• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Undang-Undang & Perangai Pelik Orang Jerman

27/09/2015

Hari ini saya ingin bercerita tentang sikap atau undang-undang pelik di Jerman. Kalau saya bandingkan dengan Malaysia dan tulis dengan nada yang sama seperti sebelum ini (sila baca di sini) maka pasti Malaysia akan tewas 10-0 kali ini. Kali ini saya tak nak tulis panjang-panjang sebab orang kita ni malas baca. Tulis 3 perengganย kat facebook pun diorang cakap panjang dan taknak baca apatah lagi yang 10 tajuk dan 30 perenggan.

Jadi saya ringkaskan sahaja.

Berikut adalah 10 perkara pelik yang orang Jerman buat yang orang negara lain tak buat.

1. Ahad Yang Senyap Sunyi

Hari Ahad adalah hari senyap, tak boleh buat bising, tak boleh mesin atau potong rumput, tak boleh tebuk dinding, tak boleh buat apa-apa bunyi sekalipun. Hatta nak buang botol ke dalam tong sampah pun tak boleh. Itu adalah undang-undang, maka jangan dilanggar nanti polis datang. Ahad adalah hari untuk orang Jerman berehat bersama keluarga katanya. Kedai dan shopping complex semuanya ditutup.

2. Waktu Senyap untuk tidur pukul 12 tengahari hingga 3 petang setiap hari.

Dalam kontrak sewa rumah juga termaktub perkara ini yang mana anda tidak boleh buat sebarang bunyi setiap hari pada jam tersebut, tak kisahlah bunyi kuali sebab goreng mee ke, tebuk dinding ke, buang sampah ke, anak menangis ke, atau apa sajalah. Polis datang jugak nanti. Jangan sampai polis sampai 2-3 kali nanti kena halau pulak. Kawan saya dah kena halau dari apartment dia bukan sebab bunyi bising tetapi sebab bau kari dan bau sambal tumisnya yang menyucuk hidung orang Jerman. Kesiannn dia. Saya pernah dapat surat komplen saja ketika saya goreng ikan pekasam.

3. Tak boleh basuh kereta di tempat terbuka dan pada hari Ahad.

Tak pernah saya tengok orang basuh kereta di tepi jalan atau depan rumah atau kat garden dan sebagainya. Nak basuh kereta mestilah kat tempat yang ada sistem perparitan yang betul dan biasanya dibasuh di kedai. Orang jerman takut air sisa sabun tadi meresap ke tanah dan mencemar air bawah tanah. Apatah lagi hari Ahad, memang tak boleh basuh langsung – kedai basuh kereta pun tutup.

4. Bungkus atau masukkan barang anda sendiri ke dalam beg plastik ketika membeli.

Anda pergi ke supermarket beli gula, tepung, susu, telur dan sebagainya penuh satu troli dan sampai kat kashier, dia hanya scan dan tolak barangan anda ke hujung dan anda kena masukkan sendiri semua barangan tadi. Beg plastik biasanya kena beli atau ada sesetengah supermarket bagi free. Biasanya orang jerman bawak beg sendiri macam beg ikea yang biru tu.


5. Orang Jerman takut angin.

Pintu dan tingkap rumah anda perlu sentiasa ditutup tak kira musim panas atau sejuk. Saya kerap terperasan apabila musim panas, saya akan buka tingkap untuk ambil angin segar dari luar dan sering mendengar orang menyebut “es zieht” apabila berjalan melalui rumah saya. Rupa-rupanya itu adalah teguran yang secara literalnya bermaksud “ia menarik” dan ianya bagi menyatakan yang tingkap atau pintu terbuka menarik penyakit masuk ke dalam rumah. Orang Jerman percaya yang angin luar menyebabkan pelbagai penyakit. Jadi kalau dalam tren tu panas maka berpeluhlah anda, kalau bukak tingkap nanti kena marah. Haisshhhh.

6. Adalah salah untuk menutup muka ketika demosntrasi.

Demonstrasi jalanan di Jerman ini boleh dikatakan ada setiap minggu. Setiap hari Sabtu pasti ada demo dan dibenarkan. Biasanya demonstrasi jalanan akan diiringi oleh polis dan semua orang dibenarkan berdemo dengan syarat dapat permit dulu. Namun, ketika demo tak boleh tutup muka dengan sapu tangan ke, mask ke atau apa-apa sajalah. Its illegal katanya.

7.ย Tunjuk isyarat jari tengah adalah salah disisi undang-undang.

Jika anda tengah marah dan anda tunjuk isyarat “fxxk” menggunakan jari tengah kat sesiapa sahaja, maka jika orang tu pegi buat report polis maka anda akan disaman.

8. Ucapan hari lahir atau “happy Birthday” mestilah pada tengah malam.

Jangan sesekali wish happy birthday kat orang Jerman in advance atau lebih awal dari waktunya. Pantang besar ni sebab diorang cakap bad luck kalau wish awal. Bagi hadiah atau kad awal pun tak boleh. Mesti bagi pada tengah malam tu. Kalau bagi terlewat, saya tak tau pulak, mungkin bad luck juga.

9. Semua benda dialih bahasa ke dalam Jerman.

Semuanya di Jerman adalah dalam bahasa Deutsch. Paling tak best adalah kalau nak menonton filem. Semua filem yang masuk ke Jerman ni dialihsuara ke bahasa Jerman. Tajuk pun tukar jugak dan paling best biasanya tajuk tu macam takde kena mengena dengan filem. Contohnya filem Die Hard tukar jadi Die Slowly, Taken jadi 96 Hours, filem Korean Tae Guk Gi (The Brotherhood of War) di tukarnya jadi When Brother Have To Shoot Each Other!

10. Blow your nose atau buang hingus anda di mana sahaja anda suka.

Apa perkataan “blow nose” dalam bahasa melayu eh?? Orang Kedah macam saya cakap “seh hinguih” maksudnya lap atau buang hingus lah. Orang Jerman ni tak kira masa atau tempat, dia boleh seh hinguih ni kat depan orang, dalam keretapi, di meja makan, dalam mesyuarat dan di mana-mana saja dia suka. Eeeeeeeewwww.

————————————————————————————————————————–

Jadi bagi sesiapa yang nak datang bercuti, belajar atau bekerja di Jerman ni, kena bersediaย lah untuk hadapi perkara yang saya ceritakan di atas. Banyak lagi sebenarnya untuk saya ceritakan dan setiap cerita di atas sebenarnya panjang lagi boleh saya ceritakan. Namun sebab orang kita malas baca maka saya berhenti di sini sajalah.

Ini pun dah kira cukup panjang kan?

ENTAHLAH…I Dont Know! Mungkin sangat panjang bagi mereka yang malas membaca.

khairul signature

abdullahkhairulperkara pelik tentang jermanweird about germans
Share

Believe It or Not  / Blog  / Cultural  / Experience  / Knowledge  / Lesson  / Lifestyle

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Tips Pengembara: Pilihan Penginapan Alternatif Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
21/12/2015
Cuti Bersalin Setahun Dan Dapat Duit Setiap Bulan
03/10/2015
Untungnya Kehidupan di Malaysia Berbanding Jerman
19/09/2015

68 Comments


Noorlis Din
27/09/2015 at 11:44 pm
Login to Reply

Tak puas membaca…. rase nk panjang lg…banyk benda lg yg nk tahu….



    Khairul Abdullah
    29/09/2015 at 6:22 pm
    Login to Reply

    Nanti beli buku saya yer, lagi banyak cerita kat dalam tu ๐Ÿ™‚

K.Sham
28/09/2015 at 1:28 am
Login to Reply

Assalamualaikum KA.
Kalau seringkas ini pun masih malas nak membaca.. ntah laa..
– K.Sham dulu kut goreng ikan masin.. maka ada la Mok Sheikh boh kemenyan arab depan pintu.



    Khairul Abdullah
    28/09/2015 at 3:38 am
    Login to Reply

    Waalaikumsalam Kak Sham,

    Saya kali pertama kena warning sebab buat kari..bau semerbak sampai blok sebelah. Second time goreng pekasam, bau sampai sebatu perginya. Lepas tu saya belajar teknik menghilangkan bau..so terus dah tak dapat warning letter.

      mama mateen
      30/09/2015 at 5:39 am

      ajarkan kami teknik menghilangkan bau itu…..

        Khairul Abdullah
        30/09/2015 at 8:52 am

        Teknik saya sangat mudah, tutup semua pintu dan tingkap dapur dan keseluruhan rumah anda ๐Ÿ™‚

Siti Muzailin Bero
28/09/2015 at 2:20 am
Login to Reply

Ringkas sangat lah.. tak puas baca. Nak buat tahi gigi pun tak lepas. Sangat tak best .



    Khairul Abdullah
    28/09/2015 at 3:36 am
    Login to Reply

    Hahahaha….tak best eh?? takpe nanti baca dalam buku, panjang berjela saya tulis.

sai
28/09/2015 at 2:27 am
Login to Reply

haha kat german la sy tau makna sebenar window shopping!sebab keluar jalan-jalan hari ahad semua kedai memang tutup..hanya boleh jenguk tingkap je la…btw still kagum dengan disiplin diorang…salute!



    Khairul Abdullah
    28/09/2015 at 3:36 am
    Login to Reply

    hahaha betul tu, kalau window shopping memang literally means window shopping lah, semua tengok kat tingkap jer. Paling best boleh window shopping 24 jam, semua window dibuka dan dipasang lampu. Kalau saya berjalan balik ke rumah di tengah malam pun boleh window shopping lagi.

Wendy Tan
28/09/2015 at 1:41 am
Login to Reply

bagus juga sharing Khairul ni, boleh juga kita belajar culture org Jerman ๐Ÿ™‚



    Khairul Abdullah
    28/09/2015 at 8:50 am
    Login to Reply

    Terima kasih Wendy kerana selalu menyokong saya ๐Ÿ™‚

adzril
28/09/2015 at 3:42 am
Login to Reply

Ni kira malaysia menang la kan? Hihi



    Khairul Abdullah
    28/09/2015 at 8:51 am
    Login to Reply

    Sudah semestinyaaaaa ๐Ÿ™‚

Nour Muhamad
28/09/2015 at 1:43 am
Login to Reply

Tulis je ikut kotak fikiran, kata hati, jari jemari, ada lah yang akan membacanya. ๐Ÿ™‚



Asmawi Hadzri
28/09/2015 at 1:45 am
Login to Reply

blow your nose = hembus hingus



Muhammad Md Tajudin
28/09/2015 at 1:48 am
Login to Reply

Pendek dan ada perempuan seksi. Tu je lah. Kbai. Haha.



Aziah
28/09/2015 at 4:07 am
Login to Reply

Point ke 10! Teringat kepada kawan saya berbangsa Jerman. First impression yang tidak baik. Hahaha. Rupa-rupanya, sdalah satu kebiasaan.



Norazlina Paiman
28/09/2015 at 2:26 am
Login to Reply

Suka sgt baca penulisan en khairul ni



Azman
28/09/2015 at 4:27 am
Login to Reply

Patutla saya tgk ramai mat salleh seh hinguih merata- rata..mcm takde adat pun yer hehehe..rupanya dorang tak kisah benda buat benda tu di mana-mana.



Fatimah Said
28/09/2015 at 2:54 am
Login to Reply

Suka baca..



Megat Ismail
28/09/2015 at 3:26 am
Login to Reply

Tqvm En Khairul….boleh ajar kami semua cara nak menghilangkan bau tu? hehe boleh kami aplikasikan di sini pula.



Soliha
28/09/2015 at 5:41 am
Login to Reply

Thanks for the article written..Any Malaysian behaviors yang orang Germany tak berapa gemar tak, En Khairul? if you can share with us…thank you.



    Khairul Abdullah
    28/09/2015 at 8:53 am
    Login to Reply

    Soliha,

    Terima kasih kerana membaca. Orang Jerman paling tak suka bau kita masak. Bau kari, bau ikan masin, bau ikan bilis goreng, bau sambal tumis dan semualah yang bau bila kita memasak. Yang lain semua ok.

      Soliha
      29/09/2015 at 4:56 am

      haha, thank you ๐Ÿ™‚

Cnw Shah
28/09/2015 at 4:17 am
Login to Reply

X semua org melayu malas membaca. Tp fakta melayu malas baca ada benarnya. Apa yg en khairul cerita mmg benar sbb dah dialami. Bab bau kari ka ikan masin ka, bukan hny jerman, new zealnd n australia pun sama ja.



Khairul Abdullah
28/09/2015 at 6:33 am
Login to Reply

Ari Ahs Ohhhhhh..terima kasihhhhh ๐Ÿ™‚



Atie
28/09/2015 at 7:42 am
Login to Reply

Suka baca Malaysia vs Jerman ni.. Jauh betul sivik kita dengan diaorang..



Ari Ahs
28/09/2015 at 6:11 am
Login to Reply

betul tu… sebutan warga Selangor



Nazri Hasan
28/09/2015 at 6:15 am
Login to Reply

Cis..baca x sempat nk feeling Mr K.A..dah habis citer..sebab dok flashback masa gi Mรผnchen last June..
Mmg diaorg suka seh hinguih sungguh..



Ari Ahs
28/09/2015 at 6:16 am
Login to Reply

Orang Ireland pelik tengok orang Melayu makan suap pakai tangan tak pakai sudu, garpu atau pisau. Orang Taiwan hairan tengok orang Melayu bersalaman dengan tangan kanan dan kemudian membawa tapak tangan untuk dilekapkan ke dada sebelah kiri… ada lagi… tapi nanti orang Melayu malas baca..



Beeb
28/09/2015 at 8:26 am
Login to Reply

nak beli buku En. Khairul…mana nak beli eh? sebab ada hati nak migrate Germany…boleh?



    Khairul Abdullah
    28/09/2015 at 8:58 am
    Login to Reply

    Beeb, buku saya masih dalam proses penulisan. Buku pertama dalam proses penerbitan di tangan penerbit, yang kedua saya sedang tulis. Nanti kalau dah keluar anda boleh beli kat mana2 kedai buku.

Ari Ahs
28/09/2015 at 6:31 am
Login to Reply

Khairul Abdullah – terima kasih… biar saya reda dengan hal saya dahulu… tak ada masalah kalau anda teruskan.



Muhammad Md Tajudin
28/09/2015 at 7:36 am
Login to Reply

Haha, tu kat atas tu. Saya cuba untuk elakkan imej macan tu dalam blog saya. Tapi apa pun, terima kasih sebab bawakan Jerman ke hujung jari ramai pembaca. ๐Ÿ™‚



Norazah Hamzah
28/09/2015 at 11:11 am
Login to Reply

Banyak benarnya….saya senyum sendiri baca tulisan ni. Bab yang hinguih tu Malaysian lebih sopan. Very good knowledge, thank you.



Rusnawaty
28/09/2015 at 11:56 am
Login to Reply

Wahh….apa tajuk buku tu? Bila dijangka diterbitkn?



Beghehing Mamood
28/09/2015 at 10:05 am
Login to Reply

Assalamualaikum Tuan. Takde malasnye nak baca coretan Tuan! Coretan yang berguna… saya yang dh tua ni sentiasa membacanya, dah tu berkongsi pulak bacaan nya dgn anak menantu. Tulislah biar panjang sekali pun tetap akan dihabis bacaannya.. Tulis lah lagi ya… info yang bermunafaat! Salam Sejahtera buat Tuan dan keluarga. Si Abang tu dah ada adik ke?



jamil long
28/09/2015 at 1:13 pm
Login to Reply

Di Mesir, bila kami orang lelaki Malaysia berjalan dengan memakai kain pelekat..orang2 perempuan Mesir akan menjeling atau melihat terus dalam keadaan hairan dan malah terdengar kekehan gelak ketawa dari beranda di tingkat atas rumah flat sambil menuding jari ke arah kami untuk ditunjukkan pada rakan2 serumah mereka..pada mulanya kami tidak tahu kenapa..tapi setelah di tanyakan kepada rakan Mesir kami, barulah kami tahu rupanya lelaki Mesir hanya memakai kain pelekat setelah baru berjimak dengan isterinya..



Nazri Hasan
28/09/2015 at 4:44 pm
Login to Reply

Ha'ah..rakan Couchsurfing sy dr Ukraine..tengok anak sy salam dia n cium tangan..terperanjat dia..hehehe



Azrean Jaafar
29/09/2015 at 6:07 am
Login to Reply

citelah lagi yg pelik2..best gak baca..sy suka yg no 1 tu…kdg hari ahad tu ada gak jiran yang x reti bahasa tebuk lubangla..ketuk itu ini..tension



Khairul Abdullah
29/09/2015 at 4:18 pm
Login to Reply

@Azrean Jaafar Biasalah orang kita ni ramai yang selfish, tak peduli pasal orang lain. Sabar je lah yer ๐Ÿ™‚ InshaAllah ada kelapangan saya akan terus bercerita lagi.



Khairul Abdullah
29/09/2015 at 4:21 pm
Login to Reply

@Begheghing Mamood Terima kasih tuan kerana sentiasa menyokong saya ๐Ÿ™‚



Mat Toin
29/09/2015 at 8:53 pm
Login to Reply

sedap boh jalan criter deme..kemas boh..jadi ngat..ad ms tulis a lgi..cter pasal bundesliga plok..ambe minat bola hahaha



Abu Bakar
29/09/2015 at 9:26 pm
Login to Reply

Erhammmmm



Saidatul Aisha Binti Nebil
29/09/2015 at 11:45 pm
Login to Reply

Saya pernah dok german selama 5 tgn sbb study kat sn.. Mak angkat sy ckp, yg no 1 tu, org dl je yg xbuat apa2 ms hari ahad, sbb menghormati hari keagamaan mereka (agama Kristian Catholic klu xsilap).. Tp, org moden sekarang, dh xksah dh semua 2..dorg buat macam2 pd hari ahad..

Yg No 2 tu, xtaw plak ad Ruhezeit ms tengah hari.. Igtkan ms malam je.. Nice info

Setuju sgt ngan No 10..dorg sokseh hingus camtu je depan org, even depan makanan.. Gelinya.. Tp, dorg plg pantang klu belahak depan org.. X sopan katanya.. Hahaha

P/s: jgn lupa yg kedai dorg tutup plg lmbt kol 8mlm..pastu,hari ahad, suma kedai tutup..

Dan paling bestnya, masa sambutan new year.. Mmg meriah walaupun di kg.. Sbbnya, New Year la satu2nya masa dorg bley main mercun, bunga api etc sepuasnya, 2pn smpai pukul 3 pagi je klu xsilap ..masa2 lain plak sepanjang tahun, dh xbley main.. Sepanjang sambutan, penoh ngan polis tuk jg keselamatan (walaupun di kg, sbb sy dok kg je dl) dan farmasi semua buka smpai pukul 3 pagi masa sambutan ni.. Sgt hebat sistem mereka

Kalau ad kemalangan plak, automatik semua kereta ke bahu jalan dan stop sbb nak bg laluan kepada bantuan macam polis, ambulans.. Klu terok sgt, dlm 15mnt je, bantuan helikopter pula yg smpai

Mak angkat sy pernah bising sbb jalan jem. Bg sy, x jem pn masa 2, cuma traffic bergerak lambat sikit je pun.. Rsnya, klu org German ke msia, mst dorg pengsan kalau tgk traffic jem kat sini..Hahaha.. Ye la, dorg kan x ad limit halaju kat lebuhraya, so dh terbiasa bawa laju la kot.. Peliknya, walaupun laju, kadar kemalangan die german sgt sikit berbanding di msia

Panjang plak tulis.. Just bile terbaca artikel2 tuan psl german, rs rindu sgt nak melawat sn balik.. Thanks tuan



Khairul Abdullah
30/09/2015 at 1:59 am
Login to Reply

@Saidatul Aisha Binti Nebil

Terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda. Tulis lah panjang2 pun takpe at least orang lain turut dapat baca kisah anda. (y)



Najihah Abdul Mutalib
01/10/2015 at 5:37 am
Login to Reply

Info yang bagus..best baca tulisan encik KA.



Aishah Firdaus
04/10/2015 at 2:46 am
Login to Reply

Gud info.ade pelajaran.kipidap!



Ermelia Rizuan
05/10/2015 at 8:36 am
Login to Reply

Bro, ceritalah panjang-panjang.. pedulikan orang yang malas baca tu. Kami yang suka membaca perkara yang informative dan pelik bagi budaya kita, rasa teruja pulak.

keep it up. impian saya nak tinggal di luar negara juga.



Mulan
05/10/2015 at 2:12 pm
Login to Reply

No 1 & 2 lebih kurang Vietnam pd tahun 90an.. Tp everyday masa tu 6pm bandar Saigon dah sunyi sepi.. Tapi sekarang tak lagi..



    Mulan
    05/10/2015 at 2:13 pm
    Login to Reply

    TQs for sharing…!!!

Bella Salim
12/10/2015 at 7:45 am
Login to Reply

Artikel yang sangat menarik. Kalau lebih panjang pun tak mengapa. Mengingatkan saya saat menetap di Hof, Bayern semasa zaman belajar dahulu. It's a small city (or rather town) but full of lovely people yang ramah-tamah! Sungai Saale yang sangat bersih, adakalanya boleh terlihat swans, ducks and ducklings berenang. Only thing instead of 8pm, kedai-kedai akan mula ditutup sekitar jam 6pm. Point no. 1 (Ahad yang sunyi) adalah yang paling dirindui..kebiasaannya saya akan beriadah/picnic di taman/Tasik Untreusรฉe berhampiran dengan rakan-rakan..kehidupan yang jauh dari traffic jam dan udara sesak di KL. How I wish we could have this sort of family time in Malaysia.

InsyaAllah akan kembali ke Jerman pada tahun hadapan dengan suami dan anak. Harapnya anak-anak dapat membesar dengan baik disana. Harap Tuan akan terus menulis menganai kehidupan disana dan berkongsi resepi!

P/s: Nasib baik tak dihalau gara-gara kerap masak kari. Used to make epok-epok (karipap) a lot when I was there, but my german flatmates fell in love with it. Datang ke Malaysia pun mereka tetap cari karipap! ^^



Khairul Abdullah
12/10/2015 at 4:02 pm
Login to Reply

@Ermelia Rizuan Baiklahhhhh ๐Ÿ™‚



Khairul Abdullah
12/10/2015 at 4:02 pm
Login to Reply

@Aishah Firdaus Dongibap ๐Ÿ˜€



Khairul Abdullah
12/10/2015 at 4:05 pm
Login to Reply

@Bella Salim Memang kedai-kedai kat kampung ditutup lebih awal. Saya duduk tengah town Frankfurt, memang kedai tutup jam 7 atau 8mlm paling lambat.

Saya doakan semoga semuanya dipermudahkan untuk puan sekeluarga nanti. Alles gute!



Ijai Rainbow
20/10/2015 at 4:50 am
Login to Reply

salam saudara , boleh berikan pendapat tentang nurses muslim yg bkerja di Jerman ? ada isu pasal nurse tak boleh bertudung tak ?



Khairul Abdullah
20/10/2015 at 6:15 am
Login to Reply

Saya sudah menulis, menjawab dan memberikan pendapat saya tentang hal nurse bertudung ini di facebook page saya. Sila semak kembali post saya pada minggu lepas. Kalau belum like fb saya anda boleh like untuk mengikuti artikel-artikel lain yang saya tidak post di blog.



Izzaida Abdullah
23/11/2015 at 3:21 pm
Login to Reply

Best baca.klu nak tau..kena rajin baca.jgn mls nooo..hihi.tq



Khairul Abdullah
24/11/2015 at 8:29 pm
Login to Reply

Terima kasih kerana tak malas membaca ๐Ÿ™‚



Khairul Abdullah
24/11/2015 at 8:29 pm
Login to Reply

Terima kasih kerana tak malas membaca ๐Ÿ™‚



Muhammad Faris
07/05/2016 at 4:59 pm
Login to Reply

Saya kepingin tips yang lebih banyak lagi. Jangan risau, saya rajin membaca ๐Ÿ™‚ hehe



Perawat Islam
07/06/2016 at 11:02 pm
Login to Reply

Assalamualaikum KA,

Seronok baca artikel dalam blog tuan. Tulis panjang lagi pun takpe.

Nak tanya di sana ada tak pusat-pusat rawatan Islam kalau ada kes-kes histeria ke?

Atau di sana takde kes-kes gangguan macam kat Malaysia?



    Khairul Abdullah
    13/06/2016 at 6:18 pm
    Login to Reply

    Waalaikumsalam Tuan,

    Tiada pusat rawatan islam setakat pengetahuan saya. Tidak pula saya pernah dengar kes2 histeria dan sebagainya. Mengikut kata seorang rakan Jerman “Di Jerman tiada hantu, semuanya dah lari ke Malaysia” katanya berseloroh.

hayati ghazali
20/10/2016 at 9:36 am
Login to Reply

Tak semua malas membaca…saya suka je membaca terutama blog yang banyak info dan dicampur dengan sedikit bahasa yg lucu…terima kasih kerana info yang menarik, bertambah pengetahuan saya lagi tentang hal hal di luar negara. ๐Ÿ™‚



    Khairul Abdullah
    20/10/2016 at 10:08 am
    Login to Reply

    Terima kasih juga kerana sudi membaca ๐Ÿ‘

jiahhauzi
25/10/2016 at 11:30 am
Login to Reply

Apa topik yang sesuai dbincangkan bersama orang Jerman (untuk tujuan small talk)? Adakah mereka lebih terbuka kepada topik-topik ringan seperti cuaca atau berat seperti politik? Thank you for sharing!



    Khairul Abdullah
    25/10/2016 at 11:55 pm
    Login to Reply

    Topik kecil atau ringan sesuai untuk ice-breaker sahaja. Kebanyakan orang Jerman tidak suka topik kecil dan remeh, namun bergantung kepada jenis orang yang anda jumpa juga. Politik dunia, agama, sukan adalah topik yang mereka suka.

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

ยฉ Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved