
Boleh ke kalau ada tetamu datang beraya esok saya jamu dengan sup cendawan dan roti sahaja?
Boleh kan?
Kenapa tak boleh? Kan rumah saya..menu saya lah.
Esok Hari Raya Korban. Tiada persediaan dibuat. Tak beraya kot rasanya.
Jadi di malam raya yang mulia ini – makan malam ringkas sahaja tetapi agak istimewa. Jarang-jarang saya buat sup cendawan ni. Dan sudah semestinya sup yang dimasak sendiri ni lebih sedap daripada di restoran.
Bahan-Bahan :-
200-300gm (lebih kurang 7-10 biji) cendawan butang saiz sederhana dihiris nipis
90gm butter / margarineΒ
1 biji bawang besar Holland- dipotong dadu kecil
1 ulas bawang putih – diketuk
1.2 lliter stok ayam (saya guna kiub ayam maggi 1 ketul) – didihkan air dan masukkan kiub tadi – kemudian ketepikan.
1/2 cawan krim atau 1 cawan susu segar/cair (mana-mana yang ada)
3 sudu besar tepung gandum.
1 ranting Parsli – sekiranya ada
Lada hitam dan garam secukup rasa.
Penyediaannya
1. Panaskan butter/margarine tadi di dalam periuk sederhana dan masukkan bawang besar dan bawang putih tadi. Goreng seketika sampai bawang layu dan jangan sampai bawang bertukar warna.
2. Kemudian masukkan cendawan butang yg dihiris nipis tadi dan kacau selama 2-3 minit.
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
5. Masukkan stok ayam tadi – kacau sebati dan biarkan mendidih.
6. Selepas mendidih – ketepikan sup tadi dan biarkan sejuk seketika.
7. Dengan menggunakan “food processor” atau “blender” hancurkan (blend) sup tadi sehingga sebati.
8. Masukkan kembali sup tadi ke dalam periuk dan masukkan krim atau susu dan biarkan mendidih.
9. Selepas mendidih – matikan api dan hidangkan ketika panas.
10. Taburkan parsli dan lada hitam di atas sup.Β Sesuai dihidang bersama roti bawang putih (garlic bread)
Kepada semua Rakan Bloggers serta pembaca blog saya – Selamat Hari Raya Aidil Adha.Β Jemputlah datang ke rumah yer.
Ada ke yang nak datang? Entahlah…I Dont Know..








73 Comments
Assalamualaikum Khairul,
Nampak entri Khairul ni teringat Kak Sham sup cendawan di Pizza Hut. Dulu senang nak dapat di sini tapi recently byk branch yg dh x offer.
Maybe Pak & Mak Arab kurang minat nak mkn kut.
Nevertheless, cup cendawan Khairul tetap meruntum mata dan selera org di sini. Kena ajak Cik Asben pi Pizza Hut jugak la mcm ni. Nak buat sendri.. ermmm…
Last but not least..
Eid Mubarak.. esok kalau free meh la dtg beraya ke rumah. Kami pun x kemana-mana. Cik Asben kena keja.
W’salam Kak Sham,
Betul tu..saya pun suka jugak sup cendawan kat Pizza Hut tu. Ehh..buat sendirilah lagi best, tak yah susah2kan pizza hut tu :).
Eid Mubarak juga utk Kak Sham sekeluarga. Hahah..nanti kalau ada kelapangan saya singgah yer π
Wahhh kemain lagi sup cendawan tu..gerenti sedap. Ok resipi ada, harus dicuba untuk tetamu saya esok. Saya nak match dengan garlic bread..okeh jemput datang beraya kat windsor juga ya,(jemputan ini valid hingga november next year yea
LW,
Wahhh….bagus tu..kambing ada? Terima kasih atas jemputan tu..InsyaAllah raya next year ye.
salam eiduladha khairul,
sup cendawan makan panas2 dgn garlic bread..mmg hidangan yg excellent..kasi tambah kambing bakar ..a perfect menu for eidul adha
Blu4sky,
Salam Raya Korban. Betul tu, kalau diregu dengan kambing bakar..memang terbaik lah. π
Salam Perkenalan Khairul,
Akak selalu nampak awak komen di blog Nenetpenne….akak pun pergi lah terjah blog awak…selalu baca tapi tak pernah komen…lama lama rasa bersalah pulak…ambik resepi awak tapi tak pernah ucap terima kasih pun…sorrrry ya.
Salam Kak Sherry π
Terima kasih kerana singgah di blog saya. Eh..pasal resepi tu tak payahlah berterima kasih. Memang niat untuk berkongsi pun. Lepas-epas ni kalau terjah tu silalah komen yer :).
selamat hari raya.. lambat pulak wish nya kan..
hari raya tak balik kampung pun, jadinya beraya kat USJ jer.. masak nasi arab, kurma ayam, salsa, ikan turbuk goreng..tapi tu semuaaaa…bukan i yang buat… heeeee
senang kan buat sup cendawan ni… tapi biasalah i kan.. instant sup jugak yang palinggggg senang… π
Memang sudah terlambat Net…raya puasa boleh la sebulan π
Habis you buat apa jer? Makan and makan and makan jer?
Aah senang jer tapi instant lagi senang. Tapi buat sendiri lagi sedap.
ha ah..i makan and makan and makan jer… π
it’s like siapa kahwin dgn i memang susah hati sebab bini tak suka masak… okay!!! i’m fine with it…
Hahaha….kena kawin dengan orang yang suka and rajin masak lah π Takpun restoran kan banyak…apa susah.
ciri2 yang disukai… π
Suka ciri yg rajin dan pandai masak atau yg suka makan di restoran? π
both….
Ahhhh….cool π
wah..
sodap sungguh sup hari raya ni.
Pn. Edalinawati,
Terima kasih. Memang sedap bagi tekak saya ni π
TQ…
Most welcome π
TQ Sebb bg resepi yg best nie…boleh masak2 time free..
@Princess Nur Najla Najmi Youre most welcome π Selamat mencuba.
tq ye….
Mcam best la plak. Nk trylah.. tq khairul.
Sue,
Sila lah try jangan malu2 π
Salam Encik Khairul, saya telah mencuba resepi. Memang nampak mudah. Cuma saya tak guna butter sebab takde. Jadi saya guna canola oil. Memang saya suka mushroom soup. Yang dah siap dalam tin Pre go atau paket Meg i tu masin amatlah pulak.
Punyalah malas nak guna food processer (sebab perlu keluarkan dari dalam kotak yang terletak di dalam bilik tingkat atas) so saya tumbuk je cendawan butang, bawang putih dan bawang besar. Separately of course. Then walah , masa saya test taste ‘Emmm, heavennya!!!’.
Masa hidangkan pada suami dan duduk makan sama, barulah come to mind, patutlah si Khairul suruh pakai food processor. Tepung tu bergumpal gumpal dalam mulut saya. Ha ha. Ok, thanks anyway. Lain kali akan buat lagi. dengan food processor of course! Have a nice day ahead.
Bik, sebenarnya tepung tu tak sepatutnya bergumpal2 kerana ia dimasukkan ketika tumisan bawang dan cendawan. Namun akan berketul2 dan bergumpal sekiranya dimasukkan tepung selepas masuk stok ayam. Namun eloklah sekiranya Bik pakai food processor lain kali kerana tekstur sup akan jadi lebih smooth :). Kalau Bik nak rasa ketul2 cendawan boleh lah didadu cendawan asing kemudian masukkan selepas mendidih sebelum ditutup api.
Selamat mencuba lagi.
kalau blend je terus bahan2 iin then baru masuk periuk ok ke
kalau blend je terus bahan2 iin then baru masuk periuk ok ke
Ab Medina Hahahah…entah. Awak cuba lah. Tapi kalau rasa tak sedap ke apa ke sendiri tanggung yer π
hahhaha
hahhaha
Salam Encik Khairul, sebenarnya saya memang masukkan tepung selepas tumis bawang tu tapi lepas masuk susu saya tak puas hati sebab the soup is runny. Jadi saya taburkan tepung untuk konon pekatkan. Hi hi hi.
BTW, saya dah khatam blog awak sampai April 2010. Dari pengamatan saya penulisan awak semasa tinggal di German lebih tenang, aman dan tenteram untuk dibaca berbanding semasa awak duduk di tanahair. Menunjukkan fikiran awak lebih aman damai ketika di German. It is no surprise to me. Malaysia memang havoc! Kalau tak percaya try drive a car here.
Thanks..dah cuber n my hubby suka sangat alhamdulillah sebab dia suka cream soupbkat dome so.. Bila try yang nie dia kata not bad…
Terima kasih kerana mencuba. Buat selalu maka nanti akan jadi bertambah sedap π
Anak sulung saya umur 2 tahun. Memang suka sangat makan sup cendawan ni. So, mak nya ni nak try la masak sendiri dan google resepi jumpa blog ni. Hehehe. Tak sabar nak cuba.
Thanks ye share resepi ni. Tapi kalau tak letak parsli pun ok je kan?
Parsli tu optional. Saya pun jarang letak. Selamat mencuba yer
saya nak buat tapi tak sempat sebab saya kena baca buku untuk UPSR nanti….sedihnye:(
Assalamualaikum, sy dh mencuba resepi ni.. tak dinafikan memang sedap..anak sy yg sulong berumur 5 tahun memang gemarkan sup cendawan n dia suka sup yg sy bt guna resepi ni.lepas ni,dh tak perlu beli yg tin lg.buat sendiri lg puas hati. terima kasih atas perkongsian resepi ni π
Terima kasih Puan Aida kerana mencuba resepi ini dan Alhamdulillah kerana anak puan suka. Gembira saya mendengarnya π
kalau tk blend boleh ke?
Boleh, tapi mushroom tak akan bercampur sebati dengan sup dan rasanya pasti tidak best. Jadi kalau nak ikut resepi saya maka kena blend.
Assalam ,
Jom share …Amira ,tepung tu bagus dibancuh dengan air biasa .yg tidak panas…lepas tu ..curahkan pelan pelan sewaktu menumis bawang +butter + cendawan tadi…
sedap2!..aah kena blend ..baru dapat rasa sebati..add on blend cendawan butang sikit…huhuhu
Baru lepas buat sup cendawan…tp takk sesedap sup kat pizza hut..hu3 lps buat br jumpe pg ni…next nk try resepi u plak la =)
time bile masukkan susu/krim???
Sila tengok cara penyediaan no. 8
elok pulak dekat hari raya haji 2015. Saya ambil resepi yer
Silakannn π
Aaa saya x de blender dan sangat terdesak nak buat sup cendawan π
Tq…rsepi ni memang best.. sya dh bberapa kali buat.. kejap lagi nl buat smula… rugi x try…
@Lela SU Terima kasih kerana mencuba. Kongsilah bersama rakan2 yang lain yer.
X perlu soal bnyak2.. just follow the step.. betul x khairul?? Tq sesngt.. rsepi ni mmg meletup..
Yer betulll..baca, fahamkan dan follow π Mudah sangat sebenarnya.
Boleh x ganti dgn oyster mushroom?
Saya tidak pasti kerana tidak pernah mencuba. Saya rasa tekstur oyster mushroom yang lembab dan berair akan merubah rasa sup tersebut – mungkin lebih best ataupun tidak. Anda boleh cuba sendiri.
kalau mushroom di blend dulu boleh tak?
saya baru cuba… sedap sangat.. thanks
Terima kasih kerana mencuba π
Kalau guna portobello mushroom xper kan? Ker rasa dia lain?
Saya tidak pasti kerana tidak pernah mencuba. Namun jika dilihat rupa dan tekstur portobello mushroom adalah sama dengan cendawan butang cuma saiznya sahaja yang jauh beza. Saya rasa mungkin rasanya jauh lebih sedap. Cubalah.
Assalamualaikum..sye bru cuba ..mmg sedap.. tk sia2 buat..thanks ..
Sedap bangat! Tq for the recipe
Terima kasih kerana mencuba.
Waalaikumsalam. Terima kasih kerana mencuba.
terima kasih atas resipe nya
looks great π
thank you for resepi, i like this sup..nyummy
Terima kasih di atas perkongsian resepi tuan. Sedap sangat resepi homemade ni.
Terjumpa resepi ni..tk sabar nk cuba… Mudah2an menjadi…
guna cendawan dlam tin or bukan dlam tin ehh?
Guna cendawan butang segar bukan dalam tin.
Aslkum, salam ramadhan 2017, nak tanya, klu saya campurkan few varieties of mushroom, is it?
Waalaikumsalam. Boleh campurkab cendawan, tetapi haya dari jenis cendawan butang.