Maaf tak ada cerita nak ditulis.
Cuma teringat waktu berpuasa 19 jam lebih di negara orang dahulu. Hari pertama tu rasanya macam nak surrender dah. Tidur bangun tidur bangun beberapa kali pun masih belum sampai waktu berbuka.
Nak pengsan oihh.
Dah ler sahur jam 2.30 pagi, buka puasa dah sikit lagi dekat jam 10 malam. Dok doa jer agar matahari hilang cepat-cepat. Gila apa jam 9.30 malam masih terang benderang lagi. Sudahlah tiada Bazaar Ramadhan, tiada azan berkumandang, asing sungguh rasanya.
Baru jer kenyang, lepas tarawih orang makan moreh kita dah bantai sahur. Ada 4 jam lebih jer untuk bercanda dan bermesra dengan makanan yang ada. Ujian sungguh.
Dah lepas seminggu semuanya dah rasa biasa dah. Takde Bazaar Ramadhan pun takde hal, semua kuih buat sendiri. Tarawih jam 11.30 malam pun boleh layan.
Yang tak boleh tahan bila keluar rumah sahaja.
Musim panas baqhang, orang Jerman tu bukan main singkat dan nipis baju-bajunya. Sementelah dari rumah nak ke bandar tu jalan kaki lalu taman. Kemain diorang tergolek-golek berjemur tanpa baju macam dugong.
Ish ish ish.
Berjalan menunduk merenung bumi jer lah.
Sekian.







Leave A Reply