Jam dah dekat 2 pagi.
Mata dah mengantuk, badan dah sangat letih. Seharian saya mengadap komputer ni dan kerja masih jauh lagi untuk disiapkan. Saya ada cuma satu hari sahaja besok, sebelum perlu diserahkan kepada pelanggan saya.
Jadi, cadangnya nak lelapkan mata sekejap.
Sambil balas komen dan “melawat” kawan-kawan bloggers.
Namun…
Saya seringkali melihat beberapa orang pelawat (berdasarkan alamat i.p yang sama) datangnya dari Batam, Singapore, Rawang, Kajang, Bangi, Shah Alam, Kuching, Kuala Terengganu, Kuwait, Istanbul, New York, Peru, Paris, Zaventem -Belgium, The Hague – Netherlands dan macam-macam lagi (datang secara terus dan bukan melalui Google). Maknanya mereka ini memang mengetahui dan membaca blog saya.
Siapakah mereka?
Ada beberapa orang yang saya tahu – sebab memang saling komen-mengomen. Yang jadi “silent reader” ni lah yang tak kenal.
Kalau boleh, nak juga saya kenal. Bukan apa, cuma nak ucap terima kasih kerana sudi singgah baca blog saya setiap hari – walaupun tiada “update” (sebab saya bukan penulis blog sepenuh masa yer).
Jadi…
Kenal-kenalkan lah diri anda yer. Kalau segan nak komen – emailah saya di ruangan “contact” di atas atau FB page saya yer.
Sudikah anda mengenalkan diri anda? ENTAHLAH..I Dont Know. Namun..kepada pelawat tetap yang masih belum dikenali dari Petaling Jaya, The Hague , Zaventem dan New York – saya ucapkan ribuan terima kasih.
UPDATE
Terima kasih kepada pembaca dari New York iaitu Pn. Anne yg sudi memperkenalkan diri beliau.







36 Comments
the unknown..sometime i too wondering who are they..coz mine ada yang datang dari israel.. mula lah fikir yang bukan2..emm are we being monitored??
I cuma wonder yang datang secara terus – iaitu dia terus taip khairulabdullah.com, that means memang dia tahu blog i ni dan sering membacanya. Yang datang dari google tu i tak kisah, memang dia jumpa blog ni secara tak sengaja setelah memasukkan beberapa search keyword.
Ya betul, saya punya tak banyak dari luar negara tapi ada juga sekali sekala. Kalau dari German tu saya tau dah sapa…Pakistan, Qatar, Kanada pun saya tahu siapa tapi kalau Hunan, China..haa ni musykil..
Err Kajang tu saya lah kot ya..hik!
saya seboleh-bolehnya tak akan komen guna id anon, kalau malas login pun akan diletakkan nickname juga..
Saya banyak juga dari luar negara – sebabnya salah satu artikel paling popular saya mengenai Sepang Gold Coast. Itu yang membuatkan saya menerima kunjungan dari seluruh dunia. Namun itu saya tak kisah sebab mereka bukan pembaca tetap, cuma mahukan info sahaja. Yang saya teringin nak tahu adalah pembaca tetap, yang saban hari datang ke blog saya kadang-kadang sampai 3-4 kali sehari.
Ada juga pembaca yg tidak komen di sini – tetapi di FB page saya. Ye lah kan, kalau nak komen biarlah ditunjukkan identiti kita kan, baru credible.
ya setuju,
kalau tak nak letak nama, baik jangan komen. kalau saya, saya mesti akan letak nama kalau komen, cuma di laman maya ni tak bolehlah nak letak nama betul kan (saya terpaksa coverline..nanti polis antarabangsa cari..hahaha) atau sekurang-kurangnya letak id atai nickname kan. kalau sebut anon ni, rasa macam kenapalah nak berahsia sangat..tapi mungkin mereka ada alasan sendiri kenapa berbuat begitu kan…
sekian, anon…ehhh?? Hehe..
KA,
Org femes mmg mcm tu.
Ada saja yg nk men-skodeng.
Tp kalau nmpk flag dr Q8 tu, maklum sajalah ya.
Hahaha..Kak Sham, mana ada femes. Saya cuma ingin menghargai pembaca yang skodeng tu. Yang lain saya kenal, dari Kuwait dari Peru, dari Turki, dari France dan beberapa negara lain tu saya kenal (melalui komen dan berbalas komen). Yang saya tak kenal ni saya ingin kenal. π
Khairul
Nasib baik akak dah mula komen ya…sebab dah rasa bersalah baca blog orang tanpa kalimah ‘Assalamualaikum’. Durian rumah akak dah mula gugur tapi yang tak best nya tahun ni macam buah2 tu terbantut je….kecik2 je buah nya selalu tu besar2.
Eh Kak..tak perlu rasa bersalah. Orang lain yang tak komen pun tak perlu rasa bersalah yer. Saya cuma nak tahu siapa jer…boleh ucap terima kasih. Kalau tak takpelah π
Durian tu merajuk kot..sebab tuan dia tak makan..asyik bagi orang jer.
“silent reader”….tiap hari buka..:)
Ohhhhhh…gitu. Terima kasih lah yer.
i u kenal kan?
Sangatttt π
As salam Khairul,
Hola!
Bravo! Ramainya silent reader! Yes, mmg seronok kalau org baca hasil tulisan kita kan… And kalau boleh nak juga berkenal-kenalan… Taklah rasa bertepuk sebelah tangan betul tak…hahaha :p
Tapi yang paling best bila ada yg google nama kita di search engine! Pergghh..ferasan femes jap! kekekekeke… Maybe sebab blog awak yg cantik dgn gambar2 & from germany pulak as a bonus kan pandai masak lak tu! π
Have a nice day Khairul! Betul ke kita ckp Jerman tu? hehehee… chau…
Guten Tag Marya,
Ish..tak ler ramai…tak macam awak yg femes giler tu. Blog tak cantik pun cuma diorang cakap quite “fast load” tak yah tunggu lama.
Pandai masak? cara org lelaki lah..tak macam akak2 di luar sana π
Yer betul tu(danke Bruder). chau disini dieja sebagai Tschau – sebutan sama ciao, chau
einen schΓΆnen Wochenende noch. TschΓΌss
Have a nice weekend ahead. Bye
Khairul,
Orang cakap kalau selalu sedekah, nanti buah kat pokok tu makin banyak….jadi kita sedekah lah….tak tahu pulak bila kita sedekah dia merajuk…… alahai alahai.
Kak Sherry,
Betul tu..berkat sedekah dia makin menjadi – tapi tuan dia kena ler makan jugak kan π
memula dulu muskil jugak dgn silent reader ni
sbb dia tahu kisah kita tapi kita xkenal dia
lama2 dah tak kisah..bukan ada rahsia pun π
Irfa,
Saya tak kisah pun…cuma perasan ingin tahu. Tak tahu pun takpe…theres no secret anyway π
I pun tak kisah sangat silent reader ni.. tapi seronok plak rasa bila dpt kenal siapa mereka, kan. π
Betul Su…tak kisah..tapi seronok kalau dapat kenal π
hi khairul,
i’m introducing your blog to my friends.. depa tgh makan my cream cracker layered cake..hahaha…
Hi, wahhh really…terus i jadi malu2 kucing π
salam..actually sy ni silent reader blog KA,sy tak suka menulis tp suka membaca dan berckp(memg terer..heee)
jupe blog ni masa search resepi durian crepe thru utube mulanya,then melarat ke blog:)
Pn. Fadzilah,
Terima kasih kerana singgah membaca blog saya (serta tgk video youtube saya). Teruskanlah singgah membaca yer π
Salam, another silent reader here, from KL..Maaf kalau tak beri salam sebelum2 ni, selalu singgah ke blog ni bila stress kerja, sambil berangan nak mencuba resipi..
Puan Fina,
Terima kasih lah kerana jadi silent reader. Singah-singahlah selalu yer..dan selamat mencuba resepi2 yang tak seberapa tu π
p/s – macam saya kenal lah pn. Fina ni (bila tengok email address)
Salam KA
ermm… kita kenal rupanya..tapi kat mana ya π
yes, saya akan selalu singgah di sini, rajin2 la tulis ya
salam, saya kenal khairul abdullah masa tgk youtube cari resepi durian crepe. bila baca blog, macam ok je. so, i selalu buka blog u bila ada masa.
Terima kasih saudari Noni.
Salam… Saya dila, silent reader en. KA. best sangat blog awak ni..tu yang hari hari baca..
Daela,
Terima kasih kerana selalu baca blog saya. Maaflah yer sebab saya jarang menulis.
Blog awak pun best jugak π
Assalamualaikum….:)
Agak2nya saya kategori silent reader ke tak? Rasa2 dah tak kot…
Haaaa…dah tak silent dah. Dah masuk kategori paling tak senyap ni π
Assalamualaikum KA,
Saya Abdullah Idris dari Ipoh dan saya memang selalu juga datang baca ke blog KA.
Salam perkenalan dari saya.
Waalaikumsalam, terima kasih Tuan.