Beberapa hari kebelakangan ini saya sering membalas email dan juga pertanyaan di facebook tentang musim sejuk dan persediaan yang perlu dibuat sekiranya ingin bercuti ke sesebuah negara pada musim sejuk.
Jadi untuk mengelakkan saya menjawab perkara yang sama berulang-ulang kali, maka di bawah ini saya akan gariskan perkara terperinci mengenai persediaan ketika bercuti di musim sejuk seperti pakaian yang sesuai, suhu dan cuaca, tempoh waktu, tempoh cuti, makanan dan sebagainya lagi.
Sekiranya anda ingin tahu tentang musim di Jerman ini – bulan berapa musim bunga? bulan berapa musim panas, bulan berapa mula salji dan sebagainya atau berapa suhu ketika musim bunga contohnya sila baca artikel saya di sini.
Tips-tips yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan juga FAQ (Frequently Asked Question) yang sering ditanyakan kepada saya.
1. Bilakah musim sejuk (Winter) bermula?
Secara rasminya mengikut tarikh di Eropah dan negara di hemisfera utara, musim sejuk atau winter bermula diantara 20-23 haribulan Disember setiap tahun. Ia di panggil December Solstice atau Winter Solstice dan berakhir pada atau diantara 20-23 March pada tahun berikutnya apabila bermula March Equinoks atau Spring (Musim Bunga).
Sekiranya melawat negara di Hemisfera Selatan seperti Australia, New Zealand dan sebagainya, Musim sejuk bermula pada atau diantara 20-23 Jun dan berakhir pada 20-23 September setiap tahun.
2. Waktu siang dikatakan pendek, betulkah?
Ya, waktu siang bagi negara di eropah adalah sekitar 7-8jam sahaja sehari ketika musim sejuk. Matahari terbit sekitar jam 8:00 – 8:30 pagi dan akan terbenam sekitar jam 4:00 -4:30 petang.
3. Bagaimana pula dengan suhu?
Musim sejuk sudah pastinya akan sangat sejuk. Suhu musim sejuk di negara Eropah adalah sekitar 2 sehingga negatif 15 darjah celcius dan lebih sejuk dari itu sekiranya anda ke negara di sebelaha utara seperti Russia dan Scandinavia. Namun sekiranya ke Eropah selatan, seperti Italy, Spain, Portugal dan sebagainya, suhu akan lebih tinggi sedikit. Dicadangkan agar anda menyemak suhu sebenar sebelum memulakan perjalanan.
4. Dan cuaca pula bagaimana?
Cuaca di musim sejuk adalah sentiasa malap (gloom) dengan langit sentiasa kelabu dan diliputi kabus. Namun ada hari-hari tertentu matahari akan muncul namun jarang sekali. Sering hujan dengan beberapa kategori seperti berikut :-
- Drizzle /Freezing Drizzle (hujan rintik yang sejuk dan berais)
- Freezing Rain (hujan yang sangat sejuk yg turun ketika suhu adalah di bawah paras beku)
- Snow Mixed atau Sleet (hujan yang turun bersama kristal salji – ini adalah proses peralihan dari hujan kepada salji)
- Snow (salji yang lembut halus dan ringan seperti kapas)
- Graupel (salji halus berkumpul menjadi bentuk bulat dan bersaiz “ball-bearing”)
- Ice pellets (ketulan ais kristal berbentuk bulat sebesar jari kelingking)
- Hails ( adalah campuran ice pellet dan kadangkala graupel sebesar bola golf)
Itu adalah kategori hujan yang sering berlaku pada musim sejuk.
5. Adakah musim sejuk bersalji?
Ya!, salji akan turun pada musim sejuk apabila suhu telah turun sekitar bawah paras beku.
Namun, ada juga bandar-bandar di Eropah yang tidak turun salji seperti di London yang mana salji adalah “rare” atau mengikut pepatah inggeris “once in a blue moon” atau jarang terjadi di sana. Kalau ada pun hanyalah sangat sedikit dan sekejap dan tidaklah sampai menutup bumi. Namun pada musim sejuk 2010/2011 Salji lebat melanda eropah termasuk London.
Namun di Frankfurt, Germany ini, salji di tengah kota adalah setebal 1-2 kaki maksimum. Kalau ke luar bandar atau kawasan tanah tinggi, salji setebal pinggang adalah normal. München atau Munich adalah bandar besar dan Freiburg pula bandar kecil yang paling tebal dan lebat salji kerana ia berada berhampiran kawasan pergunungan Alps.
6. Adakah salji turun sepanjang musim sejuk?
Salji juga adalah seperti hujan – sikap dan sifatnya adalah sama namun fizikalnya berbeza. Seperti hujan, salji juga turun seperti hujan, kadangkala ada dan kadangkala tiada. Hari ini turun esok mungkin tidak. Hari ni turun selama 3 jam esok mungkin turun sepanjang hari. Pada musim sejuk 2010/2011 salji sangat lebat dan turun hampir setiap hari dan hampir semua lapangan terbang di Eropah terpaksa ditutup. Pada tahun 2011/2012, salji hanya turun 5 kali di bandar Frankfurt ini dan pada tahun 2012/2013 salji mula turun ketika musim luruh dan terus turun sehingga ke musim bunga.
7. Bolehkah saya pergi bercuti ketika musim sejuk?
Ya, anda boleh pergi bercuti ketika musim sejuk di mana-mana negara yang anda inginkan. Ada negara yang musim sejuknya tidak bersalji dan hujan pun jarang sekali cuma sejuk sahaja sekitar 7-15darjah celcius. Ada negara yang salji turun hampir setiap hari dan suhu adalah sekitar negatif 20 darjah celcius. Jadi pilihlah negara yang anda suka.
8. Adakah digalakkan atau disarankan untuk bercuti pada musim sejuk?
Bergantung kepada keperluan anda dan keinginan anda. Namun ada beberapa perkara yang anda harus timbangkan seperti berikut:-
- Siang yang pendek – anda tidak dapat menikmati pemandangan sepenuhnya dan tidak sempat berjalan-jalan.
- Kesejukan melampau – kalau tak bersalji maka akan hujan, kalau tak hujan maka angin kuat yang sangat sejuk. Menyukarkan perjalanan dan menyukarkan segala-galanya.
- Perkhidmatan pengangkutan yang sering tergendala – jadual perjalanan anda sering terganggu akibat kelewatan keretapi, pembatalan penerbangan dan sebagainya.
- Mudah jatuh sakit akibat cuaca sejuk melampau
Namun, bukanlah saya tidak menggalakkan anda bercuti ketika musim sejuk, hanya sebagai nota dan peringatan untuk anda supaya bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi cuaca sebegitu. Saya galakkan anda pergi bercuti dan rasailah sendiri pengalamannya.
9. Pakaian yang bagaimanakah perlu saya beli?
Ini adalah soalan yang paling kerap ditanya kepada saya dan ini juga adalah perkara yang paling penting dan perlu diberi perhatian. Keseluruhan badan perlu dijaga dan dilindungi dengan betul bagi mengelakkan anda jatuh sakit. Berikut saya gariskan tips-tips bagi membeli pakain musim sejuk yang sesuai.
i. Jaket / Coat
- Fabrik yang betul – terdapat pelbagai jenis pakaian musim sejuk yang diperbuat dari pelbagai jenis material atau fabrik. Antara fabrik yang paling sesuai adalah wool ataupun cashmere. Namun cashmere adalah sangat mahal maka wool adalah pilihan yang terbaik. Pastikan jaket yang anda beli dilapisi oleh wool atau diperbuat daripada wool. Boleh pilih material luar daripada cotton ataupun bahan yang kalis air. Nampun lapisan dalam daripada wool dan ketebalan yang sesuai adalah penting.
- Saiz yang tepat. Saya sering melihat orang kita datang bercuti pada musim sejuk dengan memakai jaket yang besar atau “oversize” terutama orang tua dan berusia. Ini kerana mereka mahukan jaket yang longgar agar mereka selesa memakai. Ini adalah salah, kerana jaket yang besar dan longgar tidak akan memberi kepanasan kepada anda. Jaket seharusnya dibeli yang “fit” dengan badan anda. Ini bagi mengelakkan ada rongga udara atau ruang kosong yang mana udara sejuk akan masuk dan berkumpul disitu. Jadi belilah jaket yang sesuai dengan saiz anda, kalau anda bersaiz S maka belilah S dan jangan di naikkan satu saiz kepada M.
- Bertopi atau mempunyai “hood” – Cuba dapatkan jaket yang mempunyai hood, tak kisah samada mempunyai bulu ataupun tidak. Sekiranya mempunyai bulu maka anda akan merasa lebih selesa di kawasan leher dan muka. Sekiranya tidak ada maka anda harus melindungi leher menggunakan skarf yang sesuai. Kalau salji atau hujun turun maka anda tidak memerlukan payung untuk menutupi kepala anda.
- Berpoket – pastikan jaket anda mempunyai poket tepi bagi memudahkan anda memasukkan tangan. Perkara biasa yang anda akan lakukan adalah memasukkan tangan ke dalam poket bagi memanaskannya. Jadi pastikan jaket anda mempunyai poket dengan kedudukan yang betul dan selesa serta mudah bagi memasukkan tangan.
- Warna – kalau boleh, elakkan warna yang terang seperti merah, kuning, hijau, pink dan sebagainya. Kebiasannya jaket berwarna gelap dipakai ketika winter seperti hitam, biru gelap dan coklat gelap. Namun sekiranya anda tidak kisah menjadi tumpuan ramai dan mata memandang ketika musim sejuk pakailah warna-warna yang terang tersebut kerana sudah pasti anda adalah orang asia, Hampir kebanyakan orang asia bercuti ketika musim sejuk memakai jaket berwarna terang. Namun sekiranya anda hendak pergi bermain ski maka jaket terang tersebut adalah diperlukan 🙂
ii. Seluar dan pakaian dalam
Pakailah seluar dari jenis kain yang tebal seperti jeans. Itu pun masih sejuk dan anda perlukan satu lagi lapis seluar di dalam samada tight ataupun thermal wear yg dikenali sebagai longjohn. Kalau suhu sekitar 8-15darjah celcius tak perlu pakai lah lapisan tight atau longjohn tu tapi kalau dah sekitar 5 darjah celcius ke bawah anda digalakkan memakainya. Kalau anda datang atas urusan perniagaan atau kerja yang memerlukan anda memakai sut atau seluar slack maka perlu pakai lapisan dalam tersebut.
iii. Baju dan pakaian dalam
Tidak kisah baju jenis apa pun tapi seeloknya dari jenis kain kapas yang tebal lagi bagus. Pakailah sehelai t-shirt di dalam untuk lelaki manakala wanita boleh pakai t-shirt juga atau spaghetti strap tu atau boleh pakai longjohn tadi dan kemudian pakailah baju anda. Kemudiaan lapisan atas boleh pakai cardigan atau pullover dan seterusnya barulah pakai jaket atau coat anda.
iv. Stokin
Pilihlah stokin dari jenis wool juga kerana ia memberi keselesaan dan kepanasan yang diperlukan.
v. Skarf
Skarf juga seeloknya dari fabrik wool ataupun apa saja tetapi pastikan ianya cukup tebal.
vi. Kasut atau Boot
Ini adalah yang paling penting. Sekiranya kaki anda sejuk dan basah akibat dimasuki air ataupun salji maka akan “spoiled” lah keseluruhan badan anda. Pastikan membeli dan memakai kasut yang kalis air. Kasut kavas adalah tidak boleh sama sekali sekiranya datang ke negara yang bersalji. Harus memakai kasu dari material kulit atau pvc atau getah yang kalis air. Pastikan cantuman atau jahitan antara tapak dan kasut tersebut tidak boleh diserapi air.
Pastikan kasut yang lebih tinggi atau but (boot) adalah seelok-eloknya kerana jika berjalan di dalam salji yang tebal sekitar 3-4 inci kasut anda tidak ditenggelami. Sekiranya tenggelam maka salji akan meresap masuk di atas paras buku lali anda.
vii. Sarung tangan
Jika hendak bermain salji maka haruslah membeli dan memakai sarung tangan yang kalis air atau dari jenis kulit atau pvc atau material lain yang kalis air. Sarung tangan dari jenis cotton tidak cukup untuk memberi kepanasan kepada tangan anda.
viii. Topi atau Snow Cap
Sekiranya perlu bolehlah membeli topi atau snowcap. Bagi yang mempunyai rambut yang lebat, topi atau snowcap kurang diperlukan namun bagi yang berambut jarang atau pendek atau tidak berambut maka perlulah memakai topi atau snowcap.
10. Dimanakah saya boleh mendapatkan pakaian musim sejuk ini?
Terdapat banyak kedai di Malaysia menjual pakaian musim sejuk. Sekiranya tidak kisah memakai jaket atau boot terpakaai (2nd hand) anda bolehlah beli di kedai “bundle” atau secara online melalui ebay, amazon, lelong dan sebagainya dengan harga sekitar RM80-120 sahaja.
Tips saya – Pakaian musim sejuk lebih murah dijual di negara yang bermusim sejuk. Sebagai contoh sehelai winter jaket berharga RM350 di Universal Traveller Malaysia namun di H&M atau Primark di Frankfurt ini kosnya cuma berharga 40Euro iaitu RM170 sahaja. Paling murah jaket winter boleh di beli di Primark dengan harga sekitar 29-39 euro iaitu RM130-RM170 sahaja. Kalau di H&M boleh dapat sehelai winter jaket dengan harga 49Euro iaitu RM213 sahaja.
Bagi kasut boot pula, ia boleh dibeli dengan harga RM120-RM180. Bagi sarung tangan dan skarf, harganya adalah sekitar RM30-RM50.
Jadi anda boleh “gamble” dengan memakai jaket nipis sementara waktu dan apabila tiba ke destinasi anda maka bergegaslah pergi mencari dan membeli barang-barang tersebut.

Ini bukanlah winter jacket tetapi spring&autumn jacket. Nipis dan sesuai utk suhu sekitar 10-18darjah celcius. Perhatikan jaket wanita di sebelah kiri dimana “kepuk”nya adalah kecil.

Ini adalah jaket winter untuk lelaki sebelah kiri dan wanita sebelah kanan. Perhatikan “kepuk”nya adalah lebih besar. Di dalammnya diisi dengan fabrik wool.

Kedua-dua jaket ini adalah untuk lelaki. Jaket sebelah kiri bahagian dalamnya diperbuat daripada wool dan sangat selesa dan kalis air. Jaket sebelah kanan pula dilapisi wool di bahagain dalam dan agak kurang selesa ketika salji turun dan tidak kalis air.

Contoh pakaian musim sejuk saya dan isteri.
Diharapkan penjelasan serta tips-tips di atas sedikit sebayak dapat membatu anda membuat pilihan yang tepat ketika hendak bercuti di musim sejuk.
Adakah anda akan datang bermain salji setelah membaca artikel ini?
ENTAHLAH..I Dont Know. But I do hope so 🙂
© 2016 KHAIRUL ABDULLAH. Hakcipta Terpelihara
174 Comments
Salam Khairul,
awat gambaq baju jer..modelnya mana?
W’salam Sue,
Modelnya kan low profile ala2 takmo glamer 🙂
actually pakai jaket winter terang pun ok. gambar cantik sebab ada contrast dengan snow yg putih 🙂
Yer betul, memang sangat contrast dengan snow yg putih dan juga sangat contrast dengan pakaian orang ramai di sini. Jelas sekali itulah orang asia.
Jaket hitam, brown dan dark blue juga saya rasa dah cukup contrast dengan snow yg putih..apatah lagi merah, kuning oren dan sebagainya.
Hmmm.. Baca entri KA ni, membuat saya terfikir adakah saya akan sukakan winter macam saya sukakan musim hujan. Err… yg pasti, setiap musim sebenarnya, ada keistimewaan tersendiri. Kan.
Su pasti sukakan winter sebab ada snow 🙂 Yer betul setiap musim ada keistimewaannya tersendiri.
thaaaaannnx for the tips..!!! best jgk main salji tapi tak tahan sejok..
Haha..mat salleh sendiri pun tak tahan sejukkk..apatah lagi kita 🙂
Membaca shj sudah seronok, apatah lagi mengalaminya sendiri suasana yg amat berbeza dgn M’lysia…terima kasih
Betul tu..pengalaman merasa sendiri sungguh berbeza daripada membaca dan tgk kat tv 🙂
KA..dh mcm Art Attack..hehhee. info yg sangat membantu..
Hahaha…kannnnn 🙂
Salam En KA,
Saya juga ada cita-cita nak main salji.
Tapi satu hari cukuplah, esoknya saya nak balik Malaysia semula sebab saya tak tahan dengan cuaca sejuk yang pastinya terasa sampai ke tulang.
Musim tengkujuh di sini pun buat saya ketar seluruh badan! Sejuk….
Mahal juga ya outfit-outfit winter ni.
W’salam Pn. Lily,
Hahahah..tak berbaloi kot datang sehari jer. Tak sempat nak buat snowman, nak main ski dsb..kena duduk seminggu 🙂
Aah..kalau kat Malaysia memang mahal lah, kalau kat sini murah jer.
Germany tu mmg confirm salji turun setiap tahun ke? Ibu saya nak sangat tgk salji turun. Saya tgh survey negara yg mmg confirm salji turun. Bulan berapa sebaik ya saya pergi?
Sarah,
Germany adalah negara yang pasti akan turun salji setiap tahun. Cuma masa yang tepat tidak dapat ditentukan, kebiasaannya bermula seawal bulan November dan berakhir selewat2nya bulan Mac. Kemuncaknya adalah sekitar Januari-Februari.
Kalau nak merasa salji tak kira musim boleh ke Switzerland. Terdapat ski resort yang dibuka sepanjang tahun dan boleh bermain salji di situ. Tetapi untuk betul2 merasa salji turun, eloklah datang sekitar bulan Jan-Feb. Kalau di Germany, Freiburg & Feldberg (di Black forest) adalah kawasan yang paling awal, banyak, tebal dan lebat saljinya setiap tahun dan Munich serta Berlin juga antara bandar yang paling kerap turun salji.
kalau nak tengok salji mungkin ke europe agak mahal. boleh pergi ke korea selatan atau china. tengok bulan dan tempat yg salji turun
Masa summer 2010 sy dah pergi swiss tempat main ski tu tp salji tak turun. Kat bwh je ada salji. Mak saya nak tgk salji turun. Lasti time pergi china musim sejuk pun tak turun juga. Saya ingat nak ke iceland tp takut sejuk sgt kat sana.
Sarah,
Pegi time summer memang salji tak turun. Nak tengok salji kena dtg time winter, peak winter sekitar penhujung disember sehinggalah awal februari. Januari adalah kemuncaknya. Namun salji ni macam hujan lah..kadang kala turun kadang kala tidak. Bukannya sepanjang winter tiap2 hari turun, mcm hujan jugak, sepanjang tengkujuh, ada hari dia rilek. So, sentiasa semak ramalan cuaca. Kalau awak rajin tengok maka awak akan tau tarikh mana salji akan turun dan di mana.
Teringin nya nak main salji kat negara orang..hehe
Datanglah..main kat sini 🙂
Spt yg encik khairul jelaskn..London jarang ada salji ketika musim winter jadi adakah suhu sahaja yg sejuk spt ngara Europe yg saljinya turun??
Walaupun tanpa salji, suhunya tetap sejuk seperti bandar atau negara lain yang bersalji.
Salam En Khairul…sy akan bercuti pada musim winter pada 24 Januari, 2014…destinasinya ialah di Turki…..pakaian apa yang sesuai untu saya pakai sbb sy malas nak bawak pakaian yang tebal2 taku luggage berat…saya pernah ke europe pada tahun 2010….sya menggunakan pakaian sprt yg saudara sebutkan tetapi membuatkan beg saya penuh….boleh ke share….
Waalaikumsalam Norazlina,
Bulan Januari adalah kemuncak musim sejuk. Pada tahun ini Turki menerima salji lebih banyak daripada negara Eropah yang lain. Sekiranya anda tidak mahu membawa pakain winter maka saya tiada saranan atau cadangan lain untuk anda. Hanya winter clothing sahaja yang membolehkan anda survive pada winter. Sekiranya tidak mahu membawa pakaian tersebut kerana dikhuatiri memenuhi beg maka bersedialah untuk tinggal di bilik hotel sahaja sepanjang percutian anda.
Salam En. Khairul tq for info yg di beri….Saya akan membawa beberapa Long John n wool Jacket sahaja….manakala seluar jeans sudah memadai bukan ke begitu En. Khairul….Jika tidak mencukupi di sana ada ke tempat2 yang menjual winter jacket yang murah2…sbb jarang kita gunakan di sini sebagai tambahan sahaja
W’salam Pn Norazlina,
Sehelai jaket winter, jeans dan sehelai dua long john sudah memadai. Sepanjang winter saya hanya pakai satu jaket sahaja, kecuali apabila suhu berada dibawah paras -10 maka saya terpaksa memakai jaket yang lebih tebal.
Suhu di Turki pada Januari nanti dijangkakan serendah -4degree di sebelah malam dan 4degree di sebelah siang. Maka sehelai wool jaket dan 2 lapisan baju dan long john dah memadai.
Kalau tak cukup juga boleh beli kat Istanbul. Pasti byk kedai yg menjualnya dgn harga yg jauh lebih murah.
Tq for sharing..jaket dari bahan polyester sesuai ke utk suhu bawah 5 °C?
tq 🙂
Bergantung kepada ketebalan jaket, kalau bahan polyster ni perlu lebih tebal lah berbanding wool.
salam.. saya akan ke New Zealand ( U & S) pada penghujung Mac. Apakah pakaian yang sesuai dengan suhu di sana. Saya bercadang nak membeli pakaian di sana sahaja. Adakah harganya ok ..
W’salam,
Penghunjung Mac di NZ adalah musim luruh (Autumn/Fall) di mana suhu adalah dingin dan sejuk di sebelah malam sekitar 12-17degree celcius – lebih kurang sejuk aircond. Jadi, light jaket atau sweater, cardigan atau pullover adalah diperlukan.
Beli jaket di negara 4 musim adalah lebih murah.
Maknanya di siang hari saya boleh berpakaian seperti di Malaysia dan memakai kasut sukan sahaja kan. Saya hannya berpengalaman ke negara sejuk (London & Paris) sekali sahaja pada tahun 2008. Boleh bagi lain2 tips lagi tak. Terima kasih.
Di siang hari suhu sekitar 14-17darjah celcius yakni lebih sejuk dari aircond. Sekiranya anda rasa tidak memerlukan jaket di dalam suhu tersebut maka bolehlah berpakaian seperti di Malaysia. Harus diingat juga bahawa hujan kerap turun di musim luruh..maka anda harus bersedia.
Tk di atas maklumt2 yang diberikan. Semuga anda sihat sentiasa. Bye….
Salam. Saya akan bercuti ke Turki pada 20-28 Mac 2014. Adakah saya memerlukan pakaian musim sejuk? Saya agak khuatir kerana ini adalah kali pertama saya akan ke luar negara.
3. Weather Turkey End March
• Istanbul : 4C to 17C
• Bursa : 12C to 16C
• Kusadasi : 5C to 14C
• Pamukale : 10C to 16C
• Cappodacia : Minus 3C to 2C
• Ankara : Minus 4C to 14C
• Bolu : 4C to 14C
*Weather forecast yang diberikan oleh ejen.
Anda memerlukan winter jacket bila suhu sekitar negatif sehingga 8 degree celcius. Kalau suhu lebih tinggi dari itu, light jacket berserta 2 lapisan pakaian sudah memadai. Jadi berdasarkan suhu yang awak berikan memadai dengan sehelai light jacket dan pakailah sweater, cardigan atau pullover di dalam. Suhu terendah adalah sekitar tengah malam dan awal pagi dan sayya yakin anda sudah berada di bilik hotel ketika itu dan tak perlukan jaket tebal. Suhu di siang hari adalah nyaman seperti aircond cuma lebih sejuk sikit. Cuma di Cappodacia awak memerlukan winter jaket yg tebal.
Baik, terima kasih atas panduan dan maklumat saudara.
sangat berguna your post here. Tq so much for the info. olyn now tengah travel Europe dari 26 th May till 14th June.Now ada di Switzerland.
Olyn,
Glad this post help you. Enjoy Swiss!
salam bang….
saya ade masalah nak cari winter jaket tuk anak sy yg berusia 2thn…kami nak gi beijing pertengahan bln 12 ni….time tu winter…suhu sekitar -5 ke -8, boleh bagi cadangan kat website ape yg ade jual jaket tuk budak2…sbb yg sy jumpe ni pun tak de tuk budak2…susah nak cari atau sy tak reti nak cari…
tq.
W’salam dik,
Boleh cuba tengok di http://www.winterclothes.com.my dan tengok bahagian kids. Saya selalu beli di ebay dimana terdapat banyak winter jacket brand new boleh dibeli di ebay dengan harga yang lebih murah.
Good luck.
Assalamualaikum KA.Saya selalu ikuti perkembangan blog ni sejak jumpa pada 2013 lepas.Banyak info ttg luar negara yang saya dapat dr KA..dan KA juga sporting menjawab soalan2 dr pembaca blog. Saya pun ada memasang angan2 nak main salji tapi bila baca KA ulang 'sangat sejuk',saya jd berfikir nak main salji,haha..baik saya pergi musim bungan atau luruh.Apa pendapat KA?:-)
Saudara Azlan,
Terima kasih kerana mengikuti blog saya.
Kalau teringin sangat2 nak main salji bolehlah datang pada musim sejuk diantara Disember hingga Februari. Memang sangat sejuk tetapi kalau pakai pakaian yang betul maka bolehlah tahan. Tapi ruginya bercuti musim sejuk ni adalah sebab siang yang pendek.
Kalau nak best datanglah pada musim bunga atau musim panas.
Assalamualaikum KA.Saya selalu ikuti perkembangan blog ni sejak jumpa pada 2013 lepas.Banyak info ttg luar negara yang saya dapat dr KA..dan KA juga sporting menjawab soalan2 dr pembaca blog. Saya pun ada memasang angan2 nak main salji tapi bila baca KA ulang 'sangat sejuk',saya jd berfikir nak main salji,haha..baik saya pergi musim bungan atau luruh.Apa pendapat KA?:-)
salam bang….tumpang tanye…..website ni boleh percaye ke? sbb harga barangnye jauh lebih murah….cube en. KA usha line web site ni…..
http://www.aliexpress.com/premium/winter-jacket-sale.html?albkw=winter%2bjacket%2bsale_others-search-product02-aliexpress_none_none&src=google&albst=search-text&albag=winter%2bjacket%2bsale&catid=0&af=ppc&albch=google&isdl=y&albmt=phrase&albcp=search-apparel-accessories-shopping&ptsid=1012000054051456&crea=60731109190&plac=&netw=s&device=c&aff_short_key=UneMJZVf&cv=1012000054051456
Saudara Abdullah,
Aliexpress adalah adik kepada alibaba.com sebuah syarikat gergasi seperti ebay. Saya adalah seorang pembeli tegar alibaba, aliexpress, amazon dan juga ebay. Harga yang ditawarkan di aliexpress jauh lebih murah kerana barangnya adalah dari kilang – tiada orang tengah, tiada pengedar, tiada ejen, tiada peruncit – semuanya made in china!
sy ade bace review customer yg dah pernah beli…..byk komen negatif pasal aliexpress ni…..rase ragu2 jugak…tapi tgk harga mmg tak leh tahan……wedsite yg tuan bagi pun sy dah tengok…harga pun ade yg murah…..tapi persoalannye…..selamat ke kite beli secara online ni?
Selamat atau tidak adalah bergantung kpd laman web yg anda beli, penilaian anda, cara pembelian dsb. Saya membeli secara online sejak 12 tahun yang lalu dan sekali pun tidak pernah tertipu atau ditipu. Gunakan akal yg dikurniakan Allah untuk menilai sesuatu sebelum membeli. Kita boleh menilai sesuatu tawaran jualan itu samada logik atau tidak. Jadi saya tidak boleh meyakinkab anda 100% bahawa ianya selamat. Bagi yg pandai maka tak akan tertipu dan bagi yg tidak maka akan sentiasa ditipu. Wallahualam.
thanks bro….
saya akan ke spain pada dec ini…mengikut kaji cuaca suhu cuma sekitar 8-10C…jadi pakaian bagaimana yg sesuai utk saya? perlu longjohn, glove dan sebagainya ke?
Tina,
Setiap orang berbeza daya tahan sejuk. Bagi saya suhu diantara 8-10degree tidak perlu long john, glove, snowcap dan sebagainya cuma memadai dengan jaket yg sederhana tebal dan skarf sahaja.
Bagi yang tidak biasa atau tidak tahan sejuk maka perlulah long john ataupun pakai saja baju 2-3 lapis dan sehelai jaket sudah memadai. Long john agak mahal utk dibeli jadi beli sahaja pakaian lain yg ketat (perlu sendat) utk dipakai di dalam dan barulah pakai pakaian biasa di luar kemudian barulah jaket.
Glove tidak perlu pada suhu tersebut tetapi skarf sangat diperlukan.
trima kasih….ianya sedikit sebanyak membantu….
Salam ka saya dah keluarga akan pergi ke beijing pada awal disember
Boleh ke saya pakai long john dan pakaian jubah sebagai ganti seluar jeans dan saya juga akan cuba cari satu winter coat
@Nazirah Aziz
Bergantng kepada suhu ketika itu. Sekiranya suhu singel digit sekitar 0-7 darjah celcius, longjohn dan jubah sahaja tidaklah memadai. Harus diingat yang anda perlu elakkan dari udara atau angin masuk ke dalam pakaian. Jubah adalah terbuka di bawah dan memudahkan udara sejuk masuk – hanya longjohn sahaja tidak dapat menahan sejuk sekitar 0-7 degree tambahan sekiranya ada angin. Saya sarankan eloklah pakai seluar dahulu selepas longjohn dan barulah pakai jubah diatas. Boleh pakai tracksuit, atau seluar ataupun jeans..yang mana lebih ketat atau fit adalah lebih bagus. Winter coat adalah perlu.
Salam, Alhamdulillah terbaca blog ni. Nasib baik xterbeli lagi baju n kasut utk hadapi winter di uk thn ni. Nak tanya pendapat, jaket mana lebih baik untuk kegunaan harian. jaket winter yg kalis air atau jaket yg jenis gelembung tu?
Fizul,
Dapatkan jaket winter yang kalis air, tak kisahlah samada dari jenis gelembung atau tidak.
Salam KA,
Saya akan berangkat ke turkey pada 25/10 ni.. Suhu dijangkakan:
Bursa: 6 -15 (hujan)
Pamukkale: 7-17 (Cerah)
Cappadocia: 1-11 (cerah)
Bolu: 1-12(Mendung)
Istanbul:8-13 (Cerah)
Ankara: 2-13. (Hujan)
Konya: 1-12 (Cerah)
Apakah saya perlu bawa baju tebal? Longjohn, glove , winter jacket?
Tq
Nina,
Anda perlu bawak semua perkara yang anda nyatakan diatas sekiranya anda tidak tahan sejuk. Suhu pada single digit sekitar 1-8 degree adalah sangat sejuk, jadi anda perlukan jaket seperti ‘step jacket’ (sila google) dan pakailah longjohn atau tight di dalam sebeleum mengenakan seluar. Jeans adalah seluar yang paling baik. Jangan pakai pakaian yang longgar kerana udara sejuk akan masuk.
assalam…kmi skurga akn brlpas ke Beijing pd awal Dis ni….dgrny suhu dsna +4celcius…pkaian apakh yg sesuai utk kmi…first time travel ke ngara musim sjuk tu nervous sgt…
Disember tu dah winter dan bersalji maka kena pakai pakain musim sejuk yang lengkap.
Sy nk k Beijing awal disember ni. Teruja sgat nk ke sana. Bila patut mula memakai long john and winter coat. Takut kluar flight dah gigil. Macamna suhu dlm bilik hotel. Sejuk juga? T ksih krna mmbntu.
Disember tu dah winter dah bersalji maka dah kena pakai pakaian musim sejuk yang lengkap.
Salam tn.
bagaimana sekiranya saya ke jepun disember ini??
apakah pakaian yg dicadangkan kepada saya..
say juga akan ke Jakarta pada november.. wajarkan saya beli pakaian sejuk di jakarta??
mohon nasihat tn.
Radzi,
Disember di jepun adalah musim sejuk bersalji. Pakaian yg perlu adalah seperti yang ditulis di atas.
Nak beli pakaian sejuk samada di Malaysia, Jakarta ataupun Jepun adalah terpulang kepada anda.
Khairul Abdullah di malaysia kedai pakaian sejuk manakah yang KA sarankan..x kisah sama ada online atau kedai di shopping mall..yang penting berpatutan
Saya tidak dapat cadangkan kedai mana kerana tidak pernah membelinya. Saya selalu membeli secara online di ebay ataupun beli di negara mana yang saya lawati. Jadi saya tidak tahu samada harga di kedai-kdai di Malaysia berpatutan atau tidak. Cuba tengok di laman web http://www.winterclothes.com.my samada harganya ok ataupun tidak.
Saya akan ke London dan Paris pada 8 Disember selama seminggu…apakah pakaian sesuai…pergi bersama isteri serta seorang cucu.
Tuan Ab Karim,
Pakaian lengkap musim sejuk adalah disarankan seperti long john (kalau takde boleh pakai tshirt atau seluar track yg sendat) kemudian dilapisi dengan tshirt atau kemeja dan dilapisi dengan pullover atau cardigan dan kemudian jaket dilapisan terakhir. Perlu ada glove, scarf dan topi atau snowcap walaupun takde salji. London dan Paris adalah bandar yang jarang bersalji, kalau adapun biasanya di waktu malam dengan sedikit yg dipanggil flurries.
Disember tu dah winter dan kemungkinan besar bersalji maka kena pakai pakain musim sejuk yang lengkap.
tahniah kerana bersabar menyiapkan blog yg penuh dgn informasi berguna…sgt sesuai dijadikan sbg rujukan
Terima kasih kerana membaca dan meluangkan masa meninggalkan komen. Saya amat menghargainya. TQ
assalamualaikum,
pertama sekali saya ucapkan terima kasih kerana menulis tips yang informatif ini,
Sangat berguna kepada bakal pelancong yang first time seperti saya yang akan jejakkan kaki ke bumi Eropah pada March 2015 (akhir winter).
Mungkin bro KA boleh kongsikan tips untuk melancong bersama anak kecil terutamanya baby umur 2 tahun ke bawah.
terima kasih.=)
Waalaikumsalam Pn Isziah,
Terima kasih kerana membaca blog saya. Saya memang berhajat menulis mengenai tips kembara bersama baby ni..tetapi belum berkesempatan. InshaAllah jika ada kesempatan nanti saya tulis. Jenguk2 lah kat sini selalu utk tgk update. TQ
Kalau akhir bulan november musim apa ye di jerman ?
@Saidatina Aisyah Hujung November adalah masih dalam musim luruh atau autumn. Namun salji sudah mula turun ketika itu di sesetengah kawasan terutamanya di kawasan tanah tinggi. Sila baca artikel saya mengenai musim dan suhu di sini: http://khairulabdullah.com/berlalu-sudah-musim-panas-kesejukan-melanda/
salam..K.A
Sy akan ke turki selama 12 hari pada january 2015. suhu sekitar 4-10 celcius.saya dah terbeli jaket kulit yg labuh tu..adakah sesuai..atau sy perlu jaket yg gelembung2 tu.. tq..
Jaket yang paling sesuai adalah jaket tebal samada gelembung atau tidak. Jaket pula haruslah sesuai dengan saiz badan yakni tidak besar dan tidak labuh yang mana memberikan ruang utk udara sejuk masuk. Kalau dah terbeli jaket tu maka pakailah jangan dibazirkan, cum awak perlu pakai sweater dahulu sebelum mengenakan jaket tersebut.
Hello. I’m travelling to london, paris ,switzerland and spain in end may till mid June with my 3 kids. May I know how cold will it be and what clothing do I need. As I have a 3 year old with me too. Thank you.
Hello Mrs Kaur,
By end May to June the weather is getting warmer. It is about 7-8 degree celcius at nite and about 15-17degree at noon which is like sitting in the aircond room or car. Not that cold really.
You need a light jacket and a cardigan or pullover. That would be enough. Wear any shirts and top up with cardigan and jacket. When its hot at noon, removed the jacket and leave the cardigan or pullover.
Its is the same goest to the kids..perhaps hat or cap or snow cap for the kids if you walk at night.
London, Paris and Barcelona is much warmer and Switzerland is much colder. You might need only cardigan/pullover in those 3 cities during day and in Swiss you might need jacket.
Always install the weather apps in your phone and check the weather before departing. It might be rain and you need a good boot or waterproof shoes.
Good luck and all the best.
Hello. Thank you for your tips. Will plan accordingly.
tq
Assalamualaikum. Saya nak tanya bulam april2015 di negara Istanbul musim apa dan kalau sejuk berapa darjah kesejukannya sebab in sha allah saya nak kesana. Mohon dapatkan info. Tq
Waalaikumsalam,
Suhu purata pada bulan April di Negara Turki (bukan negara Istanbul) dan di bandar Istanbul (ibu negara Turki) ialah purata 12 darjah celcius. Suhu paling rendah adalah sekitar 8 darjah celcius pada sebelah malam dan paling tinggi sekitar 16 darjah celcius pada tengahari.
Bulan April adalah musim bunga bagi seluruh negara atau benua yang berada di Hemisfera Utara termasuklah Turki.
Sangat berguna infonya..plan nak pergi tempat sejuk – New Zealand bulan November (ada winter tak eh?) tapi terima kasih untuk pemilik blog ni ! Terima kasih 🙂
Upps, maksud saya, ada snow tak eh. 😛 Harap berpeluang tengok snow turun walaupun sekejap. 🙂
Saudari Tini,
New Zealand terletak di hemisfera selatan, makanya musim di sana adalah terbalik berbanding di Eropah dan Amerika. Contohnya sekarang musim sejuk di Eropah tetapi di New Zealand ianya musim panas.
Bulan November adalah penghujung musim bunga di sana. Untuk merasa salji turun adalah tidak mungkin namun untuk melihat salji meliputi puncak gunung sudah tentu boleh.
saya suka pakai yg ada warna highlight time winter ^_^
dalam gambar akan cantik 🙂
Kannn..orang asia memang suka begitu 🙂
Salam KA
Sy insyaAllah nk ke istanbul dlm mase terdekat ni. Just nk tny adakah sesuai jaket yg (65% cotton,35% polyster), n 100% polyster. Selain drpd longjohn dan bj biase sms winter skrg di istanbul yg agak tebal. Tq
W’salam Dee,
TAk kisah samada 100% cotton atau 100%polyster atau keduanya atau campuran dsb. Kedua2 bahan tersebut bagus utk memerangkap haba. Pastikan jaket tersebut tebal, itu sahaja. Kalau 60% cotton dan 40%polyster tetapi nipis jer tak guna jugak.
Pakai ler baju banyak2 lapis kalau masih sejuk jugak.
Boleh saya tahu di london akhir bulan 2 musim apa?
Masih winter.
Saya nak pergi lepas 28 macam tu maknanya kena pakai baju coat yg tebal tu la ?
Farihin Taib III Yer betul.
Khairul Abdullah ok mekasih
Assalam
1.sy insyaallah akan ke europe pd 13-23.3.15. Suhu anggaran 9-11°.mlm 8°
1. Memadai ke pakai summer jacket spt dlm gambar sbb dh terbeli.
2.perlu ke pakai longjohn dgn jacket tu.
3.bila waktu sesuai utk pakai jacket..di airport masa sampai ke @ blh simpan dlm kargo dulu
WAalaikumsalam Kak Yoms,
1. Boleh pakai summer jacket tetapi tambahkan lagi selapis pakaian lain di dalam.
2. Keperluan longjohn bergantung kpd individu..sesetengah orang apabila suhu turun sekitar 0 darjah ke bawah baru kena pakai. Sesetengah orang pula suhu sekitar 9-10 dah kena pakai.
3. Kalau rasa jacket tu tebal dan menyusahkan maka simpan dlm beg dulu. Dah sampai kat airport baru buka dan pakai. Suhu kat airport masih ok kalau tak pakai jaket.
Terima kasih infonya…sedang merancang percutian ke Korea.Cam best je…
Terima kasih infonya…sedang merancang percutian ke Korea.Cam best je…
Thanks info artikel nya, banyak info bermanfaat yg saya dapatkan, walau bahasa malaynya agak susahnsaya mengerti, heheheh….
Bang khairul tetap smangat menulis ya,
Salam kenal dari indonesia
Dessy Martha
Terima kasih Dessy dari Indonesia yang sudi membaca tulisan saya.
Assalam tuan Khairul Abdullah…..bln mac 2015 ni Kalo tarikh 13 – 23 mac ni kami pi London, Paris, Belgium, Amsterdam, Swirtzerland tu x merasa la salji…Kcuali swirtzerland kat gunung alps tu…masih ade ke tmpt main ski kat gunung tu? Knape pakej kami pi x ade tmpt main ski…kat top of Europe – jungfrau tu…
Penghujung bulan mac kebiasaannya snow dah tak ada di bandar2 besar namun masih ada di kawasan tanah tinggi. Kat Jungfrau dan Mount Titlis masih ada snow dan ski resort di buka sehingga bulan Jun.
Kenapa pegi dgn pakej? Kenapa tak pergi sendiri sahaja dan awak boleh pergi ke mana sahaja awak suka.
Terima kasih utk penerangan tu..tu la kwn seorang lg ajak pergi sndiri2… Tp kami ber2 je…bila ber2 slmt pi ikut pakej..Kalo berempat ok kot berani ckit tp kwn2 x nak pi..byk komitmen kot…tu la nti pi pakej mesti kena mrh sbb lmbt naik bas sbb kami ratu bgmbar…dah la pi jauh…gambar le wajib ambil…Nak tanya antara jungfrau & mount titlis mane cantik view…bila tn Khairul pergi?
View keduanya cantik tapi kebanyakan bersetuju yang Jungfrau adalah lebih bagus dan kos utk naik ke atas juga lebih mahal.
bro sy nk g korea time winter so agak2 bila tarikh yg cun utk kesana disember atau Jan
yg klau kita cakap kluar asap mohon pencerahan bro tq.
bro sy nk g korea time winter so agak2 bila tarikh yg cun utk kesana disember atau Jan
yg klau kita cakap kluar asap mohon pencerahan bro tq.
KAlau setakat nak cakap keluar asap pegi time autumn dalam bulan 9-12 dah keluar asap. Tapi kalau nak winter n main snow maka elok pegi bulan Januari.
Khairul Abdullah tq bro
Khairul Abdullah tq bro
salam, kalau kasut hiking untuk musim snow, jenis tapak macam mana yang sesuai?
salam…saya akan ke turki pada 27.4.15-6.5.15, saya nak tahu suhu di sana. Perlu bawa pakaian tebal atau pakaian biasa saja.
Awak pergi ketika musim bunga (Spring) jadi cuma perlu bawa jaket nipis atau boleh pakai cardigan sahaja. Namun saya sarankan awak bawak jaket nipis.
Assalamualaikum saudara KA,
Tahniah kerana menulis perkara yg penuh informasi. Saya akan ke Bonn Germany atas urusan kerja pd 21-28/3 ini. Melalui urus setia konvensyen dan maklumat dari blog saudara, purata suhu ketika itu sekitar 9-14°C dan hujan. Mohon pendapat saudara, bagaimana lazimnya pakaian yg sesuai utk menghadapi cuaca begitu dan pd ms yg sama sesuai utk bekerja? Tq in advance.
Kena pakai hiking boot tapak getah. Pastikan juga boot tersebut waterproof.
Tips yg sgt berguna…xsabar ke melbourne 1jun menikmati musim sejuk d sana..inshaAllah..moga dpermudahkan
Hi khairul, saya akn pergi ke london pagi 23 dec hingga 2jan 2016.Hotel yang sy book tidak menyediakan aircond di dlm bilik..adakah suhu pada tarikh tu cukup sejuk dan sy tidak memerlukan aircond pada masa itu.
Liza,
1. Kebanyakan hotel di negara Eropah tidak mempunyai aircond terutama hotel2 lama. Lagipun cuaca dan suhu sudah sejuk dan tak perlu aircond. Namun begitu setiap bilik hotel akan mempunyai heater (pemanas) bagi memanaskan suhu bilik. Kebanyakan hotel baru dan di bangunan yg moden ada aircond utk kegunaan ketika musim panas.
2. Awak pergi pada bulan Disember – ketika sedang WINTER atau musim sejuk yang tersangat sejuk. Nak duduk dalam bilik pun kena pakai baju, sweater, stokin dan selimut. Jadi apa perlunya aircond kan?. Anda sangat2 perlukan heater.
Hello bro. Adakah winter di Australia sama dengan di negara lain?
Hello.
Winter di Australia adalah pada bulan Jun – August di mana ketika itu adalah musim panas di Eropah. Jadi kat Australia ni cuaca di terbalik sebab berada di hemisfera selatan. Bila kat Europe musim sejuk maka kat Australia musim panas.
Suhu winter di Aus tidaklah sama spt di Europe dimana ianya lebih warm dgn purata sekitar 10 darjah celcius dimana paling rendah adalah 6 dan paling tinggi adalah 14. Kalau di Eropah, suhu musim sejuk biasanya berada di bawah paras beku yakni negatif. Kalau di Jerman suhu rendah kadangkala menjangkau negatif 14.
Salam KA, saya merancang melancong ke eropah dalam hujung tahun ini sempena ulangtahun perkahwinan. Isteri saya hendak sgt untuk melihat salji turun. Kami merancang untuk turun di Amsterdam dari Kuala Lumpur seterusnya memandu sendiri di eropah sehingga ke london. Ada tak tips bulan berapa saya saya patut pergi dan di mana tempat sesuai untuk melihat salji turun dan berapa lama tempoh masa bercuti di perlukan dari amsterdam ke london. Dan adakah sesuai saya turun di Amsterdam dari Kuala Lumpur?
Terima Kasih
W’salam Absan,
1. Kalau nak tengok salji turun seeloknya pergi bulan Januari. Kalau pergi sekitar November atau Disember maka elok pergi terus ke Switzerland dimana salji dah mula turun di pergunungan Alps ketika itu.
2. Seeloknya nak pergi Eruope ni mestilah lebih dari 10 hari atau 2 minggu paling best.
3. Kalau betul2 nak tengok dan merasa salji dan memandu sendiri maka boleh ambik flight KL-Amsterdam. Dari Ams naik train ke Brussels. Dari Brussels sewa kereta dan drive south through Germany sehingga ke Switzerland. Dari Swiss – samda Zurich, Lucerne or Basel then drive ke Geneva. Dari Geneva drive ke Paris. Dari Paris drive balik ke Brussels dan hantar kereta. Naik train dari Brussels ke London.
Good luck and all the best.
salam saudara.. saya nak bercuti bulan januari tahun dpn ke italy bersama anak saya setahun setengah. nak tanya cuaca kat sana mcmana? pakaian apa yg sesuai utk baby saya? ada salji ke tu? saya pg 26/1-6/2/16
Puan Rina,
Italy adalah negara yang luas. Bahagian utara italy yang berhampiran dengan penrgunungan Alps adalah paling sejuk dan kalau di bahagian tengah seperti Rome kurang sedikit sejuknya. Salji di bahagian tengah dan selatan tidak sekerap di bahagian utara.
Suhu pada januari di bahagian utara seperti Milan adalah sekitar 1-3 degree manakala pada hari yang sama di Rome 9degree. Jadi banyak perbezaannya.
Kalau suhu sekitar 7 degree ke bawah memang kena pakai winter clothing both for adults and baby. Kalau suhu double digit maka boleh pakai light jacket.
Assalam KA,
Saya bercadang ke Europe pada 14 dec 2015 hingga 26 dec 2015. Based on your experience, cuaca agak nya macam mana ye time tu? Berikut adalah laluan saya.
London – AMS – Munich – Venice – Lucerne – Paris.
Saya memang first time ke sana and first time to face winter. Memandangkan travelling to Europe may be once in a life time (faktor cost dan masa), my plan is alang-alang pergi, nak rasa semua, for example view yg cantik and snow. And so far, i can only travel on the said date.
Ramai yang berpendapat its not worth the money to go to Europe on the said date atas faktor cuaca. They say i will miss the amizing view. Ramai yg mencadangkan i should re-consider Apr-June period tapi waktu tu tak menginzinkan utk saya.
Boleh tuan berikan cadangan, should I go on the said date or its not worth it? Should i consider other places?
One more thing. From Venice to Lucerne, i plan to rent a car and drive from Venice – Milan – pass Lake Como – Lugano – Lucerne. This route drivable ke during that period? Can i drive at night? Is it dangerous? Require chain tyre?
Apologies for the multiple questions 🙂
Your blog has been my most reliable resource so far when it comes to travelling. Keep up the good work.
Appreciate your valuable comments.
Wadi
Waalaikumsalam Wadi,
1. Pilihan Tarikh – jika itu sahaja tarikh yang anda ada maka apa salahnya. Namun, seperti yang diketahui, winter ni siangnya pendek. Pukul 4 lebih dah gelap, jadi rugi lah. Lepas tu sejuk melampau, it is so uncomfortable to stay outside or walkaround. Tetapi pada masa yang sama, sangat cantik di kawasan pergunungan Alps terutamanya Route anda dari Lake Como ke Lugano dan Lucerne yang diliputi salji.
April-June is indeed a better date. You can see spring and at the same time still can see snow on Alps mountains.
2. Driving at nite during winter is not recommended. It is dark, slippery and super cold. Hence it is dangerous for inexperienced driver. Try to drive during the day and stop after 5-6pm. Chain tyre is not required, but if ure stuck in snow then its needed.
Good luck.
Your feedback is very much appreciated KA. Need to make decision soon.
Many thanks again 🙂
terima kasih dgn penjelesan saudara tempoh hari. tp saya nak bertanya lagi minta maaf yer.. saya bercadang nak ke milan- rome-florence-pisa-venice-milan melalui train.
saya nak tau jarak masa pejalanan jika pkai train.?
kalau nak melawat satu tmpt tu misalnya nak melawat ke menara pisa. ada tak pengangkutan awam nak pg sana? susah tak?
kalau saya sewa kereta nak dptkn kat mana? setiap hotel ada tak sediakan kereta sewa?
waktu 25 januari – 6feb cuaca ada salji tak time tu?
minta maaf jika bnyk pertanyaan ni
Sudahkah puan membaca artikel saya berjudul tips mengembara ke eropah?
Musim apa yg KA paking suka antara 4 musim tu?
Saya suka autumn atau musim luruh.
Brp suhu autumn n spring ya? Sejuk jugak ke panas mcm malaysia?
Spring sekitar 9-18degree manakala autumn sekitar 7-15degree. Semestinya sejuk. Summer saja panas macam Malaysia, kadangkala lebih panas.
En Khairul….sya nak pegi ke amsterdam penghujung february 2016…tinggal di leiden…sempat ke rasa salji lagi…
Sukar nak jawab tu. Kebiasaannya hujung Februari tu ada lagi tetapi jarang2. Kalau nasib baik adalah, kalau tak maka tak merasalah.
Assalam..saudara..4 Dis akan ke negara Balkan..suhunya around 5 to 17 c..perlu ke pakai jaket2 tebal..tq
Nk tanya turki hujung november berapa degree…apa yg istimewa utk dibawa pulang…tq
Hujung december sudah masuk winter. Suhu tinggal single digit sekitar 3-8 degree celcius. Yang istimewa utk dibawa pulang adalah carpet, barangan emas atau tembaga, barangan tembikar atau seramik, tekstil dan makanan kering.
Kalau belum kahwin, mungkin boleh bawa balik suami Turki.
W'salam. Bawa jaket nipis yang kalis air dan pakai baju 2 lapis. Belah malam kalau 5 degree tu sangat sejuk. Tengahari 17 degree tu macam dalam airocnd jer.
salam saya nak ke Beijing dlm 5 until 11 dec ,dkt sana dh trun salji. so saya tak tw qty pakaian sejuk yg dperlukan utk pergi ke sana.
Wsalam, boleh jelaskan kembali persoalan anda? "tak tw qty" tu adakah bermaksud "tidak tahu kuantiti". maaf dik, abang orang tua, tak pandai bahasa2 ringkas ni.
Salam tuan…nak minta pandangan jika nak ke Harbin bulan Januari 2016 (10 – 15 Jan) pakaian jenis apa & berapa helai yang sesuai dibawa?
Waalaikumsalam. Cuaca di Harbin pada bulan Januari adalah sangat sejuk iaitu di kemuncak winter. Suhu purata adalah di bawah paras beku iaitu sekitar negatif 10-12 degree di sebelah siang dan malamnya pula mencecah negatif 22 degree celcius. Sangat sangat sangat sejuk. Perlu bawa dan pakai winter jaket yang sangat tebal. Bawa sehelai sudah lah jaket winter yang kalis air. Pakai jaket tu sepanjang anda di sana. Tak perlu setiap hari nak bertukar jaket lain.
Khairul Abdullah …terima kasih banyak atas maklumat .
Ikut suka awak la cik dila….nk bawak selori pon boleh…nnti kitaorang bole pinjam…..hihihi
Salam tuan, bulan january nanti sy akan pergi ke jepun selama 3bulan..
Ini first time sy pergi oversea..boleh share kn cuaca kt sana time tu x?
Apa yg perlu dipakai ketika berada kt sana nanti..tq
W’salam,
Januari adalah winter atau musim sejuk. Jepun ni besar jugak negara dia dan awak tak bagitau kat mana. Jadi susah nak bagitau apa awak perlu pakai. Kalau ke Toyo suhu adalah sekitar 3-8 darjah celcius, sangat sejuk namun tidak bersalji. Kalau awak ke Sapporo maka setiap hari bersalji dan suhu -8 hingga -2 degree. Sangat sangat sejuk dan perlu pakaian winter yg sesuai.
Maaf ye lupa nk bgtahu..Sy akan tinggal di hiroshima..
Suhu di Hiroshima adalah sama seperti Tokyo. Sejuk dan kadangkala hujan bercampur snow. Pakaian yg sesuai adalah pakaian winter spt yg saya ceritakan di dalam artikel ini.
Salam abg KA, sama dgn org diatas, saya jugak akan pi Jepun bulan Jan. Saya akan ke Tokyo dan daerah Nagano (nak tgok snow monkey dan mandi onsen). Saya google weather Tokyo waktu to sekitar 5-8 celcius. Di Nagano pulak cuaca sekitar 1-(-6) celcius.
Soalan saya pakaian/kasut utk dua2 tempat tu boleh share tak? Saya takut pakaian Nagano terlalu panas utk di pakai di Tokyo atau pakaian Tokyo tak cukup tebal utk Nagano. Kalau tak leh share, nampaknya terpaksa pulak packing separate utk pakaian dan kasut. Boleh mintak pandangan abg KA tak? Thank u.
Waalaikumsalam Yatie,
Gunakan pakaian yang sama. Sehelai winter jacket dan sepasang waterproof boot sudah memadai digunakan di kedua2 tempat. Kalau pergi ke Nagano maka awak pakailah pakaian dalam lagi selapis kalau tidak tahan sejuknya dan tambahan perlu pakai glove, scarf dan snowcap. Kalau di Tokyo setakat 5-8 degree sesetengah orang tidak memrlukan glove, scarf dan snowcap.
Tuan KA duk mane skrg? kat germany ke?
Saya sekarang di KL.
Salam Khairul,
Saya akan ke europe on 1st April-15 April 2016. Saya akan ke beberapa tempat termasuk London, Paris, Brussels, Amsterdam, Frankfurt, Zurich dan Swiss (Mount Titlis). Just Nak tanya, adakah saya dapat membeli winter coat ketika berada di London seperti di Primark atau Zara? Memandangkan musim itu adalah spring, perlukah saya membawa winter coat dari Malaysia atau kerana saya akan ke Mount titlis dan akan bermain ski. beli di sana lebih murah atau sebaliknya?
thank in advance 🙂
Waalaikumsalam Fiefie,
1. Anda tidak dapat membeli coat atau jaket winter ketika Spring samada di Primark maupun Zara kerana ketika itu yang dijual adalah jaket utk Spring.
2. Anda tidak memerlukan winter coat ketika ke Mount Titlis pada bulan April kerana sudah tidak sesejuk winter. Memadai dengan jaket spring dan ditambah dengan scarf dan glove serta snowcap jika perlu. Cuaca ketika April adalah agak tidak bagus utk ke kawasan pergunungan atau ski resort. Cuaca kadngkala hujan dan sangat becak akibat dari salji cair. Kalau boleh ubah tarikh ke bulan Jun adalah lebih baik. Namun jika bernasib baik cuaca baik ketika tarikh yang anda pergi maka its worth it.
3. Beli jaket atau winter coat di Eropah adalah jauh lebih murah berbanding Malaysia walaupun selepas currency exchange. Namun kalau boleh avoid dari beli di Switzerland kerana ia lebih mahal.
Assalam bro. Weather di Switzerland pada hujung Januari 2016 sejuk dia level brape? Sesuai tak utk view scenery?
Slm environment. Khairul. Sy sekuarga akn je beijing pada 16.12 hgga 22.12. Adakah date tu sudah turun salji. Pakaian yg macamane yg sesuai. Tks.
Sekarang inipun salji sudah turun di Beijing. Pakaian yg macam saya ceritakan di atas adalah perlu.
salam.switzerland in early jun is summer right?so kalo nk ke pergunungan titlis untuk main salji perlu pakai tebal2 la ye?
assalam bro, saya perlukan tips backpackers for ladies to rome n switz in early feb 2016..harap saudara dpt share info n advise. tq
Sejuk dia level negatif. Sesuai utk view scenary snow lah. Kalau nak cantik datang time autumn.
Yer dah nak masuk summer. Jaket tak perlu tebal2 dah.
Salam Tuan,
Saya akan ke Paris pada 16 March dan balik semula melalui London pada 31 March. Saya merancang untuk menyewa kereta dari Paris – Brussel – Amsterdam – German(Frankfurt, Manhein, etc) – Swiss (Lucerne, Junfrau) dan berpatah balik ke paris sebelum mengambil Train(eurostar) untuk ke london. Saya merancang untuk bermalam di setiap negara lebih kurang 2-3 malam.
Adakah route yang saya cadang ni sesuai? memandangkan perjalanan berpatah balik dari swiss ke paris agak jauh – mungkin perlu berhenti semalaman untuk berehat. Buat pengetahuan tuan, trip ni saya berdua bersama 2 anak.
Tiket flight pun sudah di beli, sekarang merancang untuk menempah hotel bergantung kepada route di atas.
Waalaikumsalam.
Route tuan agak kurang praktikal. Sepatutnya mula di Amsterdam kemudian naik train ke Brussels. Dari Brussels sewa kereta ke Paris then ke Jungfrau, Lucerne, Zurich, Manheim, Frankfurt dan Brussels (hantar kereta) kemudian ambik train Eurostra terus ke London. Maka tuan hanya buat satu pusingan. Jauh lebih praktikal.
Memandangkan tuan dah beli tiket flight maka nak tak nak tuan kena berpatah balik spt yg tuan telah plan. Atau ambik train dulu ke Brussels. Mula sewa kereta then ke Amsterdam, Cologne, Frankfurt, Manheim, Zurich, Lucerne, Jungfrau, Paris dan kembali ke Brussels. Hantar kereta dan ambik train ke London.
Hope that helps.
salam…nk tnya sket.
my trip will be on12-22 March. Amsterdam-Brussel-Paris-London. Masa tu…agak2 suhu berapa ye? tq.
Salam bro,sy nk ke 4 negara europe 20 feb ni.london-netherlands-belgium-france.bwk anak umur 6&2 yr.weather kt sana time tu agak2 sejuk sgt ke.apa brg yg perlu dibawa espcially utk anak2.bj winter better beli kt sini ke atau sampai sana br beli..
Hujung Februari masih winter lagi dan cuaca sangat sejuk bagi yang tidak biasa. Suhu sekitar 7 degree dengan 10 degree palig panas di sebelah siang dan 2 degree paling sejuk di sebelah malam. Jadi perlu winter jacket yang tebal especially utk anak anak. Boleh cuba cari di Uniqlo atau H&M utk jacket yg lebih murah berbanding kedai2 baju sejuk yang lain. Boleh beli ketika sampai di Eropah dimana ia lebih banyak pilihan dan jauh lebih murah namun perlu juga utk pakai ketika ketibaan. Jadi beli sweater sorang satu utk semua dan bila sampai pakai baju banyak lapis. Dah sampai London terus ke Primark dan beli jaket di sana.
Owh..ok tq bro
assalam en KA… ibu saya akan pergi ke italy pada 25 feb 16 – 4 mac 16.. klu ikut musim sekarang pakaian apa yg sesuai untuk ibu saya pakai di sana?
assalam en KA… ibu saya akan pergi ke italy pada 25 feb 16 – 4 mac 16.. klu ikut musim sekarang pakaian apa yg sesuai untuk ibu saya pakai di sana?
salam,ayah saya akan ke turki awal bulan mac 2016…how about trench coat..sesuai tak? dan perlu ke ada winter coat?
As salam encik. Saya akan ke London pada 17.9.2016-27.9.2016.
Soalan saya :
1. Apa pakaian sesuai? Cuaca sejuk atau panas disana?
2. Saya bawa anak berusia setahun 6 bulan..
Stroller perlu ke? Tq.
Assalam En.KA… nk tnya sket, sy plan nak bawa anak main salji next month, perlu ke pakai seluar waterproof juga selain kasut? i can imagine hero2 sya akan lasak n guling di salji… adakah pakai seluar jeans biasa sudah memadai? Thank U
Waalaikumsalam, nak main snow seeloknya pakai snowsuit yang waterproof. Kalau pakai jeans boleh, tapi dia boleh main sekejap sahaja lepas seluar dah basah maka sejuk menguasai badan. Nak main dah tak seronok dan boleh jatuh sakit.
Kalau main berhampiran dengan tempat penginapan maka kena segera tukar seluar. Atau bawak seluar spare untuk ditukar segera selepas basah.
Salam Sdra Khairul,
Terima kasih atas info yang berguna persediaan melancung di musim sejuk.
Bulan Febuari 2017, saya akan ke Korea.
Izinkan saya mengambil beberapa tips & nasihat yang diberikan
Salam Ukhwah.