Bulan lepas sewaktu kelas Seni Bercerita, ada peserta datang jauh dari Bukit Kayu Hitam bawakan saya mee sanggul.
Dia tahu yang orang Kedah memang suka mee ini. Maka nikmat apakah yang mahu saya dustakan.
Terus, rendam mee tadi dalam air biasa selama setengah jam, lalu tumis bawang putih dan bawang merah bersama cili boh dan sedikit sos tiram dan kicap lalu dicampak 5 ekor udang yang telah dikupas kulitnya.
Seketika kemudian maka mee sanggul yang sudah ditoskan itu pula dimasukkan bersama taugeh dan kucai, kacau sebentar.
Selesai.
MasyaAllah, terus teringat kampung.
Terima kasih Puan Firda Ashaary yang bersusah payah bawakan kepada saya.
Korang pergilah follow dia. Dia tulis pun sedap, beberapa hari lepas siap viral tau, masuk Mingguan Wanita lagi. Tak sia-sia masuk kelas saya.
Ok jom makan.







Comment
Haaa baru dapat baca blog KA semula.. Thanks for sharing semua resipi..