Adakah anda tahu yang bayi anda boleh tidur dengan selesa di dalam penerbangan?
Ramai yang tidak tahu kewujudan bassinet atau baby cot atau cradle di dalam penerbangan jarak jauh atau penerbangan antarabangsa.
Bassinet atau juga dipanggil cot, baby basket ataupun cradle adalah sebuah bakul untuk bayi tidur yang dilekatkan di dinding pesawat. Hanya kerusi di barisan hadapan pesawat yang berdinding sahaja ada slot khas yang boleh dipasang bassinet ini.
Anda boleh tempah bassinet ketika membuat tempahan tiket secara online ataupun melalu panggilan telefon sekurang-kurangnya 24 jam sebelum berlepas.
Ianya adalah terhad dan siapa cepat dia dapat. Sesetengah kapal terbang mungkin ada satu sahaja dan sesetengahnya lagi mungkin ada sehingga 8 bassinet ini.
Ada 2 jenis bassinet ini. Satu adalah berbentuk bakul dan satu lagi berbentuk seperti carseat untuk bayi yang lebih besar. Jadi anda perlu tahu berat dan ketinggian bayi untuk disesuaikan dengan bassinet dari jenis yang mana.
Ianya hanya akan dipasang setelah pesawat berlepas dan tanda isyarat tali keledar dipadamkan. Anak kapal akan datang ke tempat duduk anda dengan membawa bassinet ini dan memasangnya di dinding hadapan anda. Ia akan dibuka kembali sebelum mendarat.
Saya pernah menggunakan baby bassinet ini ketika membawa anak saya Khaleef pulang ke tanahair ketika umurnya sekitar 8 bulan. Penerbangan selama 12 jam lebih menyenangkan kerana kami semua dapat tidur dengan selesa.

Bassinet yang dipasang dengan cara melekatkannya di dinding hadapan tempat duduk.
Bassinet ini adalah PERCUMA dan hanya untuk bayi berumur 2 tahun ke bawah.
Bagaimana untuk anda dapatkan bassinet ini untuk bayi anda?
- Semak dengan syarikat penerbangan – biasanya penerbangan antarabangsa sahaja mempunyai bassinet. Semak di laman web syarikat penerbangan atau hubungi mereka untuk kepastian. Kalau Air Asia cuma ada pada pesawat bermula huruf D7 (Air Asia X) sahaja. Biasaya anda boleh request bassinet ketika membuat tempahan tempat duduk. Sila telefon syarikat penerbangan dan minta penjelasan cara untuk menempah dengan lebih mudah.
- Faham susunatur atau layout pesawat – anda perlu tahu di mana untuk tempah atau reserve seat anda bagi memudahkan anda untuk minta bassinet nanti. Cari tempat duduk yang mempunyai dinding di hadapan anda.
- Tempah awal – sila buat tempahan atau pembelian tiket seawal mungkin. Ketika menempah sila pilih atau tandakan (tick) kotak infant. Bassinet ini terhad bilangannya dan jika ada orang lain dan tempah maka anda terpaksalah meriba bayi sepanjang penerbangan. Ramai juga yang fikir yang mereka cuma perlu minta kita penerbanya. Tidak sama sekali, ianya perlu ditempah.
- Tempahan melalui telefon – adalah digalakkan kerana lebih mudah. Anda bercakap dengan orang, anda boleh bertanya untuk kepastian dan anda boleh request apa yang anda mahu. Lebih mudah dan meyakinkan berbanding tempahan secara online.
- Telefon lagi syarikat penerbangan untuk pengesahan – telefon dan tanya mereka samada tempahan online anda bersama basinet tadi dah confirmed. Telefon lagi beberapa hari sebelum tarikh berlepas dan telefon juga sekali lagi sehari sebelum berlepas dan minta kepastian tentang tempahan bassinet anda.
- Ketika check-in sila tanya dan confirm kan lagi tempahan bassinet anda. Kadang-kadang walaupun dah tempah tapi ketika check-in diorang tak sedar dan tak maklumkan kepada anak kapal maka akan jadi susah juga nanti.
- Enjoy – Bila pesawat dah berlepas maka barulah bassinet akan dipasang di hadapan anda. Jadi bila baby tidur maka anda boleh lah letakkan baby di dalamnya dan nikmatilah penerbangan anda.
Mudah bukan?
Namun mengikut pengalaman saya, bayi sebenarnya kurang selesa kerana tidur di tempat baru yang agak sempit dan bumpy. Jadi kalau bayi anda tidak meragam maka nasib baiklah, kalau yang meragam jawabnya tidur atas dada jugalah sepanjang penerbangan. Jadi beberapa perkara penting perlu diambilkira dan disediakan bagi memastikan keselesaan bayi anda sepanjang penerbangan.

Khaleef tidur neyenyak di dalam bassinet.
Tips Penting jika anda ingin menempah dan menggunakan bassinet ini.
- Sentiasa pilih tempat duduk di barisan hadapan kerana lebih senyap berbanding seat yang berada di bahagian belakang enjin pesawat.
- Jika boleh pilih seat di laluan dan barisan tengah kerana lebih mudah untuk anda bergerak dan mudah juga untuk penumpang lain keluar masuk.
- Bawa bantal kecil tilam dan selimut bayi anda sendiri kerana ada penerbangan yang memberikan bantal dan selimut adan ada yang tidak. Jadi bawa sendiri aalah lebih selamat dan selesa untuk si kecil.
- Sentiasa tutup atau strapped penutup bassinet ketika bayi anda berada di dalamnya. Jika ada turbulence bayi tidak akan terjatuh atau tercampak keluar.
- Gunakan skarf anda bersama penyepit baju (cloth peg) untuk menutup bassinet tersebut agar gelap sedikit. Ada penerbangan yang lampunya tidak dimalapkan dan membuatkan bayi susah tidur atau tidur tank nyenyak. Anda kena kreatif lah macamana untuk tudung atau tutup bassinet tadi menggunakan skarf anda.
Perkara lain yang ada perlu tahu.
- Anda diberikan elaun berat tambahan sebanyak 10kg untuk barangan dan keperluan bayi anda.
- Setiap pesawat biasanya ada menyediakan peralatan keperluan bayi seperti lampin pakai buang, botol susu, susu formula, alatan membersih dan steril botol susu.
- Anda juga boleh meminta bantuan anak kapal untuk memanaskan makanan bayi anda.
- Terdapat tempat menukar lampin bayi atau “changing table” di dalam tandas pesawat. Biasanya berada di bahagian atas atau tepi tandas. Anda cuma perlu lipat turunkan sahaja.
- Anda juga dibenarkan membawa masuk ke kabin carseat untuk bayi anda. Jika ada carseat maka anda tidak lagi perlu menggunakan bassinet. Namun anda perlu membeli lagi satu tempat duduk untuk meletakkan carseat tersebut. Dan carseat mestilah yang ada kelulusan FAA dan mempunyai cop logo tersebut.

Khaleef di atas tempat tukar lampin bayi di dalam tandas pesawat.
Jadi jika anda ingin terbang jauh bersama bayi maka tempahlah bassinet ini. Ianya sangat membantu bagi saya dan saya yakin ianya juga akan membantu anda.
Diharap perkongsian ini dapat memberikan idea kepada anda yang ingin travel bersama bayi. Boleh dikongsikan sekiranya bermanfaat.
© 2016 KHAIRUL ABDULLAH. Hakcipta Terpelihara







2 Comments
Setakat ni belum berjaya nak book bassinet. Harapnya ada la rezki anak-anak saya lepas ni 🙂
Kena book lebih awal. Saya so far mujur lah sentiasa dapat jer. InshAllah mudah9-mudahan dapatlah tu nanti.