
Waaaahhh…tengok tajuk tu. Gempak bunyinya.
Ini adalah rentetan dari peristiwa pagi tadi apabila saya membaca blog Lady Windsor yang bercerita pasal kek ni yang sangat mudah di buat. Nampak sangat sedap..dan dengan penuh rasa cemburu..selesai kerja saya ke supermarket membeli cream cheese dan mentega. Bahan-bahan lain untuk buat kek ni sudah ada.
Jadi…sesampai sahaja di rumah..tanpa bertangguh, terus saya mengerjakan kek ini.
[spoiler intro=”Resepi” title=”Klik Disini untuk Resepi”]Bahan-Bahan
250gm Cream Cheese
75gm Butter
Setengah cawan gula
1 pek Cream Cracker (anggaran dalam 40 keping)
2 cawan susu – untuk rendaman biskut
Setengah cawan Nestum
Sedikit serbuk koko atau Milo
Susu Pekat atau Sos Karamel
Cara Membuatnya
Masukkan cream cheese, butter dan gula di dalam bekas dan pukul sehingga sebati.
Rendam biskut (jangan sampai lembik) dan susun di dalam loyang/bekas.
Sapukan sebatian cream cheese tadi sehingga rata. Jangan terlalu tebal.
Kemudian tuangkan susu pekat atau sos karamel…dilayangkan agar nipis untuk melekatkan serbuk nestum dan milo.
Kemudian taburkan serbuk nestum atau milo atau kedua-duanya. (saya cuma tabur serbuk milo di lapisan atas sekali.)
Ulang langkah tersebut sehingga selesai.
Masukkan ke dalam peti sejuk.
Hidang ketika sejuk.
Tips : Setelah banyak kali membuat kek ni – saya dapati amat sedap sekiranya diletakkan sos karamel di setiap lapisan dan ditabur dengan serbuk nestum.[/spoiler]
Terima kasih LW kerana memberi inspirasi kepada saya.









80 Comments
Hallooo..halloo…ini tidak adil namanya, kenapa cream cracker layered cake with cream cheese awak lebih cantik daripada saya punya haaa?(sambil hentak-hentak kaki) hahaha…uihhh jeles neh. Mana tahu saya letak susu pekat tu? Siap ada strawberry tu jadi aksesori tepi tu….hwaaaaa!!
Lw,
Hahaha….gambar je lebih tu, tentu rasa awak yg lagi sedap. Saya baca komen tu yg saya letak susu pekat. I tabur Milo kat atas. Lepas tu tgk ada lebih strawberi dlm fridge yg dah nak kering…tu yg jadi hiasan tu.
:)hmm cakap sungguh mata tu ya meneliti bahan-bahan. Saya sengaja tak letak resipi penuh dan tadi masa baca entry di atas tu saya terfikir alamak kalau tak letak gula atau susu, memang tak lengkaplah rasanya. Resipi awak tu memang complete, cuma saya guna cream cheese 259gm dan serbuk cocoa…supaya rasanya hampir menyamai tiramisu…
LW,
Letak susu pekat tu memang menambahkan lagi kelazatannya 🙂 Cream cheese saya tu agak2 jer..sebab saya beli 2 pek 175gm dan guna 1 pek setengah. So lebih kurang 260gm jugak lah lah. Saya ni kurang gemar coklat/koko…tu yg letak topping jer..just bagi ada kaler sikit.
kalau jadi jiran sebelah rumah, mungkin boleh jadi food-theraphy tapi bila dapat tengok gambar je, jadi eye-theraphy je lah….
yuuumss….
Pn. Lily,
Betul tu…tambah lagi kalau berjiran dengan LW…lagi best..dia masak jer.tak makan.
Nampak macam sedap. 😉
Aishah,
Memang sedappp.. 🙂
As salam KA,
Bravo! Clap! Clap! Clap! Automatically, craving of it! Nyumm…nyum… aduh… bila nak stop mamam creamy2 ni! hikss…
Salam merdeka raya KA! Of course we do share the same sentiments kan…kan…kan… Take care bro 🙂 😉
Wsalam Marya,
Bila nak stop makan benda2 creamy? Tak payah stop lah..bukan mkn everyday pun..sebulan sekali dua jer kan 🙂 . Lagipun org kurus slim mcm you taknpyh risau sgt.
Salam merdeka to you too..of coz being a makaysian, we do love our country..especially when we’re abroad kan?
hai KA 😉
tahniah sebab dah mencuba
saya dah cuba sendiri dirumah lw ..jgn jeles ye
nanti nak cuba jugak dirumah sendiri..tp entah bila
hahaha
Hi Irfa,
Untunglah korang yer dapat makan besar kat rumah LW…jeles jeles.
Eh..kena cuba tu..jgn tak cuba..simpan jer dlm fridge..masuk hari ke-3 lagi sedap rasanya 🙂
wala walaaa.. nampak sangat sedap. boleh try ni
June,
Cuba ler…Lily n Kimi pasti suka.
i dah makan semalam kat rumah LW… sedap…
Net,
Apa lagi LW jamu you all?
bakso… as u can see kat my blog… 🙂
Net,
I tau dah..ada bakso, cream cracker cake ni and also German cake kan? kan? kan?
yes… u are correct….. 🙂
cantek nyaaa kek n sangat mudah nak try nak try nak try
Lidiasuraya,
Kek ni kena biarkan lama sikit dalam fridge, bila dah betul2 sejuk dan sebati then baru boleh potong then baru dia jadi cantik. Kalau masuk fridge dalam setengah jam dan terus potong..agak kurang cantik sebab biskut belum betul2 lembut.
Sila try yer..jangan malu jangan segan 🙂
WOwwwiee..yang datang dari frankfurt ni pandai masak! Post la sikit ke sini! Nampak sedap dan menyelerakan…
Mummy,
Pandai tu tidak ler..tapi boleh lahh. Nak post tak boleh..nak makan kena datang sini 🙂
Hmm..jauhnye ke frankfurt..tengok pon jadilah..
Mummy,
Hahaha…memang jauh. Jangan tengok jer..cubalah buat.
memukau rasa kek ini! memaksa tekak menelan liur…seterusnya membuat pengakuan, bahawa mata tidak menipu..pasti enak!
MS,
Inilah kek kegemaran saya setakat ni. Dah 2 kali buat. Hujung minggu baru2 ni bawa ke sebuah majlis..ramai yg sukakannya. Memang enak..lagi enak kalau ada sos karamel (boleh dibeli di starbuck).
Kek kegemaran ya? Satu endorsement ini, kalau sdr Khairul yg pandai masak sudah kata begini, pasti betul kan! Harus saya cuba.
Yer betul..kek kegemaran dan “highly recommended”. Harus cuba!
Wah! Hebat! Saya suka gambar yang nampak sedap ni. Nanti, saya pasti cuba!Terima kasih Bro.
Pn. Nora,
Memang sedap..selamat mencuba yer. Anak2 pasti suka ni.
Assalamualaikum Yob,
Selamat Hari raya.
Ehhh ni ada iras-iras tiramisu eh? Tak susah nampak cara buat, boleh try!
W’salam Kak Yong,
Selamat HAri Raya juga.
Aah..ada iras-iras tiramisu, rasanya ada sikit2 kot, tak ketara sangat. Tapi cara buat tu sangat senang. Sila cuba yer 🙂
1st time sampai kat blog ni.. best.
alaa kek tu sedapnya.. balik kerja ni nak buat lah..
cuma konpius sikit la, yang letak cream cheese tu atas sekali ke, atau susun biskut pastu satu layer cream cheese pastu biskut balik pastu cream cheese?
tq..
Misya,
Terima kasih kerana singgah di sini.
Kek tu memang sedap (highly recommended)
Jangan confuse yer – cream cheese te letak kat setiap lapis termasuklah atas sekali. Susun biskut dalam tray lepas tu sapukan cream cheese kemudian boleh tabur serbuk nestum atau koko atau milo dan juga susu pekat kalau suka dan susun biskut lagi di atasnya dan sapu lagi creamcheese…ulang sampai habis. Selamat mencuba.
wahh expressnya jawapan..
tqvm..
x sabar nak cuba..
Misya,
Semua komen masuk ke dalam handphone saya..jadi saya boleh balas dengan ekspressnya. Selamat mencuba.
tuan, minta copy resepi ya. moga tuan asal punya resepi, tuan yang modified resepi ni, dan tuan-tuan lain yg sudi share, makin sukses di dapur 🙂
* saya nak try resepi ni. tgh bulan ni besday saya dan juga besday org rumah. selang sehari. back to back. so instead of buying a cake for us, saya rasa elok juga sesekali saya menyingsing lengan buat ‘sweet surprise’ mcm ni kan?
Iz..silakan copy, jangan malu2. Semua resepi yg ada di dalam blog ini adalah untuk dikongsi.
Betul tu, instead of beli, moleklah sekali sekala atau selalu buat sendiri – lebih afdal gitu 🙂 dan orang rumah pun pasti suka…bertambah sayanglah.
Untuk en. Iz dan isteri..Selamat Hari Lahir, semoga anda berdua diberikan kesihatan yang baik dan bahagian selalu. Aminnnnn.
hari ni hari lahir saya, semalam hari lahir wife. yang elok tentang tarikh back to back ni, adalah saya takkan lupa. hehe. alhamdulillah, atas semua rahmat Allah dalam hidup kita semua. aminnnnnn
En Iz,
Selamat hari lahir buat En. IZ dan isteri sekali lagi. Semoga diberikan kesihatan yang baik serta dilimpahkan rezeki untuk anda sekeluarga. Aminnn.
Dik Khairul,
gambar kek u ni buat akak sasau. Kompem jap lagi buat sebab kebetulan sume bahan2 sedia ada. tq kongsi resepi.
Kak Shaz,
Jangan sasau kak..bahaya tuhh. Buat yer..jgn tak buat. Nanti saya gi jenguk kat blog akak 🙂
susu pekat tu tuang jerr yer..takyah panaskan dulu ke apa…
Aah…tuangkan jer. Kalau dapat gantikan dengan karamel sos adalah lebih sedap 🙂
noted..thanks..nak cari caramel sauce recipe.. jap lagi nak try..tadi dah try buat mushroom soup tu…mmg sedap..
nk cuba lah buat ni…cream cheese ada tu,tp duk fikir gak ni nk wat brownies cheese atau cracker cheese..nk mkn pun susah…hehehe~
Hahaha….bukan nak makan yg susah..nak decide makan apa tu yg susah..nak mkn senang jer kan 🙂
ngehngeh~
betul…nk decide tu yg pening…nk masak yg tu,terasa nk mkn yg ni..sudahnya,mkn biskut cicah milo je:p
Hehehe….betul tu. Saya kadang2 end-up makan megi jer 🙂
errr..gula tu gula kasar ke gula castor o.O
Gula halusss yer..bukan castor dan bukan kasar.
alamak..kita letak gula castor td..tp menjadi juga..next time kena letak gula halus la,tp derhaka sikit,letak bancuhan nescafe supaya ada rasa pahit2 sikit,supaya tak muak sgt~sempat keraskan sejam,dah potong..ada yg tak sabar nk rasa x_x
Salam Khairul. Saya baru sja mencuba nya semalam.. pergh… yummyyyyyilicious..lemak berkrim… so simple to make. Tq for de recipe 🙂
susu rendam tu susu yg dibancuh ke??
Melor, susu itu ialah susu segar, kalau takde boleh jer gunakan susu pekat yang dibancuh namun biarkan sejuk dahulu.
mekasih ek..kelam kabut td.huhu..
Waalaikumsalam and youre most welcome 🙂
tq sgt utk resepi yg super awesome ni.bwk g opis bg kwn rase terus dia mintak resepi.hihi
Sama-sama. Jadi awak pakai susu pekat yg dibancuh atau susu segar untuk rendamkan biskut tu?
thanks khairul, sebenarnya auntie belajar dr anak saudara masa gi raya, tanya2 je resepi masa makan. Balik rumah lupa pulak nak tanya hingga habis…cuba cari2 kat internet.. cuma dia x guna butter, cheese campur susu pekat sj.. any how thanks.. idea acuan buat roti jala pun best. thanks 🙂
@Faridah Rahman Youre most welcome auntie 🙂
salam Khairul. I enjoyed surfing your blog and reading your recipes and cooking tips. Have been a silent reader for quite a while. just wanted you to know that I actually tried the cheesecake recipe and my whole family was in love with it. I posted the recipe on my blog and of course I backlinked to your site. Thanks once again for sharing the recipe. I love it! I am going to try your roti jala recipe when the time comes for me to make it. Do drop by my blog Tilah's Kitchen at http:tilahskitchen.blogspot.com. Of course, my pictures are not as great as yours.
Tilah's Kitchen Glad you like it. I love it too and must say that this the cake that i made the most..everybody is loving it.
Salam…sy teringin nk buat esok..tp sy kurang yakin bab nk rendam biskut ngan susu tu…:(
Dh berhari2 sy fikir…sy mcm x pandai nk agaknya…..apa thanks 4 resepi…sgt2 mengiurkn…
Iman,
Kenapa yer? takut biskut jadi lembik? Awak cuma rendamkan sekejap dan kira sampai 10 lepas tu angkat dan susunkan.
Jangan risau, kena cuba.
Mr.KA thanks a lots…I will try…really excited…
Selamat mencuba dan semoga berjaya 🙂
Mr.KA ada x resepi nk buat sos karamel y lazat…kikikiki…
Mudah saja…pegi beli kat kedai 🙂 kalau nak buat sendiri jugak begini caranya :-
Masak 1 cawan gula pasir atas api sederhana dan tambahkan 2 sudu air. Bila gula dah bertukar warna menjadi perang dan mendidih masukkan pula 6 sudu besar butter dan kacau. Selepas dah sebati alihkan dari api dan masukkan 1/2 cawan whipped cream dan kacau sebati kemudian letak kembali atas api sederhana dan kacau lagi sekejap lebih kurang 3 minit dan angkat. Biarkan sejuk. Kalau nak buat banyak sila gandakan kuantiti setiap bahan tadi. Selamat mencuba
Mr. KA tqvm…sy akan cuba smpai berjaya….
Bagusss..itulah semangat yg kita nak. Usaha tangga kejayaan 🙂
Salam Khairul, thanks for sharing resepi nie..sy dah cuba & mmg best..creamy,cheezy..dah 2x buat tp sy adjust skit..instead of topping ngan milo sy just topping ngan choc syrup + chopped almond..
@DyaNa Daniel W'salam dan terima kasih kerana mencuba 🙂
Dah lama nak try resepi ni tapi mana nak cari biskut lemak kat jerman ni? Pi kedai x pernah jumpa. Puas dah masuk edeka, kaufland, aldi lidl etc. Boleh bagi idea x mama nak cari. Vielen Dank im Voraus.
Ana boleh cuba cari di kedai runcit turki. Banyak jenis tea biscuit yg boleh digunakan. Walaupun tidak sama tetapi saya dah cuba 2-3 jenis dan alhamdulillah tidak mengecewakan.
Khairul, salam perkenalan. I am your silent reader. Makan cake ni di rumah my sister. Dah tried 2 kali baru I cari your blog. Sedap sangat. Buat potluck untuk my husband. Licin. Favourite anak-anak jugak. Thank you very much and keep on writing.
Salam perkenalan juga dari saya buat Puan Norazah. Terima kasih kerana membaca blog serta mencuba resepi saya. InshaAllah saya akan terus menulis selagi mampu.
helo. sy nak tanye. creamcheese tu takyah putar ke dulu? terus sapu atas biskut ke? sy jarang buat2 kek ni. so xtahu . t/kasih
Kalau awak baca betul2 langkah pertama adalah kena putar creamcheese dgn gula. Sila baca kembali.