• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Mohon Bantu Adik Mohd Asyraf Penghidap Hypoglycemia

29/05/2013

mohdasyraf

Sebulan dua yang lepas saya dihubungi oleh En. Zaili Dolah yang membaca blog saya melalui email bertanyakan tentang Jerman serta budayanya. Ketika itu saya menyangkakan yang En. Zaili akan datang melancong atau bercuti di Jerman. Tidak terlintas langsung di fikiran saya ketika itu yang En. Zaili yang berasal dari Jengka, Pahang ini berada di dalam kesusahan. Beliau adalah seorang ayah kepada kanak-kanak yang bernama Mohd Asyraf yang menghidap Hypoglecemia (Ketiadaan gula/glukos di dalam darah).

Setelah berbalas email beberapa ketika dan mesej melalui whatsapp – maka saya tahu cerita yang sebenar.

En Zaili sedang mengumpulkan dana untuk membawa anaknya datang berubat di sebuah hospital pakar di Berlin,  insha Allah pada 16 Jun nanti. Doktor di Berlin telah memberikan tarikh 16hb dan juga 30hb Jun ini supaya kes ini dirawat segera.

Namun, setelah menghubungi dan bercakap dengan En. Zaili melalui telefon sebentar tadi, beliau memaklumkan yang dana/tabung sumbangan untuk Mohd Asyraf masih belum mencukupi. Kos perbelanjaan untuk rawatan adalah sekitar RM250 ribu manakala jumlah terkumpul baru mencecah RM60 ribu.

Jadi, saya dengan ini mengalu-alukan kepada rakan serta pembaca blog saya untuk memanjangkan entri ini kepada rakan-rakan anda yang lain supaya sumbangan untuk tabung ini dapat dipercepatkan.

Urusan ketibaan En. Zali dan isteri serta anaknya di sini (Frankfurt dan Berlin) sedang saya uruskan, semoga beban beliau dapat diringankan di sini.

Namun keperluan perbelanjaan yang sebegitu banyak hanya dapat dipenuhi melalui ehsan kita sesama manusia.

Marilah kita sam-sama membantu adik Mohd Asyraf. Bantuan kewangan boleh disalurkan melalui akaun isteri En. Zaili iaitu :

Nama : Rasidah Binti Ardani

Maybank : 1561 4130 7260

Bagi yang ingin menghubungi En Zaili sendiri dan bertanyakan tentang kisah sebenar, boleh hubungi beliau di talian : 019 932 1566

Saya bagi pihak En. Zali mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan yang sudi membantu. Semoga jasa baik semua diberi ganjaran oleh ALLAH S.W.T.

signature

bantuandana rawatanmohd asyrafmohon dermapenghidap hypoglycemiasumbangan ikhlas
Share

Blog  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Asyraf Selamat Tiba di Berlin
18/06/2013

12 Comments


Shamsiah Abdul Rahman
30/05/2013 at 11:52 am
Login to Reply

Bi'iznillah,
Semoga Allah merahmati segala usaha yg mulia ini.



    Khairul Abdullah
    02/06/2013 at 9:27 am
    Login to Reply

    Thanks Kak. Sama2 lah kita membantu setakat yg mampu.

mulan
02/06/2013 at 7:48 am
Login to Reply

semoaga KA dirahmati Allah sekamanya.. insyA ramai2 kita bantu..



    Khairul Abdullah
    02/06/2013 at 11:28 am
    Login to Reply

    Thanks Mulan. Semoga segala urusan En. Zaili dan anaknya dipermudahkan olehNya. Aminn.

ladywindsor
03/06/2013 at 1:35 am
Login to Reply

Didoakan adik Asyraf diberi kesejahteraan walau dalam apa situasi sekalipun.

Semoga usaha Khairul mempermudahkan urusan mereka akan sentiasa dirahmati Allah..



    Khairul
    03/06/2013 at 8:22 am
    Login to Reply

    TQ LW. Sama2 lah kita berdoa semoga urusan perjalanan dan pembedahan adik Asyraf berjalan lancar. Aminn.

fina
08/06/2013 at 4:19 pm
Login to Reply

Salam KA, semuga Allah memberi 1000 Rahmat ke atas usaha yang mulia ini, sama-sama kita membantu dan berdoa agar Adik Mohd Asyraf ditemukan dengan penawar dan ubat bagi penyakitnya, kepada ibubapa dan keluarga semuga menerima ujian ini dengan penuh kesabaran dan di permudahkan segala urusan. Ameen.



    Khairul
    09/06/2013 at 11:05 pm
    Login to Reply

    Fina,

    Terima kasih atas sokongan anda. Semoga doa anda diperkenankan olehNya. Ameenn.

N2BJ
10/06/2013 at 4:55 am
Login to Reply

Salam from BJ, Shah Alam. I nie ur pembaca setia ur blog secara senyap2 ……hehehehehe hari nie sgt tersentuh bila baca mengenai penderitaan adik Mohd Asyraf. Sama-sama kita beramal dan mendoakan yg terbaik buat adi Asyraf dan keluarganya. Amin.



    Khairul Abdullah
    11/06/2013 at 9:17 am
    Login to Reply

    Ehh orang Bukit Jelutong ke? Sama lah kita.

    Terima kasih kerana membaca blog saya. Selalu2 lah tinggalkan komen yer. Nanti kita boleh teh tarik kat MMZ.

irfa
11/06/2013 at 2:52 am
Login to Reply

semoga dipermudahkan urusan dan dpt kumpul dana tersebut
insya Allah membantu setakat yg mampu



    Khairul Abdullah
    11/06/2013 at 8:53 am
    Login to Reply

    Terima kasih Irfa.

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved