• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Siapakah Dan Dari Manakah?

03/11/2012

Jam dah dekat 2 pagi.

Mata dah mengantuk, badan dah sangat letih. Seharian saya mengadap komputer ni dan kerja masih jauh lagi untuk disiapkan. Saya ada cuma satu hari sahaja besok, sebelum perlu diserahkan kepada pelanggan saya.

Jadi, cadangnya nak lelapkan mata sekejap.

Sambil balas komen dan “melawat” kawan-kawan bloggers.

Namun…

Saya seringkali melihat beberapa orang pelawat (berdasarkan alamat i.p yang sama) datangnya dari Batam, Singapore, Rawang, Kajang, Bangi, Shah Alam, Kuching, Kuala Terengganu, Kuwait, Istanbul, New York, Peru, Paris, Zaventem -Belgium, The Hague – Netherlands dan macam-macam lagi (datang secara terus dan bukan melalui Google). Maknanya mereka ini memang mengetahui dan membaca blog saya.

Siapakah mereka?

Ada beberapa orang yang saya tahu – sebab memang saling komen-mengomen. Yang jadi “silent reader” ni lah yang tak kenal.

Kalau boleh, nak juga saya kenal. Bukan apa, cuma nak ucap terima kasih kerana sudi singgah baca blog saya setiap hari – walaupun tiada “update” (sebab saya bukan penulis blog sepenuh masa yer).

Jadi…

Kenal-kenalkan lah diri anda yer. Kalau segan nak komen – emailah saya di ruangan “contact” di atas atau FB page saya yer.

Sudikah anda mengenalkan diri anda? ENTAHLAH..I Dont Know. Namun..kepada pelawat tetap yang masih belum dikenali dari Petaling Jaya, The Hague , Zaventem dan New York – saya ucapkan ribuan terima kasih.

UPDATE

Terima kasih kepada pembaca dari New York iaitu Pn. Anne yg sudi memperkenalkan diri beliau.

Β 

abdullahcara mengetahui pelawat blog kitafb khairul abdullahkhairulkhairul abdullahpelawat blog andasiapa melawat blog saya
Share

Believe It or Not  / Blog  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Resepi Cendawan Maitake Bersama Hirisan Daging Panggang
07/11/2019
50 Tips Penting Untuk Sewa Kereta & Memandu Di Eropah
06/04/2017
Secara Tak Sedar Kita Ambil Hak Orang
05/12/2016

36 Comments


blu4sky
03/11/2012 at 3:23 am
Login to Reply

the unknown..sometime i too wondering who are they..coz mine ada yang datang dari israel.. mula lah fikir yang bukan2..emm are we being monitored??



    Khairul Abdullah
    03/11/2012 at 7:45 am
    Login to Reply

    I cuma wonder yang datang secara terus – iaitu dia terus taip khairulabdullah.com, that means memang dia tahu blog i ni dan sering membacanya. Yang datang dari google tu i tak kisah, memang dia jumpa blog ni secara tak sengaja setelah memasukkan beberapa search keyword.

ladywindsor
03/11/2012 at 5:22 am
Login to Reply

Ya betul, saya punya tak banyak dari luar negara tapi ada juga sekali sekala. Kalau dari German tu saya tau dah sapa…Pakistan, Qatar, Kanada pun saya tahu siapa tapi kalau Hunan, China..haa ni musykil..
Err Kajang tu saya lah kot ya..hik!
saya seboleh-bolehnya tak akan komen guna id anon, kalau malas login pun akan diletakkan nickname juga..



    Khairul Abdullah
    03/11/2012 at 7:50 am
    Login to Reply

    Saya banyak juga dari luar negara – sebabnya salah satu artikel paling popular saya mengenai Sepang Gold Coast. Itu yang membuatkan saya menerima kunjungan dari seluruh dunia. Namun itu saya tak kisah sebab mereka bukan pembaca tetap, cuma mahukan info sahaja. Yang saya teringin nak tahu adalah pembaca tetap, yang saban hari datang ke blog saya kadang-kadang sampai 3-4 kali sehari.

