• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

2000km Raya Yang Tak Dirancang

14/08/2013

solatraya

Salam Aidilfitri buat semua.

Seperti di tahun-tahun lepas, tiada yang istimewa beraya di perantauan ini kecuali berada bersama yang tersayang dan juga rakan-rakan. Tiada sanak saudara untuk kunjung mengunjung, yang ada hanyalah rakan-rakan yang berada di segenap ceruk bumi Eropah ini.

[quote]Solat Sunat Aidilfitri bermula jam 9.30pagi diimamkan oleh seorang rakan yang dipaksa menjadi bidan terjun. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.[/quote]

Seawal jam 5.00 pagi saya bangun untuk menyediakan sedikit makanan untuk di bawa ke Pejabat Konsul Besar Malaysia. Jam 8.00 pagi saya dan isteri menuju ke sana dengan membawa meehon goreng, nasi impit dan juga kuah kacang sepertimana yang telah dipersetujui ketika berbincang dengan semua rakan-rakan tentang menu raya “pot luck” untuk tahun ini.

Solat Sunat Aidilfitri bermula jam 9.30pagi diimamkan oleh seorang rakan yang dipaksa menjadi bidan terjun.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. imamraya2013

rayafood2

rayaraya rayafood1

Selesai solat kami semua menjamu selera dan beramah mesra. Terdapat hampir 50 orang yang hadir untuk sama-sama beraya pada tahun ini dan kebanyakkannya adalah pelajar yang tinggal berdekatan bandar Frankfurt ini.

[quote]Amat sedih memikirkan nasib beliau bersama isteri yang terpaksa berpuasa serta beraya di bumi asing ini hanya mereka bertiga sahaja. Tiada rakyat atau pelajar Malaysia di sana.[/quote]

Selesai majlis, ketika menghampiri waktu zohor saya dan seorang rakan tiba-tiba teringat kepada Abang Zaili Dolah – seorang rakyat Malaysia yang membawa anaknya Muhammad Asyraf untuk menjalani rawatan Hypoglaecymia di Griefswald di bahagian utara Germany. Amat sedih memikirkan nasib beliau bersama isteri yang terpaksa berpuasa serta beraya di bumi asing ini hanya mereka bertiga sahaja. Tiada rakyat atau pelajar Malaysia di sana. Sekiranya belum mengetahui kisah beliau sila baca disini dan disini

Jadi, kami mengambil keputusan untuk menziarahi Abg Zaili dan isteri serta baby Asyraf.

Jam 2.45 petang kami bertolak ke Greifswald, kira-kira 800km ke utara Germany berbekalkan sedikit ketupat, lemang, rendang, kari dan pelbagai juadah lain untuk diberikan kepada Abang Zaili dan isteri.

Kami tiba di Berlin ketika matahari hampir terbenam sekitar jam 8.30 malam. Perjalanan ke Greifswald dari Berlin akan mengambil masa sekitar 3jam lagi maka kami mengambil keputusan untuk bermalam di Berlin dahulu dan kemudian meneruskan perjalanan pada keesokan paginya.

Cerita mengenai keluarga ini akan saya ceritakan di entri yang lain nanti.

Selesai beraya di Greifswald, kami kembali ke Berlin dan bermalam lagi sekali di sana. Keesokan paginya keputusan awalnya adalah untuk bertolak balik ke Frankfurt, namun entah macamana tiba-tiba kami bercadang untuk ke Prague, Czech Republik.

Jadi perjalanan diteruskan ke Prague. Tiba di ibu kota Czech Republic ketika jam menunjukkan hampir pukul 1.00 tengahari. Berehat seketika untuk makan tengahari dan kemudian berjalan-jalan sekitar bandar Prague dengan menaiki tram.

Memandangkan kami bukanlah peminat kristal yang sangat popular di negara ini, maka kami tidaklah menghabiskan masa dengan membeli kristal, hanya pusing-pusing melihat bandar sahaja.

Memandangkan saya tidak membawa kamera, maka saya tidak mengambil gambar hanya sempat rekod sedikit video dan sekeping dua gambar. itu sahaja.

Kami bertolak pulang ke Frankfurt pada pagi Ahad. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa sekitar 4 jam menjadi 6 jam lebih akibat kesesakan di lebuhraya dan dicampur dengan jumlah masa berhenti rehat dan juga makan. Kebetulan kami pulang ketika cuti musim panas sudah habis dan sekolah akan mula dibuka. Namun kesesakan tersebut tidaklah seperti yang kita alami di Malaysia dengan pergerakan yang sangat perlahan. Hanya di satu atau dua tempat kenderaan terpaksa berhenti seketika sekitar 5-6 minit disebabkan oleh kemalangan dan selebihnya adalah pemanduan perlahan sekitar 50-60km sejam.

Nasib baik di hari Ahad, kenderaan berat seperti lori dan juga treler diharamkan berada di atas jalanraya, maka kesesakan tidaklah terlalu teruk. Dapat dilihat di gambar di bawah ini, semua lori dan treler akan memenuhi setiap hentian rehat di sepanjang lebuhraya.

Setelah menempuh perjalanan hampir sejauh 2000km, kami tiba di Frankfurt sekitar jam 4 petang.

Itulah sambutan Hari Raya Aidilfitri saya bersama isteri dan seorang rakan pada tahun ini.

Bagaimana pula sambutan hari raya anda? ENTAHLAH..I Dont Know.

signature

hypoglaecymia babykhairul abdullahmalaysian in germanymuhammad asyrafrakyat malaysia di luar negararaya di jermanraya di perantauanzaili dollah
Share

Blog

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Resepi Cendawan Maitake Bersama Hirisan Daging Panggang
07/11/2019
50 Tips Penting Untuk Sewa Kereta & Memandu Di Eropah
06/04/2017
Secara Tak Sedar Kita Ambil Hak Orang
05/12/2016

20 Comments


Saiful
15/08/2013 at 3:53 am
Login to Reply

seronoknya dapat berjalan-jalan di eropah. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Bation.



    Khairul Abdullah
    15/08/2013 at 10:28 am
    Login to Reply

    Memang seronok dapat bpusing2 europe ni..maklumlah tak payah fly..drive jer.

    Selamat Hri Raya juga buat En. Saiful.

my name is lily
15/08/2013 at 3:54 am
Login to Reply

Syahduuuunya beraya di negeri orang.. sob sob…
Lebih lebih lagi bila tak dapat jumpa saudara mara…

Selamat Hari Raya Aidilfitri en KA and wife. 🙂



    Khairul Abdullah
    15/08/2013 at 10:27 am
    Login to Reply

    Dah 3 tahun berturut-turut jadi tak sesyahdu tahun pertama dulu 🙂

    Selamat Hari Raya juga buat Pn. Lily sekeluarga.

Sue
15/08/2013 at 11:02 am
Login to Reply

Asslmkm Khairul
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Khairul & Isteri di sana. Tak sabar nak tahu cerita Abang Zaili dan isteri. Cepat2 update ya. 🙂



    Khairul Abdullah
    15/08/2013 at 1:05 pm
    Login to Reply

    Waalaikumsalam Sue,

    Selamat Hari Raya juga buat Sue sekeluarga. Kisah baby Asyraf sudahpun saya update.

ladywindsor
16/08/2013 at 7:15 am
Login to Reply

Salam Khairul dan isteri,
selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir batin. jauh perjalanan di hari raya ya..saya doakan en Zaili dan isteri terutama adik ashraff dapat balik ke tanah air dengan selamat dan sejahtera.

ehh macam kenal yang jadi imam solat raya tu..kirim salam depa semua ya..macam mana nayra:)



    Khairul Abdullah
    16/08/2013 at 8:42 am
    Login to Reply

    W’salam LW,

    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin juga buat LW. Alhamdulillah baby Asyraf so far stabil dan tekde komplikasi. Mudahan2 beliau cepat sembuh.

    Haha..mestilah awak kenal imam tu..tengah glamer sekarang ni 🙂 Nayra semakin pok pet pok pet sekarang ni.

blu4sky
19/08/2013 at 1:50 am
Login to Reply

salam khairul,

one thing that I missed about celebrating raya in oversea especially tempat yang tak ramai malaysian is the closeness among us.. dalam sayu jauh dari family still meriah walaupun simple..



    Khairul Abdullah
    19/08/2013 at 8:59 am
    Login to Reply

    W’salam Sue,

    Indeed. The smaller the community the closer you will be..just like a small family. Tetapi memang syhadu terkenang keluarga, sanak saudara serta rakan di kampung 🙂

irfa
19/08/2013 at 4:07 am
Login to Reply

bila di bumi asing..jumpa rakan senegara ibarat jumpa keluarga kan?



    Khairul Abdullah
    19/08/2013 at 9:01 am
    Login to Reply

    Betul tu Irfa, semangat raya dan persaudaraan lebih dirasai walaupun tidak semeriah dan sehebat di Malaysia.

juadah
19/08/2013 at 7:01 pm
Login to Reply

Orang yang tak pernah beraya di perantauan, rasa teringin pulak nak menikmati suasana spti di sana. Kat sini di musim perayaan, jalan raya nya jem sentiasa. singgah toilet di RnR pun terpaksa beratur panjang..huhu

Anyway Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd KA sekeluarga 🙂



    Khairul Abdullah
    20/08/2013 at 9:10 am
    Login to Reply

    Kalau nak merasa sekali beraya di perantauan tu rasaya boleh lah..pegilah bercuti time raya kan..so pegilah ke kedutaan Malaysia pada hari tersebut. Maka merasalah beraya di perantauan 🙂 Tetapi raya itu bukannya seronok pada hari raya..tetapi seronoknya ialah persediaan menyambut raya..3-4hari sebelum raya tu lah yang paling seronok. Tapi kalau di perantauan ni..semuanya tak seronok 🙂

    Selamat hari raya kepada anda juga.

su
21/08/2013 at 10:14 am
Login to Reply

Jauhnya beraya! 2000km!

Aduhh… tengok makanan-makanan itu semua membuatkan saya teringin nak makan lagi (padahal raya ari tu, dah muak tgk rendang!).. hahaha…



    Khairul Abdullah
    21/08/2013 at 4:45 pm
    Login to Reply

    Haha..tu lah kan. Jauh bebenor 🙂

    Saya sekarang ni dah masuk fasa menghabiskan serdak biskut raya.

eza
23/08/2013 at 4:28 am
Login to Reply

Salam Aidilfitri to KA & wifey…lama tak jengok di sini hheee….raya yg sungguh bermakna la KA..dpt menceriakan insan yg lain walaupun jauh beribu batu…tabik spring!!! saya baru mula nk beraya pusing KL…last week sempat merasa beraya di perantauan..angkut semua kuih bw gi Perth..baju raya bagai haahha…tp beraya kt sini jugak best!..



    Khairul Abdullahk
    23/08/2013 at 8:59 am
    Login to Reply

    Wahhh..beraya di Perth…kelasss 🙂 Tapi tak leh lawan beraya kat Malaysia kan? kan? kan? lagi best.

golokru
13/11/2013 at 5:27 pm
Login to Reply

ahh awat la tak tempek gambar time muka aku duk terpacul kat saf belakang tu…

muka terpacul time tang belakang org pompuan duk senduk lauk, mane org lain nak kenal….

nice entry bro, keep charging



    Khairul Abdullah
    14/11/2013 at 9:02 am
    Login to Reply

    Wehhh….takde ke muka ko kat dlm ni 🙂 tangan pun tak nampak ke? takpe tahun depan time solat ko dok saf depan yer.

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved