
Sebulan dua yang lepas saya dihubungi oleh En. Zaili Dolah yang membaca blog saya melalui email bertanyakan tentang Jerman serta budayanya. Ketika itu saya menyangkakan yang En. Zaili akan datang melancong atau bercuti di Jerman. Tidak terlintas langsung di fikiran saya ketika itu yang En. Zaili yang berasal dari Jengka, Pahang ini berada di dalam kesusahan. Beliau adalah seorang ayah kepada kanak-kanak yang bernama Mohd Asyraf yang menghidap Hypoglecemia (Ketiadaan gula/glukos di dalam darah).
Setelah berbalas email beberapa ketika dan mesej melalui whatsapp – maka saya tahu cerita yang sebenar.
En Zaili sedang mengumpulkan dana untuk membawa anaknya datang berubat di sebuah hospital pakar di Berlin, insha Allah pada 16 Jun nanti. Doktor di Berlin telah memberikan tarikh 16hb dan juga 30hb Jun ini supaya kes ini dirawat segera.
Namun, setelah menghubungi dan bercakap dengan En. Zaili melalui telefon sebentar tadi, beliau memaklumkan yang dana/tabung sumbangan untuk Mohd Asyraf masih belum mencukupi. Kos perbelanjaan untuk rawatan adalah sekitar RM250 ribu manakala jumlah terkumpul baru mencecah RM60 ribu.
Jadi, saya dengan ini mengalu-alukan kepada rakan serta pembaca blog saya untuk memanjangkan entri ini kepada rakan-rakan anda yang lain supaya sumbangan untuk tabung ini dapat dipercepatkan.
Urusan ketibaan En. Zali dan isteri serta anaknya di sini (Frankfurt dan Berlin) sedang saya uruskan, semoga beban beliau dapat diringankan di sini.
Namun keperluan perbelanjaan yang sebegitu banyak hanya dapat dipenuhi melalui ehsan kita sesama manusia.
Marilah kita sam-sama membantu adik Mohd Asyraf. Bantuan kewangan boleh disalurkan melalui akaun isteri En. Zaili iaitu :
Nama : Rasidah Binti Ardani
Maybank : 1561 4130 7260
Bagi yang ingin menghubungi En Zaili sendiri dan bertanyakan tentang kisah sebenar, boleh hubungi beliau di talian : 019 932 1566
Saya bagi pihak En. Zali mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan yang sudi membantu. Semoga jasa baik semua diberi ganjaran oleh ALLAH S.W.T.
![]()







12 Comments
Bi'iznillah,
Semoga Allah merahmati segala usaha yg mulia ini.
Thanks Kak. Sama2 lah kita membantu setakat yg mampu.
semoaga KA dirahmati Allah sekamanya.. insyA ramai2 kita bantu..
Thanks Mulan. Semoga segala urusan En. Zaili dan anaknya dipermudahkan olehNya. Aminn.
Didoakan adik Asyraf diberi kesejahteraan walau dalam apa situasi sekalipun.
Semoga usaha Khairul mempermudahkan urusan mereka akan sentiasa dirahmati Allah..
TQ LW. Sama2 lah kita berdoa semoga urusan perjalanan dan pembedahan adik Asyraf berjalan lancar. Aminn.
Salam KA, semuga Allah memberi 1000 Rahmat ke atas usaha yang mulia ini, sama-sama kita membantu dan berdoa agar Adik Mohd Asyraf ditemukan dengan penawar dan ubat bagi penyakitnya, kepada ibubapa dan keluarga semuga menerima ujian ini dengan penuh kesabaran dan di permudahkan segala urusan. Ameen.
Fina,
Terima kasih atas sokongan anda. Semoga doa anda diperkenankan olehNya. Ameenn.
Salam from BJ, Shah Alam. I nie ur pembaca setia ur blog secara senyap2 ……hehehehehe hari nie sgt tersentuh bila baca mengenai penderitaan adik Mohd Asyraf. Sama-sama kita beramal dan mendoakan yg terbaik buat adi Asyraf dan keluarganya. Amin.
Ehh orang Bukit Jelutong ke? Sama lah kita.
Terima kasih kerana membaca blog saya. Selalu2 lah tinggalkan komen yer. Nanti kita boleh teh tarik kat MMZ.
semoga dipermudahkan urusan dan dpt kumpul dana tersebut
insya Allah membantu setakat yg mampu
Terima kasih Irfa.