• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

38.7

09/01/2019

Baby Khaleed pula demam.

Seperti yang saya jangkakan bila balik sahaja dari sekolah dia dah mula nak berkepit sahaja.  Tidur malamnya pun tak nyenyak.  Kerap terjaga dan nak peluk sahaja.  Badan makin lama makin panas.

Mujurlah dia bukan jenis yang menangis atau meraung.

Bila periksa suhu, nah 38.7.

Nak turunkan suhu badan dia tak boleh nak letak tuala basah macam si abang.  Habis dibuangnya, kalau tengah tidur pun dia akan terjaga.  Jadinya, buka baju dan bagi ubat bontot.

Seketika kemudian suhu badan pun beransur turun ke paras yang tidak merisaukan.

Maka, berjagalah saya sambil tidur-tidur ayam bagi memastikan suhu badan kedua-dua budak kecil ini tidak melepasi 38.5.  Kalau lebih atau naik sampai 39 maka saya jadi sangat risau.

Nampaknya saya kena cancel apa sahaja appointment dan program yang telah diatur untuk minggu ini.  Kena duduk bermanja dengan anak-anak kat rumah sahajalah.

Cepatlah baik duhai anak-anak.

#diariseorangsuperdaddy

Share

Blog  / Health  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved