Pagi ni aku buat cucur manis. Cepat dan sedap untuk semua, aku pun boleh telan, anak-anak pun suka. Nak buat pun senang yakmat.
Resepi cucur manis SuperDaddy Khairul Abdullah
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula
½ sudu kecil garam
2 cawan air panas
Cara nak buat:
1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati. Adunan pasti melekit, tapi don’t worry.
2. Panaskan minyak yang banyak.
3. Guna dua sudu, basahkan dengan air dan ceduk adunan, bentukkan atau bulatkan guna dua sudu tu dan lepaskan ke dalam minyak panas.
4. Goreng sehingga keemasan dan hidangkan.
Cun tak? Lemak manis oihhh.
Anak-anak suka ni. Rangup di luar lembut di dalam.
Sedap dimakan begitu sahaja.
Oklah, nak hantar anak gi swimming class ni.







Leave A Reply