    Ada juga pembaca yg tidak komen di sini – tetapi di FB page saya. Ye lah kan, kalau nak komen biarlah ditunjukkan identiti kita kan, baru credible.

      ladywindsor
      03/11/2012 at 10:48 am

      ya setuju,
      kalau tak nak letak nama, baik jangan komen. kalau saya, saya mesti akan letak nama kalau komen, cuma di laman maya ni tak bolehlah nak letak nama betul kan (saya terpaksa coverline..nanti polis antarabangsa cari..hahaha) atau sekurang-kurangnya letak id atai nickname kan. kalau sebut anon ni, rasa macam kenapalah nak berahsia sangat..tapi mungkin mereka ada alasan sendiri kenapa berbuat begitu kan…

      sekian, anon…ehhh?? Hehe..

Kak Sham
03/11/2012 at 6:41 am
Login to Reply

KA,
Org femes mmg mcm tu.
Ada saja yg nk men-skodeng.
Tp kalau nmpk flag dr Q8 tu, maklum sajalah ya.



    Khairul Abdullah
    03/11/2012 at 7:55 am
    Login to Reply

    Hahaha..Kak Sham, mana ada femes. Saya cuma ingin menghargai pembaca yang skodeng tu. Yang lain saya kenal, dari Kuwait dari Peru, dari Turki, dari France dan beberapa negara lain tu saya kenal (melalui komen dan berbalas komen). Yang saya tak kenal ni saya ingin kenal. πŸ™‚

Sharifah rosidah
03/11/2012 at 9:56 am
Login to Reply

Khairul

Nasib baik akak dah mula komen ya…sebab dah rasa bersalah baca blog orang tanpa kalimah ‘Assalamualaikum’. Durian rumah akak dah mula gugur tapi yang tak best nya tahun ni macam buah2 tu terbantut je….kecik2 je buah nya selalu tu besar2.



    Khairul
    04/11/2012 at 12:21 am
    Login to Reply

    Eh Kak..tak perlu rasa bersalah. Orang lain yang tak komen pun tak perlu rasa bersalah yer. Saya cuma nak tahu siapa jer…boleh ucap terima kasih. Kalau tak takpelah πŸ™‚

    Durian tu merajuk kot..sebab tuan dia tak makan..asyik bagi orang jer.

Rizwan Abdullah
03/11/2012 at 12:23 pm
Login to Reply

“silent reader”….tiap hari buka..:)



    Khairul
    04/11/2012 at 12:30 am
    Login to Reply

    Ohhhhhh…gitu. Terima kasih lah yer.

NenetPenne
03/11/2012 at 1:02 pm
Login to Reply

i u kenal kan?



    Khairul
    04/11/2012 at 12:32 am
    Login to Reply

    Sangatttt πŸ™‚

Marya Yusof
04/11/2012 at 5:29 am
Login to Reply

As salam Khairul,

Hola!

Bravo! Ramainya silent reader! Yes, mmg seronok kalau org baca hasil tulisan kita kan… And kalau boleh nak juga berkenal-kenalan… Taklah rasa bertepuk sebelah tangan betul tak…hahaha :p

Tapi yang paling best bila ada yg google nama kita di search engine! Pergghh..ferasan femes jap! kekekekeke… Maybe sebab blog awak yg cantik dgn gambar2 & from germany pulak as a bonus kan pandai masak lak tu! πŸ™‚

Have a nice day Khairul! Betul ke kita ckp Jerman tu? hehehee… chau…



    Khairul
    04/11/2012 at 10:56 am
    Login to Reply

    Guten Tag Marya,

    Ish..tak ler ramai…tak macam awak yg femes giler tu. Blog tak cantik pun cuma diorang cakap quite “fast load” tak yah tunggu lama.

    Pandai masak? cara org lelaki lah..tak macam akak2 di luar sana πŸ™‚

    Yer betul tu(danke Bruder). chau disini dieja sebagai Tschau – sebutan sama ciao, chau

    einen schΓΆnen Wochenende noch. TschΓΌss
    Have a nice weekend ahead. Bye

Sharifah rosidah
04/11/2012 at 3:45 pm
Login to Reply

Khairul,

Orang cakap kalau selalu sedekah, nanti buah kat pokok tu makin banyak….jadi kita sedekah lah….tak tahu pulak bila kita sedekah dia merajuk…… alahai alahai.



    Khairul Abdullah
    05/11/2012 at 8:19 am
    Login to Reply

    Kak Sherry,

    Betul tu..berkat sedekah dia makin menjadi – tapi tuan dia kena ler makan jugak kan πŸ™‚

irfa
06/11/2012 at 7:55 am
Login to Reply

memula dulu muskil jugak dgn silent reader ni
sbb dia tahu kisah kita tapi kita xkenal dia
lama2 dah tak kisah..bukan ada rahsia pun πŸ™‚



    Khairul
    06/11/2012 at 11:50 am
    Login to Reply

    Irfa,

    Saya tak kisah pun…cuma perasan ingin tahu. Tak tahu pun takpe…theres no secret anyway πŸ™‚

Su
07/11/2012 at 3:59 am
Login to Reply

I pun tak kisah sangat silent reader ni.. tapi seronok plak rasa bila dpt kenal siapa mereka, kan. πŸ™‚



    Khairul
    07/11/2012 at 1:15 pm
    Login to Reply

    Betul Su…tak kisah..tapi seronok kalau dapat kenal πŸ™‚

blu4sky
07/11/2012 at 9:34 am
Login to Reply

hi khairul,
i’m introducing your blog to my friends.. depa tgh makan my cream cracker layered cake..hahaha…



    Khairul
    07/11/2012 at 1:23 pm
    Login to Reply

    Hi, wahhh really…terus i jadi malu2 kucing πŸ™‚

fadzilahazman
14/11/2012 at 4:11 am
Login to Reply

salam..actually sy ni silent reader blog KA,sy tak suka menulis tp suka membaca dan berckp(memg terer..heee)
jupe blog ni masa search resepi durian crepe thru utube mulanya,then melarat ke blog:)



    Khairul Abdullah
    14/11/2012 at 10:30 am
    Login to Reply

    Pn. Fadzilah,

    Terima kasih kerana singgah membaca blog saya (serta tgk video youtube saya). Teruskanlah singgah membaca yer πŸ™‚

fina
20/11/2012 at 2:17 pm
Login to Reply

Salam, another silent reader here, from KL..Maaf kalau tak beri salam sebelum2 ni, selalu singgah ke blog ni bila stress kerja, sambil berangan nak mencuba resipi..



    Khairul Abdullah
    20/11/2012 at 5:22 pm
    Login to Reply

    Puan Fina,

    Terima kasih lah kerana jadi silent reader. Singah-singahlah selalu yer..dan selamat mencuba resepi2 yang tak seberapa tu πŸ™‚

    p/s – macam saya kenal lah pn. Fina ni (bila tengok email address)

fina
26/11/2012 at 10:31 am
Login to Reply

Salam KA

ermm… kita kenal rupanya..tapi kat mana ya πŸ™‚
yes, saya akan selalu singgah di sini, rajin2 la tulis ya



noni
29/04/2013 at 6:35 am
Login to Reply

salam, saya kenal khairul abdullah masa tgk youtube cari resepi durian crepe. bila baca blog, macam ok je. so, i selalu buka blog u bila ada masa.



    K
    29/04/2013 at 9:38 am
    Login to Reply

    Terima kasih saudari Noni.

daela
02/12/2013 at 9:58 am
Login to Reply

Salam… Saya dila, silent reader en. KA. best sangat blog awak ni..tu yang hari hari baca..



    Khairul Abdullah
    02/12/2013 at 10:08 am
    Login to Reply

    Daela,

    Terima kasih kerana selalu baca blog saya. Maaflah yer sebab saya jarang menulis.

    Blog awak pun best jugak πŸ™‚

twin
03/04/2014 at 7:48 am
Login to Reply

Assalamualaikum….:)
Agak2nya saya kategori silent reader ke tak? Rasa2 dah tak kot…



    Khairul Abdullah
    03/04/2014 at 3:34 pm
    Login to Reply

    Haaaa…dah tak silent dah. Dah masuk kategori paling tak senyap ni πŸ™‚

Perawat Islam
23/07/2016 at 10:21 pm
Login to Reply

Assalamualaikum KA,

Saya Abdullah Idris dari Ipoh dan saya memang selalu juga datang baca ke blog KA.

Salam perkenalan dari saya.



    Khairul Abdullah
    23/07/2016 at 10:22 pm
    Login to Reply

    Waalaikumsalam, terima kasih Tuan.

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

Β© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved