• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

10 Tips Untuk Anda Jadi Pengembara Yang Lebih “Awesome”

15/09/2015

Sesiapa sahaja boleh beli tiket dan terbang ke mana sahaja destinasi yang disukai. Sesiapa sahaja boleh jadi pengembara atau “traveller”. Tetapi bagaimanakah untuk menjadi seorang pemgembara yang “Awesome”? Yang saya maksudkan dengan perkataan awesome itu adalah “baik atau best” secara literalnya dan juga seorang pengembara yang bijak serta disukai oleh semua orang. Ada banyak perkara yang menjadikan anda lebih bagus di dalam mengembara namun saya hanya akan berikan sedikit tips di sini.

Berikut adalah 10 tips untuk mereka yang ingin menjadi pengembara yang awesome.

1. Belajar bahasa

Belajar sedikit bahasa asas negara yang bakal anda kunjungi. Bukannya belajar sampai boleh berkomunikasi tetapi cuma beberapa patah perkataan yang penting untuk memulakan perbualan, atau ucapan selamat dan sebagainya. Antara perkataan yang penting dan seharusnya anda tahu adalah seperti ucapan hello, selamat pagi, petang, tengahari, malam, apa khabar, terima kasih dan juga selamat tinggal. Kalau nak ke Eropah maka anda kena belajar banyak juga bahasanya seperti French, Deutsch, Dutch dan Italy sekurang-kurangnya.

Ramai yang berkata mereka sukar berkomunikasi dengan orang Perancis atau Italy kerana selalu pertanyaan di dalam bahasa inggeris tidak diendahkan mereka. Sepanjang pengalaman saya pula, saya tiada masalah untuk berkomunikasi kerana pertanyaan saya di dalam bahasa inggeris sering sahaja di layan mereka, Kenapa? sebab saya memulakan perbualan di dalam bahasa mereka, kalau di dalam French saya menegur dengan “Bonjour” (hello) dan kemudian “Parle vous anglais?” (can you speak english?) seterusnya apabila selesai saya akan mengucapkan “Merci beaucoup” (thank you very much) dan juga “Au revoir” (Goodbye).

Saya hanya tahu perkataan itu sahaja di dalam French dan sepanjang tempoh beberapa kali ke Perancis saya tiada masalah langsung untuk menegur dan bertanya kepada sesiapa sahaja. Begitu juga apabila ke negara lain. Hanya dengan menghafal beberapa perkataan penting, perjalanan anda akan menjadi jauh lebih mudah. Mereka juga seperti kita, kalau mat salleh tegur kita dengan perkataan apa kabar? atau tumpang tanya dan sebagainya pasti kita lebih suka mendengarnya dan lebih happy untuk menolong.

2. Sabar dan bersopan santun

Sentiasa jaga kesabaran anda apabila ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Contohnya anda kehilangan bagasi ketika di airport – mengelabah, menangis, marah pekerja airport, mengamuk dengan syarikat penerbangan dan sebagainya tidak akan menyelesaikan masalah. Banyakkan bersabar dan sentiasa cakap elok-elok dengan semua orang. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, so chill out. Jika anda baik dan hormat semua orang dan yakinlah orang juga akan hormat serta melayan anda dengan baik. Orang yang mood dia baik akan lebih mudah dan cepat menolong. Speak softly and smiles will go a long way.Kejadian tersebut juga akan menjadi kenangan manis untuk anda. Trust me!

3. Lakukan cabaran, dapatkan pengalaman dan bukan sekadar melihat.

Kalau sampai ke Eiffel Tower, maka ambillah peluang untuk naik ke atas. Melihat sahaja sudah bagus namun kalau naik ke puncak pula adalah pengalaman yang sangat berbeza. Kalau pergi ke Seoul Tower di Korea, belilah padlock dan tulislah “I was Here” dan kuncilah seperti yang dibuat orang lain. Cuma ketika memasang padlock tu anda jangan niat untuk panjang jodoh dan sebagainya sudahlah. Anggaplah ia sebagai kenangan atau tanda yang anda sudah sampai ke situ. Saya biasa toreh “Khairul was here” kat pokok jer :).

Jadi anda buat sesuatu dan dapat pengalaman dan bukan sekadar tengok sahaja. Selain itu buat sesuatu cabaran atau “be adventuruous” sikit, kalau bergambar tu lompat tinggi-tinggi ke atau buat sesuatu yang gila-gila sikit. Kalau pergi ke rumah Juliet di Verona Italy, peluklah patung si Juliet tu dan bergambarlah. Adik ipar saya datang ke Eropah pada musim sejuk akan membuka baju setiap kali bergambar di tempat sejuk dan bersalji. Katanya nak bagitau kawan-kawan dia yang dialah orang Rembau yang paling hebat sebab tahan sejuk yang melampau. Indeed it works for him. Kenangan yang paling best untuk dia.

4. Sesatkan diri anda.

Pusing-pusing dan sesatkan diri anda sebentar di dalam mana-mana tempat atau bandar yang anda kunjungi. Anda akan terkejut dengan benda benda atau pemandangan yang bakal anda lihat. Kalau anda tak cukup masa maka tak payalah sesatkan diri. namun kalau anda ada masa maka sesat di dalam bandar adalah perkara yang paling best. Sediakan map atau peta untuk anda gunakan tetapi selak dari menggunakannya. Dah rasa puas sesat dan nak balik kemudian barulah gunakan map tersebut. Saya hany menggunakan peta yang di ambil di hotel atau diberi oleh host di homestay saya. Dengan map itulah saya gunakan untuk jelajah bandar. Dapatkan kedudukan dan arah, kemudian ingat tempat mana nak pergi samada di utara, selatan, timur atau barat dan kemudian simpan map dan berjalanlah. There is lot interesting things you’ll find along the way.

5. Cuba makanan baru.

Sekali sekala apa salahnya mencuba makanan baru. Pilih makanan mana yang boleh di makan bagi orang islam dan bagi yang bukan islam anda ada seribu satu pilihan untuk dicuba. Saya biasanya akan google terlebih dahulu makanan tradisi atau popular di setiap bandar yang saya bakal kunjungi. Kemudian dah dapat nama makanan tersebut saya akan google pula resepinya dan tengok apa kandungannya. Kalau tiada bahan terlarang maka saya akan cuba. Jangan asyik nak makan nasi lemak dan roti canai sahaja. Kalau ke Jepun takkan tak cuba sushi? Kalau ke Italy takkan anda tidak teringin mencuba pasta? Carilah pasta seafood atau aglio olio dan cubalah. Jangan bazirkan wang yang banyak datang ke tempat orang dan tidak mencuba sesuatu yang baru.

6. Hantar poskad

Zaman teknologi ni ramai yang ambil gambar dan hantar ke group whatsapp atau kepada sesiapa sahaja, jadi tradisi lama menghantar poskad dah kurang diamalkan oleh orang kita. Namun ramai pengembara dari Amerika dan Eropah masih suka menghantar poskad kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan juga diri sendiri. Dulu saya sering hantar psokad kepada saya sendiri setiap kali tiba di sebuah bandar yg belum pernah saya kunjungi. Perasaan adalah berbeza apabila menerima poskad. Sama seperti menerima kad ucapan raya berbanding ucapan teks di telefon bimbit. Kawan anda juga lebih appreciate jika anda menghantar poskad kepada mereka.

7. Hargai orang yang melayan atau menjaga anda.

Kalau anda tinggal di homestay, sentiasa tinggalkan nota terima kasih kepada host anda. Sentiasa ucap terima kasih dan berikan tips kepada orang yang melayan anda di hotel, kafe ataupun restoran sekadar mampu. Walaupun satu dollar atau euro atau 10 baht dan sebagainya cukup untuk menunjukkan penghargaan anda kepada mereka yang melayan anda. Kalau di Eropah, pemberian tips kepada pelayan restoran sememangnya diamalkan. Namun yang sering kita lupakan adalah pekerja “housekeeping” atau pencucui bilik hotel anda. Mereka ini adalah orang paling jarang atau tidak langsung menerima tips. Jadi apa salahnya apabila check-out, tinggalah sedikit tips atau baki duit syiling contohnya berserta nota terima kasih kepada housekeeper anda. Niatlah sebagai bersedekah. Sedekah tidak akan memiskinkan anda..trust me!

8. Hormat adat atau budaya setempat

Anda perlu peka dengan adat, adab dan juga budaya orang tempatan. Jangan buat sesuatu yang mencemarkan adat dan budaya mereka. Kalau anda pergi ke sebelah negara maju maka ikutlah adat dan adab orang di negara maju. Jangan buang sampah merata-rata, jangan lintas jalan ikut suka hati mak bapak anda. Lintas di laluan yang disediakan, tunggu lampu hijau dulu. Kalau makan di restoran makanan segera atau mana-mana restoran layan diri, sila kemaskan tray dan meja anda. Saya sentiasa lihat pelancong dari Asia makan dan membiarkan meja bersepah begitu sahaja. Sering saya melihat orang-orang di Eropah ini menggelengkan kepala mereka. Begitu juga ketika melintas jalan dan juga menaiki eskalator. Kalau di Jepun, ketika naik eskalator maka berdirilah rapat ke sebelah kiri dan biarkan di sebelah kanan anda kosong, jadi ada laluan untuk orang yang nak naik dengan cepat. Kalau di Eropah maka berdirilah rapat di sebelah kanan untuk tujuan yang sama.

9. Jangan malu untuk berkenalan

Cuba tegur orang yang duduk bersebelahan anda di dalam keretapi atau kapalterbang atau di kafe dan sebagainya. Berkenalanlah dan buat kawan terutamnya dengan pengembara lain. Ini akan lebih mudah dan seronok jika anda menginap di hostel kerana anda akan tinggal sebilik dengan ramai kawan baru. Bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dan mungkin suatu hari nanti anda akan melawat negara rakan baru anda. Kalau anda berkenalan dengan pakcik atau makcik di kawasan kampung lagi bagus. Anda mungkin dipelawa untuk datang ke rumah mereka untuk makan tengahari atau malam dan sebagainya. Jika anda ingin menolak maka tolaklah dengan baik. Namun kalau ingin pergi maka pergilah tepat pada masanya. Jangan sesekali lambat. Paling penting jangan pergi dengan tangan kosong. Bawa buahtangan seperti buah ataupun bunga.

10. Jangan ikut semua tips saya.

Percutian anda, kembara anda, trip anda, perjalanan anda. Buatlah apa yang anda suka. Tips-tips saya cumalah untuk menjadikan kembara anda lebih baik namun mungkin kembara anda itu sebenarnya sudah lebih baik. Ingat, dont expect it to be like home, datang overseas dan berharap dapat makan nasi lemak setiap pagi. Jangan takut untuk mencuba benda baru, jangan takut buat kesilapan dan sebagainya kerana kembara anda bukanlah sekadar untuk melihat tempat orang namun ia juga adalah medan untuk anda lebih mengenali diri anda dan juga kemampuan anda.

————————————————————————————————————————————–

Adakah anda bersetuju sekiranya anda memilih untuk mengikut sekurang-kurangnya satu daripada tips di atas, ianya sedikit sebanyak akan mengubah pengalaman kembara anda?

ENTAHLAH, I dont know.

Selamat mengembara saya ucapkan kepada semua.

khairul signature

abdullahcara traveleropahgermanykhairultips backpacktips ke eropahtips kembaratips melancong
Share

Blog  / Tips  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Pantang Larang Jika Anda Ke Jerman
20/03/2017
Kewujudan Katil Bayi Di Dalam Penerbangan Yang Ramai Orang Tidak Tahu
16/11/2016
Tips Pengembara: Pilihan Penginapan Alternatif Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
21/12/2015

26 Comments


Mohd Faizal Rus Rzerli
15/09/2015 at 10:09 pm
Login to Reply

Perkongsian yang menarik. Tip yang menghantar poskad tu memang saya pun praktikkan bila melancong ke luar negara. Bila poskad tu diterima semula, perasaannya memang lain dari yang lain. Nice tips anyway!



    Khairul Abdullah
    16/09/2015 at 3:11 am
    Login to Reply

    Indeed dapat poskad memang best, dari dulu sampai sekarang perasaannya tetap sama. Terima kasih kerana membaca 🙂

blu4sky
16/09/2015 at 1:01 am
Login to Reply

Salam khairul,
Haha..teringat klu dulu2 org suka toreh “i /nama wuz here”..abis ler kerusi meja pokok org toreh or conteng.. classic
I noticed some..not all..malaysian klu gi travelling..diorang lebih pada shopping and kalau food..ada yg dok lah mencari nasi lemak roti canai coffee or tea/coffee nak rasa sebijik mcm kat msia..instead of enjoying the local cuisine..rugi besar dah spend ribu raban but expect everything to be like at home..klu mcm tu baik duduk rumah..



    Khairul Abdullah
    16/09/2015 at 3:09 am
    Login to Reply

    W’salam Sue,

    Hahah, zaman sekolah lah rajin sangat I wuz here tu :). Memang Malaysian suka shopping tak kira lah time RM naik ke jatuh ke. Sememangnya diorang banyak duit. Lepas tu restoran Malaysia di overseas penuh dengan orang Malaysia lahhh sebab semua nak makan nasi lemak n roti canai.

Emelda
16/09/2015 at 3:26 am
Login to Reply

Malaysian, datang Jepun tapi tak mahu try sushi.. Rugi!



    Khairul Abdullah
    16/09/2015 at 3:33 am
    Login to Reply

    Kannnnnn..makan sushi ditempat asalnya adalah yang paling best! Rugi rugiiii

Nazri Hasan
16/09/2015 at 4:53 am
Login to Reply

Salam K.A.. Tips yang menarik, saya juga mendapat tips yang sama dari rakan Couchsurfing saya (she's French) tentang memulakan pertanyaan atau perbualan dengan French 'Parle vous Anglais?' memang disukai mereka, dan juga 'Ciao, Grazie n Prego' di Italy. Thanks K.A for a good tips



    Khairul Abdullah
    16/09/2015 at 10:02 am
    Login to Reply

    Betul tu Nazri, ambil inisiatif utk belajar 2-3 patah perkataan and it goes a long way.

Norazah Hamzah
17/09/2015 at 8:31 am
Login to Reply

Salam Khairul, tips yang sangat baik… bercadang ke Amterdam. Kena belajar bahasa Dutch lah nampaknya. Sikit tapi berguna. Thank you very much.



    Khairul Abdullah
    19/09/2015 at 5:14 pm
    Login to Reply

    Betul, tak rugi pun kalau belajar dan kalau dah tahu kelebihannya sangat besar. Good luck!

Nor
17/09/2015 at 11:19 am
Login to Reply

Hi Khairul….
Nak tanye Kalau saya ke Swiss 19-22 Oct nie, Ade x tempat yg u boleh suggest utk I pergi n boleh x tahu Kat mne yg best Klu nak ke sky resort n stay di resort tu… Resort yg menari



    Khairul Abdullah
    19/09/2015 at 5:18 pm
    Login to Reply

    Hi Nor,

    Ada seribu satu tempat yang boleh anda pergi di Swiss. Saya tidak dapat cadangkan kepada anda jika tidak tahu preference anda. Paling mudah sila Google “A must visit place in Switzerland” dan pilihlah mana2 tempat yg anda ingin pergi.

    Kalau nak ke ski resort (bukan sky yer) anda boleh ke Interlaken atau Junghfrau atau Mount Titlis.

    Good luck!

shasha
18/09/2015 at 11:55 am
Login to Reply

Semua kesembilan tips itu saya setuju. Dan ada antaranya memang saya lakukan dengan orang di hadapan saya atau di sebelah saya di dalam train. Cuma sentiasa terlupa nak pos poskad.



    Khairul Abdullah
    19/09/2015 at 5:20 pm
    Login to Reply

    Memang saya tau Shasha seorang traveller yang awesome, takde hal punya kalau ke mana-mana dan buat semua benda tu. Keep travelling and be awesome!

m.u.l.a.n
19/09/2015 at 9:03 am
Login to Reply

Memang tips yg awesome…. Ada yg tak dapat dilaksanakan. lagi.. Tqs for sharing..!!



    Khairul Abdullah
    19/09/2015 at 5:21 pm
    Login to Reply

    Semoga semuanya akan terlaksana nanti..banyak lagi tempat yanda ada dalam waiting list kan? kan? kan? Keep travelling and be awesome!

Farra Flora Ibrahim Shah
22/09/2015 at 5:33 am
Login to Reply

Encik Khairul,

Terima kasih di atas perkongsian dan tips yang baik. Kesemua tips di atas telah dipraktikkan oleh saya kecuali percubaan makanan tradisi di bandar yang dikunjungi. Saya adalah ‘frequent traveller’ dan selalunya akan membeli roti ataupun makan di restoran arab.

Teruskan menulis agar seluruh rakyat Malaysia dapat membaca dan berkongsi aspirasi hidup anda.



Banu
26/09/2015 at 6:30 am
Login to Reply

Saya suka bahagian mencuba makanan ketika mengembara.
Bagaimana dengan ada yang kongsi tips bawa rice cooker?
boleh bagi pendapat.
Terima kasih



    Khairul Abdullah
    26/09/2015 at 4:20 pm
    Login to Reply

    Sekiranya anda baca artikel saya yang lain mengenai tips kembara anda akan tahu yang saya juga mencadangkan agar membawa rice cooker yang kecil bagi mereka yang nak masak nasi sendiri.

Armon
27/09/2015 at 10:22 pm
Login to Reply

saya akan pilih semua tips diatas! tapi nanti la kalau saya dah berjaya mengembara,,,hihi



    Khairul Abdullah
    15/05/2016 at 8:07 am
    Login to Reply

    Syabasss dan semoga anda berjaya mengembara.

asmadi
21/12/2015 at 5:57 pm
Login to Reply

terima kasih seronok saya baca, selalu juga pergi luar negara tapi tetap nak makan nasi lemak …aduh tekak melayu susah sungguh ..



    Khairul Abdullah
    15/05/2016 at 8:08 am
    Login to Reply

    Hahahaha..payah jugak yer.

Tiara
09/05/2016 at 11:23 am
Login to Reply

Dalam pada tengah serabut dengan kerja.. aku terjump blog kembara yang awesome!!! terima kasih tak terhingga untuk penulis.. membuat kan aku kembali bersmangat nak bekerja utk kumpul duit nak pergi mengembara ! terima kasih kerana tidak lokek meminjam kan pengalaman tuan yang berharga kepada pembaca di luar sini.. terima kasih!



    Khairul Abdullah
    15/05/2016 at 8:08 am
    Login to Reply

    Terima kasih kembali.

Tian
14/11/2016 at 11:09 pm
Login to Reply

Terima kasih kerana kongsi tip.Memang sangat berguna sekiranya kta berada di negara orang.



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved