• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

What Saliva Do Actually?

03/06/2020

“Daddy, can you stick the tissue on my forehead?”

“Why?”

“I’m hiccup.”

Haha, budak-budak ni kalau sedu aku koyak sikit tisu dan lekat kat dahi depa guna air liur.

Dah semua baring elok jer sambil abang layan sedu, baby dah tidur.

“Daddy, air liur is called saliva, rite?”

“Yess, pandaiii.”

“But, what saliva do actually daddy?”

Ha sudahhh.

Tak pernah aku nak ambik tahu kenapa airu liur ada dalam mulut kita tu.

“Wait, I need to pee, I’ll be back okay.”

Terus masuk toilet dan Google.

Okeh, air liur sebenarnya 99% adalah air yang mengandungi pelbagai bahan penting seperti elektrolit, mukus, sebatian antibakteria dan juga pelbagai jenis enzim pencernaan.

Fungsi air liur termasuk melembapkan makanan, dan membantu membuat bolus makanan (makanan yang telah dikunyah) sehingga dapat ditelan dengan mudah.

Air liur mengandungi enzim amilase yang memecah lemak dan kanji menjadi maltosa dan dekstrin.  Jadi, proses pencernaan dah mula berlaku di dalam mulut lagi, sebelum masuk ke perut.

Okay, ini fun facts:

1. Dalam setahun, air liur kita kalau dikumpulkan dapat memenuhi 2 tab mandi.  Banyak gila wehhh.

2. Molekul makanan mesti dilarutkan oleh air liur agar lidah dapat mengenal rasa.

3. Air liur membantu menyembuhkan luka di dalam mulut lebih pantas berbanding anggota lain di tubuh kita.

4. Bila kita takut atau nervous, air liur kita kurang.  Sebab tu mulut dan tekak jadi kering.  Sebab tu kita asyik telan liur bila takut.

5. Air liur kita kaya dengan bahan dipanggil Opiorphin; sejenis penahan sakit (painkiller) yang 6 kali ganda lebih kuat dari Morphin.

6. Mengunyah chewing gum (tanpa gula) adalah bagus untuk menambah pengeluaran air liur yang baik untuk kesihatan mulut dan gigi.

Jadi, pastikan air liur sentiasa banyak okeh.

Now we know.

#SuperDaddy
#SuperKids
#BedtimeStories

Share

Believe It or Not  / Blog  / Knowledge  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved