• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Tips Untuk Blogger – Cara Terbaik Untuk Mengambil Gambar Makanan

08/09/2012

Saya pasti ramai food blogger di luar sana yang inginkan gambar yang diambil nampak lebih terang, jelas, cantik dan nampak menyelerakan. Ramai yang beranggapan dengan mengambil gambar menggunakan kamera kompak biasa ataupun dengan menggunakan telefon bimbit dan juga ipad atau tablet adalah mustahil mendapatkan gambar yang cantik.

Saya boleh pastikan yang tanggapan tersebut adalah salah.

[quote]Antara faktor yang paling penting di dalam fotografi adalah cahaya. Dengan pencahayaan yang cukup, gambar akan lebih jelas dan tajam[/quote]

Sudah pasti kualiti gambar menggunakan kamera kecil ini tidak setanding dengan kualiti DSLR dari segi ketajaman (sharpness) dan juga noise (saya tidak tahu terma di dalam bahasa) iaitu bintik-bintik kecil yang terhasil akibat dari kekurangan cahaya dan juga “bokeh” (out of focus blur) yang dihasilkan oleh lensa yang mempunya apperture (pembukaan lubang) yang besar.Β Namun, dengan sedikit usaha dan persediaan – kualiti gambar dapat dihasilkan dengan lebih jelas dan menarik.

Antara faktor yang paling penting di dalam fotografi adalah cahaya. Dengan pencahayaan yang cukup, gambar akan lebih jelas dan tajam. Oleh yang demikian, untuk mengambil gambar makanan (dengan peralatan yang terhad) eloklah diambil pada siang hari dengan menggunakan sumber cahaya matahari.

Di sini saya senaraikan tips-tips untuk menghasilkan gambar yang baik dengan menggunakan kamera digital “point and shoot” atau “compact camera” (kamera kecil biasa yang tidak boleh ditukar lensanya).

1. Gunakan Β mode Macro(gambar bunga) – mod ini membenarkan anda mengambil gambar dengan lebih dekat dan juga akan menghasilkan sedikit “bokeh” dimana subjek akan lebih jelas dan latarbelakang akan menjadi kabur (blur) oleh itu subjek makanan akan lebih menyerlah (outstanding)

2. Dekatkan subjek (makanan) di tepi tingkap. Ini adalah untuk mendapatkan cahaya semulajadi (natural lighting) dan bagi mengelakkan penggunaan flash. Pastikan jangan ketika matahari betul-betul memancar melalui tingkap, seeloknya di antara jam 11-12 tegahari dan 2-4 petang.

3. Ambil gambar menghadap ke sumber cahaya tadi (bagi menghasilkan backlight) yang mana cahaya itu akan menghasilkan perincian ke atas makanan tadi. Sekiranya di ambil membelakangkan sumber cahaya – gambar akan jelas dan cantik namun latar belakang gambar akan menjadi gelap.

4. Sediakan sumber cahaya tambahan seperti lampu meja, lampu handphone, ipad, tablet dan sebagainya yang mempunyai sumber cahaya. JANGAN GUNA KAMERA FLASH

5. Seboleh-bolehnya gunakan tripod bagi mengelakkan gambar menjadi kabur (blur) akibat gegaran tangan. Sekiranya menggunakan tripod dan “set timer” anda boleh membiarkan kamera berfungsi sendiri dan anda boleh memegang ipad, handphone, torchlight dan sumber lampu lain untuk menerangi subjek. Tripod boleh dibeli dengan harga serendah RM15 – RM30 ringgit di kedai-kedai kamera.

6. Sudut dan komposisi – jangan biasakan diri mengambil gambar secara penuh dan di dalam satu sudut/angle sahaja. Cuba pelbagai sudut dari atas, 45 darjah, horizontal (landscape) vertical (portrait). Gambar penuh dengan subjek makanan di tengah-tengah adalah sungguh membosankan.

7. Zoom – Jauhkan diri dan kamera dari subjek dengan mengundur satu langkah ke belakang dari meja dan gunakan zoom untuk compose dan fokus kepada subjek. Dengan ini, lensa kamera akan mengasingkan subjek dari latarbelakang dan fokus dan ketajaman akan tertumpu kepada subjek. Hasilnya, subjek akan lebih timbul (outstanding).

8. Food styling – gunakan pinggan yang putih dan kosong, ini akan menonjolkan lagi subjek iaitu makanan. Jika menggunakan pinggan berwarna gelap atau mempunyai corak penuh..subjek akan tenggelam. Pastikan selepas menceduk makanan, pinggan dibersihkan dari sisa tumpahan kuah, serdak kuih/kek dan sebagainya. Jangan terlalu banyak garnish, atau hiasan.

9. Props – sekiranya anda mahukan props untuk latar belakang seperti teko, cawan, bunga dan sebagainya – sila jarakkan sedikit props tersebut dari subjek sekiranya gambar diambil dari sudut 45darjah bagi membolehkan kamera mengasingkan subjek dari props (props akan menjadi out of focus atau blur atau dalam terma fotografi dipanggil “bokeh”). Sekiranya gambar diambil dari sudut atas (bird eye view) props boleh didekatkan dengan subjek.

10. Ambil banyak gambar – setiap sudut pastikan ada 2-3 shot ntuk dipilih kemudian. Jangan hanya ambil satu shot dan terus berpuashati.

*Tips yang bergaris adalah paling penting untuk diikuti bagi menghasilkan gambar yang outstanding.

Di bawah adalah contoh Setup yang saya biasa gunakan untuk gambar-gambar makanan.

Setup 1

Berikut adalah hasil daripada Setup 1 tersebut

Dapat dilihat yang hasil daripada kedua-dua kamera ini adalah hampir sama. Gambar ini adalah “fresh from camera” tiada penambahbaikan (photoshop) dibuat ke atasnya.

Berikut pula adalah Setup 2.

Berikut adalah hasil daripada Setup 2 di atas.

Jadi, dapat dilihat daripada gambar di atas, hasil daripada kamera kompak juga adalah setanding dengan kamera dslr. Yang paling penting adalah pencahayaan yang betul.

Terdapat Β 4 pantang-larang yang perlu diikuti iaitu,

1. Jangan guna “flash”

2. Jangan guna “flash”

3. Jangan guna “flash”

4. Jangan ambil gambar waktu malam. Cahaya lampu adalah keras dan kasar berbanding cahaya semulajadi. Jadi ambil gambar di siang hari (kena sabar walaupun kek anda siap dimasak di tengah malam) boleh draft dulu blog anda itu. Esok baru upload gambar.

Inilah hasilnya kalau pakai flash.

Dan di bawah ini adalah tanpa flash dan mengikut Setup 2.

Gambar ini adalah dari kamera kompak berjenama Nikon. Dapat diperhatikan bintik-bintik halus (noise) yang ketara di bahagian gambar yang gelap. Itu adalah kekurangan pada kamera kompak yang biasa. Namun begitu, adalah lebih cantik dari menggunakan flash bukan?

Dan ini pula adalah hasil dari kamera DSLR .

Tidak banyak beza bukan? Cuma noise yang tidak ketara serta “bokeh” atau blur yang lebih banyak di latar belakang.

Sudut komposisi memainkan peranan yang penting juga. Sila google untuk lihat gambar-gambar makanan dan ingat komposisi-komposisi yang menarik minat anda dan tiru.

kekpelangi5

Diharap, tips-tips mudah ini sedikit sebanyak dapat membantu para blogger di luar sana yang inginkan gambar lebih cantik dan sedap mata memandang.

blog kekblog makanancara ambil gambarcara mengambil gambar makanangambar bloggambar makananmacro modemod makrophoto tipstips ambil gambar cantiktips ambil gambar kektips ambil gambar makanantips ambil gambar untuk blogger
Share

Blog  / Cooks  / Photography  / Tips

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

64 Comments


Dini
08/09/2012 at 5:44 pm
Login to Reply

Salam tuan blog,

Good tips! Thanks for sharing. TQ TQ TQ



    Khairul Abdullah
    08/09/2012 at 5:51 pm
    Login to Reply

    Wsalam Puan Dini,

    Saya gembira dapat membantu. Harap dapat mempraktikkannya.

Ladywindsor
08/09/2012 at 6:15 pm
Login to Reply

Fuhhh! Fuhh! Tak cukup nafas saya nak baca entry ini…rasa macam masuk kursus fotografi pulak..hik! Ok, sekarang saya dah clear sikit bagaimana nak dapatkan pic yang sharp dan terang. Selama ini saya banyak ambil gambar waktu malam dengan menggunakan flash dan cahaya daripada lampu kalimantang biasa. Patutlah walaupun guna alas warna putih, hasil masih tidak memuaskan.

Selain guna auto, saya juga letakkan button pada M@manual dan jarang guna button yang ada gambar bunga. Malah saya tak berapa pasti pun fungsi simbol2 tu sebab manualnya



    Khairul Abdullah
    08/09/2012 at 6:28 pm
    Login to Reply

    LW,

    hahaha..baca pelan2 yer. Saya memang tahu yg gambar awak kebanyakan di ambil pada waktu malam. Kalau nak ambik pada waktu malam boleh cuma perlukan sumber cahaya yang cukup. boleh gunakan setup yang sama cuma sumber cahaya matahari tu kena gantikan dengan lampu kalimantang yang di pasang pada aras tingkap..tak boleh pakai kat siling.

    Kalau pakai manual – setkan apperture kepada f.yg paling besar biasanya 2.8 atau kalau ada 1.8 lagi bagus. Dan shutter speed mestilah laju bagi mengelakkan gegaran dan blur. Rule of thumb, shutter speed mestilah sekali ganda focal point..kalau focal point atau jarak focus di lensa adalah 50mm – shutter speed mestilah 100 atau lebih bagi memastikan gambar yang sharp.

    Banyak yang perlu dipelajari sekiranya hendak menggunakan mode M (manual).

Ladywindsor
08/09/2012 at 6:24 pm
Login to Reply

…hilang.
Hahaha…sorry terputus reply..
Ok saya suka ambik pic dengan hasil besar, terang dan sharp walaupun saya tak ada lens yg boleh buatkan tekstur kek tu nampak sebiji sebiji, jadi saya boleh apply tutorial ug awak bagi ini kan?

Kenapa kadang-kadang bila saya ambil pic terlalu dekat, ada shadow hitam di bahagian
bawah pic? Saya pernah terbaca mengenai ‘kotak’ yang boleh digunakan untuk menjadikan gambar clear dan sharp, macam mana nak buat kotak tu?

Ok setakat ini, itu saja soalan saya yang memang zero knowledge pasal fotografi ini..



    Khairul Abdullah
    08/09/2012 at 6:37 pm
    Login to Reply

    Untuk dapat hasil yang besar/detail seperti yang awak nak tu..kamera atau lensa hendaklah didekatkan pada subjek..sekiranya pakai auto awak tidak akan dapat fokus, jadi harus bertukar ke mode Macro.

    Shadow hitam di bahagian bawah biasanya terhasil daripada flash. Sila cuba tutorial ini dan cuba ambil gambar sedekat yang mungkin.

    Kotak? di dalam kamera? kalau di dalam kamera pastilah kotak fokus. Setaip kamera digital mempunyai kotak fokus dan cara penggunaannya adalah menekan butang snap secara separuh dahulu..kemudian enjin lensa akan berputar mencari titik fokus, setelah berjumpa biasanya akan berbunyi “tit tit” dan kotak akan highlight – tandanya fokus sudah dilocked dan seterusnya tekan butang snap tu sampai habis dan barulah gambar akan di snap.

Ladywindsor
08/09/2012 at 6:47 pm
Login to Reply

Arghhh bila masuk bab shutter speed dan nak adjust/set aperture ni yang saya fail, bagilah bapak kamera sekali ganda mahal pun, saya confuse..memang bukan dasar kaki fotografi..chewahhh boleh gitu..alasang neh..well I’m good in writing but not focusing..hahaha!

Ok selalunya kalau saya guna manual, saya tak peduli pun pada bacaan aperture. Pada saya kalau apa yang saya nampak pada mata (ketika itu) sharp dan clear, saya fikir pixelnya juga akan halus dan rapat, tapi hasilnya macam dukacita (bombastic plastic..haha) jadi ini yang saya tak puas hati dan berpuluh-puluh angle saya ambil..

Ooo kena guna cahaya paras tingkap dan bukan paras siling ya? Noted!



    Khairul Abdullah
    08/09/2012 at 7:14 pm
    Login to Reply

    LW, you pakai kamera apa? kompak atau dslr? Kalau dslr, sila gunakan mode A ataupun P. Tapi kalau kamera kompak sila guna mode Macro dan cancelkan flash.

    Cahaya paras tingkap untuk immitate cahaya matahari masuk ikut tingkap πŸ™‚ kalau kat siling pun boleh..tapi efek lighting tak cantik.

Ladywindsor
08/09/2012 at 6:56 pm
Login to Reply

Alaaa tersubmit 2 kali, sila delete yek..tsk!

Ok later saya cuba yang guna manual dan gambar dekat tu, so letak button dengan simbol bunga kan. O ya saya pernah tengok pic yang dirakam sebelah menyebelah, maksud saya dua objek yang sama tapi dalam satu pic, itu teknik apakah yang digunakan itu?

Danke



    Khairul Abdullah
    08/09/2012 at 7:22 pm
    Login to Reply

    Yer..simbol bunga tu adalah mode untuk ambil gambar jarak dekat. Sila cuba.

    Pic dirakam sebelah menyebelah?? ermmm…mungkin itu adalah teknik multiple exposure..2 objek yang sama..tetapi dalam satu gambar. Harus menggunakan tripod untuk mengekalkan kamera apada satu sudut dan subjek ditukar atau diubah kedudukan dan di snap di atas frame yang sama..atau lagi satu teknik yang boleh juga buat gambar jadi macam tu dipanggil.. Photoshop πŸ™‚

Ladywindsor
09/09/2012 at 4:31 am
Login to Reply

Saya guna Nikon D3000 dan yang set auto sentiasa sebab tak begitu mahir dengan manual, tapi lately ni saya banyak praktis guna manual specally bila nak shoot food pic saya try manual walaupun vision saya agak kabur. A tu untuk auto, kalau P tu apa fungsi?

Maksud kotak yang saya faham tu adalah kotak yang bukan di dalam kamera, tapi kotak biasa. Entah tak pasti pulak kotak macam mana sebab saya pernah dengar geng foto ada cakap mengenai ‘kotak’ yang akan jadikan hasil pic cantik dan clear. Maybe saya yang tak faham istilah kotak tu..



    Khairul Abdullah
    09/09/2012 at 8:52 am
    Login to Reply

    Banyak yang perlu dipelajari sekiranya hendak menggunakan mode manual. Paling penting untuk faham f stop (apperture) dan juga shutter speed..how to complment each other. Perlu tahu white balance dan sedikit sebanyak tentang iso. Tips paling mudah untuk menggunakan manual mode untuk mendapatkan exposure yang betul adalah dengan melihat exposure compensation di dalam viewfinder ketika memfokus [+…..|……-] dan pusing dial (butang dekat ibu jari) sehingga jarum exposure compensation itu berada di tengah-tengah. Itu menandakan yang f stop dan shutter speed adalah tepat bagi menghasilkan exposure yg betul.

    Mode A – adalah untuk Apperture Prioriy, anda set apperture yg anda mahu seperti 3.5 contohnya, dan kamera akan automatik set shutter speed yg sesuai untuk exposure yg tepat.

    Mode P – adalah pre-program yang mana ianya adalah seperti automatik di mana kamera akan set semuanya setelah metering dibuat (tekan shuter separuh). Cuma mode ini tidak akan mengeluarkan flash seperti auto.

    Kotak tersebut dipanggil lightbox. Biasanya digunakan untuk mengambil gambar makanan atau produk untuk editorial publication yang memerlukan gambar dengan latarbelakang putih supaya mudah untuk membuat suntingan dan menambah teks ke atas gambar tersebut seperi yang anda tengok di majalah.

    Lightbox mudah dibuat sendiri – memerlukan sebuah kotak saiz sederhana 2X2kaki atau lebih, selotape, kertas putih yg besar dan 2 buah lampu meja. Sila google/youtube cara-cara untuk membuat homemade lightbox. Ini contoh gambar yg saya shoot menggunakan lightbox buatan sendiri http://www.flickr.com/photos/khairulabdullah/7096274231/in/set-72157629500204322/
    dan ini adalah cara mudah untuk membuat light box = http://youtu.be/–wO67tpj8I

Bleeding Heart
09/09/2012 at 4:36 am
Login to Reply

I am more concerned with your food pictures rather than the tecniques. Alluring! Anyways thanks for sharing good tips! Now my eyes wide open with all the tips u hv given. The only thing i can say is your viand trembles my heart. I love food very much. Ops! Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin from Malaysia.



    Khairul Abdullah
    09/09/2012 at 8:53 am
    Login to Reply

    BH,

    Good photos will make food looks alluring regardless of how its taste πŸ™‚

    Selamat Hari Raya to you too.

Su
09/09/2012 at 10:30 am
Login to Reply

Tips yg sgt bagus! Semua tips itu benar sekali, sebb saya guna kamera digital biasa dan selalu terpaksa bereksperimen untuk menghasilkan gambar terbaik.

Dan betul, flash selalu menghasilkan gambar yg sangat perlu dibuang ke tong sampah (delete!).



    Khairul
    09/09/2012 at 10:40 am
    Login to Reply

    Su,

    Di dalam setiap pekerjaan ataupun perbuatan…”practise make perfect” dengan eksperimen, latihan dan teknik yang betul..insyaAllah..hasilnya pasti terbaik.

    Flash boleh digunakan di situasi tertentu dengan setting yang tertentu bagi menghasilkan gambar yang tidak perlu dibuang ke tong sampah. Tetapi untuk tips dan teknik ini..Flash adalah diharamkan sama sekali. πŸ™‚

Ladywindsor
09/09/2012 at 3:16 pm
Login to Reply

Saya ada testing dengan mengambil gambar food pada tengah hari dan juga waktu petang, nanti saya letak dalam entry. TQ tutorial..:)



    Khairul Abdullah
    10/09/2012 at 9:17 am
    Login to Reply

    LW,

    Nicely done..good job! A lot more better than previous pictures but still a lot more to improve. Keep it up!.

wan
10/09/2012 at 8:38 am
Login to Reply

terbaik….walaupon makanan tu x brapa sedap… tp bila tgk gambaq yg diambil…mkanan tu tetap sedap!! TERBAIK!!



    Khairul Abdullah
    10/09/2012 at 9:18 am
    Login to Reply

    Wan,

    Terima kasih..the art of food photography is to make foods look yummy.

June Shukor
10/09/2012 at 8:49 am
Login to Reply

good posting. dan paling penting gambar2 makanan tu memanggil2 aku. huhu



    Khairul Abdullah
    10/09/2012 at 9:19 am
    Login to Reply

    June,

    Dah panggil banyak kali tu..bila nak datang nye?

nenetPenne
10/09/2012 at 9:07 am
Login to Reply

sometimes i snap gambar cantik..sometimes out… as u can see kat my blog tu kan…
baru i tahu apa itu ‘bokeh’.. poor me..
btw, can i order a bowl of curry me? looks tempting laa pulak kan..



    Khairul Abdullah
    10/09/2012 at 9:24 am
    Login to Reply

    Net,

    A few tips…kalau nak ambik gambar kat dalam restoran..cari tempat duduk kat tepi tingkap atau kat tempat yang paling terang. Tepi tingkap atau kat luar adalah yang terbaik (kalau siang lah kan). Jarakkan diri dan kamera dari makanan dan guna button zoom untuk compose dan fokus then baru snap. InsyaAllah..it will looks good.

    Bokeh = blur atau kabur yang terhasil dari latarbelakang yang “out of focus”. Seperti mata kita juga..bila kita fokus kepada sesuatu benda atau subjek..latarbelakang atau benda lain disekeliling akan menjadi kabur. Terma bokeh hanya ada di dalam kamus fotografi πŸ™‚

    Nak order curry mee? its a mee rebus..not curry mee. But sure i will make curry mee one of these days and jemput u makan πŸ™‚

nenetPenne
10/09/2012 at 9:09 am
Login to Reply

oh lupa nak cakap, my fren ada amik fotografi course somewhere at damansara..dia rasa mcm nak mati …susah sangat2 bila kena amik guna teknik2 yang diajar…katanya nampak mcm mudah tapi sebenarnya tak… poor him…



    Khairul Abdullah
    10/09/2012 at 9:31 am
    Login to Reply

    Net,

    Fotografi is an art. A good photo is a combination of an artist and its technique. Pandai teknik tetapi tidak pandai compose..tak jadi. Pandai compose but tak pandai teknik..tak jadi jugak. Need both. Belajar fotografi memerlukan minat dan sedikit seni di dalam diri. Untuk mudah belajar aspek teknikal..perlu faham konsep asas fotografi..iaitu cahaya. Perlu faham pasal cahaya dan perlu paham cara kamera bekerja. Itu adalah perkara yang paling asas.

    Nampak mudah…dan sebenarnya agak mudah kalau faham konsepnya dan kalau kena cikgu yang mengajarnya.

    Good luck to your friend then…ask him to read a lot then practice..and practice and practice.

      nenetPenne
      11/09/2012 at 8:49 am

      he said, cikgu punya garang sampai malas nak pi kelas…

      mee curry untuk i..haaa tunggu i datang..tahun depan…

        Khairul Abdullah
        11/09/2012 at 8:59 am

        Suruh dia cari cikgu pompuan yang cun..baru semangat lebih. πŸ™‚

        Okeh..tahun depan! (shake hand)

Mummy Akmar
10/09/2012 at 3:08 pm
Login to Reply

ooooooooooooooooooo!!! terus oo panjang.. ade fungsi yer gambar macro mode tu. Slalu pakai auto mode je. Okay lepas ni boleh cuber! Good info!



    Khairul Abdullah
    10/09/2012 at 3:19 pm
    Login to Reply

    Mummy,

    Setiap mode camera tu ada kegunaanya. Mode makro adalah untuk mengambil gambar jarak dekat, tak kiralah makanan ke..bunga ke, semut ke, duit syiling ke..any small things that need to be enlarge.

    Selamat mencuba.

ladywindsor
11/09/2012 at 1:48 am
Login to Reply

Yerp..will do more experiment, outdoor and indoor specially due to lights application. Thanks for the infos and tips!



    Khairul Abdullah
    11/09/2012 at 9:00 am
    Login to Reply

    LW,

    Good luck and have fun experimenting.

tips
12/09/2012 at 1:42 am
Login to Reply

DUGAAN betul tengok gambar makanan pagi2 puasa wajib ni… (“,)

*LW makin tere tu, bole belajar dgn beliau je nanti. πŸ™‚



    Khairul
    12/09/2012 at 10:38 am
    Login to Reply

    Tips,

    Itulah dugaan orang berpuasa….pahala lebih tu. πŸ™‚

    LW nanti lagi 2-3 bulan dah naik taraf jadi pro tu.

June Shukor
12/09/2012 at 6:23 am
Login to Reply

Kerol, tunggu tabung ayam aku penuh dulu la. ada 4 tabung nak kena fill in ni. baru penuh satu tabung ja, means aku sorang ja lepaih pi sana nanti. hehehe



    Khairul
    12/09/2012 at 10:40 am
    Login to Reply

    June,

    Patut ler lambat…orang pakai tabung gajah ko pakai tabung ayam!

iz
09/10/2012 at 9:50 am
Login to Reply

kali pertama masuk rumah u ni time bila tak ingt dh. tp entry yg ada kek pelangi tu. terpesona dgn blog ni sbb bersih, kemas dan selesa utk mata.

* baca blog ni sambil lagu iringin dari website sepang goldcoast mmg sgt menarik. ‘hati rasa tenang’

-nizam



    Khairul Abdullah
    09/10/2012 at 6:20 pm
    Login to Reply

    Terima kasih En. Nizam kerana singgah di blog saya πŸ™‚

blu4sky
25/10/2012 at 2:12 am
Login to Reply

salam khairul,
minta izin nak print this entry.. senang sket nak study..hehehhe..anyway thank you for sharing your knowledge.. gambar-gambar yang i ambil mostly depends on cahaya lampu rumah jer.. memang tak berapa nak cantik



    Khairul Abdullah
    25/10/2012 at 9:36 am
    Login to Reply

    Eh..silakan. Memang tujuan artikel ni adalah untuk dikongsi. Selamat mencuba.

Azman Ismail
29/05/2013 at 8:52 am
Login to Reply

Thanks for tips! cc Hazman Fadzil.



    Khairul Abdullah
    11/06/2013 at 6:59 am
    Login to Reply

    Most welcome.

azman
29/05/2013 at 11:00 am
Login to Reply

Terima Kasih diatas tip yang diberi,baru berjinak2 dgn kamera…belajar dan terus belajar.



    Khairul Abdullah
    11/06/2013 at 9:03 am
    Login to Reply

    Selamat belajar dan terus belajar πŸ™‚

kash
24/06/2013 at 10:28 am
Login to Reply

kenapa yer, apabila saya zoom hmpir ke objek, button shoot tidak boleh ditekan (shoot)



    Khairul Abdullah
    26/06/2013 at 9:09 am
    Login to Reply

    Ini kerana setiap lens mempunyai jarak fokus maksimum diantara lensa dan subjek. Biasanya maklumat tersebut tercatat di lensa atau di manual lensa. Sesetengah lensa hanya akan fokus pada subjek dengan jarak dekat maksimum 16cm – maknanya jika jarak lensa dan subjek berada sekitar 16cm atau 18 cm atau lebih maka lensa akan dapat fokus dan anda akan dapat tekan shoot. Namun sekiranya jarak depan lensa terlalu dekat dengan subjek contohnya 10cm atau 8 cm..maka lensa tak dapat fokus jadi anda tak dapat tekan shoot.

    Seperti mata kita juga..ambil satu objek dan dekatkan dengan mata, jika terlalu rapat maka mata tidak akan fokus lagi kepada subjek tersebut dan subjek akan menjadi blur. Otak tak dapat proses maklumat untuk mengenalpasti subjek tersebut…maka memori kita taidak akan merakam apakah objek tersebut. Sama juga seperti kamera, apabila subjek tidak dapat difokus, maka ia tak dapat dikenalpasti dan kamera tidak akan merakam.

    Semua kamera digital dengan autofokus tidak akan dapat shoot sekiranya subjek out of focus atau out of focus range. Diharap penerangan ini dapat memberi pemahaman kepada saudara.

Khairul Haswad
28/06/2013 at 3:26 am
Login to Reply

saya suka tips ini. terima kasih bro.



Tom Hdr
16/07/2013 at 3:12 pm
Login to Reply

nice bro…



Zul MY
16/07/2013 at 3:12 pm
Login to Reply

nice bro…



Mellina Hanya Nama Samaran
27/07/2013 at 8:57 am
Login to Reply

terima kasih(;



Khairul Abdullah
28/07/2013 at 7:46 am
Login to Reply

Sama-sama πŸ™‚



luqmanzakaria
13/09/2013 at 10:46 am
Login to Reply

good tips! sbb ramai yanp fikir kalau nak tngkap gmbr makanan untuk nampak macam awesome kene gune dslr..love it.



    Khairul Abdullah
    13/09/2013 at 11:10 am
    Login to Reply

    Thank you. Tak dinafikan dgn guna DSLR bersama lensa yang bagus akan menghasilkan kualiti gambar yg bagus. Namun sekiranya kamera point and shoot digunakan secara betul, hasilnya juga akan turut berkualiti.

Eriy Fazri
27/09/2013 at 1:57 am
Login to Reply

thanks bro 4 tips…



Syuhada Syughi
26/10/2013 at 3:50 pm
Login to Reply

ini sangat AMAZING !!!!!!!!!!!!!!!!!



Khairul Abdullah
26/10/2013 at 4:20 pm
Login to Reply

Selamat mencuba πŸ™‚



Sharun Ahmad
23/11/2013 at 8:46 am
Login to Reply

Nice



Khairul M Abdullah
23/11/2013 at 8:51 am
Login to Reply

Thanks.



Ruby.MY
07/03/2014 at 5:32 pm
Login to Reply

bagus betul tips ni. ruby suka baca. πŸ™‚



    Khairul Abdullah
    08/03/2014 at 12:01 am
    Login to Reply

    Terima kasih Pn. Ruby. Teruskan membaca πŸ™‚

twin
14/03/2014 at 4:02 am
Login to Reply

Bagus betul tips2 yg diberi. Tq.
Tapi ni guna kamera.
Kalau guna handphone macam mana? Tips yg sama ke? Dalam banyak artikel KA yg lain, banyak juga gambar yg diambil guna handphone shj tp masih cantik menarik.
I’m impressed!



addin farhani
02/10/2015 at 6:46 am
Login to Reply

nice post… tu la, saya pun pelik knape org suka guna flash masa ambil gambar… btw, byk benda yg nak kena belajar ni… nmpk mcm simple, tp nk kena ada ilmu tuu(^^,)… thanks for the info2…



Mohd Norizi
30/11/2015 at 12:25 pm
Login to Reply

nice…



Mazlina Mohd Nazir
08/06/2016 at 3:10 pm
Login to Reply

Nice sharing..



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

Β© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved