Ada sebuah rumah di hujung kampung.
Terpencil kedudukannya, keadaan pun uzur. Didiami oleh sebuah keluarga muda. Rajin bekerja dan tidak meminta-minta. Dibawa anak kecil masuk ke kebun dan hutan untuk mencari apa sahaja yang boleh dijual.
Namun melihat keadaan rumah dan pakaian mereka maka tahulah kita bahawa mereka orang yang wajib dibantu.
“Kalau ada selipar anak yang dah tak pakai tu jangan buang yer, bagilah anak saya satu.”
Yer anak dia berkaki ayam, tak ada selipar. Teringin nak ada selipar jugak.
Allahu.
Itulah yang diceritakan oleh team member U4U bila pergi melihat sendiri orang-orang yang perlu kami bantu.

Projek bantuan barang dapur dari team kami sentiasa berjalan setiap hari.
Jika ada yang ingin terus menyumbang di hari-hari terakhir Ramadan ini, boleh salurkan ke tabung berikut:
Nama: Ukhwah For Ummah (U4U)
Bank: CIMB – 8603537251
Ref: InfakRamadan
Kami akan usahakan juga sedikit bekalan untuk hari raya bagi mereka yang memerlukan.
Terima kasih atas sokongan kalian semua. Semoga segala amal jariah kita dikurniakan syurga olehNya.
Aamiin.
We love, we care.
KHAIRUL ABDULLAH
#U4U







Leave A Reply