Ramai bertanyakan saya..ada FB tak?
Jawapan saya..ye ada. Tetapi tidak aktif, jarang guna, jarang kemaskini, jarang post..kecuali post-post automatik dari blog ke FB.
Kenapa?
Ini kerana akaun FB peribadi saya adalah salah satu cara untuk berhubung dengan rakan-rakan serta ahli keluarga saya sahaja. Saya tidak mahu “wall” saya dipenuhi oleh update serta status dari orang yang tidak saya kenali yang saya tidak pernah bertegur sapa di dalam FB.
Namun begitu, FB adalah media yang bagus untuk “bersosial” dan berhubung di alam maya ini maka saya tidak dapat lari untuk turut menggunakannya.
Oleh itu saya telah mewujudkan satu laman FB khas untuk rakan-rakan blogger dan sesiapa sahaja yang ingin sama-sama bertegur sapa..bertukar pendapat..bertanya soalan dan sebagainya.
Jadi, saya dengan rendah diri menjemput semua rakan-rakan blogger serta pembaca blog saya untuk sertai saya di Facebook dengan meng”klik” di gambar di atas atau Β Like di ruangan facebook di sebelah.
Terima kasih semua.








22 Comments
Dulu saya pun jadi pemilik akaun FB senyap..dan kini masih jadi pembaca kisah rakan-rakan, mengikuti gossip dan perkembangan mereka..mungkin ada yang menyalahgunakan FB untuk tujuan lain, tapi pada saya FB agen paling pantas (selain twitter) untuk kemaskini isu semasa…info di akhbar pun tak sepantas FB..terpulang pada kita bagaimana mahu memanfaatkan kemudahan itu.
LW,
Kebanyakan benda dicipta untuk kemudahan dan kebaikan..cuma terpulang kepada kita untuk menggunakannya dengan bijaksana.
assalam,
slmt hri raya :)) raya thn ni pulang mesia kahhhh..? sorry out of topic ;p
W’salam Beb,
Raya tahun ini masih di Jerman. InsyaAllah, raya tahun depan saya pasti balik.
yes! same like me too.FB hanya utk teman-teman & saudara mara…mana yg xkenal mmg mummy akan biarkan.bukan xkenal lgsg, setakat kwn adik.bukan rapat pun.hehehe…
Mummy,
Yess…kalau setakat add friend lepas tu tak pernah bertegur sapa, dah ler tak kenal pulak tu..buat apa kan? At least kalau dok berbalas komen kat blog ni..kira macam dah kenal..so boleh le.
saya pon nak buat anjakan paradigma, nak aktifkan sleeping ac tu. huhu!
boleh delete tak ac lame? agak tak pandai..
*Spy ye? main cak-cak le pulak.. (“,)
Tips,
Boleh jer delete akaun lama..tapi nak buka baru kena pakai email baru kot. Entahlah..saya pun tak pandai jugak. Kalau saya..biarkan jer akaun lama tu..cuma create page baru..lagi bagus.
Haha…bukan spy…saja segan nak tunjuk muka..hahaha.
sudah loikkeee!
π
maybe bole visi to my daughter FB page juga;
http://www.facebook.com/pages/Jazzy-min/365311982685
Pn. Lily,
Terima kasih…saya pun sudahhh π
Sama la saya, fb utk teman2 yg saling bertegur sapa, dan adik beradik jer.
anyway, dh like pun. π
Su,
Terima kasih π
Cantik juga FB hitam putih begitu:)!
MS,
Terima kasih. π
Samalah dgn kita… Kwn yg kenal pun jarang nak tegur sapa…hehee… Nnt kita click kat FB awak tu ek… π
Thanks Marya.
I will find u there…
Net,
Found u . π
Alamak…..boleh like je? Cannot request fren…
Net,
Aah..can like jer…cannot touch..hehehe. But i did send a friend request.
FB Fan Page..ramai yg mengikuti kisah awak nih
Ish mana ada ramai..14 orang jer…baru jer buat fb page tu.