• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Menu Raya Yang Biasa

21/05/2020
Raya hari Ahad kan?
Aku dah nak kena beli barang dah hari ni.  Kalau tunggu esok atau Sabtu memang jenuhlah.
Jumaat nak dedikasikan hari aku dengan mengemas rumah.  Sabtu pulak kita masak-masak sampai lebam.
Menu raya nanti.
Aku nak buat Nasi Daging cicah Air asam kerisik dan juga Dalca.  Nak juga makan lemang ketupat jadi aku nak buat Rendang Ayam Pencen.  Lepas tu Kuah Kacang dan Nasi impit ni kena ada jugak sikit.
Untuk anak-anak depa tekak omputih jadi aku nak buat Spaghetti Bolognese. Lepas tu yang lain sampinganlah ada beberapa jenis kuih seperti Tart Nenas, Biskut Makmur, Semperit dan Almond London disamping kerepek jugak.
Minum Teh O Panas dengan Sirap Oren.  Budak-budak minum special Vitagen.  Dah siap.
Lengkaplah menu raya yang biasa untuk kami anak-beranak seperti tahun-tahun sebelumnya.
Yang tak lengkap cuma orangnya.
#SuperDaddy

 

Share

Blog  / Foods

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved