Cara Buat Roti Jala Paling Champion

Hari ini adalah hari pertama berpuasa bagi umat islam di negara Jerman ini.

Saya masih teringat ketika hari pertama berpuasa di sini pada tahun 2011 yang lalu. Teringin nak makan roti jala sangat-sangat, lalu saya pun buatlah kari daging dahulu dan kemudiannya barulah roti jala.

Al-kisah, selepas selesai masak kari, saya pun mulalah buat adunan untuk roti jala. Dah panaskan kuali dan kemudian barulah saya terfikir…

Mana acuannya?

rotijala1

Memang saya tidak pernah memilik acuan roti jala ni. Kenapalah setelah dibancuh adunannya baru saya terfikir pasal acuan. Namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk menikmati roti jala waktu berbuka nanti.

Pelbagai cara saya usahakan, dari menebuk tin sardin, tin susu, bekas plastik isi makanan dan sebagainya namun hasilnya sangat mendukacitakan. Setelah beberapa ketika, dengan berkat belajar fizik sikit-sikt di sekolah dahulu maka saya jumpa jalan penyelesaiannya.

Tiada modal 10 sen pun dihabiskan untuk membuat acuan roti jala ini.

Sila tengok video ini untuk melihat cara saya membuat roti jala dan acuannya dengan begitu mudah.


Kalau tak dapat tengok video youtube di atas sila klik channel youtube saya di sebelah kanan dan cari video tersebut di situ. Atau boleh juga click di link dailymotion ini. http://dai.ly/x16g4e2

Berikut adalah resepi Roti Jala Mudah.

Bahan-bahan:

  • 150gm atau 1 cawan tepung gandum
  • 1biji telur.
  • 70ml air
  • 70ml susu segar atau boleh digantikan dengan santan
  • 3 sudu mentega cair
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk kunyit / atau pewarna kuning

Cara Membuat:

  1. Masukkan susu, air, telur, garam dan kunyit atau pewarna berseta mentega cair tadi ke dalam blender dan blend seketika dan kemudian masukkan tepung dan blend lagi sehingga sebati. Tapiskan adunan dan masukkan ke dalam acuan. Boleh gunakan botol minuman air mineral yg ditebuk penutupnya.
  2. Panaskan kuali leper, atau non stick pan dan letakkan sedikit minyak
  3. Kiraikan di atas kuali leper. Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing boleh gulungdan hidangkan.

rotijala2

Selamat Mencuba.

 

Anda juga mungkin nak baca

621 Comments

  1. Hwaaaa tahun depan p puasa sana ya, nak rasa net bread cap Frankfurt. Thanks for the good idea. Lazimnya saya guna acuan yang warna kuning ada lima lubang tu tapi sentiasa tak sempurna sebab tak cekap nak kawal aliran adunan. Boleh try buat botol mineral macam khairul buat..

    1. Haaaa…nak pahala lebih lah tu yer? Maklumlah puasa panjang kan. So far saya tak pernah guna acuan kuning lima lubang tu so tak tau camna. Tapi rasanya saya tetap suka botol mineral ni lagi 🙂

  2. Salam Ramadhan…mak aii sungguh kreatif..yg ptg jadi kan..cantik pulak tu. serius.. tak pernah terpikir botol mineral bole jd acuan..

  3. woww.. great idea! bleh cuba buat la gini… saya pun, nak beli acuan, tk beli2 jugk. dah la roti jala cicah kuah kari adalah my favourite.

    tp kt trg ni, selalunya diaorg jual roti jala kuah manis yg saya tk suka tu!

  4. salam ramadhan..

    masa di vietnam dulu pon mati kutu nak buat roti jala.. then my fren kata guna tin susu or any can lah.. usaha tangga kejayaan lah kami tebuk luang dgn paku & tukul.. tak teringat mineral botles ni..

    1. Salam Ramadhan juga buat Mulan sekeluarga.

      Saya mula2 dulu pakai tin sardin, tin susu bagai siap tebuk 3 lubang lah, 5 lubang lah tapi tak jadi. Then i just realize acuan original dia ada muncung panjang (to create pressure) so adunan akan jatuh berterusan tanpa menitik2. Oleh sebab itu saya terpikirkan sesuatu yang boleh create pressure kepada adunan maka teringatlah botol mineral dimana kita boleh picit utk create pressure tadi.

      Maka..jadilah seperti video di atas. Wahhh..panjang lebar pula.

  5. U know what en KA, THE IDEA is brilliant!

    Akan dipanjangkan kepada my mom and my dad since this ramadhan mereka sangat sibuk menjual roti jala di bazaar ramadhan. They even pinjam my acuan sebab nak buat roti jala ni okay. Hahaha!

    Ur way lebih praktikal, cepat mudah dan bersih; tak bersememeh-sememeh bancuhan tu nanti.

    Anyway, love the background music! 🙂

    1. Haaa…kalau meniaga pasti lagi cepat, boleh masukkan dalam botol banyak2, pastu picit jer sampai habis. Dah habis ambik botol lain pulak, tak perlu nak tambah masuk adunan tepung dalam botol. Semua boleh prepare siap2 kat rumah.

      Thank you!

  6. Hati manyak sinang… selama ni bile tengok kawan2 buat roti jala, rase jelez sangat. Sebab bile kite buat, selalu x nampak jaring jalanya. Roti jala jadi lempeng aka dada. Sangat sakit hati dan fobia. Padahal aku sendiri dan anak2 suke sangat makan roti jala. Jadinya bile terasa nak makan tu, p beli je la… buat sendiri alamatnya makan hati.

  7. Suka sgt! selain mendapat jalin2 roti jala yg cantik dn kemas ia juga mengelak adunan tepung tumpah merata2.

  8. Assalam Khairul, saya jalan2 tiba2 terjumpa blog ni, kreatif sungguh no, kagum sangat..nak tanya resepi ni letak mentega cair, roti tu lepas siap keras tak atau lembut jugak..terima kasih dan selamat hari raya 🙂

  9. wowwww I'm amazed. Thank you for sharing.Nak try this weekend. My kids love them. Selalunya beli je, this time nak buat sendiri.

  10. Assalamualaikum…

    Tahniah hebat nya…saya ada acuan tp bila buat cantik..saya rasa acuan saudara lg bagus dan mudah….

    1. Jawapan saya – dengan hanya satu lubang dah boleh buat, mengapa perlukan 3?. Adakah roti jala akan menjadi bertambah cantik atau cara membuatnya akan menjadi lebih mudah?

      Dan jawapan yang lebih saintifik dan berbaur fizik adalah dengan ada 3 lubang makanan tekanan di dalam botol akan menjadi lebih rendah dan membuatkan pancutan adunan menjadi sukar dikawal nanti.

      Sekiranya nak 3 lubang seperti acuan yang dijual maka sila dapatkan acuan sebenar tersebut yang banyak dijual di Malaysia. Acuan tersebut mempunyai 3 muncung panjang yang membuatkan tekanan atau pressure di dalam botol menjadi lebih tinggi tanpa perlu dipicit berbanding dengan cara saya dengan botol plastik yang tidak mempunyai muncung panjang dan perlu dipicit.

      Harap jawapan saya menjawab dengan jelas pertanyaan saudari/puan.

    1. Pn. Rosnah,

      Saya bukanlah seorang chef, tak pernah belajar memasak secara formal, semua main hentam sendiri dan berdasarkan resepi2 di internet sahaja. Tak layak dipanggil chef 🙂 Tinggal di perantauan membuatkan saya menjadi lebih kreatif, itu sahaja.

      Terima kasih banyak2 kerana mendoakan kesejahteraan saya dan keluarga dan saya juga doakan semoga puan juga diberikan kesejahteraan olehNya. Aminnn.

  11. Saya baru baca post En Khairul ni.
    Idea baru untuk bekas roti jala tu, pakai botol mineral.
    Saya punya kt rumah dah tersumbat, bekas fesyen lama yang ada tiga mata, dr Terengganu, turun temurun dari nenek saya.
    Ok, lepas ni projek roti jala weekend ni.
    Thanks for the brilliant idea!

  12. asslmkm..aameen. I just tried making Roti Jala 10 min. ago MY way..such a flop..I shall now try your way..looks terribly simple..and how interesting. THIS should induce my daughter to Jala Roti for the whole family!! …terimaka kaseh . innsyaAllah ini malam kami boleh menikmati Roti Jaya Khairul Abdullah.

  13. Asslmkum. It's me..A-gain. Tried your recipe. Lovely taste. I need more practice tho..haha.. I belive was "my apparatus".. I hv to make sure the Dent on the bottle cap is the right size! But no worries. ..MAKSUD tercapai and Roti Jala we did have for our Din- Din that day…Bon A Petite.

  14. 2nd time try hari ni…nk mkn dgn pengat durian. To recap, kenalah tgk video blk. Tgh2 duk layan video tu tetiba anak dara dtg…dia igt ibu tgh bljr main piano. Ada ke patut! KA, video tu punya bground music mmg syahdu la..terbaekkk..thx a million.

  15. Assalamualaikum En.Khairul Abdullah….jutaan terima kasih diucapkan kepada awak kerana telah membantu saya utk membuat roti jala di negara Eropah ini. Saya yg sekarang menetap di Bregenz, Austria. Kerana awaklah hajat saya tercapai nak makan roti jala. Thanks once again.

    1. Wani,

      Sila ikut resepi yang saya tuliskan di atas (bukan di dalam video) iaitu 75ml air dan 75ml susu/santan.

      Nisbah sukatan tepung dan air + susu/santan adalah 1:1. Kalau nak buat banyak contohnya 500gm tepung maka campur 500ml air+susu/santan.

      Selamat mencuba.

  16. Kenapa ayat saya kluar separuh ajer???… ^-^

    Terima kasih kat tn punya blog and idea… Semoga Allah kurniakan rahmat sbb berkongsi ilmu… amin…

  17. alahai….senangnya..just guna botol air mineral ajekan…heheh.tapi ita bwk acuan masa dtg perth. ..dh ready awl2..sebab feberet roti jala..heh3

  18. nice to know u, khairul! ur skill so mean to me…;-) ( semalam pending buat roti jala sebab takde acuan…huhuhuhu ~ baru nak belajar menjala…hehehe )

  19. Wow saya baru je teringin nak buat roti jala sbb memang favorite tapi langsung tak pernah pun terfikir pun nak buat, dah duduk kat Abu Dhabi ni tetiba lak rajin ke dapur…lepas google2 cara buat roti jala terfikir nak pesan kat mak belikan acuan roti jala 3 muncung tu sbb mak akan dtg sini hujung dec. Alih2 termasuk plak blog awak and zasssss idea yang sungguh bernas. Takyah lah suh mak beli acuan lagi hahaha. Dengan serta merta saya terus ambik n simpan botol mineral yg almost saya nak buang dah. Hahaha. Tq for the video! Definitely nak try buat. But anyway ada resipi kari ayam sedap tak untuk cicah bersama roti jala?

  20. Salam chef Khairul,
    saya sudah mencoba resep roti jala tanpa acuan ala chef, sekalian saya buat juga kari ayam mudah ala chef juga.
    Saya ketemu blog ini karena mencari topik food photography dan ketemu dengan resep-resep chef yang mudah dibuat.
    Terima kasih sudah sharing ilmunya ya…oh iya saya posting di blog saya dan sudah link back ke sini.

  21. Khairul Abdullah ..nk tanya…dlm you tube mentioned 150mlair and 150ml susu…tp dlm blog you mention 75ml air and 75ml susu..nk guna sukatan yg mana?

  22. Salam encik khairul.. terima kasih for the resepi and your awesome creative idea.. tadi google2 cari resepi roti jala utk open house.. and yours was the best..Salam Aidil Fitri dari kota singa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *