• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bombolini Sedap

25/09/2019

Wahai orang-orang Batu Gajah, Perak sekalian.  Dengarlah titah ini.

Ketahuilah kamu, sesungguhnya kadar kesedapan dan kemanisan donat spesis bulat-bulat gebu berintikan pelbagai perisa ini boleh membahagiakan diri kamu sekalian selagi kamu memakannya tanpa henti.

Terdapat lebih dari 10 perisa yang dibawakan khas dari seluruh pelusuk alam untuk kamu nikmati sendirian atau bersama pasangan atau bersama anak-anak.  Nikmati sendirian Tuhan marah.  Tak baik tau.

Jadi, jika kamu sekalian teringin sekali menikmatinya maka hendaklah kamu mencarinya di tepi jalan Laluan 18, Taman Batu Gajah Perdana Perak, dari jam 5 petang hingga 10 malam.  Sesungguhnya kereta Kancil kaler hijau itu adalah kedainya.

Bomboloni ini sedap dinikmati ketika menonton drama pukul 7, agar segala kemarahan hasil dari watak jahat dalam drama tersebut dapat diredakan dengan kemanisannya kerana sesungguhnya ia cair di mulut dan sejuk di hati.

Maka, berduyun-duyunlah kamu keluar rumah dan pejabat dan carilah Puan Siti Athirah Azizul Rahman untuk kamu jumpa dan beli Bomboloni sedap ya ampun ini.  Dah sedap murah kemain pulak tu, hanya RM1 sahaja. Ish ish ish.

Jika kamu sejenis yang tidak keluar rumah di musim jerebu yang telah habis ini maka hendaklah kamu whatsapp beliau dengan segera.

www.wasap.my/60169250789/BV10pcs
www.wasap.my/60169250789/BV10pcs
www.wasap.my/60169250789/BV10pcs

Kamu akan dikenakan caj penghantaran sebanyak RM3 sahaja jika di sekitar Batu Gajah.  Sesungguhnya jika jauh lebih dari kawasan tersebut maka kamu roger beliau, semuanya bisa diatur.

Sekali lagi wahai rakyat Batu Gajah sekalian, berbondonglah kamu keluar dan carilah beliau di tepi jalan Taman Batu Gajah Perdana dan bila dah jumpa sampaikan salam saya padanya.

Janganlah kamu mintak diskaun ok.  Bantulah ibu tunggal itu berniaga membesarkan anak-anaknya.

Sekian.

#SuperDaddyPromo

Share

Blog  / Foods  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved