• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Baby Asyraf Selamat Menjalani Pembedahan

01/07/2013

asyraf2

Saya baru selesai berbual dengan En. Zaili Dollah, bapa kepada Muhammad Asyraf yang menghidap penyakit Hypoglaecymia yg kini sedang berada di Greifswald Germany.

Setelah hampir 2 minggu lebih tiba di Jerman, akhirnya Muhammad Asyraf telah menjalani pembedahan tengahari tadi (Isnin, 1hb Julai 2013) dan kini telahpun selesai.  Mengikut kata doktor yang melakukan pembedahan tersebut, baby Asyraf mempunyai TFND (Transient focal neurologic deficits) yang paling besar pernah ditemui dan dikeluarkan oleh beliau di dalam sejarahnya merawat penyakit Hypoglaecymia.

Muhammad Asyraf kini di dalam perhatian khas selama seminggu di ICU dan mungkin beberapa minggu lagi masa diperlukan untuk sembuh sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia yang dijangka sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sama-samalah kita doakan semoga Muhammad Asyraf cepat sembuh.

Kepada semua yang menderma dan mendoakan kesihatan baby Asyraf, saya bagi pihak En. Zaili sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih.

signature

adikbaby muhammad asyrafhypoglaecymiazaili dollah
Share

Blog  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Baby Asyraf Menjalani Pembedahan Kali Ke-3
15/08/2013
2000km Raya Yang Tak Dirancang
14/08/2013

6 Comments


Kak Sham
02/07/2013 at 2:59 am
Login to Reply

Bi’iznillah.. semoga yang baik2 sahaja untuk Baby Asyraf.



    Khairul Abdullah
    05/07/2013 at 12:38 pm
    Login to Reply

    Semoga diperkenankan. Aminnn.

eza
02/07/2013 at 3:20 am
Login to Reply

alhamdulillah….be strong baby asyraf!



MaryaYusof
03/07/2013 at 7:08 am
Login to Reply

As salam KA,

Semoga baby Asyraf cepat sembuh… syafakallah…



Azi-Kaiserslautern
05/07/2013 at 11:38 am
Login to Reply

Alhamdulilah telah selamat menjalani pembedahan. Moga baby Asyraf cepat sembuh yea. Boleh saya dapat kan maklumat dimana mereka tinggal sepanjang mereka di Berlin? boleh email saya..



    Khairul Abdullah
    05/07/2013 at 12:25 pm
    Login to Reply

    Untuk makluman, mereka sekeluarga kini tinggal di hospital, bukan di Berlin yer tetapi di Greifswald. Kalau tuan ingin melawat mereka boleh ke Hospital Universitätmedizine, Greifswald.

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved