Okay, saya baru keluar dari hospital.
Pagi tadi beremosi juga saya dalam perjalanan ke hospital, memikirkan macam-macam kemungkinan. Batuk saya yang dah memasuki minggu ke-3 belum ada tanda mahu baik walaupun sudah habiskan ubat dan antibiotik yang diberikan klinik.
Pagi tadi saya perasan ada darah.
Aduhhh, sakitkah aku? Nak mati dah ke? Anak-anak siapa nak jaga? Dah ler takde mak, takkan takde ayah pulak nanti.
Pasrah sahaja ke hospital.
Tadi tengok x-ray, gelap. Doktor cakap paru-paru perokok atau bekas perokok macam saya memang macam tu.
Tetapi Alhamdulillah, tiada apa-apa jangkitan.
Darah berkemungkinan datang dari blood vessel yang pecah setiap kali saya batuk. Jadi, kena makan ubat dan sedut gas macam orang semput tu selama 2 minggu.
Semoga Allah beri kesembuhan segera, dah letih sebab tidur tak nyenyak, sakit kepala stress akibat batuk.
Aminn.







Leave A Reply