Aku suka seni.
Dulu-dulu aku sangat suka melukis. Dari kecik lagi dah mula melukis dan zaman sekolah hampir semua mural di sekolah tu ada sentuhan tangan aku termasuk mural-mural haram di dalam bilik air.
Lepas tu sambung belajar kat uni pun ambik course yang design-design ni jugak. Lepas habis belajar stop terus melukis dan painting ni. Namun skill design masih guna lah dalam kerja.
Cuma bila dah kahwin, takde anak dan ada banyak masa aku sambung balik melukis. Biasalah, melukis sikit, main muzik sikit, buat fotografi sikit dan segala hal yang berbentuk seni ni serba sikit.
Cuma lepas dapat anak, stop habis semua benda yang aku suka buat ni. Stop terus fotografi. Kamera DSLR aku dengan segala lenses, speedlight dan segala macam aksessori ribuan ringgit aku tak sentuh langsung. Simpan sampai berkulat.
Gitar semua masuk dalam case dan terus tak sentuh. Sekali sekala rindu keluarkan dan belai-belai sahaja dan simpan balik. Haaa gitu.
Fokus betul aku pada anak-anak dan keluarga sahaja. Abaikan terus benda-benda yang buat aku gembira yang boleh release stress aku.
Sekarang aku cuba lah balik get back all those moments.
Memang aku sentiasa busy dengan anak-anak tetapi aku curi curi masa melukis digital pula. Lebih mudah, tak perlu mengadap kanvas, boleh mengadap skrin dan boleh melukis dimana sahaja.
Sesekali petik gitar selagu dua buat hilangkan karat kat tali gitar tu. Sesekali bawa keluar kamera dan cuci sana-sini dan try compose dan klik beberapa keping gambar dan simpan balik.
Begitulah.
Menulis adalah seni aku sekarang ni.
Walapun nampak macam mudah tetapi sesungguhnya ia memerlukan sejenis kemahiran dan kreativiti juga untuk menulis ni. Sejenis seni jugak. Aku lega, aku release dengan menulis.
Seni mengambil gambar tu pun masih dapat aku praktikkan. Sesekali skill fotografi yang masih bersisa tu aku applikasikan kat gambar-gambar makanan yang aku masak tu.
Jadilah.
At least masih ada seni juga dalam hidup aku yang buat aku gembira.
Cuma seni mengorat jer aku dah lupa.
Leave A Reply