Ketika memandu pulang ke kampung untuk berhari raya minggu lepas, bermacam ragam dan ‘peel’ pemandu kenderaan samada kecil atau besar yang dapat dilihat di jalanraya. Masing-masing berpusu-pusu untuk sampai ke kampung halaman dengan cara yang secepat mungkin.
Namun, apabila matlamat menghalalkan cara, maka banyak yang secara sedar atau tidak melanggar peraturan atau undang-undang jalanraya yang ditetapkan.
Saya mula terfikir, kenapa ramai rakyat Malaysia yang suka melanggar undang-undang atau peraturan?
Tak kiralah peraturan jalanraya ke, peraturan majlis perbandaran ke, peraturan masuk ke pejabat kerajaan ke dan macam-macam peraturan yang dibuat bagi memberi kebaikan kepada kita semua.
Kalau di atas jalanraya, peraturan yang paling kerap tidak diambil peduli adalah memberikan lampu isyarat membelok atau signal. Lagi besar kereta, lagi besar tuannya, lagi susah nampaknya nak bagi signal ni. Kemudian memandu di lorong kecemasan – yang tua, yang muda, yang kcil atau besar, yang lelaki atau wanita, yang berkopiah berserban mahupun yang berkacamata hitam, semuanya tanpa segan silu memotong pemandu lain di lorong kecemasan.
Sama juga di tol, mencilok-cilok dan potong que sudah menjadi budaya. Pemandu lain que punya lah lama dan dia senang-senang dari jauh datang potong kat depan.
Itu baru sedikit cerita tentang pemandu. Ada seribu satu lagi peraturan yang sering dilanggar dan diabaikan.
Cerita bab kebersihan pulak.
Membuang sampah merata-rata juga adalah tabiat yang menjadi budaya. Tak kira tua atau muda, berjanggut atau bertali leher, berserban atau berkaca mata hitam, semuanya sama. Paling ramai adalah orang yang menghisap rokok. Putung rokok tu bebas dibuang sesuka hati, samada dari dalam kenderaan atau ketika sedang berjalan atau dilantai kedai mamak.
Itu baru satu cerita tentang kebersihan, belum masuk yang lain-lain lagi.
Kenapa ye?
Kenapa undang-undang atau peraturan jalanraya dan juga peraturan kebersihan spt tidak membuang sampah merata-rata tidak dihiraukan?
Banyak faktor yang saya kenalpasti menjadi punca. Ada seribu satu faktor boleh digariskan dan diperincikan. Namun saya suka untuk membicarakan tentang satu faktor ini yang bermain di fikiran saya sejak sekian lama.
KITA TIDAK MERASA BERDOSA!
Ya, kita tidak merasa berdosa apabila membelok tanpa memberi signal. Kita tidak merasa berdosa apabila potong q atau guna laluan kecemasan. Kita tidak merasa berdosa apabila membuang sampah atau puntung rokok di perdu pokok, atau di dalam pasu pokok bunga atau di bawah meja lantai kedai mamak.
Bila kita rasa undang-undang atau peraturan yang ditetapkan tersebut hanyalah peraturan dan tidak berdosa jika melanggarnya maka akan dapat kita lihat pak imam buang kertas tisu keluar tingkap surau, abang berserban tinggi bersama isteri berniqab dan anak2 berjubah cantik melanggar lampu merah, abang sado berkaca mata hitam berserta adik manis berpakaian ketat membuang bekas minuman kopi berjenama mahal di dalam longkang dan juga seluruh hadirin muslimin dan muslimat membuang dan meninggalkan pelbagai sisa dan sampah apabila selesai sebuah majlis ceramah agama.
BERDOSAKAH?
Saya orang yang jahil, tidak pandai dalam bidang agama. Namun secara “common sense” saya anggap yang ianya berdosa. Hujah saya sebagai orang yang jahil adalah mudah.
Anda potong barisan atau potong q – anda telah menganiya orang yang beratur sebelum anda. Tidakkah kita berdosa menganiaya orang?
Anda buang potong rokok ke dalam pasu pokok bunga atau di perdu pokok atau di atas padang rumput – tidakkah anda menganiaya pokok atau tumbuhan tersebut?
Anda melanggar lampu merah? Tahukah anda berapa banyak kematian yang diakibatkan oleh kesalahan tersebut? Anda telah membahayakan nyawa anda, keluarga dan orang juga pengguna jalanraya yang lain. Tidakkah anda berdosa membahayakan nyawa orang?
Itu adalah hujah “common sense” saya yang jahil ini. Namun saya juga ada membaca satu penjelasan dari Ustaz Ahmad Adnan Fadzil yang saya sertakan di bawah ini.
[note note_color=”#f1f4c5″]
Mematuhi undang-undang Negara termasuk dalam pengertian mentaati pemerintah. Allah berfirman (maksudnya);
“Wahai orang-orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” dari kalangan kamu” (an-Nisa’, ayat 59).
Ulil-Amri dalam ayat di atas bermaksud orang-orang yang bertanggungjawab mengurus urusan kaum muslimin. Mereka merangkumi ulamak dan pemerintah. Ulamak bertanggungjawab tentang urusan agama dan pemerintah (umara’) pula bertanggungjawab tentang urusan duniawi dan maslahah hidup rakyat. (Tafsir Ibnu Kathir)
Para zaman Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- dan khulafak rasyidin, kedua-dua urusan (agama dan dunia) diuruskan oleh seorang ketua/pemimpin yang dipanggil Khalifah atau Amir al-Mukminin. Itulah yang sebaik-baiknya bagi kaum muslimin supaya urusan agama dan dunia dapat diselarikan tanpa wujud pertembungan antara ulamak dan umarak. Namun, selepas zaman Khulafak Rasyidin kedaan berubah di mana urusan agama ditangani oleh ulamak dan urusan dunia pula ditangani oleh umarak. Bagi keadaan kedua ini, wajiblah umarak merujuk kepada ulamak dan wajib pula ulamak menasihati umarak apabila ada keputusan umarak yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.
Kedua-dua ulamak dan pemerintah dalam Islam terikat dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kerana itu didahului perintah taat dalam ayat di atas dengan ketaatan kepada Allah (yakni al-Quran) dan ketaatan kepada Rasul (yakni as-Sunnah). Apabila wujud sebarang masalah atau pertikaian (yang berkait dengan urusan pemerintahan atau yang berkait dengan rakyat), mereka wajib merujuk kepada Allah dan Rasul (yakni al-Quran dan as-Sunnah) sebagaimana ditegaskan Allah dalam sambungan ayat di atas;
“Kemudian jika kamu berselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (al-Quran) dan RasulNya (as-Sunnah) jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Itu lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya” (Surah an-Nisa’, hujung ayat 59).
Dari segi sikap rakyat pula, mereka wajib mentaati pemerintah selama pemerintah berpegang-teguh dengan agama Allah dan tidak menyuruh rakyatnya melakukan dosa, maksiat dan munkar. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-;
السمع والطاعة على المرء المسلم فيما أحب وكره، ما لم يؤمر بمعصية، فإذا أمر بمعصية فلا سمع ولا طاعة
“Wajib ke atas seorang muslim untuk dengar dan taat (kepada pemerintah) dalam perkara yang ia suka atau ia benci selama ia tidak disuruh melakukan maksiat. Namun bila dia disuruh melakukan maksiat, tidak harus lagi ia dengar dan taat”. (HR Abu Daud dari Abdullah bin Umar –radhiyallahu ‘anhu-).
Kesimpulannya, selama undang-undang yang digubal tidak menyalahi al-Quran dan as-Sunnah, wajiblah kita mematuhinya sama ada undang-undang itu berkait dengan peraturan jalan raya, percukaian, keselamatan, kekeluargaan, kontrak dan sebagainya. Perkara yang wajib jika dilaksanakan akan diberi pahala dan jika dilanggari akan berdosa.
Wallahu a’lam.
http://ilmudanulamak.blogspot.com/2010/07/hukum-mematuhi-undang-undang-negara.html
[/note]
Saya menulis artikel ini adalah sebagai peringatan kepada diri saya sendiri yang kerap melakukan atau melanggar peraturan-peraturan ini. Semoga saya akan lebih istiqomah selepas ini.
Namun, saya juga turut berharap yang rakan-rakan pembaca sekalian turut merenung kembali dan kita sama-sama mengubah diri kita kepada yang lebih baik. Usahlah kita menunding jari mencari kesalahan orang lain bagi menjustifikasi kesalahan kita. Kita kata pihak berkuasa tak sediakan tong sampah, maka kita buang merata-rata, kita kata lebuhraya kita tak cukup lorong maka kita memotong di laluan kecemasan, kita kata dah tak ada kereta kat traffic light tu maka kita langgar lampu merah dan banyak lagi alsan yang boleh kita gunakan untuk menghalalkan perbuatan kita.
Untuk menjadi sebuah negara islam yang maju maka kita haruslah mengubah tanggapan atau persepsi kita mengenai perkara ini. Didiklah anak-anak dengan mengatakan bahawa adalah berdosa sekiranya membuang sampah merata-rata, berdosa sekiranya tidak memakai talipinggang keselamatan apabila berada di dalam kereta dan macam-macam lagi. Dengan ini generasi kita yang akan datang akan lebih baik atau jauh lebih bagus daripada kita ini.
Jadi, bolehkah kita merubah diri kita dan anak-anak kita untuk tidak melanggar peraturan dunia ini?
ENTAHLAH, I Dont Know, orang di negara lain boleh, takkan kita tak boleh?
9 Comments
Salam tuan saya pun selalu berfikir macam Tuan terutama dalam Aspek kebersihan.kerap saya terjumpa puntung rokok dalam mangkuk tandas.tandas yang Kotor Di Kedai Kedai Makan seolah olah agama tak ajar kita tentang kebersihan.Sedangkan sebelum nak solat pun kita kena bersih.
Betul tu, Islam ajar kita supaya bersih, tetapi kadang2 pergi surau atau masjid, tengok tandas nak masuk pun tak lalu. Apatah lagi tandas awam percuma yg tak berbayar..lagilahh.
Setuju dengan saudara Khairul… memang semua agama mendidik kita agar menjadi seorang yang baik dari segi kerohanian… tetapi adalah terpulang kepada individu tersebut samada dapat memegang ajaran tersebut dan sanggup mematuhinya setiap masa. .walaupun bukan sesuatu yang mudah … saya sendiri pun masih belajar mengaplikasikan dalam rutin seharian…
Betul tu Wendy, semua agama mengajar kepada kebaikan. Terpulang kepada kita untuk mengamalkannya. Saya pun masih berusaha untuk berubah menjadi lebih baik.
setuju sangat….. sebab zaman teknologi yang serba canggih dan moden ni terlalu banyak orang suka menuding kesalahan orang lain berbanding melihat kesalahan sendiri…. menjaga kebersihan dan keselamatan jalan raya atau peraturan peraturan lain hendaklah sama sama kita menjaganya…. takkan nak harapkan bandaran yang kutip sampah kan….. semuanya terletak pada hati kita…. bersih hati kita maka bersihlah segalanya…..
Setuju dengan pandangan anda. Bersihkan hati maka bersihlah segalanya.
Tandas awam, pasar tani, outdoor food court & few lagi.. Rasa tanggungjawab utk menjaga kebersihan masih kurang memuaskan.. Kadang ada tong sampah berdekatan pun, masih tak pandai nak gunakan.. Yang membuang sampah dari tingkap kereta sewaktu memandu masih jugak berlaku.. Heard that September nantti wajib sort kan sampah2 yg boleh di-recycle.. Moga perlaksanaan nya diperketatkan..
Sorry KA.. Accidentally post comment guna my daughter’s FB (Amni Marsha) earlier.. Tak tau nak delete..
terima kasih tak terhingga atas taskirah En Khairul tadi..semoga orang ramai khususnye rakyat malaysia faham dan wajib amalkan….insyaAllah akan berjaya akhirnye…..