Hari Ahad petang yang lepas, jamuan minum petang bersama rakan-rakan diadakan di kediaman saya. Salji turun sepanjang hari tersebut bermula seawal subuh sehinggalah ke malam.
Namun – itu bukanlah penghalang kepada majlis minum petang merangkap makan tengahari dan malam sebenarnya utuk diteruskan. Juadah yang disediakan dan juga yang dibawa oleh rakan-rakan merangkumi nasi tomato, laksa kedah, mee kari dan juga kuih muih.
Jamuan yang bermula jam 3 petang sangat meriah dengan pekikan suara kanak-kanak dan juga orang dewasa yang seronok bersembang dan bergossip.
Ketika jarum jam menunjukkan angka 5 petang – suasana sudah gelap seolah jam 8 malam.
Peluang untuk keluar rumah menghisap rokok digunakan sepenuhnya dengan mengajak kanak-kanak untuk bermain salji dan membuat “Snowman”. Tapi yang nak main sebenarnya adalah yang dewasa. Maka terjadilah snowman yang kami panggil “Snow Alien” sebab rupanya lebih kepada alien bermata lonjong dari rupa orang.
Berikut adalah video yang saya rakamkan dari pagi sehinggalah lahirnya “Snow Alien” di sebelah petangnya.
Sayangnya, menjelang tengah malam, hujan turun dan kepala snow alien telah tercabut dan jatuh berkecai. Hanya tinggal badannya sehingga ke hari ini.
Cadangnya nanti sebelum krismas hendak buat Snowman yang betul-betul rupa snowman dengan hidung “carrot” dan skarf merah yang lebih besar dan cantik.
Adakah salji akan turun menjelang krismas nanti? ENTAHLAH..I Dont Know…but everybody wish so.







46 Comments
ohhhooo… yes yes.. sangat2 macam alien tapi serious betol rupanya… hehehee… glad semua seronok..!!
Haaaa..kan? Mata hijau dan lonjong 🙂 dan memang semua orang seronok that day.
Assalamualaikum KA,
Kesian Snow Alien kena dera hisap rokok.
Tapi suka dgn backup song..
Coldplay kan.. lagu yg mana ya?
p/s;
Amacam.. proposal utk compose video buat vanilla ice-cream?
Hahaha…tu lah…ada yg tetiba pegi dera dia hisap rokok.
Yer kak..lagu Coldplay tajuk dia Charlie Brown.
p/s : Teringin nak buat kak – tapi takde ice cream maker. Once saya dah beli nanti saya buat yer.
Snowman tak cukup sifat..
Ehhh.dah cukup sifat dia…cuma bukan sifat snowman lah. Tu yg jadi snow alien.
belum dapat tengok vids tu… tooo bad, they blocked the youtube…
Aah lah…takpe Net, nanti balik rumah boleh tgk.
eii i thot i saw the gemuk2 comel snowman..mana sudah pegi??
Gemuk2 comel snowman pegi shopping scarf n snowcap baru 🙂
jgn lupa pesan kat gemuk2 comel snowman to get a smoking pipe.. baru kelas macam tu..
Oh ya….nanti saya suruh dia pegi beli 🙂
KA
Akak pernah sambut white christmas masa duduk di Oklahoma…kami sebenar nya tak sangka salji nak turun…so kita orang dah pakat2 nak bakar sate yang akak buatkan untuk lecturer husband dia sebenar nya seorang army veteran semasa perang di Vietnam…dia pernah juga beberapa kali ke malaysia..selalu cerita dia suka sate so akak buatkan dia sate untuk jamuan christmas…masa kami nak bakar sate diluar tu cuaca dah mula sejuk sekali tak sampai 10 minit salji mula turun…dia kata dah lama tak ada white christmas so tahun ni kami semua bernasib baik dapat sambut christmas dengan salji.
Tak percaya lah mula2 je kita seronok….bila snow tu dah cair mengundang masalah pulak bila kita nak berjalan licin sangat…..
Tu lah Kak, time snow ni ramai masuk sepital..sebab jatuh tergolek dok. Ramai juga tuan rumah kena saman..sebab tak clear snow depan rumah..orang lalu..licin dan jatuh…jadi kena samanlah. Nasib baik saya dok apartment..tak perlu buat semua tu..gardener yg buatkan 🙂
kalau texas turun salji selebat ni, mau ramai masuk ER… sakit jantung!
it tooks a lot of effort nak edit video. tabik spring!!
Sini pun ramai masuk ER kaktek..sebab jatuh :).
Kalau betul2 nak edit video memang perlu effort yg banyak..saya punya tu video orang malas…kasi hentam masuk saja.
i wish KL got snow too la weiii…haha…daydreaming..
err Khairul u tak try buat ABC ka dengan snow tu?
masa kecik2 dulu i sentiasa fikir awat la depa tu dok membazir ais, kan ke baik kalau ambik buat es kacang..haha!
Ehh..jangan..nanti ramai orang mati. Rumah2 kat malaysia terutamanya rumah2 papan di kampung mak bapak kita is not equipped for snow. Kesian diorang nanti. Datang jer sini kalau nak main snow yer.
Aahh…terpikir jugak dulu2 masa kecik2 nak buat abc dgn snow…tapi bila dah tua ni..tak tergamak rasanya nak makan salji tu.
okehh nanti i tanya net dia nak main snow tak..takut dia tak tahan sejuk..muehehe..konon i ni tahan sangatlah dengan cuaca gitu..
i memang tak tahan sejuk laaa…nanti asyik nak shishi jer…
Haish..payah tu Net. Nak keluar rumah jangan minum air lah…kang shishi sepanjang jalan 🙂
Net,
kena guna mind psikologi supaya tak rasa nak shishi kalau nak main now..hehe!
Betul tu Net..ikutlah tips LW tu, then baru boleh kita gi main snow 🙂
the shishi comes naturally laa … harap musim snow, ianya beku…ha ha ha…
Hahahaha…harapnya gitulah yer.
Time snow tak sejuk sangat..time tak snow tu yg sangat super sejuk.
I cuma pernah rasa sejuk tahap -7 je..memang sejuk tapi tidak sangat sejuk..haaa berlagak punya statement ni..boleh? kehkehkeh…
Saya rasa kan..bukan kes kita boleh tahan sejuk atau tidak…tapi persiapan kita untuk menghadapi sejuk tu..dengan mental yg kuat dan dengan pakaian yang betul dan lengkap..insya Allah…negatif 15 ke 20 pun boleh jer kan?
aiyaaa negatif 15 ke 20..kat frankfurt pernah capai tahap tu ke? iskk ngeri pulak..was thinking about frosbite, takut!
Yer pernah -12, -15..memang tak keluar rumah ler 🙂
Let it snow … Let it snow … Let it snow …
-mode rindukan york –
Yeah..let it snow..let it snow..let snow.
new york?
Tuan rumah masak apa utk hi-tea?
Tuan rumah masak nasi daging – with kari dan air asam serta acar jelatah dan juga laksa utara. 🙂 Menu lain dibawa oleh tetamu. Nak buat lunch asalnya..ditunda ke hi-tea.
p/s: errkk..kat atas i tulis nasi tomato…salahhhhhh.
Dah boleh terbayangkan sedapnya menu masakan tuan rumah..Ingatkan masak air jerrr.. 🙂
ps: nnt share resepi eh? Sharing is caring. hi3
Hehehe..tuan rumah takkan nak masak air jer kan.
ps: Insya Allah kalau berkesempatan nanti saya sharekan.
Hola Khairul!
Seronoknye bermain salji! org sini sambut krimas musim panas…hehehe ;))
Hallo Marya,
Hehehe…orang Peru sambut krimas time musim panas yer..so no white xmas lah :). Datang jerman lah next xmas..bercuti sambil bawak Iman main snow.
huhu sama cam kak net.xleh tgk video
apapun saya membayangkan majlis itu pasti meriah
Majlis sepuluh orang jer campur budak2…takde meriah mana pun 🙂
Video balik tengok kat rumah lah yer.
ape taju lagu coldplay yg jdi theme song vid ni KA?? hee
Tajuknya Charlie Brown.
Thanks KA…hee..anyway the cutest aliens i ever seen haa..Snowman jdi alien hee
Usak Bada Most welcome 🙂
Anak kecil saya yg umur 3th ni cakap cantiknya snowman tu….sape buat? Nak tgk lg..
Kesian kitorang, tak pernah merasa salji. Last year pergi jln tmpt tu igtkan ada salji, rupa2nya tak dak..hampeh punya agen..tipu kami!
Twin,
Snowman atau snow alien tu adalah hasil usahasama para penduduk malaysia di Frankfurt ini 🙂
Pegi jalan kat mana yg takde salji tu? Cer dtg sini plak.