• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Resepi Cucur Manis SuperDaddy

23/02/2020

Pagi ni aku buat cucur manis.  Cepat dan sedap untuk semua, aku pun boleh telan, anak-anak pun suka.  Nak buat pun senang yakmat.

Resepi cucur manis SuperDaddy Khairul Abdullah

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula
½ sudu kecil garam
2 cawan air panas

Cara nak buat:

1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.  Adunan pasti melekit, tapi don’t worry.

2. Panaskan minyak yang banyak.

3. Guna dua sudu, basahkan dengan air dan ceduk adunan, bentukkan atau bulatkan guna dua sudu tu dan lepaskan ke dalam minyak panas.

4. Goreng sehingga keemasan dan hidangkan.

Cun tak? Lemak manis oihhh.

Anak-anak suka ni. Rangup di luar lembut di dalam.

Sedap dimakan begitu sahaja.

Oklah, nak hantar anak gi swimming class ni.

#ResepiSuperDaddy

Share

Cooks  / Foods  / Recipes

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved