Raya hari Ahad kan?
Aku dah nak kena beli barang dah hari ni. Kalau tunggu esok atau Sabtu memang jenuhlah.
Jumaat nak dedikasikan hari aku dengan mengemas rumah. Sabtu pulak kita masak-masak sampai lebam.
Menu raya nanti.
Aku nak buat Nasi Daging cicah Air asam kerisik dan juga Dalca. Nak juga makan lemang ketupat jadi aku nak buat Rendang Ayam Pencen. Lepas tu Kuah Kacang dan Nasi impit ni kena ada jugak sikit.
Untuk anak-anak depa tekak omputih jadi aku nak buat Spaghetti Bolognese. Lepas tu yang lain sampinganlah ada beberapa jenis kuih seperti Tart Nenas, Biskut Makmur, Semperit dan Almond London disamping kerepek jugak.
Minum Teh O Panas dengan Sirap Oren. Budak-budak minum special Vitagen. Dah siap.
Lengkaplah menu raya yang biasa untuk kami anak-beranak seperti tahun-tahun sebelumnya.
Yang tak lengkap cuma orangnya.







Leave A Reply