• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Why Bird’s Poo In White Colour?

04/06/2020

“Daddy, last time when we walking at the lake, I saw a bird poo.  Why it’s colour white daddy?”

Ahhhh sudah.

“Maybe because birds eat nasik.  You know that nasi is white, rite?”

“Birds eat worms daddy.  It is brown.”

“Hmmm, let me think.”

“And why it is sticky when it’s splash on your car glass?”

Hmmmmm.

Sumpah aku tak pernah terfikir nak ambik tahu kenapa taik burung warna putih.  Ada secoet jer kot yang hitam kehijauan gitu dan majoritinya putih.  Kalau jatuh atas cermin kereta boleh angin satu badan oihh.

Jadi, terpaksalah Google kenapa taik burung warna putih, kan.

Jawapannya?

Yang putih itu adalah air kencing dia lah.  Hahaha.

Burung guna bontot jer untuk keluarkan najis dan kencing jadi keduanya keluar ikut saluran yang sama.  Cumanya air yang diminum akan menjadi sisa nitrogen.  Kalau mamalia lain keluarkan sisa nitrogen tu dalam bentuk urea dan keluar sebagai urine (kencing), burung pulak tukar urea tu jadi asid urik atau guanin yang berwarna putih berbentuk seperti paste ubat gigi.

Lalu keluar bersama najis dia serentak dan ikut saluran yang sama.  Jadi sebab tu nampak ada bercampur warna lain (najis dia) dan majoriti yang putih tu kencing dia.

Haaa, gitu.

Now the fun facts:

1. Najis burung merupakan ejen penyebaran tumbuhan.  Biji buahan yang dimakannya yang tidak dihadam keluar bersama najis dan tumbuh sebagai pokok baru jauh dari pokok asalnya.

2. Burung suka berak waktu terbang sebab tu setepek jatuh kat cermin kereta kita.  Ini kerana burung nak kurangkan berat badan dia waktu terbang tu.

3. Burung kena makan banyak untuk bagi tenaga sebab nak terbang.  Makanan yang dimakan tu dihadam dengan sangat cepat, jadi burung berak lebih dari 25 kali sehari. Lagi kecik saiz burung tu lagi banyak dia berak, lebih dari 40-50 kali sehari.

4. Najis burung sangat berasid, boleh buat benda besi berkarat dan tembus oihh.

5. Anak burung berak dalam pampers okeh!. Yer, anak burung ni berak banyak dan depa berak dalam kantung khas.  Nanti mak depa mai ambik samada dia makan atau buang kantung tu agar sarang sentiasa bersih dan juga agar tidak dihidu oleh pemangsa.

Yayyy.

So, now we know.

#SuperDaddy
#SuperKids
#BedtimeStories

Share

Believe It or Not  / Blog  / Knowledge  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved