Tips Untuk Blogger – Cara Terbaik Untuk Mengambil Gambar Makanan

Saya pasti ramai food blogger di luar sana yang inginkan gambar yang diambil nampak lebih terang, jelas, cantik dan nampak menyelerakan. Ramai yang beranggapan dengan mengambil gambar menggunakan kamera kompak biasa ataupun dengan menggunakan telefon bimbit dan juga ipad atau tablet adalah mustahil mendapatkan gambar yang cantik.

Saya boleh pastikan yang tanggapan tersebut adalah salah.

Antara faktor yang paling penting di dalam fotografi adalah cahaya. Dengan pencahayaan yang cukup, gambar akan lebih jelas dan tajam

Sudah pasti kualiti gambar menggunakan kamera kecil ini tidak setanding dengan kualiti DSLR dari segi ketajaman (sharpness) dan juga noise (saya tidak tahu terma di dalam bahasa) iaitu bintik-bintik kecil yang terhasil akibat dari kekurangan cahaya dan juga “bokeh” (out of focus blur) yang dihasilkan oleh lensa yang mempunya apperture (pembukaan lubang) yang besar. Namun, dengan sedikit usaha dan persediaan – kualiti gambar dapat dihasilkan dengan lebih jelas dan menarik.

Antara faktor yang paling penting di dalam fotografi adalah cahaya. Dengan pencahayaan yang cukup, gambar akan lebih jelas dan tajam. Oleh yang demikian, untuk mengambil gambar makanan (dengan peralatan yang terhad) eloklah diambil pada siang hari dengan menggunakan sumber cahaya matahari.

Di sini saya senaraikan tips-tips untuk menghasilkan gambar yang baik dengan menggunakan kamera digital “point and shoot” atau “compact camera” (kamera kecil biasa yang tidak boleh ditukar lensanya).

1. Gunakan  mode Macro(gambar bunga) – mod ini membenarkan anda mengambil gambar dengan lebih dekat dan juga akan menghasilkan sedikit “bokeh” dimana subjek akan lebih jelas dan latarbelakang akan menjadi kabur (blur) oleh itu subjek makanan akan lebih menyerlah (outstanding)

2. Dekatkan subjek (makanan) di tepi tingkap. Ini adalah untuk mendapatkan cahaya semulajadi (natural lighting) dan bagi mengelakkan penggunaan flash. Pastikan jangan ketika matahari betul-betul memancar melalui tingkap, seeloknya di antara jam 11-12 tegahari dan 2-4 petang.

3. Ambil gambar menghadap ke sumber cahaya tadi (bagi menghasilkan backlight) yang mana cahaya itu akan menghasilkan perincian ke atas makanan tadi. Sekiranya di ambil membelakangkan sumber cahaya – gambar akan jelas dan cantik namun latar belakang gambar akan menjadi gelap.

4. Sediakan sumber cahaya tambahan seperti lampu meja, lampu handphone, ipad, tablet dan sebagainya yang mempunyai sumber cahaya. JANGAN GUNA KAMERA FLASH

5. Seboleh-bolehnya gunakan tripod bagi mengelakkan gambar menjadi kabur (blur) akibat gegaran tangan. Sekiranya menggunakan tripod dan “set timer” anda boleh membiarkan kamera berfungsi sendiri dan anda boleh memegang ipad, handphone, torchlight dan sumber lampu lain untuk menerangi subjek. Tripod boleh dibeli dengan harga serendah RM15 – RM30 ringgit di kedai-kedai kamera.

6. Sudut dan komposisi – jangan biasakan diri mengambil gambar secara penuh dan di dalam satu sudut/angle sahaja. Cuba pelbagai sudut dari atas, 45 darjah, horizontal (landscape) vertical (portrait). Gambar penuh dengan subjek makanan di tengah-tengah adalah sungguh membosankan.

7. Zoom – Jauhkan diri dan kamera dari subjek dengan mengundur satu langkah ke belakang dari meja dan gunakan zoom untuk compose dan fokus kepada subjek. Dengan ini, lensa kamera akan mengasingkan subjek dari latarbelakang dan fokus dan ketajaman akan tertumpu kepada subjek. Hasilnya, subjek akan lebih timbul (outstanding).

8. Food styling – gunakan pinggan yang putih dan kosong, ini akan menonjolkan lagi subjek iaitu makanan. Jika menggunakan pinggan berwarna gelap atau mempunyai corak penuh..subjek akan tenggelam. Pastikan selepas menceduk makanan, pinggan dibersihkan dari sisa tumpahan kuah, serdak kuih/kek dan sebagainya. Jangan terlalu banyak garnish, atau hiasan.

9. Props – sekiranya anda mahukan props untuk latar belakang seperti teko, cawan, bunga dan sebagainya – sila jarakkan sedikit props tersebut dari subjek sekiranya gambar diambil dari sudut 45darjah bagi membolehkan kamera mengasingkan subjek dari props (props akan menjadi out of focus atau blur atau dalam terma fotografi dipanggil “bokeh”). Sekiranya gambar diambil dari sudut atas (bird eye view) props boleh didekatkan dengan subjek.

10. Ambil banyak gambar – setiap sudut pastikan ada 2-3 shot ntuk dipilih kemudian. Jangan hanya ambil satu shot dan terus berpuashati.

*Tips yang bergaris adalah paling penting untuk diikuti bagi menghasilkan gambar yang outstanding.

Di bawah adalah contoh Setup yang saya biasa gunakan untuk gambar-gambar makanan.

Setup 1

Berikut adalah hasil daripada Setup 1 tersebut

Dapat dilihat yang hasil daripada kedua-dua kamera ini adalah hampir sama. Gambar ini adalah “fresh from camera” tiada penambahbaikan (photoshop) dibuat ke atasnya.

Berikut pula adalah Setup 2.

Berikut adalah hasil daripada Setup 2 di atas.

Jadi, dapat dilihat daripada gambar di atas, hasil daripada kamera kompak juga adalah setanding dengan kamera dslr. Yang paling penting adalah pencahayaan yang betul.

Terdapat  4 pantang-larang yang perlu diikuti iaitu,

1. Jangan guna “flash”

2. Jangan guna “flash”

3. Jangan guna “flash”

4. Jangan ambil gambar waktu malam. Cahaya lampu adalah keras dan kasar berbanding cahaya semulajadi. Jadi ambil gambar di siang hari (kena sabar walaupun kek anda siap dimasak di tengah malam) boleh draft dulu blog anda itu. Esok baru upload gambar.

Inilah hasilnya kalau pakai flash.

Dan di bawah ini adalah tanpa flash dan mengikut Setup 2.

Gambar ini adalah dari kamera kompak berjenama Nikon. Dapat diperhatikan bintik-bintik halus (noise) yang ketara di bahagian gambar yang gelap. Itu adalah kekurangan pada kamera kompak yang biasa. Namun begitu, adalah lebih cantik dari menggunakan flash bukan?

Dan ini pula adalah hasil dari kamera DSLR .

Tidak banyak beza bukan? Cuma noise yang tidak ketara serta “bokeh” atau blur yang lebih banyak di latar belakang.

Sudut komposisi memainkan peranan yang penting juga. Sila google untuk lihat gambar-gambar makanan dan ingat komposisi-komposisi yang menarik minat anda dan tiru.

kekpelangi5

Diharap, tips-tips mudah ini sedikit sebanyak dapat membantu para blogger di luar sana yang inginkan gambar lebih cantik dan sedap mata memandang.

61 thoughts on “Tips Untuk Blogger – Cara Terbaik Untuk Mengambil Gambar Makanan

  1. Fuhhh! Fuhh! Tak cukup nafas saya nak baca entry ini…rasa macam masuk kursus fotografi pulak..hik! Ok, sekarang saya dah clear sikit bagaimana nak dapatkan pic yang sharp dan terang. Selama ini saya banyak ambil gambar waktu malam dengan menggunakan flash dan cahaya daripada lampu kalimantang biasa. Patutlah walaupun guna alas warna putih, hasil masih tidak memuaskan.

    Selain guna auto, saya juga letakkan button pada M@manual dan jarang guna button yang ada gambar bunga. Malah saya tak berapa pasti pun fungsi simbol2 tu sebab manualnya

    • LW,

      hahaha..baca pelan2 yer. Saya memang tahu yg gambar awak kebanyakan di ambil pada waktu malam. Kalau nak ambik pada waktu malam boleh cuma perlukan sumber cahaya yang cukup. boleh gunakan setup yang sama cuma sumber cahaya matahari tu kena gantikan dengan lampu kalimantang yang di pasang pada aras tingkap..tak boleh pakai kat siling.

      Kalau pakai manual – setkan apperture kepada f.yg paling besar biasanya 2.8 atau kalau ada 1.8 lagi bagus. Dan shutter speed mestilah laju bagi mengelakkan gegaran dan blur. Rule of thumb, shutter speed mestilah sekali ganda focal point..kalau focal point atau jarak focus di lensa adalah 50mm – shutter speed mestilah 100 atau lebih bagi memastikan gambar yang sharp.

      Banyak yang perlu dipelajari sekiranya hendak menggunakan mode M (manual).

  2. …hilang.
    Hahaha…sorry terputus reply..
    Ok saya suka ambik pic dengan hasil besar, terang dan sharp walaupun saya tak ada lens yg boleh buatkan tekstur kek tu nampak sebiji sebiji, jadi saya boleh apply tutorial ug awak bagi ini kan?

    Kenapa kadang-kadang bila saya ambil pic terlalu dekat, ada shadow hitam di bahagian
    bawah pic? Saya pernah terbaca mengenai ‘kotak’ yang boleh digunakan untuk menjadikan gambar clear dan sharp, macam mana nak buat kotak tu?

    Ok setakat ini, itu saja soalan saya yang memang zero knowledge pasal fotografi ini..

    • Untuk dapat hasil yang besar/detail seperti yang awak nak tu..kamera atau lensa hendaklah didekatkan pada subjek..sekiranya pakai auto awak tidak akan dapat fokus, jadi harus bertukar ke mode Macro.

      Shadow hitam di bahagian bawah biasanya terhasil daripada flash. Sila cuba tutorial ini dan cuba ambil gambar sedekat yang mungkin.

      Kotak? di dalam kamera? kalau di dalam kamera pastilah kotak fokus. Setaip kamera digital mempunyai kotak fokus dan cara penggunaannya adalah menekan butang snap secara separuh dahulu..kemudian enjin lensa akan berputar mencari titik fokus, setelah berjumpa biasanya akan berbunyi “tit tit” dan kotak akan highlight – tandanya fokus sudah dilocked dan seterusnya tekan butang snap tu sampai habis dan barulah gambar akan di snap.

  3. Arghhh bila masuk bab shutter speed dan nak adjust/set aperture ni yang saya fail, bagilah bapak kamera sekali ganda mahal pun, saya confuse..memang bukan dasar kaki fotografi..chewahhh boleh gitu..alasang neh..well I’m good in writing but not focusing..hahaha!

    Ok selalunya kalau saya guna manual, saya tak peduli pun pada bacaan aperture. Pada saya kalau apa yang saya nampak pada mata (ketika itu) sharp dan clear, saya fikir pixelnya juga akan halus dan rapat, tapi hasilnya macam dukacita (bombastic plastic..haha) jadi ini yang saya tak puas hati dan berpuluh-puluh angle saya ambil..

    Ooo kena guna cahaya paras tingkap dan bukan paras siling ya? Noted!

    • LW, you pakai kamera apa? kompak atau dslr? Kalau dslr, sila gunakan mode A ataupun P. Tapi kalau kamera kompak sila guna mode Macro dan cancelkan flash.

      Cahaya paras tingkap untuk immitate cahaya matahari masuk ikut tingkap :) kalau kat siling pun boleh..tapi efek lighting tak cantik.

  4. Alaaa tersubmit 2 kali, sila delete yek..tsk!

    Ok later saya cuba yang guna manual dan gambar dekat tu, so letak button dengan simbol bunga kan. O ya saya pernah tengok pic yang dirakam sebelah menyebelah, maksud saya dua objek yang sama tapi dalam satu pic, itu teknik apakah yang digunakan itu?

    Danke

    • Yer..simbol bunga tu adalah mode untuk ambil gambar jarak dekat. Sila cuba.

      Pic dirakam sebelah menyebelah?? ermmm…mungkin itu adalah teknik multiple exposure..2 objek yang sama..tetapi dalam satu gambar. Harus menggunakan tripod untuk mengekalkan kamera apada satu sudut dan subjek ditukar atau diubah kedudukan dan di snap di atas frame yang sama..atau lagi satu teknik yang boleh juga buat gambar jadi macam tu dipanggil.. Photoshop :)

  5. Saya guna Nikon D3000 dan yang set auto sentiasa sebab tak begitu mahir dengan manual, tapi lately ni saya banyak praktis guna manual specally bila nak shoot food pic saya try manual walaupun vision saya agak kabur. A tu untuk auto, kalau P tu apa fungsi?

    Maksud kotak yang saya faham tu adalah kotak yang bukan di dalam kamera, tapi kotak biasa. Entah tak pasti pulak kotak macam mana sebab saya pernah dengar geng foto ada cakap mengenai ‘kotak’ yang akan jadikan hasil pic cantik dan clear. Maybe saya yang tak faham istilah kotak tu..

    • Banyak yang perlu dipelajari sekiranya hendak menggunakan mode manual. Paling penting untuk faham f stop (apperture) dan juga shutter speed..how to complment each other. Perlu tahu white balance dan sedikit sebanyak tentang iso. Tips paling mudah untuk menggunakan manual mode untuk mendapatkan exposure yang betul adalah dengan melihat exposure compensation di dalam viewfinder ketika memfokus [+.....|......-] dan pusing dial (butang dekat ibu jari) sehingga jarum exposure compensation itu berada di tengah-tengah. Itu menandakan yang f stop dan shutter speed adalah tepat bagi menghasilkan exposure yg betul.

      Mode A – adalah untuk Apperture Prioriy, anda set apperture yg anda mahu seperti 3.5 contohnya, dan kamera akan automatik set shutter speed yg sesuai untuk exposure yg tepat.

      Mode P – adalah pre-program yang mana ianya adalah seperti automatik di mana kamera akan set semuanya setelah metering dibuat (tekan shuter separuh). Cuma mode ini tidak akan mengeluarkan flash seperti auto.

      Kotak tersebut dipanggil lightbox. Biasanya digunakan untuk mengambil gambar makanan atau produk untuk editorial publication yang memerlukan gambar dengan latarbelakang putih supaya mudah untuk membuat suntingan dan menambah teks ke atas gambar tersebut seperi yang anda tengok di majalah.

      Lightbox mudah dibuat sendiri – memerlukan sebuah kotak saiz sederhana 2X2kaki atau lebih, selotape, kertas putih yg besar dan 2 buah lampu meja. Sila google/youtube cara-cara untuk membuat homemade lightbox. Ini contoh gambar yg saya shoot menggunakan lightbox buatan sendiri http://www.flickr.com/photos/khairulabdullah/7096274231/in/set-72157629500204322/
      dan ini adalah cara mudah untuk membuat light box = http://youtu.be/–wO67tpj8I

  6. I am more concerned with your food pictures rather than the tecniques. Alluring! Anyways thanks for sharing good tips! Now my eyes wide open with all the tips u hv given. The only thing i can say is your viand trembles my heart. I love food very much. Ops! Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin from Malaysia.

  7. Tips yg sgt bagus! Semua tips itu benar sekali, sebb saya guna kamera digital biasa dan selalu terpaksa bereksperimen untuk menghasilkan gambar terbaik.

    Dan betul, flash selalu menghasilkan gambar yg sangat perlu dibuang ke tong sampah (delete!).

    • Su,

      Di dalam setiap pekerjaan ataupun perbuatan…”practise make perfect” dengan eksperimen, latihan dan teknik yang betul..insyaAllah..hasilnya pasti terbaik.

      Flash boleh digunakan di situasi tertentu dengan setting yang tertentu bagi menghasilkan gambar yang tidak perlu dibuang ke tong sampah. Tetapi untuk tips dan teknik ini..Flash adalah diharamkan sama sekali. :)

  8. sometimes i snap gambar cantik..sometimes out… as u can see kat my blog tu kan…
    baru i tahu apa itu ‘bokeh’.. poor me..
    btw, can i order a bowl of curry me? looks tempting laa pulak kan..

    • Net,

      A few tips…kalau nak ambik gambar kat dalam restoran..cari tempat duduk kat tepi tingkap atau kat tempat yang paling terang. Tepi tingkap atau kat luar adalah yang terbaik (kalau siang lah kan). Jarakkan diri dan kamera dari makanan dan guna button zoom untuk compose dan fokus then baru snap. InsyaAllah..it will looks good.

      Bokeh = blur atau kabur yang terhasil dari latarbelakang yang “out of focus”. Seperti mata kita juga..bila kita fokus kepada sesuatu benda atau subjek..latarbelakang atau benda lain disekeliling akan menjadi kabur. Terma bokeh hanya ada di dalam kamus fotografi :)

      Nak order curry mee? its a mee rebus..not curry mee. But sure i will make curry mee one of these days and jemput u makan :)

  9. oh lupa nak cakap, my fren ada amik fotografi course somewhere at damansara..dia rasa mcm nak mati …susah sangat2 bila kena amik guna teknik2 yang diajar…katanya nampak mcm mudah tapi sebenarnya tak… poor him…

    • Net,

      Fotografi is an art. A good photo is a combination of an artist and its technique. Pandai teknik tetapi tidak pandai compose..tak jadi. Pandai compose but tak pandai teknik..tak jadi jugak. Need both. Belajar fotografi memerlukan minat dan sedikit seni di dalam diri. Untuk mudah belajar aspek teknikal..perlu faham konsep asas fotografi..iaitu cahaya. Perlu faham pasal cahaya dan perlu paham cara kamera bekerja. Itu adalah perkara yang paling asas.

      Nampak mudah…dan sebenarnya agak mudah kalau faham konsepnya dan kalau kena cikgu yang mengajarnya.

      Good luck to your friend then…ask him to read a lot then practice..and practice and practice.

    • Mummy,

      Setiap mode camera tu ada kegunaanya. Mode makro adalah untuk mengambil gambar jarak dekat, tak kiralah makanan ke..bunga ke, semut ke, duit syiling ke..any small things that need to be enlarge.

      Selamat mencuba.

  10. Kerol, tunggu tabung ayam aku penuh dulu la. ada 4 tabung nak kena fill in ni. baru penuh satu tabung ja, means aku sorang ja lepaih pi sana nanti. hehehe

  11. kali pertama masuk rumah u ni time bila tak ingt dh. tp entry yg ada kek pelangi tu. terpesona dgn blog ni sbb bersih, kemas dan selesa utk mata.

    * baca blog ni sambil lagu iringin dari website sepang goldcoast mmg sgt menarik. ‘hati rasa tenang’

    -nizam

  12. salam khairul,
    minta izin nak print this entry.. senang sket nak study..hehehhe..anyway thank you for sharing your knowledge.. gambar-gambar yang i ambil mostly depends on cahaya lampu rumah jer.. memang tak berapa nak cantik

    • Ini kerana setiap lens mempunyai jarak fokus maksimum diantara lensa dan subjek. Biasanya maklumat tersebut tercatat di lensa atau di manual lensa. Sesetengah lensa hanya akan fokus pada subjek dengan jarak dekat maksimum 16cm – maknanya jika jarak lensa dan subjek berada sekitar 16cm atau 18 cm atau lebih maka lensa akan dapat fokus dan anda akan dapat tekan shoot. Namun sekiranya jarak depan lensa terlalu dekat dengan subjek contohnya 10cm atau 8 cm..maka lensa tak dapat fokus jadi anda tak dapat tekan shoot.

      Seperti mata kita juga..ambil satu objek dan dekatkan dengan mata, jika terlalu rapat maka mata tidak akan fokus lagi kepada subjek tersebut dan subjek akan menjadi blur. Otak tak dapat proses maklumat untuk mengenalpasti subjek tersebut…maka memori kita taidak akan merakam apakah objek tersebut. Sama juga seperti kamera, apabila subjek tidak dapat difokus, maka ia tak dapat dikenalpasti dan kamera tidak akan merakam.

      Semua kamera digital dengan autofokus tidak akan dapat shoot sekiranya subjek out of focus atau out of focus range. Diharap penerangan ini dapat memberi pemahaman kepada saudara.

    • Thank you. Tak dinafikan dgn guna DSLR bersama lensa yang bagus akan menghasilkan kualiti gambar yg bagus. Namun sekiranya kamera point and shoot digunakan secara betul, hasilnya juga akan turut berkualiti.

  13. Bagus betul tips2 yg diberi. Tq.
    Tapi ni guna kamera.
    Kalau guna handphone macam mana? Tips yg sama ke? Dalam banyak artikel KA yg lain, banyak juga gambar yg diambil guna handphone shj tp masih cantik menarik.
    I’m impressed!

You're welcome to leave a comment and share this article if you like.