Apasal ko hitam berkilat?? Aku baru balik dari Mentawai la, jawab aku. Mentawai tu kat mana?? Kat Sumatera Barat, jawab aku. Apa ada kat situ?? Eh..ko tak tengok news ke? tanya aku pulak..dan soalan demi soalan dan jawapan demi jawapan bersilih ganti.
Itu adalah senario di mana aku jumpa kawan aku yang tak reti baca paper atau tgk news kat tv. Bagi yang tak tau jugak Mentawai tu kat mana atau apa yang ada dan terjadi kat mentawai tu..meh sini aku cerita sikit…sikit jer.
Mentawai adalah gugusan pulau-pulau besar dan kecil yang terletak di barat pulau Sumatera. Mentawai terdiri dari 4 pulau utama iaitu Siberut (paling utara), Sipora (tengah) Pagai Utara dan Pagai Selatan. Pulau ini didiami oleh kira-kira 20,000 orang yang terdiri dari kumpulan etnik kecil yang merupakan orang asal kepulauan Mentawai. 90 peratus daripada mereka beragama Kristian dan selebihnya adalah Islam. Walaupun tinggal di pulau, pekerjaan utama penduduk disini ialah bertani. Mereka bercucuk tanam untuk kegunaan sendiri dan dijual sesama penduduk kampung. Makanan utama ialah nasi, ubi kayu dan pucuk ubi.
Mentawai sangat terkenal di kalangan surfers (peluncur ombak) sebagai Surfers Paradise, kedua terbaik di dunia selepas Hawaii.
![]() |
Pantai Gobi – Sipora of Mentawai Island |
Pada 25 Oktober yang lalu, satu kejadian gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter telah menggegarkan Indonesia dan 30minit selepas itu obmak tsunami berketinggian hampir 12 meter telah menghempas kepulauan Mentawai. Pagai Selatan, Utara dan Sipora adalah paling teruk menerima kemusnahan akibat tsunami tersebut.
4 Empat hari selepas kejadian tersebut, aku telah dipanggil oleh Mercy Malaysia untuk menyertai Misi Bantuan ke kepulauan tersebut. Jadi pada 31 Oktober aku pun berangkat ke Padang bersama 4 orang lagi aggota misi yang lain. Jadi bermulalah misi aku selama 2 minggu di sana. Kalau nak diceritakan secara detail…jenuh aku nak tulis di sini, jadi aku ringkaskan saja isi-isi penting kat sini.
1. Team Majalah 3 turut serta dalam misi kami. Terima kasih Mazidul Akmal Sidik.
2. Setelah sampai di padang, kami menghadapi kesukaran untuk ke mentawai kerana ombak terlalu besar (dari 2 hingga 7 meter) dan cuaca terlalu buruk untuk helikopter terbang dan mendarat di sana.
3. Setelah hampir 5 hari dan selepas 9 percubaan utk menaiki kapal laut dan juga helikopter, akhirnya pada hari khamis kami berjaya menumpang sebuah kapal (KM Muci) dari pelabuhan Teluk Bungos ke Mentawai. Perjalanan mengambil masa 12jam.
4. Sampai di Mentawai, kami berjumpa dengan Team Mercy 1, yang sampai di sana pada hari kejadian. Dan kami beroperasi di atas kapal Arimbi, sebuah cruiser yang agak selesa dengan cabin berhawa dingin, ruang tamu dan dapur yang luas. Semua aktiviti dijalankan di atas kapal tersebut.
5. Kami melawat kampung-kampung yang musnah akibat tsunami dengan kapal Arimbi yang berlabuh agak jauh dari pantai dan menggunakan bot kecil untuk ke pantai dan seterusnya ke kampung.
6. Kami berjaya mendarat di 7 buah kampung dan merawat 557 orang pesakit.
7. Aku paling suka budak-budak kat Mentawai ni. Boleh tengok kat Facebook Aku
![]() |
Children of Bosua |
7. Aku mabuk teruk sepanjang berada di atas kapal selama 4 hari.
8. Kami kembali ke Padang selepas 10 hari dilautan
9. Masa di Padang kami membeli pelbagai keperluan keluarga (Family Kit) untuk diagihkan kepada penduduk kampung.
10. Hari kedua di Padang – aku merasa gegaran gempa bumi pertama kali seumur hidup. Katil bergoncang beb!
12. Setekah selesai, aku balik Malaysia pada 14hb November.
13. 20 November – Muka aku keluar Majalah 3. Bangga mak bapak aku kat kampung..heheheheh
Gambar-gambar yang aku ambil boleh dilihat di FLICKR Gallery aku
Pengalaman di Mentawai menyaksikan dengan mata sendiri kemusnahan oleh Tsunami sangat menginsafkan. Aku sangat bersyukur hidup di bumi bertuah Malaysia. Adakah korang juga bersyukur seperti aku?? ENTAHLAH!!
Believe It or Not
/
Blog
/
Events
/
Experience
/
Peoples
/
Photography
/
Places
/
Volunteers
/
Weather
4 Comments
Wow…KA pernah masuk tv…! Tak ingatlah tgk tv masa tu ke tak…tp kalau tgk pun bknnya kenal..hah..hah…
Saya dah beberapa kali masuk tv…dulu sekitar pertengahan 90an saya muncul beberapa kali dalam drama episod di tv3..hehehe. Last sekali dalam slot majalah 3 tu lah.
Ooo…pelakon rupa2nya.. Apa tajuk drama tu? Kot la memang favourite drama, mesti ingat.
Hahahah..pelakon tempelan atau nama glamernya adalah pak pacak 🙂 Drama bertajuk Kolej.