Hujan-hujan begini, pekena cucur cicah kari kambing semalam memang tiada tandingannya.
Cucur tu mudah kemain nak buat.
Tepung ikut banyak mana kau nak, letak garam sikit lepas tu letak baking powder sikit kalau ada untuk bagi dia bulat elok. Gaul rata dan bancuh tepung dengan air panas. Jangan guna yang mendidih dan menggelegak tu, tapi air panas lah.
Lepas tu kau masukkanlah bahan yang kau nak. Bawang ke, sayur apa ke, udang ke, ikan bilis ke atau apa sahajalah. Gaul rata dan lepas tu gorenglah.
Nak cantik elok sila guna tangan untuk menjemput adunan tadi ke dalam kuali untuk digoreng. Guna sudu tak cun. Goreng sampai keperangan dan angkat.
Makanlah dan cicahlah dengan sos kegemaran korang.
Sekian.
Leave A Reply