• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Sebuah Rumah di Hujung Kampung

19/05/2020

Ada sebuah rumah di hujung kampung.

Terpencil kedudukannya, keadaan pun uzur.  Didiami oleh sebuah keluarga muda.  Rajin bekerja dan tidak meminta-minta.  Dibawa anak kecil masuk ke kebun dan hutan untuk mencari apa sahaja yang boleh dijual.

Namun melihat keadaan rumah dan pakaian mereka maka tahulah kita bahawa mereka orang yang wajib dibantu.

“Kalau ada selipar anak yang dah tak pakai tu jangan buang yer, bagilah anak saya satu.”

Yer anak dia berkaki ayam, tak ada selipar.  Teringin nak ada selipar jugak.

Allahu.

Itulah yang diceritakan oleh team member U4U bila pergi melihat sendiri orang-orang yang perlu kami bantu.

Projek bantuan barang dapur dari team kami sentiasa berjalan setiap hari.

Jika ada yang ingin terus menyumbang di hari-hari terakhir Ramadan ini, boleh salurkan ke tabung berikut:

Nama: Ukhwah For Ummah (U4U)
Bank: CIMB – 8603537251
Ref: InfakRamadan

Kami akan usahakan juga sedikit bekalan untuk hari raya bagi mereka yang memerlukan.

Terima kasih atas sokongan kalian semua.  Semoga segala amal jariah kita dikurniakan syurga olehNya.

Aamiin.

We love, we care.

KHAIRUL ABDULLAH
#U4U

Share

Blog  / Peoples  / Volunteers

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved