Pagi tadi saya menerima sekeping surat dari Switzerland dan setelah membukanya saya dapati “nota cinta” atau saman telah dikenakan kepada saya kerana memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Bagi saya yang biasa memandu dengan kelajuan tanpa had di lebuhraya di Jerman ini, saya masih perlu membiasakan diri dengan had laju yang agak perlahan di negara lain seperti Switzerland.
Saya memandu pada kelajuan 64km sejam di dalam terowong yang membenarkan kelajuan hanya pada 60km sejam. Kelajuan maksimun yang boleh diberi pelepasan adalah 63km sejam namun saya terlebih 1km sejam maka kamera perangkap laju telah menangkap gambar kenderaan saya dan dengan jelas dan terang dapat melihat nombor plat yang tertera iaitu F-KM8558 yang berdaftar di Jerman.
Saya dikehendaki membayar saman sebanyak €16.00 yang boleh dimasukkan terus ke dalam akaun agensi yang berkaitan.
Sambil tersenyum membayar saman secara atas talian (online) saya terkenangkan topik hangat di Malaysia berkaitan nombor plet kenderaan yang menjadi punca kemalangan dan kematian seperti yang dikatakan oleh pihak tertentu yang berkuasa. Saya dengan segera membuat kajian (research) tentang kemalangan maut yang berpunca dari kegagalan mematuhi piawaian nombor plet kenderaan…dan jawapannya?
Tiada.
Tiada sebarang rekod di dalam statistik kemalangan maut di dalam laman web JKJR (Jabatan Keselamatan Jalanraya Malaysia) mahupun laman web JPJ sendiri. Kemudian saya cuba melihat statistik kemalangan di Jerman ini samada ada berkait rapat atau berpunca secara langsung dari nombor plet kenderaan.
Jawapannya juga TIADA.
Untuk makluman pembaca, nombor plet bukanlah punca kepada kemalangan maut di jalanraya di Malaysia atau di mana-mana bahagian dunia ini. Namun nombor plet yang kemas, selaras, mudah dibaca dan mengikut piawaian atau spefikasi yang ditetapkan adalah perlu di dalam mengawalselia dan juga menguatkuasakan undang-undang.
Jadi, sekiranya jawapan yang diberikan seperti diatas iaitu bagi memudahkan penguatkuasaan undang-undang maka ianya tidak akan menjadi bahan lawak di kedai kopi ketika sarapan, makan tengahari dan juga makan malam.
Apa ada dengan nombor plet di Malaysia?
Di Malaysia, nombor plet atau nombor pendaftaran kenderaan mempunyai huruf dan nombor di mana huruf menunjukkan negeri kenderaan tersebut didaftarkan dan nombor 1 hingga 4 angka secara rawak yang menunjukkan bilangan kenderaan di dalam siri huruf tersebut. Kemudian saiz plet, saiz huruf dan angka, jenis tulisan juga turut berbeza mengikut kegemaran masing-masing.
Tiada yang istimewanya, namun bagi mereka yang memilih dan membeli huruf dan nombor tertentu yang boleh dieja menjadi perkataan maka ianya menjadi istimewa kepada pemilik kenderaan tersebut.
Oleh itu nombor plet dibuka untuk bidaan di pejabat JPJ dan berhargan ratusan ribu ringgit untuk nombor yang dianggap cantik. Setelah dapat atau menang bidaan maka nombor plet pun dibuat di kedai Ah Seng dan diarahkan supaya dirapatkan huruf dan nombor agar dapat dieja secara jelas menjadi perkataan tertentu. Oleh itu, pelanggaran undang-undang telah dibuat di mana saiz serta jarak ukuran tidak mengikut spesifikasi.
Nombor plet perlulah mengikut spesifikasi yang ditetapkan walaupun ianya bukanlah punca kemalangan kerana ianya berfungsi untuk memudahkan penguatkuasaan oleh badan yang berkaitan.
Apa pula yang ada dengan nombor plet di Jerman?
Di Jerman pula nombor plet kenderaan adalah sangat berbeza dengan Malaysia. Di sini rekabentuk, jenis, jarak, ukuran, saiz dan sebagainya adalah “standard” yakni sama sahaja. Anda tiada pilihan untuk merekabentuk saiz dan jenis tulisan nombor plet anda. Maklumat yang ada di nombor plet juga adalah lebih kurang sama namun terdapat sedikit kelebihan di mana terdapat 2 sticker bulat kecil yang ditampal di antara huruf permulaan dan huruf yang kedua. Sticker yang pertama adalah logo negeri di mana kenderaan tersebut didaftarkan dan sticker kedua pula ada tarikh luput pemeriksaan kenderaan.
Setiap kenderaan perlu melalui pemeriksaan di TüV atau Dekra yang sama seperti Puspakom di Malaysia setiap 2 tahun sekali bagi memastikan setiap kenderaan adalah “fit” dan selamat untuk berada di atas jalanraya.
Huruf pertama berlatarbelakang biru dengan logo Euro adalah mewakili negara. Huruf “D” untuk Deutschland atau Jerman, huruf “F” untuk France atau Perancis dan seterusnya. Huruf kedua adalah “initial” atau huruf depan bandar kenderaan anda didaftarkan. Contohnya “F” adalah bagi Frankfurt. Setiap bandar mempunyai nombor plet sendiri tidak seperti di Malaysia hanya setiap negeri. Kemudian huruf yang ketiga bersama nombor bolehlah dipilih atau dibeli mengikut citarasa masing-masing. Bagi nombor kereta saya F-KM8558, F adalah bandar Frankfurt, K dan M adalah singakatan nama saya dan isteri dan nombor 8558 hanyalah nombor rawak yang saya pilih. Anda boleh memilih apa sahaja nombor yang anda mahu samada 1 huruf atau 2 huruf dan 1 angka hinggalah ke 4 angka. Sekiranya nombor tersebut masih ada yakni belum digunakan oleh sesiapa maka akan diberikan kepada anda hanya dengan bayaran €10.00.
Untuk mendaftarkan kenderaan, anda perlulah menunjukkan sijil TüV atau Puspakom tadi berserta insurans dan surat beli kenderaan dan barulah kenderaan anda didaftarkan. Setelah pembayaran dibuat sekitar €45.00 (pendaftaran + beli nombor + beli “emission” sticker ) maka resit akan diberikan. Resit akan dibawa kepada ejen pembuat nombor plet dan mereka akan membuat nombor plet menggunakan tin aluminium dengan spesifikasi yang telah ditetapkan. Kemudian bawa kembali nombor plet tadi ke kaunter untuk ditampal 2 sticker tadi (negeri dan tarikh tamat pemeriksaan puspakom) bagi menjadikan nombor plet tadi sah atau “valid”.
Nombor plet dibuat di kedai atau ejen yang berdaftar dengan harga sekitar €10-€20 bagi setiap set (depan dan belakang)
Satu lagi yang saya ingin kongsikan dengan pembaca mengenai nombor plet kenderaan di sini ialah setiap kenderaan pasti akan pernah mempunyai banyak nombor plet. Ini kerana setiap kali anda berpindah ke bandar yang lain atau negeri yang lain maka nombor plet kenderaan anda juga akan perlu diubah. Ini bagi memastikan yang setiap maklumat kenderaan adalah terkini. Sekiranya saya berpindah ke Berlin maka nombor plet saya akan bermula dengan “B” dan sekiranya saya bernasib baik, huruf dan angka seterusnya boleh saya pakai sekiranya belum ada orang di Berlin yang memakainya. Jika tidak maka saya perlukan nombor plet yang baru.
Jadi sekiranya anda melihat kenderaan bermula dengan huruf F maknanya kenderaan tersebut bersama pemiliknya memang tinggal di Frankfurt. Di Malaysia pula nombor plet W tetapi kereta dan tuannya tinggal di Penang.
Statistik kemalangan maut Malaysia vs Jerman tahun 2013
Setelah membuat sedikit kajian, statistik menunjukkan kadar kemalangan maut di Malaysia pada tahun 2013 adalah berjumlah 24.8 orang untuk setiap 100,000 penduduk. Jika 1 juta penduduk maka 248 orang dan sekiranya 20 juta penduduk jumlah tersebut meningkat kepada hampir 5,000 orang setahun yang mati sia-sia di atas jalanraya.
Di Jerman kadar kemalangan maut pada tahun 2013 adalah berjumlah 4 orang bagi setiap 100,000 penduduk. Jika 1 juta penduduk maka kadar kematian adalah 40 orang sahaja berbading Malaysia iaitu 248 orang.
Carta kadar kematian akibat kemalangan maut pada tahun 2013. Sumber :- Wikipedia
[table]
Negara | Kadar Kematian bagi setiap 100,000 penduduk |
Malaysia | 24.8 |
Indonesia | 17 |
Thailand | 38 |
Libya | 40 |
Germany | 4 |
Norway | 3 |
[/table]
Namun begitu Malaysia masih boleh berbangga kerana kadar kematian akibat kemalangan jalanraya adalah lebih rendah berbanding negara jirannya Thailand iaitu dengan kadar 38 orang bagi setiap 100,000 penduduk.
Kenapa di negara yang mempunyai lebuhraya tanpa had laju seperti Jerman mempuyai kadar kemalangan yang sangat rendah berbanding Malaysia yang lebuhrayanya berkelajuan 110km sejam sahaja? Di Jerman ini kelajuan 110 itu adalah perlahan di atas lebuhraya di mana kebiasaanya di lorong paling perlahan kelajuan kenderaan adalah sekitar 130km sejam. Di lorong memotong pula anda boleh lihat kenderaan dipandu pada kelajuan 280-300km sejam.
Hampir keseluruhan lebuhraya di Jerman ini yang dipanggil Autobahn tidak mempunyai had laju ditetapkan. Namun di kawasan tertentu seperti apabila menghampiri bandar, atau kawasan merbahaya atau cuaca buruk maka had laju ditetapkan kepada kelajuan tertentu. Tetapi dengan purata kelajuan kenderaan di lebuhraya melebihi 190km sejam, kenapa kadar kemalangan maut jauh lebih rendah berbanding Malaysia?
Apakah punca kemalangan maut sebenarnya?
“Speed Kills” atau “Kelajuan Membunuh” adalah tagline yang sering digunakan di dalam kempen keselamatan jalanraya. Adakah benar memandu laju adalah punca kemalangan maut? Kalau ya kenapa di negara yang lebuhrayanya tiada hadlaju mempuyai kadar kemalangan maut atau kematian yang jauh lebih rendah?
Jawapannya adalah SIKAP MANUSIA.
Bagi saya, sikap serta kecuaian pemandu adalah yang menjadi faktor utama kepada kemalangan dan hadlaju yang tidak bersesuaian atau terlalu tinggi menjadi punca kepada kematian. Saya yakin sekiranya semua pemandu di Malaysia bersikap seperti pemandu di Jerman ini, jumlah kemalangan maut pasti akan menjadi lebih rendah berbanding sekarang. Faktor lain yang turut menyumbang adalah keadaan jalanraya, keadaan kenderaan, faktor cuaca dan sebagainya lagi.
Namun faktor sikap serta kecuaian pemandu masih menjadi penyumbang utama kes kemalangan maut.
Pemandu yang cekap, berhati-hati, tahu membaca pergerakan lalulintas, sentiasa bersedia, faham undang-undang serta bertimbang rasa membantu di dalam mengurangkan kemalangan.
Pemandu di Jerman tidak “memandu” di lorong paling laju, mereka hanya “memotong” di lorong paling laju dan kembali ke lorong tengah selepas memotong. Walaupun ketika sedang memotong dengan kelajuan sekitar 200km sejam dan kemudian ada kenderaan lain cuba memotong dengan kelajuan yang lebih tinggi maka kenderaan tadi akan segera masuk ke laluan tengah bagi memberi laluan.
Berbeza dengan Malaysia, kenderaan dipandu pada hadlaju maksimum di lorong paling laju. Ada kenderaan yang tidak membenarkan kenderaan lain memotongnya ketika beliau memandu pada kelajuan 110km sejam kerana beliau sudah berada had laju maksimum yang dibenarkan. Jadi bersusunlah kenderaan lain dibelakang yang cuba memotong tetapi gagal. Setelah 2-3 kali lampu tinggi dinaikkan dan kenderaan tadi masih belum memberi laluan maka kenderaan lain terpaksa memotong di sebelah kiri.
Ini adalah salah satu punca kemalangan.
Pernahkah anda pulang ke kampung ketika cuti hari raya dan di jalan persekutuan utama sangat sesak dan jem yang panjang. Rupa-rupanya ada kenderaan di kedudukan paling hadapan sedang “makan angin” dengan kelajuan 45km sejam di jalan utama. Maka kenderaan lain di belakang beratur panjang dan mula resah dan gelisah apabila ada yang nak terberak, ada yang nak ke hospital melawat orang sakit, ada yang dah lewat nak ke majlis, ada yang nak terberanak dan sebagainya.
Hasilnya, cubaan memotong satu demi satu kereta dihadapan cuba dilakukan…dan akibatnya anda boleh jangka sendiri.
Di sini, kenderaan yang perlahan di jalan utama akan beralih atau memandu di bahu jalan sekiranya berpeluang atau ada ruang bagi memberi laluan kepada kenderaan lain untuk memotong.
Sifat atau sikap ini diajar di dalam kurikulum pembelajaran dan akan keluar ketika peperiksaan bertulis sewaktu mengambil lesen memandu.
Bagi pemandu motorsikal pula, mereka tidak pandai “mencilok”. Sekiranya di lebuhraya berlaku kesesakan atau jem maka mereka turut sama berbaris di dalam jem tersebut.
Lorong kecemasan tidak digunakan sama sekali oleh motorsikal apatah lagi kereta.
Senang cakap orang Jerman ni ikut buku. Kalau buku kata “yes” maka yes lah dan kalau buku kata “no” maka no lah. Kalau tengah memandu laju 220km sejam dan tiba-tiba ada amaran hadlaju kepada 80km sejam sahaja maka masing-masing akan terus perlahan kepada had laju yang diarahkan. Apabila masuk ke dalam kawasan pusat bandar semua kenderaan bergerak dengan kelajuan 50km sejam sahaja dan masuk ke kawasan perumahan pula akan semakin perlahan kepada 30km sejam sahaja.
Itu adalah sebahagian daripada sikap pemandu di Jerman ini yang ingin saya kongsikan. Banyak lagi sikap atau sifat lain yang menjadikan pemanduan di Jerman ini lebih selamat.
Kesimpulannya.
Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai isu ini di mana sekiranya mahu mengupas topik ini secara lebih terperinci maka saya boleh hasilkan sebuah buku mengenainya. Tujuan saya menulis artikel ini bukanlah untuk melecehkan atau memburukkan sistem yang ada di Malaysia sekarang ini tetapi untuk berkongsi pengalaman dan mengambil iktibar apa yang baik bagi dijadikan teladan.
Bagi saya, undang-undang dicipta untuk keselamatan semua dan bukannya bertujuan utama untuk menindas atau mendapatkan duit. Jangan lakukan kesalahan sekiranya anda tidak mahu duit anda diambil. Mudah sahaja.
Selagi sikap dan mentalili pemandu masih seperti sekarang, maka selagi itu kes kemalangan maut tidak akan berkurangan walaupun highway di Malaysia jauh lebih baik dari di Jerman.
Ketika balik ke Malaysia pada bulan Ogos yang lalu saya dapati banyak kenderaan yang menggunakan nombor plet ala-ala Eropah ini dengan meletakkan logo bintang berserta kod negara. Oleh itu saya sarankan agar pihak JPJ mengikuti langkah Jerman di dalam menyeragamkan rekabentuk dan ukuran nombor plet kenderaan di Malaysia seperti yang diminati dan dikehendaki oleh rakyat. Disamping itu, ia juga dapat mengelakkan lebih ramai yang mati akibat kemalangan maut berpunca dari nombor plet yang tidak mengikut spesifikasi ini *Sinis*
Adakah pihak JPJ akan mengikut saranan saya? ENTAHLAH, I Dont Know…*sinis lagi*
112 Comments
I always love ur writing..keep on sharing knowledge with us
You're most welcome and keep reading! 🙂
thumbs up!! terbaekk bro!
Terima kasihhhh 🙂
well said bro! sikap pemandu sendiri sebenarnya..
thanks for sharing. indeed progress is measured by attitude
Yer..sikap diri sendiri yang menjadi faktor kepada segalanya.
Thanks for reading 🙂
Perkongsian yg menarik En Khairul, sikap manusia itu sendiri semasa memandu, Gov Malaysia pun ada ura2 nak tambah lagi jam belajar untuk pemandu baru, yg mana akan meningkatkan lagi kos lesen memandu.
Terim kasih En. Azman kerana berkongsi info di sini. Kos mengambil lesen memandu di Jerman ini adalah sekitar €2,000.
Macam biasa… Terbaik heeee 🙂
Terbaik bro…..sepatutnya artikel ini d kirimkan sama pda kp jpj dan menteri pengakutan….pada saya alasan no plate boleh menyebabkan kemalangan adalah tidak benar…..sekadar untuk memungut dan memenuhkan kantung duit negara yg hampir tiada…so dan kena senyum kambing dri org ramai baru keluar arahan batalkan pemeriksaan no plate..tq bro
Saya rasa tak perlu kot nak suruh diorang baca artikel ni. Diorang dah hantar pegawai ke overseas bagai untuk study sistem di negara luar dan sepatutnya diorang dah tahu semuanya.
Oh.. memandu perlahan hingga menyebabkan kereta bersusun-susun dibelakang, memang byk sangat begitu disini. yg peliknya, bukannya si pemandu paling depan yang slow itu tak perasan kereta bersusun dibelakang keretanya, tapi boleh pulak dia buat bodoh jer!
sangat mengundang maki hamun. hahaha….
Itulah masalahnya bila buat bodo saja. Maknanya dia dont care, take peduli dan being selfish. Saya kalau tak rushing mungkin boleh cool n rilek jer..tapi kalau tgh sakit perut..memang mengundang makian jugak..heheh 🙂
lihat statistik, adakah ia punca kemalangan yang begitu tinggi berbanding MALAYSIA, kalau berbaloi mengurangkan angka korban, xsalah mencuba…
Assalamualaikum KA,
Sinis.. pada yang mengambilnya sebagai suatu pengajaran.. mungkin tidak..
Di Kuwait,
Mungkin K.Sham kurang study tapi kemalangan adalah suatu yang tersangat biasa.
Mungkin jugak kerana harga kereta yang terlalu murah di samping sikap pemandunya sendiri.
Jika rasa “mushkil”.. boleh saja buat sedikit research tentang sikap & budaya Pak Arab & Minah Arab.
Mungkin hanya segelintir.. tapi “ramai” yang sebegitu.
&& di sini had minimum adalah 40km/h.. ya’ni.. sedia harap maklumlah.
Jika kurang dari had minimum ini.. silalah tunggu “surat cinta”.
You take care dik.
Jaga hati.. jaga diri.
Waalaikumslama Kak Sham,
Budaya pak arab turut ada di sini kak. Diorang ni selfish, tak peduli tentang orang lain, ikut sedap dia jer. Kat sini kalau slow dari 60kmph maka kena saman lah.
You take care too kak, jaga diri jaga hati 🙂
Setuju! Car safety features and maintenance pun penting. Kalau body kereta lembut macam kek, macamana nak protect orang kat dalam?
Nak tanya , dekat Jerman ada ke had penggunaan kereta ? Maksudnya sebuah kereta boleh tahan berapa lama . boleh ke kalau satu kereta tu 15 tahun pun masih boleh bawak ? sebab usia kereta selalunya menyebabkan kereta tak boleh bergerak lebih laju kan dan cepat rosak? terima kasih . saya suka penerangan anda tentang negara Jerman ni . 😀
Safety features dan maintenance memang sangat penting namun body kereta lembut terutamanya di bahagian depan dan belakang adalah salah satu ciri safety features yang terdapat pada semua kereta moden namun ruangan kokpit masih keras dan kukuh. Ini kerana body yang lembut dapat menyerap hentakan atau impak dengan lebih baik berbanding body yang keras. Perumpamaannya adalah seperti anda jatuh dari tingkat satu di atas tanah (body keras) berbanding anda jatuh di atas susunan kotak (body lembut) dan yang manakah dapat mengurangkan kecederaan anda?
Tiada had umur atau penggunaan kereta asalkan setiap kali pemeriksaan puspakom kereta tersebut didapati berkeadaan baik dan masih layak utk berada di atas jalan maka ianya dibenarkan. Sekiranya ia mampu memecut sehingga 100km sejam maka ia dibenarkan berada di atas lebuhraya. Memang kereta semakin lama semakin mudah rosak akibat "wear & tear" dan itu sebabnya kereta di sini wajib diperiksa oleh puspakom setiap 2 tahun sekali.
Terima kasihh 🙂
Saudara Khairul, kalau boleh sebenarnya saya ingin mencadangkan untuk dikurangkan jualan motosikal berkuasa rendah-kapcai dan seumpamanya di Malaysia yang juga menyumbang kepada stastik kemalangan maut. Saya tahu cadangan ini mungkin tak dapat diterima. Saya pernah melawat Berlin/Europe pada bulan May yang lepas dan mendapati penggunaan motor berkuasa rendah terlalu kurang. Saya percaya kalau cadangan ini dapat dilaksanakan pasti statistik tidaklah sedemikian tiggi untuk Malaysia.
Khairul Abdullah yang itu ok. Yang selalu nampak bila langgar sikit, bumper dah jatuh dulu…
Saudara Zulkifli,
Saya setuju yang motor kapcai adalah penyumbang besar kepada statistik kemalangan maut, namun untuk mengurangkan jualannya bagi mengurangkan jumlahnya di atas jalan adalah tidak praktikal. Bagi sebuah negara yang sedang membangun dan masih ramai yang susah, motor kapcai adalah satu keperluan.
Bagi saya motor kapcai bukanlah puncanya tetapi sikap penunggang motor dan juga sikap pemandu kenderaan lain terhadap penunggang motor yang menjadi punca kemalangan disamping faktor lain seperti keadaan jalan, cuaca dan sebagainya. Saya yakin sekiranya di bawa semua penunggang motor dan pemandu kereta di Malaysia ke Jerman dan memandu di sini, statistik kematian dari kemalangan maut di Jerman ini akan meningkat mendadak.
Jalan penyelesaian sebenarnya adalah agak mudah iaitu UBAH SIKAP. Semua pemandu kennderaan samada motor atau kereta haruslah bertolak ansur dan lebih berhemah dan bertanggungjawab ketika memandu. Pandu ikut peraturan, ikut had laju ditetapkan, servis kenderaan dengan baik dan sebagainya. Kemudian buanglah sifat atau sikap pentingkan diri sendiri, inshaAllah statistik kemalangan maut akan berkurangan.
gOOD aRTICLE
Thank you!
Sinis ada suatu perkara yang normal. Hatta kerana sinis, kita mengkaji dan mencari perbandingan lain untuk mendapatkan pendapat atau pandangan yang berbeza. Thanx for sharing your info.
En. Ezuddi,
My pleasure dan terima kasih kembali kerana membaca dan meninggalkan komen di sini.
Untuk berlaku adil jpj tak kata nombor plet menyebapkan kemalangan . Cuma apabila nombor tu tak jelas susah untuk orang buat lapuran mengenal pasti kenderaan dalam kes langar lari dan sebagainya.
Sikap rakyat australia pun sama …..yg penting sikap n mengikut peraturan
paling laju awk pernah bawak dekat Jerman berapa? nak tahu je.hehehe
sikap kita dan keadaan cuaca yang menyebabkan jalan kita tak perfect macam di negara yang kurang hujan menyebabkan kita terpaksa hadkan had laju di lebuh raya..
Assalamualaikum;
Berkenaan penjelasan saudara KA mengenai plat (bukan dieja plet) no. kenderaan di Malaysia, huruf menunjukkan negeri kenderaan tersebut didaftarkan. Huruf pada plat kenderaan (bukan semua negeri di Malaysia) tidak hanya merujuk kepada negeri tetapi turut menjelaskan bandar sesebuah kenderaan didaftarkan. Contoh di Malaysia, negeri Sabah dan Sarawak menggunakan kaedah yang saya nyatakan. Jika plat no. kenderaan ialah SAA 2349 A, tiga huruf pertama iaitu S merujuk kepada Sabah dan huruf kedua A pula merujuk kepada bandar iaitu Api-Api (nama lama bagi bandar Kota Kinabalu) manakala huruf ketiga A merujuk kepada siri no. kenderaan. Jika plat no. SS 5274, dua huruf pertama iaitu S merujuk kepada Sabah dan huruf kedua S pula merujuk kepada bandar iaitu Sandakan.
Lebuh raya di Malaysia, bagi saya agak aneh apabila peraturan menetapkan pemandu yang membawa Brabus CLS Rocket dan sewaktu dengannya perlu sama kelajuannya seperti pemandu yang membawa Kancil 850 (had kelajuan tanpa diubah suai 110km/j).
Cik Mistree,
Terima kasih di atas penambahan maklumat yang saudari berikan. Maafkan saya kerana terlepas pandang mengenai perkara tersebut.
True indeed!
kite kan kelas ketiga bak kate jpj..mane same ngn org jerman kelas 1
Saya pernah pergi jerman dan holland,memang seronok memandu di sana,highway nya di panggil freeway,tiada had laju,cuma jika tidak biasa memandu terlalu laju,pasti akan rasa menakutkan sbb lampu signal jarang di perlukan di sana,Jika gunakan pun,cuma signal sekali kemudian terus potong,sama juga signal sekali di selekoh dan terus masuk,pertama kali bawa di sana,memang rasa takut,tapi bila dah biasa,lali je rasanya.Cuma di Malaysia kurang praktikal rasanya untuk buat freeway ni,lagi pun keadaan jalan di Malaysia yang bukan sentiasa rata,kekadang ada lobang-lobang yg kita sendiri tidak tahu di jalan hadapan kita dan juga sikap pengguna jalanraya yang ada masanya keras kepala,duduk di lorong laju tapi sengaja perlahankan kereta di tambah dgn sikap tidak bertanggungjawab dan sikap tidak sayangkan nyawa pengguna kenderaan lain seperti motor,lori dan bas,merumitkan lagi keadaan.
Setuju. Memang itu adalah salah satu kegunaan utama nombor plet kenderaan. Saya menulis bukan untuk menghentam JPJ, tetapi secara sinis memberi teguran dan paling banyak teguran adalah kepada pemandu-pemandu di Malaysia itu sendiri dan bukannya JPJ.
Betul tu, sikap rakyat di negara maju adalah sangat berbeza.
Saya ni penakut..paling laju 265kmph sahaja.
Bagi pendapat saya yang pernah memandu lama di kedua-dua lebuhraya Malaysia dan Jerman ini, lebuhraya di Malaysia adalah jauh lebih baik berbanding Jerman dari segi keadaan fizikal jalan, kemudahan, saiz dan macam-macam lagi. Yang tidak baik adalah sikap pemandu. Seperti yang sering diperkatakan, infrastruktur kelas pertama, mentaliti kelas ketiga.
Thanks.
Yer betul..tetapi sampai bila kita harus berada pada kelas ketiga kan? Sekarang adalah masa untuk kita berganjak ke kelas kedua dan kemudian pertama.
Saya kurang setuju apabila dikatakan lampu signal kurang diperlukan di sini terutama di Jerman ini kerana perkara tersebut jarang sangat berlaku. Bagi saya lebuhraya di Malaysia adalah jauh lebih baik dari freeway di jerman ini. Setelah segenap ceruk highway jerman ini saya jelajahi, lebuhraya utara selatan bagi saya masih yang terbaik dari segi keadaan fizikal jalan berserta infrastruktur yg disediakan. Bagi saya had laju lebih tinggi boleh dibenarkan di lebuhraya Malaysia di beberapa sektor atau stretch yang besar, lurus dan panjang. Namun, sekarng bukanlah masa yg sesuai dan praktikal bagi membenarkan hadlaju yg lebih tinggi di highway malaysia. Ia hanya boleh dilakukan apabila sikap pemandu dah berubah. Apabila sikap berubah, kemalangan akan jauh berkurangan dan ketika itu lebuhraya tanpa hadlaju ataupun hadlaju yg lebih tinggi dari 110kmph boleh diperkenalkan.
Khairul Abdullah kakakaka laju lah tu.
Saya rasa disamping sikap pemandu, satu faktor terpenting adalah keadaan kereta di sana yang mencapai safety standard yang tinggi. Kereta2 ini amat stabil dengan safety features apabila dipandu laju. Tidak seperti kereta2 ‘budget’ yang tidak mencapai safety standard yang tinggi. Tambahan pula kereta2 ini tidak stabil apabila dipandu laju melebihi kelajuan dicadangkan.
Saudara Azmir,
SAya sangat bersetuju dengan anda. Hampir kesemua kenderaan moden yang dikeluarkan telah menepati safety standard antarabangsa. Selaian itu hadlaju yg bersesuaian dgn kenderaan tersebut juga telah dicadangkanoleh pengeluar kenderaan seperti yg saudara sebutkan di atas.
Namun, bagi saya pemandu haruslah boleh menilai keupayaan kenderaan yang dipandunya. Tidak bermakna apabila tiada speed limit di highway maka perodua viva hendak dipecut selaju 180km sejam. Berbalik kepada sikap pemandu, beliau yang menentukannya.
X suka duduk malaysia pergi duduk jerman la *sinis*
Khairul Abdullah macam mane nak ubah sikap dan mentaliti rakyat negara kita ni ye…
cuba bro ulas pula situasi 'driving school' dan 'driver's license test' di Jerman.
Saya setuju sangat jangan halang kenderaan yg laju nak memotong tetapi jangan pula kenderaan yg sangat laju tak sabar bagi lampu kpd kenderaan lain yg SEDANG memotong walau apa pun kelajuannya. Utk tukar lane pun kena pastikan selamat. Jgn kerana nak bagi peluang kpd yg nak laju atas pelbagai sebab tu pemandu lain pula berisiko. Selain yg ni saya setuju sangat pandangan khairul.
En Ghafar,
Saya bersetuju dengan anda. Seboleh-bolehnya elakkan dengan “mencucuk” dan memberikan “high beam” kepada pemandu di lorong paling laju. Namun yang sering berlaku adalah pemandu perlahan di lorong laju tidak mengambil endah kenderaan yang cuba memotong di belakangnnya dan hasilnya adalah pemanduan yang rapat iaitu cucuk menyucuk dan bagi high beam.
Di sini pemandu di ajar supaya sentiasa “alert” bila berada di laluan memotong. Ketika sedang memotong dan belum berjaya dan ada kenderaan yg lebih laju di belakang maka kenderaan yg cuba dipotong akan memerlahankan kenderaannya bagi dipotong dan seterusnya kenderaan yang lebih laju dapat memotong.
Adalah menjadi kesalahan di Jerman ini sekiranya anda menghalang laluintas dilebuhraya terutamanya di laluan memotong. Boleh didenda sebanyak €80 dan ditolak 1 point.
95% punca utama kemalangan di Malaysia berpunca dari pemandu kenderaan. Saya ada statistik tersebut. Kajian yang saya buat dari hasil laporan kemalangan di PDRM tahun 2002.
tapi memang sukar nak ubah sikap memandu rakyat Malaysia.
Terima kasi en Bard XT kerana berkongsi maklumat dengan pembaca di sini.
Memang sikap pemandu sangat sukar diubah. Ia harus dididík dan dibentuk sejak dari kecil seperti sikap2 lain yang diamalkan oleh penduduk di negara maju. Semuanya bermula dari rumah dididik.
Saya cuba menterjemahkan nya semasa membuat Latihan Defensive Driving / Riding kepada peserta.
Bolehkah en Bard berkongsi hasilnya dengan kami?
stuju sangat sebab utama kemalangan maut malaysia adalah sebab sikap pemandu..
kabinet xluluskn ttg no. plat standard sbb nant xda saman..
sikap rakyat Malaysia yang xda berdisiplin dalam apa jua perkara menyebabkan rakyat masih berada d rangking kelas ketiga (xkan maju Punya).. contohnya : dari segi ketepatan masa, ketepatan dalam berjanji, suka berhutang, dan sebagainya.. xperlu hirau.. paling penting suka membuang masa… this’s fact!!! apa susah, no. plat ikut saja la… napa perlu d kecilkan lagi? boleh buat laju ka? nampak catik? mau kereta cantik??? ikut auto show, dapat duit lagi n hadiah…. JPJ pun satu, xpayah lah sampai bawa pembaris n sbgainya semata2 untuk check, nampak sangat mau duit saja… 2 x 5…. kalau tinted ok la, ikut cuaca Malaysia y panas, sepatutnya JPJ harus terbuka dalam hal ini….@#$%^^&*(*!@#$%^&&&……
popet.. popet… macam taik… tinted ko mau, no.plat ko xmau!! jadi apalah beza???? naik la kadar jenayah p merompak sana sini, xnampak identiti.. puiihh
kalau xmau tinted takut kes jenayah meningkat, bagus penunggang motorsikal pun buka helmet… sebab xnampak muka kan? lagipun kadar jenyah seperti merompak, meragut dan sebagainya banyak berlaku dalam kalangan perompak yang menggunakan motorsikal.. apa la guna? cakap biar berfakta, jgn ikut sedap mulut….
Khairul Abdullah betul… kita perlu pendapat anda yang telah pernah mengalami situasi berbanding orang yang hanya tau bercakap dan search fakta melalui internet… gudjob bro….
Khairul Abdullah semuanya berbalik kepada sikap….
Saudara perlu fahami dulu situasi mengapa JPJ tak selaraskan no plat ini. Fahami dulu situasi ini. Jpj hanya menguatkuasa undang2. Kementerian Pengangkutan yg perlu membuat keputusan seterusnya kabinet meluluskan cadangan itu. Itu lah Malaysia.
Boleh en khairul abdullah cerita pasal motorsikal beratur sama dalam jem.kurang faham.sedangkan jalan kat malaysia tak banyak yang ada laluan khas .contoh yang ada highway guthrie.BKE.federal highway.
Kalau buat plat seragam takde saman, jpj jadi boring. Hmmm entahlah.
'sinis lagi'.. kikiki
Saya memang duduk di Jerman 😉
InshaAllah ada masa nanti saya akan tulis tentang perkara tersebut.
Benarkah begitu? atau cuma andaian?
Jika saudara baca dan fahamkan betul2 tulisan saya, no plet bukanlah isu besar. Saya cuma menyentuhnya secara sinis. Sinis tersebut hanya kecil kepada JPJ dan lebih besar kepada pemandu di Malaysia. Saya cuba tekankan kepada sikap pemandu yang perlu diubah dan saya juga menyokong agar pemandu haruslah mematuhi peraturan nombor plet sediada.
Di sini tiada laluan atau lorong motorsikal. Yang ada cuma laluan basikal di dalam bandar. Di lebuhraya hanyalah 2-3 lorong biasa sama sahaja seperti di Malaysia. Namun motorsikal di sini 99% adalah motor besar (bukan kapcai) yang dipandu di atas lebuhraya. Sekiranya jem, motor2 besar tadi tidak mencilok2 di celah kereta atau di lorong kecemasan. Mereka turut sama q atau beratur seperti kereta. Sama juga di dalam bandar, motor2 besar dipandu seperti kereta. Bila pertama kali saya lihat saya cakap org jerman ni tak terrer sbb tak pandai cilok. Kalau kat msia dah berdesup pegi tak payah dok tersangkut dalam jem.
Sikap atau attitude adalah kunci kepada segalanya.
benar…kdai accessories dan no.plat xdpt sales…
Itu saya setuju. Sikap pemandu kita perlu di ubah. Cuma isu no plate tu tidak tepat. Ramai org tidak faham atau buat2 tak faham.
Jpj tak bg pakai tinted… lampu hid… no. Plate fancy dan sebagainya… tp brg2 tu semua import dr china dan meterial dr luar dan negara lain…. jika jpj atau kerajaan tak bg guna dia sekat la brg2 tu dr masuk ke malaysia… contohnya lampu hid dan tinted.. jika tak bg guna sekat lah dr masuk ke malaysia… ini tidak cukai depa kutip tp nak pakai tak bg pulak…. so kita tak bleh salahkan kedai aksesori dia meniaga… cukai balaih tp nak meniaga tak bg lagumana tu..? Lampu hid tak bg pakai tp keta bmw volkswagen ckd pasang dia malaysia semua kluar pakai hid… keta myv nak pakai hid juga sama mcm bmw pasang di malaysia tak buleh pulak…. tinted nak pakai gelap tak huleh… tp estima velfire masuk cbu dr jepun besepah atas jalan apa cerita pulak tue…? Kalau tak bg pakai jgn bg ada terus atas jalan raya senang… sapa pun tak kan pertikai bab tu…. hahahahha betoi dak..? Kalau tak betoi hampa perbetoi sat noh….. sekadar pandangan saja…..
JDM,
Adakah lampu hid dibawa masuk secara sah, dibayar cukainya atau diseludup masuk? Saya tidak tahu tentang ini dan sekiranya memang dibenarkan dibawa masuk dan dikutip cukainya namun tidak dibenarkan digunakan di atas jalanraya maka pihak kerajaan haruslah dipersalahkan. Saya sangat bersetuju dengan pandangan saudara sekiranya fakta yang diberikan tersebut benar. Selain itu sikap “double standard” pihak penguatkuasa haruslah dihentikan serta merta!
Kabinet lulus… tinted gelap dan lampu hid masuk dr negara luar…. kutip cukai masuk malaysia… tp rakyat malaysia dilarang guna di malaysia … kabinat lulus keta luar masuk malaysia rakyat dan menteri boleh beli dan guna di malaysia walaupun cermin dia asal dah memang gelap dan lampu dia memang guna hid … asalkan bayar cukai saja pada kerajaan… sapa yg pakai keta malaysia tak buleh buat camtu… sb cukai morah ja bayaq tak mahai mcm sapa pakai keta luar negara tu…. adil ker mcm tue…. hahahahaha
JDM,
Kita harus gesa kerajaan supaya tidak mengamalkan sikap double standard ini. Macamana nak gesa..Entahlah.
good artikel bro.. part yg pemandu drive slow kt lorong laju tu mmg sakit ati. highbeam bagai semua..msih bt derk jee..rasa nk ptong pstu pancung kt dpn twus je rasa..attitude mmg low class…kdg2 jemm panjg…alik2 smpi kt depan xde pon eksiden ke rod blok ker… neway thanks 4 sharing bro…terbaekk!
..artikel yang sgt menarik..boleh dijadikan contoh kpd JPJ Malaysia..
Informasi yang begitu baik, good homework, segala data dan statistik yang boleh dipercayai…
Saya berpandangan yang faktur cuaca juga penyumbang kepada kadar kemalangan. Cuaca tropika, panas dan lembap di Malaysia menyebabkan pemandu mudah letih dan mengantuk ketika memandu yang menyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan.
Maklumat tambahan….. Plat kenderaan di Germany menunjukkan dimana pemandu tersebut tinggal. Sekiranya kenderaan tersebut berada jauh diluar kawasan, pemandu lain secara automatik memberi perhatian yang lebih kepada pemandu berkenaan, berkemungkinan pemandu ini tidak mahir terhadap jalan-jalan di tempat tersebut
Terima kasih kerana membaca dan meluangkan masa memberikan pandangan. TQ
Terima kasih, yang paling penting sikap pemandu haruslah berubah terlebih dahulu sebelum kita menunding jari kepada JPJ.
Saya bersetuju yang faktor cuaca juga memainkan peranan di dalam mempengaruhi cara pemanduan. Namun masih lagi kelalain pemandu menjadi punca utama. Seperti juga di Jerman ini, ketika winter ataupun autumn di mana cuaca sentiasa "gloom" malap, mendung, berkabus dan gelap..kita juga merasa mudah letih, bosan, hilang fokus dan sebagainya juga.
Seperti yg saya ceritakan di dalam artikel di mana jika kereta tersebut bernombor plet Berlin maka kereta tersebut dan pemandunya juga tinggal di Berlin. Yer saya setuju, kenderaan tempatan biasanya bagi "chance" kepada kenderaan dari bandar atau daerah lain.
Dani Dani Pada pandangan saya sepatutnya aktiviti tender nombor plate ini perlu dihapuskan. Layanan samarata atas dasar siapa cepat dia dapat harus dipraktiskan.. Sikap double standard di dalam penguatkuasaan terjadi apabila pihak penguatkuasa merasa serba salah untuk menyaman kereta mewah yg memakai nombor plet tidak ikut spesifikasi kerana nombor tersebut biasanya dibeli dengan harga ribuan ringgit dan ada mencecah puluhan ribu. Bagi pembeli, dah beli nombor puluh ribu ringgit lepas tu tak boleh nak susun dekat2 supaya dapat dieja dan membentuk perkataan tertentu maka sudah tentulah akan mengamuk. JPJ jual nombor mahal2 lepas tu orang nak pakai bagi cantik tak boleh.
Khairul Abdullah : sikap pemandu boleh diubah dgn menerapkan unsur2 dan sikap pemanduan berhemah di dalam kurikulum sekolah dan semasa mengambil lesen..
Khairul Abdullah : JPJ kena belajar dari negara lain..jangan malu berbuat demikian..sistem nombor pendaftaran kenderaan di malaysia dah ketinggalan terlalu jauh kalu nak dibandingkan negara lain..plat nombor warna hitam..huruf dan nombor warna putih..daripada selepas merdeka sampai sekarang..
Terima kasih tuan, perkongsian yang baik untuk menjernihkan pemikiran statik pembuat dasar 🙂
Saudara Izraai,
Saya rasa pembuat dasar dan pihak berkuasa terutamanya JPJ sudah faham akan perkara ini. Mereka sudah study dan pegawai2 sudah dihantar ke segenap ceruk dunia untuk melihat dan mengkaji sistem di negara lain. Namun untuk mengapplikasikannya di negara yang yang ramai orang suka komplen dan memberontak dan disokong pula oleh orang dan parti politik maka ianya menjadi sukar.
Bukan sahaja mengenai isu ini, isu2 lain yang lebih besar juga tidak dapat diselesaikan apabila sikap dan sifat rakyat masih tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik.
Tk Sdra KA atas perkongsian mklmat yg tlah sdra bentngkan. Segala2nya bergntung
kpd sikap. Berdasarkan
komen mereka trhdap apa
yg sdra tuliskan itu pun kita
sudah tahu bgaimna sikap
indvdu brknaan. Saya ada
pnglaman menggunakan
lebuhraya dan jln raya di
Spain (Murcia – Madrid), di China (Shenzhen – Guangzhou), di
Australia (Sydney –
Canberra) dan di N.Zealand(Christchurch – Hanmer Spring). Semua
lebuhraya dan jln raya negara ini berbeza antara
satu dgn yg lain. Malahan boleh dikatakan lbuhraya PLUS di M’sia antara yg terbaik. Kalau ada yg komen berlubang sana sini bilangannya jauh lebih kecil kalau dibndingkan dgn jlnraya di Jakarta. Jgnlah terlalu mrendahkan negra sndiri kalau x pernah alami sndiri di negara asing. Soal warna no plat yg dktakan ketinggaln zaman sbnarnya tidak. Setiap negara punyai hak nak guna warna apa skali pun. Tapi saya sgt stuju soal kseragaman bagi tujuan kemudahan penguatkuasaan. Kebiasaanya no plat kereta baru yg dipasang oleh pengedar telah pun mengikut peraturan cuma pengguna tu sndiri yg tukar kpd jenis lain yg kdngkala tidak mngikut praturan. Mcmna pun rkyat M’sia prlu ubah sikap. Di M’sia ni tunggu org isi minyak full tank pun ada yg rasa x sabar. Pnglaman saya di Australia pemandu yg tunggu giliran nak isi minyak di blkng saya pula yg nasihatkn saya ” its OK mr. Take ur time!” pabila lihat saya terburu2 nak tutup tangki minyak kerna terasa mat saleh tu menunggu agak lama. Inilah budaya ksbaran yg sukar dilihat di
negara kita. Di Australia walaupun di pekan kecil, speed trap camera ada di setiap persimpngan jln. Notis bertulis “PENALTY – LOST LICENCE” terpampang di mana2 jln raya. Kalau di M’sia bukan saja notis tu dirobohkan, malahan kamera pun dirosakkan. Fikir2kan lah di mana kelemahan kita dan saya setuju kdngkala ada statement pegwai JPJ tu
yg x masuk akal, tetapi peraturan yg dibuat utk kbaikan pngguna jln raya patut diikut. Wallahualam.
Cucu Tok Sendalu,
Terima kasih yang tak terhingga kepada anda kerana berkongsi pengalaman dan pendapat anda di sini. Saya sangat bersetuju dengan anda.
Usahlah memperkecilkan negara sendiri jika tidak pernah melihat negara orang. Saya tetap menyatakan yang lebuhraya di Malaysia terutamanya Lebuhraya Utara Selatan adalah antara yang terbaik di dunia dan 10 kali jauh lebih baik dari di Jerman ini dari segi infrastrukturya.
Di jerman ini satu lampu pun tak ada di atas highway – gelap gelita terutamanya di susur masuk atau keluar. Dah ler susur tu kecil dan selekoh yg sangat tajam..kalau tak biasa memang sangat sukar. Namun kes kemalangan masih sangat kecil kerana sikap pemandu yang berhemah.
Kamera AES bersepah2 di eropah ni samada di Jerman atau di negara2 lain terutamanya Switzerland yang sangat banyak kamera ni. Kamera perangkap laju di kawasan bandar dan perumahan adalah yang paling banyak. Tiada siapa yang komplen kerana mereka tahu kamera tu bertujuan untuk kebaikan bagi mengelakkan kemalangan maut di kawasan perumahan dan di dalam bandar. Tak nak kena saman atau digantung lesen maka ikut lah peraturan.
Di Malaysia kamera AES yang beberapa ketul tu pun dah jadi isu besar negara. Bagi yang tidak mahu disaman dan tidak mahu kerajaan mencekik duit anda maka apabila sampai di kawasan kamera tersebut (yang telah dimaklumkan lebih awal yang kawasan tersebut berkamera) maka perlahankanlah kenderaan anda sebentar dah lepas kamera maka pecutlah balik..takde masalah!
Mohd Sani
Yer betul. Saya bersetuju dengan saudara dan bagi saya sistem pembelajaran ketika mengambil lesen perlu diperkemaskan. Elemen pemanduan berhemah adalah yang paling penting untuk diperkasakan lagi.
Di Jerman, untuk mendapat lesen memandu sangat payah dan sangat mahal. 3 bulan paling cepat baru boleh dapat lesen dan kebiasaannya sekitar 6-8 bulan baru dapat lesen. Ujian dijalankan di dalam situasi sebenar dimana ujian memandu di jalankan di lebuhraya, di jalan biasa, di jalan kampung, di tengah bandar dan sebagainya. Ujian naik bukit, parking, emergency dan semuanya di jalankan di environment yg sebenar bukannya di dalam compound sekolah memandu atau di dalam environment yan terkawal dengan pacakan kayu sebagai petak parking.
Jadi pemandu diuji di dalam situasi yang sebenar sebelum diberikan lesen.
Mohd Sani Bagi saya huruf putih plet hitam tu tiada masalahnya, mungkin kurang cantik dan sedikit kelemahan di mana nombor plet hitam putih sekarang ini yang menggunakan huruf plastik yang di gam maka kebarangkalian nombor atau huruf jatuh atau tercabut adalah tinggi. Maka penukaran ke dalam bentuk tin aluminium adalah lebih baik.
Kerajaan ada merancang untuk mengadakan Dasar Plat Nasional di mana pengeluaran nombor plet akan dikawal dan diselaraskan pengeluarannya bagi tujuan penyeragaman. Saya sangat menyokong cadangan ini.
Namun sehari dua ni dah terlihat di FB usaha-usaha utuk menentang cadangan ini. Saya pun tidak faham sikap orang kita ni, semua benda hendak dipolitikkan. Apa2 pun..itulah MALAYSIA.
SAYA MEMBACA SAMBIL TERSENYUM
Dah nama pun happy Irfa kan..mesti senyum sokmo 🙂
Saya sangat bersetuju, sikap manusia yang menyebabkan kemalangan, bukan had laju, bukan no plet kereta..Suami saya jika memandu perlahan, memang mengantuk dibuatnya, kalau dia tekan lebih 120, pandai pula dia kawal stereng (isteri dia lah tak habis2 mengucap dalam kereta haha).
Kannn…kalau slow mengantuk ooo 🙂
Sikap adalah faktor utama yang menyumbang kepada kes-kes kemalangan. Sebelum ni saya kaitkan sikap dengan cuaca dimana cuaca yang panas di negara kita mudah membuatkan kita hilang sabar semasa dalam pemanduan. Berbanding dengan di negara-negara yang bercuaca sederhana/sejuk yang mana rakyatnya lebih “cool” berbanding kita. Namun begitu, apabila saya ke Vietnam yang mempunyai cuaca yang sama panas dengan kita di Malaysia, faktor cuaca tidak begitu berkesan untuk dikaitkan dengan sikap pemandu-pemandu di sana. Simpang Empat yang tiada lampu isyarat masih boleh dilalu dengan selamat oleh penunggang motosikal yang memang banyak. Begitu juga dengan pejalan kaki dimana kanak-kanak boleh melintas dengan selamat. Saya yang didalam bas, takut melihat kesesakan itu akan mengundang kemalangan. Namun semuanya berjalan lancar kerana adanya sikap bertolak ansur di kalangan pengguna jalan raya. Saya cukup kagum dengan situasi yang saya lihat. Jadi apa-apapun SIKAP yang memainkan peranan yang paling penting dalam kehidupan harian kita.
Betul tu Hapizah, sikap adalah penentu dan boleh merubah segalanya.
Pemandu punya pasal, plat kereta dapat nama. Kalau fikir guna 0.0000000000001 kapasiti otak ni pun masih tak dapat nak kaitkan plat kereta dengan kemalangan
Kannn..lembu punya susu sapi yg dapat nama.
Di German juga tiada Plate Besi utk JK,PJK etc.
Bro… Klau boleh tmbh. Ada “Distance Trap” menggunakan kamera berfungsi untuk memastikan jarak selamat antara kereta depan dan belakang sewaktu perjalanan saya Dari Munich to Berlin. Benda mcm in yg org 3rd world country mcm Malaysia tak boleh fikir nak buat.
salam bro khairul..saya slalu baca blog bro sbab saya memng minat sngt ngan negara german nie..hihi
nk tny, susah x kalo nak blaja bahasa german? i mean kalo memng total beginner?
kat mana yer yg ok kat malaysia nie kalo nak belajar?
Assalam En.Khairul
Tahniah tuan…blog yang sangat informatif berkisah tentang kehidupan yang saudara alami sendiri di rantau orang…byk berjalan..luas pandangan…berbalik kepada sikap pemandu di M’sia…apa yang dia org belajar…adakah driving school sebenarnya gagal mendidik pemandu…hanya fikirkan keuntungan sahaja..apa pendapat tuan?
W’salam Kota Kinabalu,
Adakah driving school sebenarnya gagal? Entahlah….namun secara peribadi saya rasakan hanya sedikit sahaja kurukulum pembelajaran oleh sekolah memandu perlu dikemaskini dan diperbetulkan. Bagi saya sikap individu masih lagi menjadi penyumbang terbesar.
Sikap ini adalah didikan yang bermula dari rumah. Jadi orang di rumah yg perlu mendidik dan membentuk sikap yang baik.