewa hotel mahal, tak mampu..last2 tido kat masjid..

saya cerite kisah travel saya kat http://www.lavenderbackpacker.blogspot.com tapi skrang dah tukar address ke http://www.dorsettpink.blogspot.com



fikah
21/12/2015 at 2:36 pm
Login to Reply

Samaa!! yg University tu plg cool! 🙂 tq for sharing!



    Khairul Abdullah
    21/12/2015 at 3:34 pm
    Login to Reply

    Most welcome 🙂

suziana mohd tahir
21/12/2015 at 3:32 pm
Login to Reply

Wow! Paling menarik sekali ialah University Rooms! Terima kasih atas perkongsian En. Khairul.



    Khairul Abdullah
    21/12/2015 at 3:33 pm
    Login to Reply

    Sama-sama. Saya pun suka yg tu jugak 🙂

Wendy Tan
22/12/2015 at 8:22 am
Login to Reply

Very useful.. thanks for sharing Khairul .. now saya rasa boleh meluaskan lagi penggembaraan dengan info ni..



Halilawati Ahmad
23/12/2015 at 1:54 pm
Login to Reply

Me too Khairul.. Teringin nk stay kat U sana.. Tq very² much untuk semua tips ni.. Sgt² berguna..



Nurul
24/12/2015 at 8:36 pm
Login to Reply

Salam saudara khairul,
Saya dan seorang rakan baru saja menamatkan pengembaraan backpacking di Ireland, Scotland, England, Wales dan Paris selama 20hari pd 21hb Disember 2015. Pengalaman ini sangat bermakna kerana inilah kali pertama sy backpack dan mencuba penginapan alternatif untuk penjimatan. Couchsurfing, menumpang di rumah kenalan dan tidur di backpacker. Memang seronok bg yg adventurous dan tak banyak cekadak. Couchsurfing umpamanya, kami bertuah sebab dpt host yg sgt sporting. Ini membuatkan sy berazam utk buat couchsurfing bila blk Msia nanti. Terima kasih sbb byk tips dari saudara yg kami guna sebagai panduan. Sekarang masa utk plan trip seterusnya!
🙂 🙂



shasha
09/01/2016 at 7:42 pm
Login to Reply

Tahun ini ada rezeki saya nak try couchsurfing…



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved