• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Kenapa Perlu Takut Untuk Mengembara?

12/09/2015

Itulah persoalan saya apabila setiap kali menerima email bertanyakan macam-macam tentang kembara. Ada yang takut ditipu, ada yang takut kena scammed, ada yang takut kalau takde makanan halal, ada yang takut nak memandu di tempat orang, ada yang tak berani nak booking homestay takut ditipu, ada yang takut nak booking tiket kapalterbang secara online dan pelbagai jenis ketakutan lagi.

Ada yang bertanya saya, susah ke nak makan? susah ke nak isi minyak? susah tak nak naik bas? susah tak nak naik keretapi? susah tak nak berkomunikasi?  susah tak nak beli tiket? susah tak kalau bawak anak kecil? susah tak kalau bawak orang tua? susah tak kalau bawak beg troli? dan seribu satu kesusahan ditanya kepada saya.

Kenapa perlu takut? 

Takut membuatkan anda tidak ke mana-mana. Takut hendak ke bilik air di tengah malam membuatkan anda merana sehingga ke pagi. Takut hendak mengembara menjadikan minda anda tidak berkembang. Ketakutan untuk mengembara disebabkan anda terpengaruh oleh cerita tv, filem, buku, drama ataupun daripada cakap-cakap rakan anda yang tidak pernah mengembara. Dia takut nak keluar maka anda pun dipengaruhi olehnya agar tidak keluar maka macam-macam cerita yang timbul. Kononnya itu susah, ini susah, itu bahaya ini bahaya dan sebagainya.

Ada juga yang takut nak naik kapalterbang, katanya kalau jatuh mati. Mati ni ada di mana-mana. Kalau tergelincir kat bilik air sekejap lagi pun boleh mati. Kapalterbang adalah pengangkutan yang paling selamat berbanding kereta, bas atau mana2 pengangkutan darat yang lain. Setiap hari beribu orang mati akibat kemalangan jalanraya di seluruh dunia. Setiap hari ada kapalterbang jatuh?

Saya pernah naik kapalterbang selang 5 hari setelah MH17 ditembak jatuh untuk pulang berhari raya. Menggunakan kapal terbang yang sama dan melalui ruang udara yang sama juga. Ramai yang bertanya saya, tidak takutkah kapalterbang ditembak jatuh? Saya bertanya kembali kepada mereka, “Setiap hari berapa buah kapalterbang ditembak jatuh?”

Anda akan terus takut dan terpengaruh sehinggalah anda buang rasa takut tadi dan mencubanya sendiri. Kemudian anda baru tahu sebenarnya takut tu adalah cerita dongeng semata-mata. Sekiranya anda percaya kepada qada’ dan qadar’ maka anda tidak perlu berasa takut sebegitu.

Bukannya saya menafikan yang tiada risiko di dalam mengembara. Bukannya anda tidak boleh kena scammed, bukannya ada tidak boleh ditipu dan sebagainya. Travel atau kembara bukanlah “cheatproof” tetapi ada cara bagaimana mengelakkannya. Selain itu jika ia berlaku juga maka ia akan menjadi kenangan yang paling menarik di dalam kembara anda.

Kenapa perlu rasa susah?

Setiap kali ditanya pasal kesusahan ni saya agak senang menjawab. Nak makan pun susah dik, nak kena pergi beli, cari tempat duduk, basuh tangan, ambil sudu dan suap masuk mulut. Banyak langkah yang perlu dibuat untuk makan, itu pun kadang-kadang belum sempat sampai ke mulut dah tertumpah. Ada juga yang tak sempat ditelan namun tersembur keluar.

Jika anda anggap sesuatu perkara itu susah, maka susahlah jadinya. Anggap senang, maka senanglah jadinya.

Apa cerita yang anda kongsi dengan rakan atau saudara anda apabila pulang dari bercuti?

Bestlah pergi situ, tempat cantik, makan best. Seronok dapat tengok itu dan ini. Menarikkah cerita anda tadi? Mungkin menarik bagi anda yang bercerita tetapi biasa sahaja bagi yang mendengar cerita. Cuba pula cerita kepada rakan anda yang anda berkejaran atau berlarian ke stesen keretapi takut ketinggalan namun apabila dah sampai dekat, pintu keretapi tertutup dan meninggalkan anda. Kemudian rakan atau saudara anda pun bertanya lagi, “habis tu macamana?” “apa ko buat?” dan anda sambung lagi bercerita dengan bersungguh-sungguh yang memang anda kena naik keretapi lain. Kena tunggu lagi 5 jam, lepas tu anda pun pusing-pusing lah stesen tu dan terjumpa orang lain yang turut ketinggalan keretapi. Anda berkongsi cerita, anda dapat cerita baru, anda dapat rakan baru dan seribu satu pengalaman lagi.

Rakan saya baru pulang bercuti di Eropah, saya tanya best tak? Dia cakap oklah, best dapat tengok itu dan ini. Namun paling best, ceritanya lagi apabila dia di tahan polis ketika di Monaco. Cerita pasal kes tersebut itulah cerita utama beliau setiap kali ditanya rakan tentang percutiannya ke Eropah.

Nampak tak?

Cerita tentang sesat, tertinggal keretapi, terlepas bas, tersesat masuk kampung, tersalah masuk hotel, kena scammed, kena tipu dengan pemandu teksi dan sebagainya adalah cerita paling best tentang kembara anda.

Kalau ditanya kita pasal zaman persekolahan, apakah cerita atau peristiwa yang sentiasa diingat dan menjadi kenangan kepada kita? Tentu sesuatu yang diluar rutin harian sekolah. Tiada cerita pasal pergi sekolah atau balik sekolah atau belajar apa. Tetapi cerita lambat ke sekolah, kena denda, kena rotan dan sebagainya merupakan cerita yang paling memberi kenangan kepada kita.

Begitu juga dengan kembara.

Anda tidak akan merasa seronok bercerita dengan anak atau cucu anda nanti yang anda ke Eropah. Anda ke Afrika, anda ke Timur Tengah maupun Amerika. Anda tengok benda atau keajaiban dunia, anda tengok pemandangan yang paling cantik dan sebagainya. Itu semua adalah kenangan anda, untuk anda nikmati seorang diri. Rakan, atau keluarga atau anak cucu anda tidak akan dapat merasa atau menikmati keindahan pemandangan yang anda rasa. Tetapi sebaliknya mereka akan turut sama merasa berdebar, teruja dan seronok mendengar cerita anda terlepas keretapi, sesat nun jauh di kampung dan dikejar anjing, menginap di homestay yang ada patung buddha sebesar anda sendiri dan macam-macam lagi.

Saya masih ingat dengan jelas pengalaman saya sesat memandu di Florence Italy ketika jam 9.30 malam mencari homestay. Dengan berpandukan GPS, saya sampai ke tanah perkuburan. Sangat menakutkan. Isteri saya kelu tidak berkata apa. Sejam kemudian barulah kami berjumpa tempat yang dicari. Itu merupakan salah satu pengalaman yang sering diulang cerita apabila ditanya tentang pengalaman ke Italy. Banyak lagi pengalaman saya yang lain seperti dikejar dan ditahan oleh kereta peronda polis di Prague, dua kali terlepas feri pergi balik London, menginap di sebuah apartment di Paris yang lifnya hanya muat seorang sahaja dan pelbagai pengalaman lain yang menjadi kenangan.

Jadi, apa yang saya cuba sampaikan?

Kembaralah! Jangan takut, jangan risau. Selagi takut atau risau ditambah pula oleh cakap-cakap oleh orang yang tidak pernah travel maka anda tidak akan ke mana-mana. Namun, walaupun tidak takut, perlu kita merancang kembara kita dengan baik, jangan diserahkan kepada takdir semata-mata. Takpelah memandangkan saya kata jangan takut maka anda beli tiket ke London lepas tu serah lah pada takdir nak bawa anda ke mana. Bukan begitu. Merancag adalah perlu. Namun apabila merancang jangan terlalu obses sehingga semua perkara kecil nak diambilkira. Teringin hendak memandu, tetapi takut, kononnya memandu disebelah kanan jalan dan stereng di sebelah kiri adalah sukar, nanti nak isi minyak payahlah, nak beli tiket parking macamana? nak parking kat mana? kalau emergency nak buat macamana? dan seribu satu kerisauan yang perlu dijawab. Akhirnya anda membatalkan niat anda untuk memandu. Makanya anda sudah kurang satu pengalaman yang perlu anda rasa.

Kita merancang yang terbaik, kita buat itinerari, kita tempah tiket, kita tempah hotel kita bawa bekal makanan dan semuanya kita rancang supaya perjalanan kita selamat dan selesa. Namun perancangan Tuhan kita tidak tahu. Dia yang lebih mengetahui dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya untuk kita. Ada sesuatu yang Tuhan ingin kita pelajari atau ambil iktibar apabila sesuatu berlaku. Jika terlepas kapalterbang atau keretapi maka, belajarlah untuk menepati waktu. Jika tersesat jalan walapun menggunakan GPS atau peta, maka iktibarnya, ilmu membaca peta harus dipertingkatkan. Saya terlepas feri 2 kali namun itu juga yang menyebabkan saya naik keretapi menyeberangi selat inggeris. Kalau tak kerana terlepas feri maka sampai ke sudah saya tidak akan merasa memandu masuk ke dalam keretapi yang meluncur laju membelah laut selat inggeris.

Alangkah ruginya jika anda takut.

Kalau takut juga, tak boleh nak yakinkan diri sendiri juga maka carilah travel agent untuk uruskan semua untuk anda. Pergilah beramai-ramai dan ikutlah cakap ketua rombongan anda. Hilanglah nikmat mengembara. Anda terlepas peluang mendapatkan ilmu kembara. Ilmu mencari tiket kapalterbang, ilmu mencari hotel penginapan, ilmu membuat itinerari, ilmu membahagikan masa, ilmu bekejaran ke airport, ilmu mencari makanan halal, ilmu memasak di bilik hotel, ilmu membuat sandwich dengan pantas, ilmu menahan kencing apabila tidak jumpa tandas, ilmu membaca jampi apabila sesat ke kuburan dan seribu satu ilmu lain. Rugi dan sangat rugi.

Jadi, sudahkah anda mendapat keyakinan dan tidak takut serta risau lagi setelah membaca tulisan saya ini?

ENTAHLAH, I Dont Know….but I do hope so.

khairul signature

abdullaheropahItalyjermankembarakhairulscam tipuspaintakuttips kembaratravelTravel tipsuk
Share

Adventure  / Believe It or Not  / Blog  / Tips  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Tips Error Fares – Tiket Penerbangan KL Ke London Dan Balik Melalui Barcelona Hanya RM1582
14/10/2017
Pantang Larang Jika Anda Ke Jerman
20/03/2017
Kewujudan Katil Bayi Di Dalam Penerbangan Yang Ramai Orang Tidak Tahu
16/11/2016

34 Comments


Zarina Yusoff
12/09/2015 at 10:11 pm
Login to Reply

Setuju sangat dgn tuan Khairi. Baru baru ini saya telah membawa anak2 ke Perth tanpa suami bersama. Mulanya cuak juga, fikir yg negetif. Kami meredah sendiri, tersesat, terlajak naik bas dan terpaksa berpatah balik, tapi itulah pengalaman yg berharga.
Saya beri tahu anak2, realiti kehidupan pun begitu, tak selamanya kita hidup dalam selesa, belajar dari kesilapan, malu biar bertempat, berhati luhur, sentiasa doakan yg baik. Setiap perjalanan dan kembara sarat pengalaman, bukan sekadar suka2 sahaja.
Terima kasih Tuan Khairi, kerana selalu menjadi sumber inspirasi kepada saya yang memang gemarkan kembara berkelana…..Subhanallah, Alhamdulillah.



blu4sky
13/09/2015 at 12:32 am
Login to Reply

I love to travel… zaman sekolah mmg pjg jer kaki ke sana ke mari..dimana ada kwn..ada port insyaAllah akan sampai and most of the time travel solo..masa tu adventurous sikit..asyik main redah jer..
Dah ada anak, siri keaktifan kurang sikit walaupun kekadang main redah juga…sesat barat tu biasa… masuk kl pun sesat…haha.. selagi ada peluang berjalan…travellah..jauh berjln luas pemandangan.. betul tak…



    Khairul Abdullah
    13/09/2015 at 3:19 am
    Login to Reply

    Sama lah kita Sue, sesat tu perkara biasa bila travel. Selagi kita tak travel selagi itulah kita tak appreciate diri dan surrounding kita. Dulu zaman bujang memang sedap meredah ke mana saja, sekarang dah ada anak maka kena memilih sikit tempat mana nak pergi.

adzril
13/09/2015 at 3:39 am
Login to Reply

Perkongsian yang membuka mata aku utk travel. Benarla mmg takut tu la tembok penghalang yg perlu diruntuhkan dalam apa perkara pun.

Dan aku setuju pengalaman mencabar dan detik2 cemas yg akan menjadikan cerita percutian kita menarik.



    Khairul Abdullah
    13/09/2015 at 7:31 am
    Login to Reply

    Yer betul, ketakutan adalah tembok penghalanh utama di dalam apa jua perkara. Selamat mengembara!

Mohd Faizal Rus Rzerli
13/09/2015 at 3:33 am
Login to Reply

Kata kata yang sangat membantu dan bersemangat. sangat setuju dengan saudara.



Sazuan Nazrah
13/09/2015 at 4:56 am
Login to Reply

Mmg betul! Biasanya peristiwa2 mcm tu yg akan buat trip jd manis dan itu lah highlights bila bercerita pengalaman bila travel. Bagaimana saya dicopet tp pencopet tak berjaya di milan, bagaimana saya menjerit kemarahan bergegar satu sarajevo bila berebut teksi dan diakhiri dgn berjln kaki sejauh 3km, sya juga pernah ketinggalan train utk ke prague dr munich sbb tersalah faham waktu ditiket adalah waktu train berlepas bukan train br terkedek2 nak dtg hehehe…



Khairul Abdullah
13/09/2015 at 5:28 am
Login to Reply

Terima kasih.



Khairul Abdullah
13/09/2015 at 5:30 am
Login to Reply

Terima kasih kerana sentiasa membaca dan menyokong penulisan saya. Terima kasih juga kerana mendoakan saya. InshaAllah kita boleh berjumpa nanti.



Khairul Abdullah
13/09/2015 at 5:33 am
Login to Reply

Youre indeed a traveller. Syabas Puan Sazuan!! saya sangat suka suka suka cerita anda.



Khalijah Ibrahim
13/09/2015 at 11:39 am
Login to Reply

En Khairul, terima kasih diatas sedikit info dan tip yang rujuk semasa melawat Jepun tahun lepas. Walaupun agak huru-hara semasa di Tokyo, kerana bahasa menjadi masalah utama. Akhirnya lawatan ke Disneyland terpaksa dibatalkan kerana masa yang tidak mencukupi. Kerugian kerana flight dibatalkan akibat gempa bumi telah menyebabkan saya terpaksa membeli tiket baru walaupun mendapat balik sedikit pampasan, ianya tidak menjadikan saya serik untuk mengembara lagi. Peristiwa itu menjadi kenangan manis buat saya dan suami.



    Khairul Abdullah
    13/09/2015 at 4:41 pm
    Login to Reply

    Terima kasih juga kerana membaca tulisan saya sebagai rujukan. Apa pun yang terjadi ketika mengembara bukanlah sesuatu yang luarbiasa. Tiada trip yang perfect. Jangan patah semangat untuk terus mengembara melihat dunia. Keep it up!

Hazwan Hafiz Abd Halim
14/09/2015 at 7:04 am
Login to Reply

Sungguh berinspirasi bila membaca catatan tuan !
Kipidap !



    Khairul Abdullah
    14/09/2015 at 5:36 pm
    Login to Reply

    Terima kasih Hazwan.

Ct Moon Drakula
14/09/2015 at 5:33 am
Login to Reply

penulisan yang mantap 🙂



Mulan
14/09/2015 at 10:04 am
Login to Reply

Saya mmg spesis penakut.. Not a risk taker tp nak travel.. Alhamdulillah suami seorang yg adventurous. Kami tak suka ikut pakej, nak drive sendiri. Boleh start/stop journey ikut suka hati.. Nak konvoi or ikut pakej takut menyusahkan orang lain. Sbb ada baby masa mula2 berpeluang travel. Suami kata Insya Allah tak ada apa, doa & tawakkal. Maybe dia dah biasa drive masa zaman student dulu di US.

First time kami drive sendiri sewaktu travel adalah di NZ.. Dgn baby & toddler. Alhamdulillah smooth journey.. Buat homework sikit utk dapatkan segala info tentang negara yg nak visit. Juga info travel dgn anak2 kecik. Alhamdulillah saya jadi lebih confident lepas tu. Sambil belajar utk lebih redha & sentiasa berdoa serta tawakkal.

Driving di Norway, Sweden & Denmark mulanya gusar jugak sbb highway di kawasan pergunungan bersalji.. Sunyi sepi tak ada kereta. Tapi perasaan takut tu hilang sbb pemandangan yg cantik sepanjang jalan. Di South Africa pd Dec tahun lepas juga begitu. Macam2 reminder dari kawan2 yg pernah duduk di sana, takut jugak mulanya.. Alhamdulillah smooth journey. Cuma kes kereta seorang penduduk di sana dicuri depan mata sangat menakutkan sbb kami hampir dilanggar. Muhasabah diri lepas tu. Namun nature yg sangat cantik di SA hilangkan semua perasaan takut. Doa & tawakkal.. Insya Allah dipermudahkan..

Alhamdulillah setakat ni kami diizinkan & dilindungi Allah sewaktu memandu di Vietnam, Koh Samui, Melbourne (Victoria), NZ, UK, South Africa, Norway, Sweden, Denmark, Germany, France, Switzerland, Austria & Belgium.. Sesat jalan biasa.. Hotel silap kasi bilik kami ke orang lain pon pernah. Alhamdulillah diizinkan menikmati keindahan ciptaan Ilahi, tujuan utama kami travel..



    Mulan
    14/09/2015 at 10:08 am
    Login to Reply

    Sorry tak perasan panjang sangat 🙁

      Khairul Abdullah
      14/09/2015 at 5:38 pm

      Hahaha..tak kisah panjang berjela pun sebab cerita puan Mulan sangat best. Boleh jadikan satu entry ni kat blog 🙂

      You indeed have a lot of experience when comes to travelling. Thats why i read your blog 🙂

        Mulan
        22/09/2015 at 12:07 am

        Ohhh tidak.. Ours hanya lah kisah biasa2.. Alhamdulillah dgn tech nowadays, search je semua di internet.. Belajar & copypaste dari travellers yg lebih berpengalaman.. Mula2 belajar dgn tour agent hahaa..

Khairul Abdullah
14/09/2015 at 3:35 pm
Login to Reply

@Ct Moon Terima kasih.



Eha San
15/09/2015 at 3:09 am
Login to Reply

hahaha, nice story..memang betul..part yang paling best untuk didengar adalah part yang mendebarkan hati…macam cerita dalam filem..yang at the end, bila teringat semula..kita akan tersenyum sendiri
we are going to German this coming Nov..inshaallah.



Bel Acak
15/09/2015 at 9:07 am
Login to Reply

We always had a meticulous plan for traveling due to kids. Sekarang anak 5 orang dari 4 tahun hingga 17 tahun. Tahun ni, 3 kids exam, so as a reward for them, we are going to cover half south of the Peninsula Malaysia in 5 days.
Simple plan: –
a. No hotel bookings, we will find some motel at the place we call it a day.
b. Less clothing, we will do the laundry on the go (find local self-service laundry).
c. We ask the children to do search on places they want to visit before hand, we will try to accommodate them.



    Khairul Abdullah
    15/09/2015 at 9:21 am
    Login to Reply

    Sounds like a good plan. I remember my first backpack throughout Malaysia..it was fun. No plan, just bought a ticket and go with the flow. Hope you and your family especially the kids will gain experience and taste what its like to be a traveller. Good luck and have fun!

Khairul Abdullah
15/09/2015 at 7:18 am
Login to Reply

Indeed, setiap kejadian di luar jangkaan merupakan penyeri dan pengalaman paling berharga di dalam setiap kembara. Have fun in Germany!



shasha
19/09/2015 at 7:48 am
Login to Reply

Great article Khairul, kalaulah saya baca artikel ini sebelum menjadi kaki travel, tentunya kembara hidup saya menjadi lebih adventures. Memang saya akui saya seorang yang sangat penakut untuk mengembara seorang diri, tapi takdir Allah menjadikan saya mengembara seorang diri sejak akhir-akhir ini.

Dan paling saya tidak terfikirkan ialah mendiami sebuah restoran seorang diri selama lima bulan, dan ada ketikanya bekalan elektrik terputus pada jam 3 pagi, saya terpaksa turun ke bawah kolong untuk memeriksa kotak fius besar. Kolong itu pula mempunyai beberapa bilik kecil dan penuh dengan periuk belanga .boleh dibayangkan kalau tiba-tiba ada Frankestein muncul, saya dah tak wujud di sini hahaha.

Pokok pangkalnya, mesti berani mencabar diri sendiri! Alhamdulillah..



    Khairul Abdullah
    19/09/2015 at 5:25 pm
    Login to Reply

    Wahhh..saya kalau nak pergi ke basement atau kolong yg ada lampu tu pun berdebar2 kalau di tengah malam, apatah lagi kalau blackout. Ya ampunnnnn.

Norazah Hamzah
28/09/2015 at 11:29 am
Login to Reply

Sekarang baru teringat manisnya tertinggal keretapi, suami dah di dalam saya diluar, berjalan jauh mencari station bas, di saman polis trafik sebab salah parking, memandu dalam kesejukan all the way from London ke Scotland….semuanya kerana keinginan melihat negara orang. Takut tapi bersemangat. Thank you Khairul!!!



Jazz Jess
18/10/2015 at 7:56 pm
Login to Reply

Tqvm Bro
Sy sll bca blog bro
Tp sy seolah2 serik bila suami kta saya bodo slps sy tsalah date tiket tren. Dr milan ke rome n kami kerugian satu hari
Do nothing at milan
Tawar dh hti sy nk plan trip lg wlpon nk g europe dis nov
Pnt lelah sy buat itenarari utk dua mggu di ITali n mjimat sebaik mungkin xdihargai
dia xperlu pk apa pn smua dah saya note down n satu folder siap smua nya
Dia cuma prlu bg sy duit n sya byr online
Sy rsa sy lbh selesa mgembara bsama kawan yg simple n x thegeh2
Sy yg sering bdebar2 takut trtinggal tren fligt sb en somi suka amek endah xendah tntang msa
Wlpon sronok mlihat negara org tp trip sy dgn dia sgtla tidak myronokkn sb dia wlpon pn khujung dunia dia suka mlengah2 not in time n plg ssh sya kna ikut dia jln kaki bkm km utk cri nasi !!!!!!!!!!!msa nikmatj negara org jd pnt sb kna cri kedai nasik shj!!!!!!!!!! Siang mlm!!!!!!! Sgt myakitkan hati smpi sydney shj trs nk cri roti canai n teh tarik
Pastu komplen mahalll!!! Nk kta budus kang xbaik tp mjengkel kan rite! Annoying!!!!!



    Khairul Abdullah
    18/10/2015 at 11:32 pm
    Login to Reply

    Pn. Jazz Jess,

    Mengembara bukanlah untuk semua orang. Saya lihat puan seorang yang adventurous manakala suami puan pula tidak. Puan jenis yang mengembara namun suami puan pula adalah pelancong. Jadi perkara yang terbaik adalah bercuti atau melancong dengan travel agent. Puan tak pening, tak payah bersusah payah dan tak sakit hati. Namun sekali sekala kalau nak adventure maka puan boleh mintak izin pergi dengan adik beradik atau rakan. Semoga semuanya dipermudahkan untuk puan. Aminn.

piza
14/12/2015 at 2:54 pm
Login to Reply

hmmm…saya suka berjalan dan merancang sebelum pergi. Dapat je lampu hijau dr suami…terus rancang. Suami je yang kurang minat berjalan kerana fikir macam-macam…bila ada masalah dalam perjalanan, aku lebih relaks untuk berhadapan dgnnya kerana aku yakin setiap masalah ada penyelesaiannya dan ia merupakan pengalaman yang akan dikenang sepanjang hayat…



Mazlina Malek
21/01/2017 at 11:00 am
Login to Reply

Saudara….saya merancang utk ke London pada 7 Mac 2017 dan akan kembali ke KL pada 21 Mac 2017……lama tu. Akan pergi bersama suami dan 2 anak (umur 24 thn dan 18 thn).Mereka serah kpd saya 100% utk urus semua kononnya saya selalu keluar negara dan pernah ke London…(tapi saya pergi atas urusan kerja yg diyrus semua oleh pihak atasan dan rasa mewah sbb segala on the house..mg tak reti bila nak pergi sendirian…Rasa2 saya akan berada di London sehingga 11hb Mac 2017..selepas ti cadang nak travel. Boleh bagi saya tips utk melawat negara2 Eropah yg lain dalam tempoh 11 hingga 18 Mac. Saya akan berada semula di London dari 18 hingga 21 Mac 2017. Saya perlukan tips ttg transport, Bajet hotel, restoran dan tempat yg wajib dilawati. Bajet tak besar…..



    Khairul Abdullah
    21/01/2017 at 11:08 am
    Login to Reply

    Sudahkah puan baca artikel saya berjudul Tips Lengkap Untuk Mengembara Ke Eropah? Jika belum sila baca dahulu. Klik butang home.

Yahya ahmad
05/03/2017 at 7:07 pm
Login to Reply

Tlg bagi tip bagaimana nak pergi paris dari london dgn memandu kereta tuan?



    KHAIRUL ABDULLAH
    07/03/2017 at 12:38 am
    Login to Reply

    Dari London tuan drive ke Dover. Dari situ tuan ada pilihan untuk naik feri atau naik keretapi. Naik feri lebih murah cuma sedikit lambat sekitar 90minit. Kalau naik train (bersama kereta) pula ianya lebih cepat di mana train akan melalui terowong bawah laut merentasi selat inggeris dengan masa cuma 30 minit.

    Sampai di Calais, Perancis maka tuan teruskan pemanduan ke Paris. Ketika ini pemanduan dah terbalik kerana tuan perlu berada di sebelah kanan jalan.

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved